4uni2c #12Z04 PERAGUT sen-sen BERLESEN ….

Untuk menCARI tajuk lain sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di sebelah kanan skrin, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone ( SP ) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Peragut sen-sen berlesen

istihar hasil berbilion

Acik (Ayah/Abang+cik) tertarik dengan sebuah berita dalam akhbar Metro Bisness, Khamis, 29 November 2012 dalam muka surat A73 yang berbunyi, “Hasil Maxis cecah RM6.66b ”. Kalau Maxis mencapai hasil sedemikian tinggi, agaknya berapa pula Celcom dan Digi ?

Terlebih dahulu biarlah Acik jelaskan sedikit apa yang dikatakan “persepsi”.  Ini kerana apa yang nak Acik gambarkan di bawah adalah semata-mata berpandukan persepsi peribadi. Samada ia mewakili realiti atau sebaliknya, maka terpulanglah kepada penilaian pembaca masing-masing.

Mengikut persepsi Acik, Maxis dan Celcom adalah “PERAGUT BERLESEN”.  Digi, Acik tak tahu sebab Acik bukan pelanggan Digi.

Kenapakah Acik berpersepsi bahawa Maxis dan Celcom sebagai PERAGUT  ?

Acik adalah salah seorang dari berjuta-juta pelanggan setia Maxis maupun Celcom. Malah suatu ketika dahulu Acik turut terlibat mempromosikan kad-kad SIM (prabayar) Maxis dan juga Celcom. Oleh itu dapatlah Acik faham sikit sebanyak tentang beberapa jenis pakej yang ditawarkan oleh Maxis maupun Celcom pada masa itu. Tetapi pada masa sekarang pakej yang ditawarkan mungkin jauh berbeza dari yang ditawarkan dahulu.

Acik tak kisah apa jenis pakej pun yang ditawarkan oleh kedua syarikat gergasi tersebut asalkan ADIL kepada pelanggan masing-masing.  Pengguna telefon mudahalih bukan semuanya kaya raya. Lebih-lebih lagi penuntut yang mengharapkan duit PTPTN semata-mata. Sedangkan setiap mereka amat bergantung kepada telefon mudahalih untuk berkomunikasi  mengenai  urusan persekolahan masing-masing.

ADIL yang Acik maksudkan ialah bertimbang rasa, tidak menekan, dan lebih penting lagi ialah tidak menipu atau meRAGUT pelanggan.

Anda mungkin sangka bahawa yang menjadi mangsa RAGUT  hanyalah  wanita-wanita di bandar-bandar seperti Chow Kit Road dan sebagainya saja.  Tapi sebenarnya Acik sekeluarga  pun adalah mangsa RAGUT juga. Sejak mula menggunakan telefon mudahalih.  Entah berapa ribu kali sudah Acik sekeluarga menjadi mangsa RAGUT.

Walaupun duit yang diRAGUT dari Acik dan dari ahli-ahli keluarga Acik setiap kali itu tidaklah sebanyak apa yang dialami oleh mangsa RAGUT di jalan-jalan, namun jika dijumlahkan sejak sekian lama kami menggunakan telefon mudahalih ni, rasa-rasa jumlahnya pun banyak juga. Malah jumlahnya mungkin dah mengatasi jumlah kerugian yang ditanggung oleh kebanyakan mangsa RAGUT  jalanan.

Apa tidaknya ?  Kerap kali Acik buat panggilan, orang yang dipanggil tak dapat dihubungi tetapi caj tetap dikenakan atas panggilan berkenaan. Misalnya sebelum membuat panggilan, baki kredit yang ada dalam akaun prabanyar nombor telefon Acik itu masih ada Rm5.00.  Tapi selepas membuat panggilan, datanglah sebuah SMS dari pihak Celcom menunjukkan bakinya dah tinggal Rm4.72.  Sedangkan orang yang Acik panggil gagal dihubungi.

Sekali lagi Acik cuba buat panggilan ke nombor lain pula. Kali ini pun  nasib Acik serupa saja. Orang yang dipanggil gagal dihubungi, tapi baki kredit dalam akaun prabayar Acik susut lagi ke Rm4.44.  Acik pernah berpengalaman diRAGUT hingga Rm10 dalam tempoh tak sampai satu jam, namun pihak yang Acik panggil sampai sudah pun tak berjaya dihubungi.

Sehingga kini Acik masih tidak boleh menerima apa yang dikatakan “the rule of the game” yang diamalkan oleh kedua-dua syarikat gergasi Maxis dan Celcom itu. Bagi Acik, ini adalah satu amalan yang ZALIM dan tidak rasional. Jika kita memesan sesuatu benda, wajarkah kita membayar harga benda  tersebut jika sekiranya ia tidak dapat kita miliki ?

Dalam kes ini “benda” yang hendak kita beli itu adalah suatu jenis “perkhidmatan”. “Perkhidmatan” yang dimaksudkan ialah “menghubungkan” kita dengan orang yang kita panggil. Jika sekiranya penyedia perkhidmatan berkenaan GAGAL menyampaikan kepada kita perkhidmatan yang kita perlukan itu, maka apa rasionalnya kita membayar atas perkhidmatan tersebut ?

Dalam tahun 1994 dahulu Acik ke Orlando, Florida, Amerika Syarikat (AS) bagi menghadiri suatu “conference”. Ketika di sana Acik ada membuat satu panggilan telefon di sebuah booth telefon yang menerima wang siling. Malangnya panggilan tersebut gagal.

Berpandukan nasihat yang ditampalkan pada peti telefon berkenaan, Acik pun melaporkan tentang kegagalan tersebut. Dua keping wang siling Acik telah diRAGUT oleh peti telefon berkenaan. Penerima laporan berkenaan mengambil alamat pos Acik di Malaysia. Tidak lama selepas sampai balik ke Malaysia, sekeping sampul surat pun sampai kepada Acik.

Rupa-rupanya syarikat telefon yang menyediakan perkhidmatan telefon (di AS) berkenaan telah memulangkan 2 keping siling yang telah diRAGUT dari Acik beberapa hari yang lepas. Acik kira kos untuk menghantar balik wang siling yang diRAGUT itu kepada Acik lebih mahal dari nilai 2 keping siling itu sendiri.  Kata orang, “mahal rantai dari kera”

Apakah pengajaran yang boleh kita petik dari pengalaman Acik di atas ?

AS bukanlah sebuah negara Islam seperti Malaysia pun. Tapi rakyatnya lebih tahu membezakan antara yang HAK dengan yang BATIL. Dalam sistem perniagaan mereka, hak pelanggan dihormati sewajarnya. Oleh itu peniaga tidak boleh senang-senang meRAGUT  duit dari pelanggan walaupun kecil jumlahnya. Malah jika peniaga TERambil duit dari pelanggannya tanpa sengaja pun, duit tersebut akan dipulangkan dengan kos pemulangan ditanggung oleh peniaga.

Masa Acik ke Orlando itu, telefon mudahalih belum wujud. Tapi komputer “notebook” baru wujud dan Acik merupakan orang pertama di pejabat Acik yang memiliki sebuah computer notebook. Entahlah kut sekarang ni bila telefon mudahalih dah berlambak, syarikat Amerika pun dah belajar dari syarikat  Malaysia cara-cara meRAGUT pelanggan. Andaikata ini dah turut berlaku di Amerika, namun sebagai negara yang (gila-gilar) mendakwa sebagai sebuah negara Islam, tak kan kut kita pun nak teruskan juga amalan tak beretika tersebut.

Sebenarnya Acik dah beberapa kali menghantar SMS kepada beberapa ahli Parlimen (pembangkang) kita mengenai amalan meRAGUT  tersebut. Malangnya masih belum nampak apa-apa hasil pun lagi setakat ini. Itu sebabnya maka Acik timbulkan isu ini dalam blog Acik ni. Kut-kutlah akan ada sedikit impaknya selepas ini.

Sementara menunggu untuk melihat hasilnya, biarlah Acik buat andaian sendiri bahawa kerajaan UMNO/BN memang merestui amalan syarikat kroni-kroni mereka itu. Dengan lain perkataan kerajaan sendiri telah mengeluarkan LESEN bagi mengHALALkan aktiviti meRAGUT  sen-sen daripada pengguna telefon mudahalih  dulu, kini dan selama-lamanya.

SELINGAN

Mahukah mereka menghalang peRAGUT ?

Harap-harap, bila negara Malaysia diperintah oleh PR selepas PRU13 nanti, biarlah hendaknya amalan meRAGUT  tersebut dihentikan ASAP. Walaupun setiap RAGUTan hanya melibatkan sekadar sen-sen saja, tapi jika dikira jumlah keseluruhannya satu Malaysia, entah berapa puluh ribu RM duit pelanggan setia yang menjadi mangsa RAGUT setiap hari. Tak heranlah bagaimana Maxis Berjaya menutip hasil sehingga mencecah Rm 6.66 billion setahun seperti  yang dilaporkan dalam akbar Metro berkenaan.

Bukan duit semata-mata yang menjadi isu yang nak Acik “highlight”kan di sini .  Yang Acik rasa lebih penting ialah AKHLAK atau ETIKA perniagaan yang wajar diputih dan dipertahankan. Tanpa ETIKA perniagaan,  sesutu sistem perniagaan itu tak akan membawa keberkatan kepada negara dalam jangka masa yang lama.

Mengulas sedikit lagi tentang PERSEPSI,sebenarnya di era IT moden ini setiap orang bebas untuk membuat persepsi sendiri terhadap apa juga benda atau perkara. Pada pendapat Acik persepsi bukanlah semestinya benar. Oleh itu tidak wajar persepsi dijadikan asas untuk membuat sesuatu dakwaan terhadap pihak yang membuat persepsi. Jika ada seseorang membuat suatu persepsi buruk terhadap Acik, itu adalah hak mutlak baginya. Apakah  yang mampu Acik buat bagi mengatakan persepsi beliau itu salah atau tidak menepati realiti ?

Contohnya, jika seorang pelukis kartun berkata kepada Acik bahawa jika persepsi beliau terhadap wajah Acik diterjemahkan kedalam satu lakaran kartun, nescaya lakaran tersebut akan merupai wajah seekor kaldai,  maka apa yang  boleh Acik buat bagi menyangkal persepsinya itu. Bukan saja kaldai, malah jika dikatakan akan menyerupai wajah seekor khinzir pun, tiada apa yang Acik boleh buat kecuali menahan kesabaran dan redha terhadap ketetapan Allah yang mencipta Acik sedemikian rupa.

Yang menjadi masaalahnya ialah bila ada pihak tertentu yang cuba mengawal persepsi orang lain supaya tidak berbeza dengan persepsinya. Contohnya, dia memang seorang yang buruk rupa dan buruk perangai, tapi tak suka orang lain mempunyai persepsi buruk terhadap dirinya.Bukan sekadar tidak suka malah tidak membenarkan langsung orang lain membuat persepsi masing-masing terhadap dirinya kecuali persepsi yang positif sahaja.

Oleh kerana dia mempunyai kuasa ke atas pembuat persepsi berkenaan, maka beliaupun menggunakan kuasanya bagi tujuan mengekang orang lain dari membuat persepsi yang tak disukainya. Bagi Acik ini adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa yang tak wajar dibiarkan berlaku.

Sepatutnya dia yang buruk perangai dan buruk fisikal itu mengambil langkah yang sesuai bagi mengubah dirinya (sebanyak mungkin) agar persepsi buruk orang terhadap diriya turut berubah. Misalnya jika selama ini dia berperangai buruk, maka cubalah memperbaiki akhlaknya.

Jika sifat fisikalnya gemuk hingga menyerupai seekor khinzir, maka dia hendaknya berusaha menguruskan badannya supaya sifat fisikalnya tidak lagi mirip seperti seekor khinzir. Hanya menggunakan kuasa semata-mata untuk memaksa orang lain menukar persepsi terhadapnya (dari buruk kepada baik), tidak ada hasil yang mampu dicapai kecuali sesia.

Di sini ingin Acik bertanya kepada rakan-rakan FB semua, apakah persepsi anda terhadap pihak yang mengenakan sesuatu caj terhadap anda sedangkan anda tidak menerima apa-apa munafaat pun darinya ?

d   a   u   l   a   t       r   a   k   y   a   t     !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

PencuriSen-sen Berlesen  :  https://4uni2c.com/2013/11/24/4uni2c-13y24-pencuri-sen-sen-berlesen/

Krisis kejujuran dan implikasinya : https://4uni2c.com/2014/09/15/4uni2c-14915-krisis-kejujuran-dan-implikasinya/

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

@OPajar

#12Z04

Advertisements

~ by OPajar on 2012/12/03.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: