4uni2c#13125 Dihukum Kerana Meramal PR Menang PRU13
*** Untuk men CARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di sebelah kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
dihukum kerana meramal pr menang pru13
“Bank Islam buat 2 laporan polis terhadap Azrul”.
Di atas adalah suatu tajuk sebuah berita di mukasurat 18 (NASIONAL), akbar Berita Harian Rabu 23 Januari 2013 lepas. Berita tersebut telah menarik perhatian Acik (Abang/Ayah+cik) kerana agak menyedihkan. Selain Acik mungkin ramai lagi rakyat Malaysia turut tersentuh hati bila membaca berita tersebut.
Bagi Acik, apa yang Sdr. Azrul Azwar alami itu adalah ibarat, “sudah jatuh ditimpa tangga”. Dahlah beliau digantung dari jawatannya sebagai Ketua Ahli Ekonomi, kini menghadapi pula dakwaan melakukan kesalahan lain. Lebih sedih lagi ialah, yang membuat dakwaan itu bukan pihak lain tetapi Bank Islam sendiri. Acik ingat sebagai majikan, Bank tersebut akan berusaha menyelamatkan anggotanya. Malangnya yang dilakunya adalah sebaliknya. Nauzubillah.
Pada pandangan Acik, Sdr. Azrul belum lagi disabitkan dengan apa-apa kesalahan terhadap majikannya semasa hukuman gantung dijatuhkan terhadapnya. Beliau cuma membuat suatu ramalan bahawa PR akan menang tipis dalam PRU 13 akan datang. Ramalan beliau itu adalah berdasarkan fakta-fakta ekonomi yang dijadikannya ramuan bagi menghasilkan ramalan sedemikian.
Acik sendiri pun membuat ramalan yang sama seperti ramalan Sdr. Azrul itu. Walaupun Acik hanya menggunakan persepsi, namun ramalan Acik juga mengatakan bahawa BN akan golong tikar selapas PRU13 nanti. Jika ramalan Acik ini menjadi realiti, maka bermakna ramalan Sdr. Azrul adalah benar. Apa salahnya jika seseorang itu membuat satu ramalan secara professional dan kemudiannya terbukti bahawa ramalannya itu benar ? Kata orang putih, apa salahnya “to call a spade a spade” ?
Kata Azrul, “tindakan membuat laporan polis adalah tidak patut, sebab saya tidak melakukan kesalahan jenayah”. Ya, Acik juga setuju dengan kenyataan Sdr. Azrul itu. Cuma Acik nak sedarkan sikit kepada Sdr. Azrul bahawa dalam negara “Malaysia boleh” ini semuanya boleh berlaku. Tidak ada yang mustahil, melainkan semuanya boleh belaka belaku atau dilakukan.
Yang bukan penjenayah boleh saja dilayan sebagai penjenayah dan sebaliknya penjenayah pula boleh saja dibebaskan walaupun separuh negara percaya dia ketua penjenayah. Inilah realitinya apabila system kehakiman didominasikan oleh orang-orang politik. Sdr Azrul boleh baca sendiri ulasan Acik dalam blog: https://4uni2c.com/2013/01/10/ahmads-saga-017-bagai-berhakimkan-beruk/
Nasib yang menimpa Sdr Azrul sepatutnya mendapat simpati dari semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, kebebasan bersuara dan kebebasan memberi pendapat. Di dalam negara yang demokrasinya berdaulat, setiap rakyat wajib dibenarkan memiliki sekurang-kurangnya dua “hat”.
Satu darinya ialah “hat” yang menandakan beliau sebagai seorang individu warganegara yang merdeka. “Hat” kedua pula ialah tanda beliau sebagai seorang pemegang sesuatu jawatan penting dalam masyarakat. Bagi Sdr Azrul “hat” keduanya ialah sebagai tanda bahawa beliau ialah seorang penjawat jawatan Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam.
Bila sesorang itu memberi pendapat, kita mestilah terlebih dahulu melihat apakah “hat” yang sedang beliau pakai ketika itu. Jika “hat” yang dipakainya ialah “hat” seorang rakyat jelata, maka apa yang dinyatakan dalam percakapan atau penulisannya adalah pandangan peribadinya sendiri. Sebaliknya, jika beliau sedang mamakai “hat” jawatan rasminya, maka kenyataannya itu adalah sebagai kenyataan bagi pihak organisasi yang diwakilinya.
Kadang-kala seseorang itu membuat sesuatu kenyataan. Secara kebetulan kenyataannya itu tidak digemari oleh pihak majikannya. Dan beliau tidak pula mendakwa bahawa kenyataan tersebut adalah bagi mewakili majikannya. Malah beliau tidak tahu menahu pun bahawa kenyataannya itu mempunyai implikasi tertentu terhadap pihak majikannya. Tup-tup beliau didakwa oleh pihak majikannya sebagai telah membuat kenyataan yang menjejaskan kepentingan majikannya.
Inilah agaknya yang telah berlaku ke atas Sdr Azrul. Semasa membuat kenyataan yang meramalkan bahawa PR akan menang tipis dalam PRU13, itu beliau mungkin memakai “hat” individu warganegara Malaysia bukan “hat” Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam. Jika inilah hakikatnya maka Acik rasa tindakan menggantung jawatan beliau itu adalah agak keterlaluan.
Ia macam tindakan barua jepang yang Acik gambarkan dalam penCERAHan: https://4uni2c.com/2012/11/29/ahmads-saga-010-strategi-barua-jepang/ Tindakan tersebut bukan saja zalim, malah membunuh semangat atau jati diri anak-anak muda Malaysia yang berpotensi besar seperti Sdr Azrul Azwar itu. jika inilah yang diamalkan oleh institusi penting seperti Bank Islam, Acik bimbang tahap pembangunan negara kita bukan akan bertambah baik, sabaliknya akan semakin merosot.
Bank Islam pada persepsi Acik, bukanlah bank yang berjaya menjadi bank alternatif kepada Muslim seperti Acik. Sebab apa Acik berkata demikian ? Persepsi Acik berikut terhadap Bank Islam adalah berdasarkan pengalaman peribadi Acik sendiri sebagai seorang pelanggan lama bank tersebut.
Acik mungkin di antara pelanggan-pelanggan terawal yang memilih supaya gaji bulanan Acik dibayar melalui Bank Islam. Malangnya, setelah mengalami berbagai-bagai kerenah, akhirnya Acik kembali kepada bank konvensional lain bagi urusan menerima gaji bulanan tersebut.
Isteri Acik pula pernah membuat pinjaman dari Bank Islam untuk membeli seunit rumah pangsa di Ampang. Pinjaman sebanyak RM29,000 bagi tempoh bayaran selama 15 tahun itu agak tinggi kosnya. Jumlah bayaran balik sepenuhnya ialah hampir RM60,000. Jika pinjaman perumahan kerajaan, tempoh bayaran balik adalah 25 tahun barulah kosnya sedemikian tinggi.
Walaupun begitu, setelah isteri Acik telah berjaya membayar balik lebih dari RM55,000, beliau masih juga menerima surat dari pihak peguam Bank Islam, bila ansuran bulanan sebanyak RM330 sebulan itu terlewat bayar. Seolah-olah isteri Acik itu nak lari dari tanggungjawabnya melangsaikan hutangnya itu.
Kerana terlalu sakit hati dengan layanan yang begitu “mesra pelanggan” oleh institusi kewangan tersebut, Acik membuat keputusan menyelesaikan segala saki baki hutang tersebut dengan bayaran sekali gus. Pada hal ketika itu, tempoh bayaran balik pinjaman tersebut masih belum lagi tamat.
Pengalaman Acik membuat pinjaman membeli sebuah kereta Kelisa juga tidak kurang menyakitkan hati. Acik pernah dilemparkan dengan kata-kata kesat oleh anggota bank tersebut kerana terlewat membuat banyaran ansuran bulanan RM424 sebulan.
Tentang surat amaran dari pihak bank yang telah Acik terima, entah berapa pucuk pun dah tak larat nak dibilang. Bukan kerana sengaja tak nak membayarnya, tapi sebab nak membuat banyarannya agak susah sikit. Maklumlah mesin ATM Bank Islam agak terhad bilangannya.
Semasa Acik tinggal di pendalaman Kuala Kerai, Kelantan dan kemudian di Cameroh Highlands dulu, lagi lah susah. Walau macam mana susah pun, sehingga kini tak pernah Acik tak bayar pinjaman tersebut. Kadang-kadang terpaksa menanggung kos perjalanan yang agak tinggi untuk pergi membuat bayaran.
Apa yang Acik sebut di dalam tulisan Acik ini bukanlah dengan niat nak fitnah Bank Islam. Ia mungkin tidak ada kena mengena langsung dengan tindakannya terhadap Sdr Azrul, pegawainya itu. Cuma yang agak berkaitan ialah Azrul mengatakan “a spade is a spade” tentang ramalanya, Acik pula berkata “a spade is a spade” tentang layanan yang Acik pernah terima dari bank yang sama.
Jika Sdr Azrul yang Acik percaya telah berjasa dan membawa keuntungan kepada pihak bank pun boleh dilayan sedemikian rupa, tak heranlah dengan Acik yang hanya seorang pelanggan miskin yang tidak ada apa-apa signifikan kepada bank tersebut.
Dulu Acik pun pernah memegang kad kredit Bank Islam. Hasrat Acik memohon kad kredit bank tersebut, ialah bagi menggantikan kad-kad kredit Acik dengan bank-bank konvensional lain. Akan tetapi apabila kad kredit tersebut hampir memalukan Acik beberapa kali, maka kad kredit Bank Islam tersebut telah pun Acik pohon batalkan.
Bayangkanlah, setelah baratur begitu panjang untuk membuat bayaran di kaunter bayaran di sebuah pasar raya, bila tiba giliran Acik membuat bayaran atas barang-barang yang nak dibeli, tiba-tiba kad kredit tersebut kantoi, tidak berfungsi. Mujur juga kad-kad kredit Acik yang lain masih belum dibatalkan ketika itu. Kalau tidak demikian, malu juga rasanya muka Acik ini dibuatnya.
Berbalik kepada dakwaan yang dibuat oleh pihak Bank Islam terhadap Sdr Azrul, sukalah Acik merakamkan dalam blog Acik ini rasa simpati yang tak terhingga terhadap Sdr Azrul atas nasib malang yang sedang beliau alami itu. Namun apalah yang orang macam Acik ni mampu buat bagi menolong meringankan kesusahan yang dialami oleh Sdr Azrul akibat berkata, “a spade is a spade” itu.
Jadi Acik hanya sekadar berdoa saja agar ramalan Sdr Azrul bahawa BN akan kalah dalam PRU13 nanti benar-benar menjadi kenyataan. Mudah-mudahan dengan kemenangan PR atau kekalahan BN itu nanti, nasib Sdr Azrul akan berubah 180 darjah. Sdr Azrul tidaklah terus berkongsi nasib dengan Hang Nadim yang Acik ceritakan dalam penCEERAHan Acik https://4uni2c.com/2012/11/16/strategi-ikan-todak/
Apapun, percayalah bahawa jika sistem kehakiman pun boleh didominasi oleh orang-orang politik, apakan pula Bank Islam dan juga Tabung Haji. Kerana pendominasian Bank Islam dan Tabung Haji oleh orang politiklah maka rakyat yang cerdik dan berpotensi besar seperti Sdr Azrul bukan akan mendapat ganjaran tetapi sebaliknya akan menghadapi kesukaran dalam hidup.
Rupa-rupanya risko membuat sesuatu ramalan adalah terlalu besar. Malangnya, tak ramai orang yang sedar dan perihatin. Temasuklah Sdr Azrul sendiri. Di sini teringatlah Acik akan satu cerita. Mungkin ianya cerita betul, mungkin juga hanya satu CEREKANA, tak dapatlah nak Acik pastikan. Namun ia tetap boleh memberi iktibar kepada Acik dan pembaca semua.
Kononnya ada seorang Pakcik Jaga dan seorang Pakcik Dreba (pemandu) bekerja di sebuah syarikat. Kedua-dua mereka masyhor sebagai pekerja yang sangat jujur dan rajin. Atas sebab kejujuran dan kerajinan mereka, mereka bukannya menjadi popular di syarikat tersebut. Sebaliknya ramai pula pekerja-pekerja lain dalam syarikat tersebut yang iri hati dan dengki terhadap mereka kerena sifat mulia mereka itu.
Kerana kehaziran merekalah maka tak ramai yang berani menyeleweng harta dan masa syarikat secara terang-terangan. Walaupun tidak berpangkat, namun Pakcik Jaga dan Pakcik Dereba ini berani menegor mana-mana anggota syarikat tersebut jika melakukan penyelewengan di hadapan mata mereka.
Pada suatu hari, entah apa sebabnya Pakcik Jaga tersebut telah terlena semasa bertugas. Dalam lenanya itu beliau telah bermimpi. Kononnya kapalterbang yang dinaiki oleh C.E.O syarikatnya itu terhempas.
Kebetulan Pakcik Dereba yang lalu di situ telah ternampak Pakcik Jaga sedang tidur. Beliau (Pakcik Dereba) pun terus mengejutkan sahabat karibnya itu. Beliau memberitahu Pakcik Jaga itu bahawa sekejap lagi beliau akan ke airport menghantar C.E.O. mereka yang akan berlepas ke luar negari.
Pakcik Jaga terus memberitahu Pakcik Dereba tersebut tentang mimpinya itu. Berdasarkan mimpinya itu beliau meramalkan bahawa pesawat yang akan dinaiki C.E.O. sekejap lagi itulah yang akan terhempas. Bagi menyelamatkan C.E.O itu dari turut terbunuh dalam bencana yang akan berlaku itu nanti, mereka berdua berkonspirasi bagi membuat sesuatu agar C.E.O tersebut terlepas penerbangan berkenaan.
Konspirasi mereka berjalan dengan baik. Sebaik saja sampai ke airport, tempat duduk C.E.O dalam penerbangan bekenaan telah diberi kepada seorang penumpang simpanan sebab beliau (C.E.O) telah terlewat melaporkan diri di kaunter. Namun begitu, mujur juga beliau berjaya mendapat tempat duduk dalam penerbangan yang kemudian sedikit dari penerbangan awal itu.
Berita tentang C.E.O. ketinggalan pesawat itu rupa-rupa telah dikesani oleh pegawai khas C.E.O tersebut dengan sekelip mata. Pegawai tersebut memang amat sohor sabagai pegawai yang paling kuat mengampu pihak-pihak atasan, terustamanya C.E.O. tersebut.
Dengan serta merta beliau memanggil Pakcik Dereba tersebut. Tanpa belas kasihan dan berfikir panjang Pakcik Dereba tersebut dipecatnya atas alasan tidak efisyen. Pakcik Dereba yang jujur itu pun menerima hukuman tersebut dengan penuh rasa bersalah tapi redha dengan nasibnya itu, walaupun hukuman it sangat zalim mengikut persepsi umum .
Pada keesokan hariya, terbitlah berita di dada akhbar bahawa apa yang diramalkan Pakcik Jaga itu semalam telah benar-benar berlaku. Mujurlah, tindakan Pakcik Jaga tersebut dengan kerjasama ikhlas dari Pakcik Dereba itu, rupa-rupanya telah menyelamatkan C.E.O. mereka dari terbunuh dalam kemalangan persawat berkenaan.
Berdasarkan berita pesawat terhempas itu, maka pergilah Pakcik Dereba tersebut berjumpa pegawai yang telah memecatnya semalam. Pakcik Dereba itu pun menceritakan apa yang dimimpi oleh Pakcik Jaga semalam.Beliau bimbang takut-takut mimpi Pak Jaga itu menjadi realiti. Oleh beliau berusaha agar C.E.O mereka tidak menaiki pesawat tersebut.
Kemudian beliau mendedahkan pula rahsia bahawa factor yang menyebabkan C.E.O. mereka ketinggalan penerbangan awalnya semalam itu bukanlah berlaku secara kebetulan. Sebaliknya ia adalah dirancang demi menyelamatkan C.E.O. dari kemungkinan buruk seperti yang diramalkan oleh Pakcik Jaga itu. Pendekata, nawaitu mereka adalah baik.
Pakcik Dereba itu berharap, dengan menceritakan semua itu dari A ke Z, mudah-mudahan pemecatannya semalam akan ditarik balik oleh pegawai tersebut.
Malangnya, selepas mendengar tentang mimpi Pakcik Jaga dari Pakcik Dereba, pegawai tersebut pun segera memanggil Pakcik Jaga berkenaan. Dengan alasan bahawa Pakcik Jaga suka tidur semasa bertugas hingga boleh bermimpi, maka beliau terus memecat pula Pakcik Jaga tersebut.
Begitulah malangnya nasib kedua-dua pekerja jujur itu. Ramalan yang telah menyelamatkan orang penting syarikat berkenaan bukannya membawa tuah kepada mereka berdua tetapi sebaliknya membawa celaka.
Mudah-mudahan Sdr Azrul dapat bersabar dengan ujian sekarang dan terus saja berdoa agar apa yang kita sama-sama ramalkan itu benar-benar menjadi kenyataan. Bagi menyatakan tanda protes Acik terhadap Bank Islam kerana tindakan keterlaluannya terhadap Sdr Azrul, maka Acik bercadang akan menutup akaun Acik dengan Bank Islam bila-bila masa dari sekarang, insyaAllah.
Andaikata ada orang bertanya Acik nanti, apa kesannya yang boleh dihasilkan oleh tindakan Acik itu, maka jawapan Acik senang saja. Ia adalah sama dengan jawapan yang diberi oleh seekor burung Pipit yang cuba memadamkan api yang sedang membakar Nabi Allah Ibrahim dengan setitis air.
Walaupun air yang digugur oleh Pipit tersebut ke dalam api yang sedang semarak membakar Nabi Ibrahim a.s itu tak mungkin mendatangkan apa-apa kesan positif, namun kata Pipit tersebut, “sekurang-kurangnya aku telah berusaha melakukan sesuatu yang aku mampu, demi menolong seorang yang dizalimi. Aku tidaklah hanya sekadar memeluk tubuh saja melihat kezaliman yang sedang berlaku di hadapan mata”.
Namun begitu, mana tahu jika Allah hendak menunjukkan sesuatu yang menakjubkan kepada kita semua. Samalah macam burung ababil yang dengan kuasa Allah dapat menghancurkan seluruh tentera bergajah Abrahah. Walaupun setiap burung ababil hanya mengugurkan batu-batu kecil saja, namun kerana batu-batu kecil itulah sasarannya menjadi seperti daun dimakan ulat. Manalah tahu, selepas ini pihak bank berkenaan akan insaf dan menghentikan tindakan burukya terhadap Sdr Azrul. Wallahualam.
d a u l a t r a k y a t !
*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK : http://www.4uni2c.com
@OPajar #13125