Ali’s SAGA # 02 Harga Sebentuk Keadilan
*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
Harga Sebentuk Keadilan
Petang semalam (23hb Sept 2014) Acik (Ayah/Abang+cik) turut sama berada di Kompleks Mahkamah Shah Alam. Kalau dulu-dulu tu Acik ke Mahkamah kerana kerenah Ahmad anak Acik yang ke-5, semalam giliran anak ke-6 pula. Itulah antara pengalaman beranak ramai. Kata orang, “banyak udang banyaklah garamnya, banyak orang banyaklah ragamnya”
Ali : “Rakyat adalah Raja !”
https://www.facebook.com/video.php?v=10152652674398592&set=vb.716388591&type=2&theater
Kedatangan rakan-rakan Ali ke Mahkamah tersebut adalah semata-mata untuk menemui Ali dan juga mengucapkan selamat ke Johor kepada Ali. Semua mereka tahu bahawa sebaik saja Ali diikat jamin di Mahkamah tersebut Ali akan ditawan Polis Johor untuk dibawa ke Johor. Yang menjadi tanda Tanya ialah apa rasionalnya Ali nak dibawa ke Johor ?
Soalan yang sama telah Acik tanya dahulu bila kembar Ali (Ahmad) hendak dibawa ke Johor. Acik kemudian difahamkan bahawa lokasi dimana Ahmad melakukan kesalahan adalah di Johor. Kononnya Polis sudah ada bukti ketika Ahmad ditangkap lagi. Walaubagaimana pun akhirnya terbukti bahawa dakwaan tersebut tidak benar. Namun perbicaraan diteruskan juga di Mahkamah Johor Bahru.
Sedangkan bagi kes Ali, belum ada bukti yang kuat bahawa beliau melakukan kesalahan seperti yang dituduh di mana-mana lokasi di Johor. Oleh itu tidak ada rasionallah untuk membawa Ali ke Johor. Walaupun ia melibatkan Sultan Johor, Mahkamah yang boleh membicarakan kesalahan Ali adalah di bawah kuasa kerajaan Persekutuan. Ini bermakna Ali boleh saja dibicarakan di Lembah Kelang.
Lainlah jika setiap negeri memiliki mahkamah sivilnya sendiri yang mempunyai dasar dan peraturan yang berbeza dengan negeri-negeri lain. Contohnya Mahkamah Syariah yang mungkin berbeza di antara yang berada di negeri Johor dengan yang berada di Selangor. Jika demikian, sekurang-kurangnya adalah juga sedikit justifikasi membawa Ali ke Johor.
Cuma apa yang Acik difahamkan ialah bahawa pihak yang membuat laporan Polis terhadap Ali adalah rakyat yang tinggal di Johor. Oh, jika sekiranya lepas ini orang di Sabah pula membuat laporan Polis terhadap Ali, kemudian diikuti pula dengan orang Perlis, adakah Ali akan dibawa ke Sabah dan ke Perlis pula selepas selesai urusan penjaminan di Johor. Jika tidak dibuat begitu bermaksa ada unsur-unsur diskriminasilah atau “double standard” dalam sistem Mahkamah Malaysia.
Apa pun Ali tetap ditawan oleh sepasukan Polis dari Johor selepas diikat jamin di Mahkamah Shah Alam dan telah dibawa ke Johor. Acik sebagai ibu bapa sendiri pun tertanya-tanya di manakah Ali akan disimpan bila sampai di Johor nanti. Dilema yang sama Acik sekeluarga telah alami semasa menghadapi kes saudara kembar Ali (Ahmad) dahulu. Kami sekadar berdoa agar Ali selamat, tidak dikejami oleh mana-mana pihak.
Pengalaman yang telah Acik perolehi semasa menghadapi kes Ahmad dulu sebenarnya memberi kekuatan mental dan emosi kepada Acik. Kali ini seolah-olah tidak rasa apa-apa yang tak dapat dibendung. Malah rasa bangga pula melihat Ali dan rakan-rakannya yang telah datang beramai-ramai ke Mahkamah menemui Ali.
Sebenarnya sebelum ini Acik sangat “skeptical” atau curiga terhadap tindakan yang dipilih Ali. Adakah ianya mampu memberi apa-apa impak positif ke arah mencapai objektif yang disasarinya. Ataupun ianya adalah perbuatan yang sesia semata-mata seperti menjirus air ke atas daun keladi sahaja.
Namun setelah melihat sendiri begitu ramai dan bersemangat sekali rakan-rakan yang datang menemui Ali, pernilaian Acik telah mulai berubah. Rupa-rupanya bukan Ali seorang saja yang beria-ia nak mencapai objektif perjuangan, malah ramai lagi. Pendek kata bukan Ali seorang saja yang berani dan sanggup mengambil rikso akan berdepan dengan hukuman demi menuntut keadilan tetapi ramai lagi. Malah masing-masing mendakwa, “belum lagi bernasib baik seperti Ali”.
Kalau begitulah kesungguhan dan keberanian anak-anak muda memperjuangkan sesuatu isu, Acik yakin mereka akan berjaya mencapai matlamatnya. Jika lebih ramai lagi anak-anak muda mengikut jejak langkah mereka, bukan sekadar busut saja, bahkan sebuah bukit pun akan mampu diratakan menjadi sebuah padang bola. Syabas Acik ucapkan kepada mereka semua.
Sehingga ini Acik tidak pernah bertanya langsung berapa kos yang perlu ditanggung bagi menjamin Ali. Tanpa jaminan bermakna Ali akan terus merengkok di dalam penjara sehingga process perbicaraannya selesai. Biarlah secara berterus terang Acik dedahkan di sini bahawa poket Acik memang kering. Jadi jika tahu berapa jumlah wang yang diperlui untuk menjamin Ali sekali pun, apa maknanya jika kantong kosong.
Baru semalam Acik difahamkan bahawa sejumlah belasan ribu ringgit telah dihabiskan buat menjamin Ali. Jumlah tersebut sudah tentulah amat besar buat warga tua seperti Acik ini. Maklum sajalah, Acik sekarang hidup pun atas ehsan wang pencen yang tak seberapa itu. “Tu lah, dulu masa masih dalam perkhidmatan tak nak rembat betul-betul, bukan takde peluang”. Tapi itu adalah kata-kata kaki rasuah, bukannya orang macam Acik ni.
Namun Allah betul-betul menunjukkan kekayaanNya depan mata Acik sekarang. Walaupun tidak ada duit dalam saku, namun Ali telahpun terjamin. Acik sangat-sangat menghargai dan rasa terhutang budi kepada dermawan-dermawan yang telah menyumbang kepada Ali.
Siapakah mereka ? Maaf, Acik pun tak tahu. Bagi Acik, inilah satu contoh yang diibaratkan, “tangan kanan memberi, tangan kiri pun tak sedar”. Namun, walau setinggi mana pun penghargaan kita kepada sesama makluk, kepadaNya jualah sasaran kita melafazkan rasa syukur kita.
Sebenarnya untuk membeli sebentuk keadilan tidak cukup semata-mata dengan wang ringgit dan harta benda saja. Ini kerana harga sebentuk keadilan jauh lebih mahal dari itu. Teringat Acik akan kisah tentang Sultan Melaka meminang Tuan Puteri Gunung Ledang (TPGL). Yang dikatakan rakyat ketika itu ialah alat bagi memenuhi setiap keinginan dan kemahuan Sultan.
Bayangkanlah apa syarat yang Datuk Bendara tidak sanggup terima demi memenuhi nafsu Sultan Melaka itu terhadap TPGL. Disyaratkan menghantarkan hati gajah sedulang …. setuju ! Disyaratkan menghantarkan hati nyamuk sedulang ….. pun setuju ! Disyaratkan membina jambatan emas dari puncak Gunung Ledang hingga ke istana Sultan Melaka pun ….. tiada masaalah !
Sebab apa tiada masalah untuk bersetuju serta sanggup melaksanakan semua syarat-syarat tersebut ?
Sebabnya ialah segala tugas-tugas tersebut boleh swastakan kepada seluruh rakyat Melaka ketika itu. Walaupun tak masuk akal, numun tetap akan ada pecacai yang masih boleh dikerah keringat dan masanya bagi melaksanakannya. Jika sekarang bolehlah buat untung berlibat ganda. Tetapi zaman Sultan berkuasa penuh dahulu, pengswataan bermaksud segala kosnya rakyat sendiri yang kena tanggung.
Sultan di zaman itu dianggap penjelmaan Tuhan yang diturunkan ke bumi sebagai wakil. Oleh sebab segala rezeki adalah datangnya dari Tuhan, maka apa salahnya jika dia dicukai sedikit saja untuk dikembalikan kepada tuhan. Bukan atas alasan tuhan itu miskin, tetapi secara simbolik sebagai tanda berterima kasih yang tak terhingga kepada Tuhan yang Maha Pemurah itu.
Cuma satu lagi saja syarat yang di bawah OSA yang Acik belum boleh dedahkan lagi. Tunggulah hingga kita sama-sama mengadap Sultan nanti.
Maka sesampainya Datuk Bendahara itu ke istana, maka menyembah dulilah beliau. Maka menyatakanlah oleh Datuk Bendara akan syarat-syarat yang dituntut oleh TPGL satu demi satu. Setiap syarat itu bukan membuat baginda risau, malah sebaliknya membuat baginda bertambah ceria. Sedangkan setiap pembesar dan pegawai istana yang hadir disekeliling baginda semakin runsing.
Entahlah macam mana boleh jadi demikian. Sepatutnya kegirangan Sultan dapatlah ditumpang oleh rakyat jelata.Sepatutnya juga, jika rata-rata rakyat berasa sedih Sultan sendiri akan turut bersedih.
Itu barulah layak dikatakan pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat. Itu baru layak dikatakan rakyat didahulukan. Itu baru tanda baginda perihatin terhadap kebajikan rakyat. Ni tidak. Malah “Jauh panggang dari api”. Kesenangan baginda rupa-rupanya di atas kesengsaraan rakya jelata.
“Last but not least” Datuk Bendahara pun mengakhiri penyampaian maklumannya kepada Sultan. “Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik sembah derhaka Tuanku. Ampun Tuanku”
Ini telah membuat Sultan terpinga-pinga menunggu perkatan seterusnya dari mulut Datuk Bendahara. Lalu kata baginda, “sila teruskan Datuk Bendahara ! Beta sangat tidak sabar menunggunya”
Maka dengan perasaan yang bercampur-campur Datuk Bendara pun mula bermadah, “Ampun Tuanku ribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Sebenarnya Tuanku, segala fikiran telah patik kerahkan, segala pujuk rayu telah patih pergunakan demi melihat Yang Maha Mulia Tuanku berpermaisurikan Tuan Puteri Gunung Ledang itu Tuanku. Malangnya Tuanku, dengan syarat terakhir ini Tuanku, patik tidak yakin ianya akan menjadi kenyataan. Ampun Tuanku”
“Apa maksud Datuk Bendahara ni, beta tidak faham ?” baginda mencelah sebelum sempat Datuk Bendahara menyambung madahnya.
“Sebenarnya Tuanku, Tuan Puteri mahukan tujuh gelas darah Tuanku sendiri, ampun Tuanku. Walaupun patik merayu supaya darah-darah seluruh lembu kerbau di negeri Melaka ini dijadikan galang ganti, baginda tidak sekali-kali berkenan. Hatta patik sanggup menjadikan seluruh darah patik sendiri sebagai galang ganti, itu pun tidak diperkenankan baginda, ampun Tuanku”
Wah gemparlah seluruh istana. Dalam kesedihan ada kegembiraan. Sedih kerana gagal memenuhi hasrat Sultan yang Maha Mulia itu. Gembira kerana terlepas dari beban yang bakal ditanggung bagi memenuhi segala syarat-syarat yang dituntut oleh Tuan Puteri Gunung Ledang tersebut.
Mereka yang degree kesedihannya melebihi degree kegembiraannya pun mula menangis teresak-esak. Mereka ini terdiri dari pembesar-besar Sultan. Manakala mereka yang degree kegembiraannya mengatasi degree kesedihannya hingga “beyond reasonable doubt” pun rupa-rupanya turut menagis juga. Malah tangisan puak-puak ni lebih hebat lagi. Hingga terpaksa menadah dulang agar air mata tidak membanjiri ruang istana.
Begitulah sedikit sebayak senario yang dapat kita saksikan untuk sama-sama jadikan ia iktibar. Janganlah kita sanggup menerima segala-galanya selagi ia tidak menyusahkan diri kita sendiri. Kita tak peduli jika perkara yang kita setuju itu akan menyusahkan seluruh negara, asalkan ia tidak menyusahkan kita sebiji habuk pun. Pendek kata janganlah sekali-kali kita menikmati sebarang kesenangan jika ada pihak lain yang terjejas atau menanggung beban.
Kembali kepada kes Ali Abd Jalil dan rakan-rakan setia yang seperjuangan dengan beliau, maka Acik mahu salut (tabik) kepada mereka semua. Acik kagum dengan keberanian mereka dan kesanggupan mereka yang begitu tinggi bagi memperjuangkan hak jenerasi mereka. Ini tidaklah bermakna Acik restui segala tindak tanduk dan tingkah laku mereka.
Sebagai seorang OP (Orang Pecen) yang dah sinonim dengan WE (Warga Emas) tentulah nilai dan gaya Acik tidak sama dengan anak-anak muda. Namun dari sudut prinsip perjuangan, Acik dan mereka tetap sama. Iaitu sama-sama memperjuangkan keadilan demi untuk kesejahteraan bersama yang berkekalan.
Insya Allah setiap niat baik lagi ikhlas mereka dalam melaksanakan perjuangan mereka itu akan dihargai oleh anak-anak cucu mereka. Segala pengorbanan mereka dalam apa juga bentuk, semoga mendapat keredhaan Allah. Dan mudah-mudahan setiap kesilapan dan ketelanjuran mereka dimaafi oleh rakyat dan diampuni oleh Allah.
Semua yang di atas adalah merupakan harga sebenar yang dibayar oleh semua pihak bagi “membeli” sebentuk keadilan. Kos yang dibayar bukan saja oleh pihak yang melaksanakan perjuangan berkenaan, malah turut sama dibayar oleh pihak yang mempertahankan status quo.
Demikianlah, betapa mahalnya harga sebentuk keadilan yang sedang “dibeli” oleh Ali dan rakan-rakannya. Keadilan yang Acik maksudkankan ialah yang berbentuk “Pemansuhan Akta Hasutan 1948”
Wallahualam.
d a u l a t r a k y a t !
Lain-lain PenCERAHan yang relevan :
Ali’s SAGA # Index : http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/04/alis-saga-index/
Ali’s SAGA # 01 Ali adalah manifestasi jenarasinya https://4uni2c.com/2014/09/11/alis-saga-01-ali-adalah-manifestasi-jenerasinya/
Ahmad’s SAGA #201 A catalyst of change https://4uni2c.com/2012/12/24/ahmads-saga-201-a-catalyst-of-change/
Don’t blame the mirror for our bad image (terjemahan) https://4uni2c.com/2014/09/23/4uni2c-14923-dont-blame-the-mirror-for-our-bad-image-terjemahan/
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://www.4uni2c.com
OP Ajar # 14924