BANJIR # 06 : Pemimpin wajar pohon MAAF

Mujur Acik bukan salah seorang pemimpin, samada di peringkat negara maupun negeri. Jika Acik seorang pemimpin, Acik tentu akan berasa amat bersalah dengan apa yang telah berlaku. Sebagai penebus dosa terhadap mangsa-mangsa banjir semua, Acik akan memohon maaf yang tak terhingga kepada mereka. Ini kerana Acik telah gagal menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin, untuk memberi perlindungan kepada mereka dari ancaman banjir.
*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

pemimpin wajar pohon maaf

Selingan 1:

Kesan tangan-tangan manusia yang rakus

https://www.facebook.com/video.php?v=10152875511623592

Menjadi pemimpin bukanlah suatu kemujuran bagi orang beriman yang sangat berhati-hati. Mereka yang tahu rikso menjadi pemimpin akan memilih “tidak menjadi pemimpin” dari “menjadi pemimpin”. Umar Abdul Aziz tidak ingin menjadi Amirul Mukminin, tetapi menjadinya adalah kerana terpaksa. Baginda menerima jawatan tersebut kerana tiada ada alasan kukuh yang melampau keraguan munasabah, untuk menolaknya. Ini amat berbeza dengan pemimpin-pemimpin zaman kita ini.

Setimpal dengan amanah yang dibebankan ke bahu pemimpin, Allah menjanjikan satu kedudukan yang tinggi di akhirat nanti. Pemimpin-pemimpin yang adil adalah salah satu dari tujuh golongan umat manusia yang akan mendapat lindungan arasy Allah di hari akhirat nanti. Termasuk dalam golongan tersebut ialah penderma yang ikhlas. Ia tidak suka menunjuk-nunjuk kedermawanannya, ibarat tangan kanan yang menderma tetapi tangan kiri sendiri pun tidak tahu.

Umur Abdul Aziz tersangat bimbang, takut-takut baginda gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan Allah ke atasnya dengan sempurna. Bagi baginda, jika sekiranya seeokar kaldai pun terjatuh ke dalam lubang, maka baginda sudah merasa “accountable” (bertanggungjawab) terhadap kemalangan tersebut.

Sikap baginda yang sangat accountable itu menjadi tauladan kepada kawan dan lawan. Hinggakan seorang yang bukan Muslim pun kagum dengan kewibawaan baginda. Individu yang Acik maksudkan itu ialah YAB Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang yang pernah menyatakan hasrat beliau untuk mentauladani Umar Abd Aziz. Sedangkan beliau bukan seorang Muslim.

Setiap kali dilaksanakan PRU, maka berlumba-lumbalah individu-individu di kalangan rakyat Malaysia mengejar-ngejar jawatan pemimpin. Tidak kiralah samada dari parti pemerintah maupun parti pembangkang. Yakni samada BN maupun PR, semuanya serupa saja. Semuanya ingin menjadi pemimpin belaka. Ada yang sekadar diperingkat negeri (ADUN) saja. Ada pula di peringkat negara (AP). Malah ada pula untuk menjadi pemimpin di kedua-dua peringkat (ADUN+AP).

Kononnya menawarkan diri untuk memegang jawatan penting tidak salah. Sedangkan Nabi Yusuf pun menawar diri untuk menjadi pemimpin ketika zamannya itu. Ironinya, Nabi Muhamad s.a.w. pernah menolak permintaan seorang sahabat baginda untuk menjadi pemimpin. Entahlah kalau-kalau di dalam sistem demokrasi ala Malaysia sunnah Nabi Yusof a.s. itu lebih aula dari sunnah Muhamad s.a.w.

Tak kiralah siapa yang akhirnya berjaya merebut jawatan pemimpin selepas PRU dilaksanakan. Yang penting ialah semua rakyat menaruh harapan yang tinggi menggunung, supaya mereka yang terpilih dan dipilih menjadi pemimpin yang berjasa. Yakni pemimpin yang mampu dan berjaya memberi perkhidmatan yang terbaik demi kesejahteraan semua rakyat jelata.

Bagaimana kejayaan tersebut dapat dicapai, rakyat rata-rata menyerahkan bulat-bulat kepada pemimpin-pemimpin. Maka terpulanglah kepada budibicara dan kebijaksanaan masing-masing pemimpin melaksanakan apa juga program, asalkan akhirnya hasil yang terbaik dapat disampaikan kepada setiap rakyat untuk dinikmatinya.

Perkara paling asas yang wajib disediakan oleh pemimpin-pemimpin kepada rakyat ialah jaminan keselamatan. Ia termasuklah keselamatan fisikal, keselamatan emosi, keselamatan akidah, moral, maruah dan sebagainya. Berdasarkan sunnatullah, bagi menjaminkan setiap keselamatan tersebut dapat diperolehi, maka perlulah ada kaedah atau mekanismanya.

Misalnya bagi menjamin agar harta benda rakyat tidak menjadi sasaran perompak dan penyamun, maka perlulah diwujudkan pasukan polis dan akta-akta yang relevan dengan tanggungjawap kepolisan. Andaikata negara diancam oleh serangan dari negara jiran, maka adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk mewujudkan tentera dan membentuk mekanisma yang berkesan bagi menangkis ancaman tersebut.

Sekiranya yang mengancam keselamatan nyawa dan harta benda rakyat adalah seekor burung geruda, maka perlukan direkacipta mekanisma bagaimana menghadapi ancaman burung raksaksa tersebut. Jika tidak berjaya membunuhnya, sekurang-kurangnya menghambatnya sejauh mungkin agar tidak berani lagi ia datang mengganggu-gugat rakyat jelata. Apa yang penting ialah rakyat dapat tidur nyenyak tanpa bimbang dilanggar geruda.

Begitulah juga, sekiranya ancaman terhadap keselamatan jiwa dan harta benda rakyat adalah merupakan banjir. Maka adalah menjadi tanggungjawab pemimpin-pemimpin untuk memikirkan formula bagi menyahkan ancaman tersebut. Pemimpin-pemimpin tidak boleh berpeluk tubuh semata-mata, lalu menyerahkan semata-mata kepada takdir Maha Ilahi. Sedang ancaman yang sama berulang hampir setiap tahun.

Dari apa yang kita telah saksikan baru-baru ini, terserlahlah kepada seluruh rakyat Malaysia sekalian bahawa pemimpin-pemimpin kita telah gagal. Mereka bukan tak tahu bahawa negara diancam bencana banjir hampir tiap-tiap tahun sejak sekian lama. Malangnya belum nampak tindakan yang ketara lagi berkesan yang telah diambil mereka bagi mencegah banjir.

Malah sebaliknya, dalam masa yang sama, aktiviti yang menyumbang kepada berlakunya banjir diteruskan juga dengan begitu rupa. Adakah rata-rata pemimpin kita tidak tahu bahawa kesan dari pembalakan adalah belakunya banjir ? Kalau tak semua mereka tahu pun, Acik percaya majoriti mereka mesti tahu.

Cuma mungkin masing-masing mengamalkan sikap, “kura-kura dalam perahu ….. “ Bahkan, mungkin ada yang lebih teruk dari itu, iaitu bersikap, “kura-kura dalam semak, pura-pura tak nampak”. Jika demikianlah sikap kebanyakan pemimpin-pemimpin kita, bukan kata rakyat dapat mengharapkan negara akan bertambah maju ke hadapan, malah sebaliknya ia akan semakin mudur ke belakang.

Mujur Acik bukan salah seorang pemimpin, samada di peringkat negara maupun negeri. Jika Acik seorang pemimpin, Acik tentu akan berasa amat bersalah dengan apa yang telah berlaku. Sebagai penebus dosa terhadap mangsa-mangsa banjir semua, Acik akan memohon maaf yang tak terhingga kepada mereka. Ini kerana Acik telah gagal menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin, untuk memberi perlindungan kepada mereka dari ancaman banjir.

Pemimpin yang Acik maksudnya merangkumi semua peringkat dan semua agensi kerajaan. Jika Acik seorang ketua pasukan tentera misalnya, Acik akan rasa bersalah jika dalam keadaan begitu gawat pun masih berpeluk tubuh. Tidak berani bertindak sendiri semata-mata kerana takut dimarahi pihak atasan, kerana belum ada arahan. Bila arahan sampai, keadaan telah menjadi begitu cemas dan tak terkawal. Pendekata tidak pandai membezakan antara keadaan selamat dengan gawat. Bila diistiharkan “dharurat”, segala-galanya dah agak terlambat.

Walaupun akan ada pihak yang menuduh Acik tidak yakin dengan takdir Allah, namun Acik tetap merasa amat bersalah berdasarkan kefahaman dan keyakinan Acik tentang faktor sunnatullah. Ini tidak bermakna Acik menolak hakikat bahawa Allah Maha Berkuasa melakukan apa saja yang dikehendakiNya. Cuma Acik tidak yakin bahawa banjir besar tersebut adalah akibat bencana yang sengaja diturunkan Allah semata-mata untuk menguji dan menghukum hamba-hambaNya tak kira siapa.

Sebaliknya Acik lebih percaya bahawa banjir itu adalah angkara dari kerja-buat tangan-tangan manusia sendiri. Jika pokok-pokok balak masih berdiri tegap di tempat asalnya masing-masing, masakan berlaku banjir yang begitu besar. Kalau masih berlaku pun, ia tidaklah seburuk sebagaimana yang dialami negara baru-baru ini.

Batang-batang balak yang hanyut lalu merempuh dan meruntuhkan rumah-rumah dan jambatan boleh menjadi saksi bahawa banjir adalah angkara dari aktiviti pembalakan. Begitu juga dengan wajah air yang menenggelami seluruh kawasan banjir tidak ada langsung yang jernih. Seluruhnya mengandungi lumpur. Darimana datangnya lumpur itu jika bukan akibat aktiviti pembalakan di hulu-hulu sungai. Lebih nyata lagi selepas banjir surut. Seluruh tempat yang dilanda banjir semuanya dipenuhi dengan lumpur.

Amat malang sekali jika segala kesan-kesan banjir yang dapat dilihat dengan mata kepala sendiri, masih juga gagal mengubah persepsi ramai dari pemimpin-pemimpin negara dan negeri-negeri berkenaan. Mereka masih juga taksub dengan kepercayaan bahawa pembalakan bukan penyumbang utama kepada berlakunya banjir. Dengan lain-lain perkataan, masih juga menyangkal bahawa banjir itu adalah akibat dari tangan-tangan manusia sendiri.

Dengan mendakwa bahawa banjir adalah semata-mata akibat air yang turun dari langit, maka mereka tidak akan merasa bersalah. Ini kerana tidak siapa pun yang boleh menahan Allah dari melakukan apa-apa juga yang dikehendakiNya. Jika banjir sebegitu besar Allah mampu turunkan di zaman Nabi Nuh a.s. dahulu, apalah sangat dengan banjir yang tak sampai pun menenggelamkan seluruh Malaysia.

Pada pemerhatian Acik, mangsa-mangsa banjir rata-rata adalah rakyat yang tersangat baik. Semuanya sangat sabar dan redha dengan segala musibah yang menimpa mereka. Agaknya, ini adalah manifestasi kejayaan dakwah yang telah dilakukan sejak sekian lama bagi menanamkan iman yang kukuh terhadap rakyat jelata. Jika Maula Mulia sudah cukum mulia, agaknya mereka (mangsa-mangsa bajir) adalah jauh lebih mulia dari itu.
Maula Mulia telah dirompak habis wangnya. Tetapi apabila perompak memulangkan motor kapcainya itu, maka kebaikan itu pula yang dikenangnya. Lalu lupa langsung ia akan hartanya yang berharga berlipat ganda, yang jatuh ke tangan perompak tersebut. PenCERAHan : https://4uni2c.com/2012/10/26/maula-mulia/

Entahlah, bilakah masanya rakyat akan sedar akan hak masing-masing. Selagi tidak ada kesederan selagi itulah nasib mereka tidak mengundang perubahan positif. Selagi rakyat tidak pandai membezakan yang mana penipu, yang mana pembantu dan pengampu, selagi itulah mereka kekal buntu tak tau nak buat gapa satu. Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud bahawa nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah selagai kaum itu sendiri tidak mengubahnya.

Wallahualam.

Selingan 2 :

Kami takkan bela pemimpin PAS seleweng balak, kata Mat Sabu

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kami-takkan-bela-pemimpin-pas-seleweng-balak-kata-mat-sabu

d a u l a t r a k y a t !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

BANJIR # Index : http://4uni2c.wordpress.com/2015/01/26/banjir-index/
BANJIR # 01 : Produk Sampingan PemBALAKan : https://4uni2c.com/2014/12/22/banjir-01-produk-sampingan-pembalakan/
Hudud # 02 : Manifestasi atau Penyebab … ? : http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/15/hudud-02-manifestasi-atau-penyebab/

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK : www.4uni2c.com

@ OPajar (# 15108)

~ by OPajar on 2015-01-08.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: