4uni2c #13225 Si BANGANG Saja Layak DiTIPU BN
*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone ( SP ) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
.
Si BANGANG Saja Layak DiTIPU BN
.
Sejak akhir-akhir ini BN menabur bermacam-macam janji. Antaranya ialah janji akan menyediakan puluhan ribu RUMAH kediaman mampu beli untuk rakyat miskin yang sejak sekian lama “merempat” di rumah-rumah sewa. Apa tidaknya, dalam sistem pemerintahan kerajaan yang diterajui BN selama lebih 50 tahun itu, seseorang itu tidak dihalang untuk memiliki berapa banyak rumah pun. Hatta bukan rakyat Malaysia pun turut boleh beli asalkan mampu. Akibatnya, harga rumah melambung dengan begitu tinggi sekali, hingga bertambah ramai rakyat miskin yang tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri. Kalau di negara jiran kita Singapura, seorang rakyat hanya dibenarkan memiliki sebuah rumah saja. Hasilnya ialah harga rumah sentiasa berada di tahap yang mampu dibeli oleh setiap rakyat, samada yang kaya maupun yang miskin.
Selain dari kerajaan yang diterajui oleh BN itu GAGAL/tidak mengawal harga rumah, ia juga GAGAL/tidak memastikan tidak berlakunya peNIPUan oleh pemaju berlesen keatas pembeli rumah. Contohnya adik kandung Acik (Ayah/Abang+cik) sendiri. Sampai sekarang pun beliau masih belum dapat memiliki rumah yang dibelinya lebih dari 10 tahun dahulu. Padahal beliau membelinya dari pemaju yang berlesen dan dengan mengguna pinjaman perumahan kerajaan. Namun demikian, gajinya tetap dipotong tiap-tiap bulan oleh kerajaan sehinggalah sekarang.
Acik percaya, selain dari adik Acik itu, puluhan/ratusan ribu lagi pembeli rumah yang tertipu oleh pemaju berlesen dalam era pemerintahan BN. Kerana itu bagi Acik dakwaan oleh BN bahwa dirinya berWIBAWA dan mempunyai TREK REKOD yang cemerlang adalah temberang (TIPU) semata-mata. Kalau kakitangan kerajaan sendiri pun tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari kerajaan yang diterajui oleh BN, apakah rakyat yang bukan anggota kerajaan masih boleh percaya bahawa mereka tidak akan turut tertipu macam adik Acik itu dalam urusan pembelian rumah kediaman yang dijanjikan BN itu ? Oleh itu sukalah Acik pesan, berhati-hatilah dengan janji-janji mengenai perumahan mampu beli yang mulai ditaburkan oleh pemimpin-pemimpin kuat BN itu akhir-akhir ini.
Satu lagi gula-gula politik yang sedang ditabur oleh BN sekarang ialah BR1M sebanyak RM500 untuk setiap ketua keluarga yang pendapatan keluarganya kurang dari RM3000 sebulan. Kononnya terdapat 4.3 juta yang layak menerima BR1M 2.0. Dari jumlah tersebut 80% adalah rakyat yang berbangsa Melayu. Syabas kepada UMNO kerana telah “berJAYA” meningkatkan pendapatan orang Melayu sebegitu rupa. Cuma apa yang Acik nak tegaskan di sini ialah, adalah TIDAK benar sama sekali bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) telah menghina penerima-penerima BR1M dengan kata-katanya. Kononnya beliau didakwa telah menyamakan penerima BR1M dengan haiwan.
Bagi Acik dakwaan tersebut bukan saja tidak benar malah suatu FITNAH yang amat tidak wajar dilemparkan terhadap seorang ulamak. Sebenarnya, apa yang TGNA maksudkan ialah BN meLAYAN rakyat seperti haiwan. Apa tidaknya, jika seorang gembala lembu menarik perhatian lembunya dengan mengacukan rumput (BENDA), apa yang BN sedang lakukan sekarang adalah serupa. Cuma yang bezanya ialah jenis BENDAnya saja. Jika untuk lembu jenis bendanya ialah RUMPUT, maka untuk rakyat 1Msia pula jenis bendanya ialah BR1M. Malah suka Acik nak tambah sikit bahawa BR1M itu adalah ibarat hampas makanan saja jika diBANDINGkan dengan apa yang kroni-kroni BN dapat. Contohnya, Tajudin Ramli dapat RM500 juta (hapuskira berkaitan dengan saham MAS), suami Shahrizat dapat RM250 juta (berhubung dengan projek lembu), Razak Baginda dapat RM500juta (komisyen berkaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene), dan banyak lagi yang seumpamanya yang telah/sedang dinikmati oleh kroni-kroni BN.
Kalau diteliti dengan lebih dalam lagi, memang pun ada unsur-unsur pengHINAan terhadap penerima-penerima BR1M. PM seolah-olah menganggap bahawa prinsip ataupun nilai diri penerima BR1M itu harganya hanya RM500 saja. Dengan kata lain, hanya dengan membayar RM500 seorang, mereka ini akan sanggup menggadai prinsip diri masing-masing. Yakni, jika sebelum menerima BR1M mereka telah NEKAD untuk terus menyokong perjuangan Pakatan Rakyat bagi membuat perubahan paling BERSEJARAH dalam negara serta menegakkan keadilan, tetapi sebaik saja menerima BR1M pendirian mereka akan bertukar 180 darjah.
Itu bukan saja satu pengHINAan, malah satu peNIPUan terhadap mereka (penerima BR1M). Apalah sangat RM500 itu jika dibandingkan dengan nilai penJIMATan yang bakal mereka nikmati jika PR menang PRU13 nanti. Jika PR memerintah nanti, setiap rakyat akan menikmati sekurang-kurangnya 3 keLEGAan. Pertama, harga PETROL akan diturunkan. Kedua, hutang PTPTN yang ditanggung oleh anak-anak kita akan dihapuskira. Ketiga, TOL akan dihapuskan. Jika nilai penJIMATan perbelanjaan harian yang bakal dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia (dengan kemenangan PR pada PRU13 nanti) nak dibandingkan dengan BR1M yang bernilai RM500 itu, ia adalah umpama langit dengan bumi perbezaannya.
MeNAFIkan kemampuan PR bagi melaksanakan janji-janji tersebut adalah juga merupakan satu lagi peNIPUan oleh BN terhadap rakyat yang bakal membuang undi pada PRU13 nanti. PeNIPUan itu sendiri adalah sebenarnya satu pangHINAaan terhadap penerima-penerima BR1M. Dengan kata lain, menukarkan sesuatu yang jauh lebih tinggi nilainya (iaitu 3 keLEGAan yang disebut di atas) dengan yang terlalu kecil nilainya (BR1M) adalah sebenarnya satu tindakan pemBODOHan dan peNIPUan terhadap rakyat . Tambahan pula, BR1M yang diberi kepada rakyat itu adalah dari harta rakyat sendiri bukannya dari harta UMNO/BN.
UMNO/BN hanya “mampu” memberi balik kepada rakyat sebahagian kecil saja dari harta rakyat yang telah “diHAKMILIKkan”nya secara tidak bermoral sejak puluhan tahun. Segala harta rakyat (termasuklah TV, radio, dana dan segala harta awam) itu telah dibuat oleh UMNO/BN macam harta mak bapaknya sendiri. Inilah apa yang Acik telah ulaskan dalam dalam blog berikut: www.4uni2c.com/2012/10/21/kisah-pemandu-yang-bangang-the-confused-driver/ Pada hal mandat yang diberi oleh rakyat tidaklah termasuk “kebebasan tidak terbatas” dalam penggunaan asset awam.
Mengenai BR1M, bagi Acik, adalah sangat tidak wajar bagi seseorang yang layak menerima BR1M tetapi menolaknya. Namun, benarkah setiap mereka yang layak menerima BR1M akan benar-benar menerima hak mereka itu ? Atau pun lebih ramai yang tak benar-benar menerimanya berbanding dengan yang benar-benar menerimanya. Lebih ramai yang GAGAL/tidak menerima/menuntut haknya itu sebenarnya akan menguntungkan BN. Lagi ramai rakyat yang GAGAL/tidak menuntut hak mereka itu bermakna dana pilihan raya BN akan bertambah besar. Untuk ulasan lanjut sila baca blog berikut : https://4uni2c.com/2012/12/25/4uni2c12z25-br1m-2-0-dan-strategi-abu-nawas/
Sebenarnya yang LAYAK kena TIPU adalah orang yang BODOH. Kata pepatah Melayu, orang lemah makanan orang gagah, orang BODOH makanan orang CERDIK. Jika seorang itu diTIPU oleh seorang yang CERDIK, maka tahap keBODOHan pemula itu masih boleh diterima lagi. Maksudnya, beliau masih boleh dimaafkan. Tapi jika sekiranya si peNIPU itu pun adalah orang yang sudah dikira BODOH, maka yang kena TIPU itu tentulah dua kali ganda lebih BODOH. Orang dalam kategori Inilah yang sangat susah nak kita terima. Takut-takut yang jenis inilah yang bakal menyumbang kearah kemenangan BN dan menggagalkan usaha murni PR untuk membuat perubahan positif dalam negara, nahuzubillah. Mudah-mudahan tidak berlaku demikian !
BN juga cuba meNIPU rakyat iaitu dengan bermati-matian meNAFIkan bahwa pemberian BR1M itu mempunyai objektif politik. Adakah rata-rata rakyat percaya kepada peNAFIan tersebut ? Jika tidak ada motif politik (pancing undi) mengapa ia diberi menjelang pilihan raya umum. Acik harap tidak ada lagi rakyat Malaysia (bakal pengundi pada PRU13 nanti) yang masih BODOH macam “Sheriff Yang Bangang” yang dicerita dalam CEREKANA berikut : https://4uni2c.com/2013/02/25/cerekan-13225-sheriff-yang-bangang/
Sebaliknya Acik doakan mudah-mudahan PR akan menang dalam PRU13 nanti dan semua kita akan dapat menikmati sekurang-kurangnya 3 keLEGAan sepertimana yang diterangkan di atas. Wallahualam.
.
d a u l a t r a k y a t !
.
TAJUK-tajuk lain yang RELEVAN:
www.4uni2c.com/2012/10/21/kisah-pemandu-yang-bangang-the-confused-driver/
https://4uni2c.com/2012/12/11/4uni2c-12z11-peragut-sen-sen-berlesen/
https://4uni2c.com/2013/03/20/4uni2c-13320-dr-mahathir-pembohong/
https://4uni2c.com/2012/12/25/4uni2c12z25-br1m-2-0-dan-strategi-abu-nawas/
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://www.4uni2c.com
@OPajar #13225