BANJIR # 07 : Kemubu oh Kemubu (02) – LINTASAN RATA Paling Praktikal

Acik percaya jika sekiranya telah dibina  LINTASAN RATA  di kampung 4K itu kira-kira 10 tahun dahulu seperti yang Acik cadangkan, mungkin jambatan tersebut tidak runtuh. Kekuatan tapak jambatan tersebut terjejas apabila dibawahnya dibuat jalan. Jalan tersebut menyebabkan hakisan tanah mudah berlaku di tapak di mana jambatan itu berpaut.

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan  sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Kemubu oh Kemubu (02)

LINTASAN RATA Paling Praktikal

Selingan 1

Pemandangan Pasca Banjir di Kampung Kemubu, Kuala Kerai

https://www.facebook.com/video.php?v=945236968842392&set=vb.100000682943976&type=2&theater

Kemubu adalah kampung yang dikatakan paling teruk menerima musibah banjir di Kelantan baru-baru ini. Acik berpindah ke kampung tersebut dalam bulan April 2005 dahulu. Acik ke sana bagi menemani isteri Acik yang ditukarkan ke SK 4K (Sekolah Kebangsaan Kemubu, Kuala Kerai, Kelantan) dari SK Pasir Hor, Kota Bharu. Isteri Acik sendiri yang memohon untuk berkhidmat di sekolah pendalaman Kelantan. Tetapi ada rakan-rakan sejawat beliau yang menyangka beliau ditukarkan ke situ atas tindakan disiplin.

Ketika kami sampai ke kampung 4K (4K = Kemubu Kuala Krai Kelantan) itu, jalan untuk masuk ke kampung tersebut telah terputus. Jalan terputus adalah perkara biasa bagi kampung terpencil itu. Ini kerana jalan untuk masuk/keluar kampung tersebut adalah melalui bawah jambatan keretapi yang berdekatan. Bila paras air sungai tersebut naik, maka jalan tersebut akan tenggelam. Aakibatnya, kenderaan tidak dapat masuk/keluar kampung tersebut.

Mujur Acik diberi izin khas oleh Ketua Stesen Keretapi di situ bagi melintasi landasan keretapi untuk masuk ke kampung tersebut dengan kereta. Dengan meletakkan beberapa batang kayu di kedua-dua belah besi landasan (keretapi) tersebut, maka jadi mudahlah kereta Acik melintasi landasan tersebut. Inilah yang dikatakan “lintasan rata”. Tapi untuk kali itu sajalah Acik diizinkan berbuat demikian. Mungkin kerana Acik baru pindah ke kampung 4K itu kut..

Lintasan rata bukanlah sesuatu yang pelik bagi rakyat Malaysia generasi Acik. Dahulu, jalan raya melintasi landasan keretapi adalah perkara biasa. Jalan raya yang melintasi landasan keretapi sentiasa dibuka. Ia ditutup hanya ketika keretapi akan melintasi jalan berkenaan. Sebaik saja ekor keretapi melepasi bahu jalan raya, maka pagar atau palang jalan raya akan dibuka semula, manakala palang landasan keretapi pula akan ditutup kembali.

Setelah kenderaan jalan telah berlipat ganda bilangannya, lintasan rata mula menjadi kurang praktikal. Sebenarnya tempoh yang diambil oleh sesebuah keretapi untuk melintasi sebatang jalan hanya dua atau pun tiga minit sahaja. Tetapi akibat kelemahan di pihak KTM dalam menguruskan perjalanan keretapi, tempoh tersebut menjadi tidak menentu. Ia boleh jadi 15 minit atau 30 minit ataupun keretapi yang ditunggu-tunggu langsung tak datang.

Ketika menanti keretapi melintasi jalan raya berkenaan, kereta-kereta yang sedang menunggu di kedua-dua belah jalan telah menjadi berganda-ganda bilangannya. Ini menjejaskan perjalanan ramai pengguna jalan raya terutama mereka yang dalam keadaan yang tergesa-gesa untuk sampai ke destinasi yang dituju. Contohnya orang sakit kritikal yang nak dibawa ke hospital atau kereta bomba yang menuju ke tempat berlakunya kebakaran.

Bagi mengatasi masaalah tersebut, maka jejambat pun dibina hampir di setiap tempat dimana jalaan raya melintasi landasan keretapi atau pun sebaliknya. Dengan adanya jejambat pengangkutan jalan langsung tak tergendala kerana tiada lagi keretapi melintasi jalan raya. Pemaju dan kontraktor yang membina jejambat pun menjadapat untung, tak kiralah siapa. Tak kurang penting ialah KTM tak perlu risau seperti dahulu, tentang jadual perjalanan keretapi.

Yang agak kurang rasionalnya ialah dasar KTM mengharamkan pembinaan lintasan rata di seluruh negara. Dasar ini sangat menyusahkan penduduk-penduduk yang tinggal di kedua-dua belah landasan keretapi. Penduduk kampung 4K tidak terkecuali dari menjadi mangsa dasar tersebut. Selain kampung 4K, mungkin banyak lagi kampung yang menerima nasib yang sama.

Ketika baru datang ke kampung 4K Acik belum tahu tentang wujudnya dasar tersebut. Oleh itu Acik bercadang untuk memohon agar dibina lintasan rata ke kampung tersebut. Dengan adanya lintasan rata rakyat kampung 4K itu akan merasa amat lega. Dengan adanya lintasan rata, walaupun laluan di bawah jambatan keretapi itu ditenggelami air sungai, urusan keluar/masuk kampung 4K tidaklah lagi tergendala.

Apa yang terpaksa penduduk-penduduk kampung 4K alami selama ini amat menyedihkan Acik. Waktu-waktu laluan di bawah jambatan keretapi itu dinaiki air sungai, penduduk-penduduk kampung terpaksa meninggalkan kereta di luar kampung tersebut. Kemudian mereka akan berjalan kaki melintasi landasan keretapi yang merentangi sempadan kampung tersebut.

SK 4K letaknya lebih kurang 1.3 km dari landasan keretapi tersebut. Ini bermakna, guru yang terpaksa meninggalkan keretanya sebelum landasan keretapi terpaksa berjalan sejauh 1.3 km untuk sampai ke SK 4K tersebut. Alangkah mudahnya bagi mereka jika lintasan rata dibina bagi membolehkan kereta mereka keluar masuk kampung 4K dengan selamat.

Acik telahpun berusaha bagi memohon kepada KTM agar lintasan rata dibina di kampung 4K itu. Dua kali Acik ke pejabat KTM di Kuala Lumpur. Bagi kali pertama dapat berbincang dengan Pengarah Teknikal KTM. Kemudian bagi kali kedua berjumpa pula dengan Pengurus Besar KTM. Dari mulut beliau sendirilah maka Acik difahamkan bahawa dasar KTM tidak membenarkan lagi lintasan rata dibina di mana-mana. Tetapi tidak pula dijelaskan kepada Acik rasionalnya. Mungkin sebab beliau tak ditanya kut.

Tidak lama selepas itu Acik pun meninggalkan kampung 4K itu dengan sayu bercampur gembira. Sayu kerana meninggalkan individu-individu yang telah menjadi kawan baik. Gembira kerana akan berpindah ke sekolah yang jaraknya dengan Cameron Highlands hanya kira-kira 15 km sahaja. Pada masa itu isteri Acik sedang dalam proses pembelian sebuah apartmen di Tanah Rata, Cameron Highlands.

Kerana telah agak lama meninggalkan kampung 4K itu, pelbagai pengalaman yang perolehi sepanjang tempoh tinggal di kampung 4K itu dahulu, hampir luput dari ingatan Acik. Walaubagaimana pun, video berkenaan berjaya membongkar semula pengalaman-pengalaman tersebut dari ingatan Acik.

Sedih melihat jembatan keretapi yang menghubungkan kampung 4K dengan kampung di seberang sungai sana. Tak pernah terlintas di minda Acik bahawa jambatan keretapi pun boleh runtuh akibat banjir. Padahal ianya begitu kukuh. Betapa berat sekali pun gerabak keretapi yang melintasinya, ia tetap tak runtuh.

Acik percaya jika sekiranya permohonan Acik supaya dibina lintasan rata di kampung 4K itu kira-kira 10 tahun dahulu ditunaikan oleh KTMB, mungkin jambatan tersebut tidak runtuh. Kekuatan jambatan tersebut terjejas apabila dibawahnya dibuat jalan. Jalan tersebut menyebabkan hakisan tanah mudah berlaku di tapak di mana jambatan itu berpaut.

Membaiki semula jambatan tersebut mungkin akan mengambil masa yang agak lama. Selagi jambatan tersebut belum siap dibaiki mungkin laluan masuk/keluar kampung 4K terpaksa ditutup. Ini akan pasti menambahkan lagi kesusahan ke atas penduduk kampung 4K untuk keluar masuk kampung mereka. Sedangkan kesusahan yang sedang mereka tanggung akibat banjir sudah cukup berat untuk mereka.

Apa salahnya dibina segera  LINTASAN  RATA  untuk mereka, penduduk Kampung 4K ?
Acik faham bahawa apabila sesuatu itu telah menjadi dasar, maka ianya wajib dipatuhi. Begitulah juga dengan pembinaan lintasan rata yang baru. Oleh sebab ianya telah dijadikan dasar oleh KTM maka terpaksalah ia dipatuhi. Tetapi persoalannya ialah, adakah dasar itu begitu “rigid” sekali hingga tidak boleh dipinda langsung ?

Sebuah peribahasa Inggeris berbunyi, “a wise changes his mind sometimes, a fool never”. Peribahasa ini membawa maksud bahawa individu yang cerdik sekali-sekala merubah juga minda atau fikirannya. Yang tak pernah mengubah fikirannya ialah orang yang bodoh. Inilah yang dikatakan fanatic atau taksub.

Dasar pengharaman pembinaan lintasan rata mungkin perlu secara umumnya. Tetapi mungkin tidak sesuai di setengah tempat. Ia mungkin perlu bagi landasan keretapi laju yang sedang dalam pembinaan dari selatan ke utara semenanjung . Tetapi mungkin tidak sesuai bagi landasan yang disebelah timur semenanjung.

Kawasan di kedua-dua belah landasan keretapi di timur semenanjung masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan. Bagi memudahkan pembangunan dilaksanakan, segala bentuk bantuan harus disediakan. Jika sebatang sungai menjadi penghalang kepada pembangunan sesebuah kawasan, maka sebuah jambatan wajarlah dibina.

Malangnya, dasar pengharaman lintasan rata adalah ibarat meruntuhkan jambatan yang menghubungkan dua kawasan. Contohnya sebelum landasan keretapi dibina, lokasi A dengan lokasi B hanya beberapa meter saja jaraknya. Tetapi selepas landasan keretapi di bina di antara kedua-dua lokasi tersebut, jarak perjalanan ke lokasi B dari A telah menjadi beberapa kilo meter malah puluhan kilo meter.

Oleh itu tidak dapat disangkal bahawa lintasan rata adalah kaedah paling praktikal bagi menghubungkan antara kampung A dan kampung B yang masing-masing terletak bersebelahan dengan lantasan keretapi. Kerajaan tak perlu membina jejambat di kawasan-kawasan pendalaman kerana kenderaan jalan yang melintasi landasan tersebut tak banyak pun. Lagi pun kos pembinaan jejambat bukannya murah. Satu pembaziran wang rakyat pula.

Wallahualam.

d a u l a t    r a k y a t   !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

 

BANJIR # Index :   http://4uni2c.wordpress.com/2015/01/26/banjir-index/

BANJIR # 01 : Produk Sampingan PemBALAKan :   https://4uni2c.com/2014/12/22/banjir-01-produk-sampingan-pembalakan/

BANJIR # 06 : Pemimpin Wajar Pohon MAAF : https://4uni2c.com/2015/01/08/banjir-06-pemimpin-wajar-pohon-maaf/

 

 

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

@ OPajar (# 15124)

~ by OPajar on 2015-01-24.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: