BANJIR # 08 : BODOH Jika Dustakan Sunnatullah
Kadang-kala menjadi pengikut kepada “Z” yang kurang baik, adalah lebih selamat dari menjadi pengikut kepada “A” yang lebih baik tetapi bodoh. Contohnya, menjadi penumpang sebuah kapal yang nakodanya ialah “Z”. Walau apa pun berlaku, “Z” tidak akan melakukan sesuatu yang boleh mengancam keselamatan kapalnya, kerana beliau bukanlah bodoh
*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
Bodoh jika dustakan sunnatullah
Selingan 1 :
Akibat Musibah Banjir
https://www.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=IML4xAc8mhQ&app=desktop
Bila Allah mengutuskan nabi-nabi dan rasul-rasul kepada umat manusia, ada yang menerima ajaran yang dibawa mereka dan ada juga yang sebaliknya. Sejarah menceritakan bahawa bilangan yang menerima ajaran nabi-nabi dan rasul-rasul adalah jauh lebih kecil dari yang menolak. Cara yang paling mudah bagi menolak ajaran seseorang nabi atau rasul ialah dengan mendustakannya.
Maksud mendustakan ialah tidak mempercayai bahawa individu yang mendakwa dirinya nabi atau rasul itu, adalah nabi atau rasul yang sebenar. Ia umpama seorang anggota polis yang memperkenalkan dirinya kepada beberapa orang yang sedang berjudi. Tiba-tiba mereka yang sedang berjudi itu menyangkal dakwaan anggota tersebut dengan mengatakan, “awak bukan polis !”. Ini bermakna mereka mendustakan anggota polis tersebut.
Bila seseorang nabi atau rasul telah didustakan, implikasinya ialah segala ajarannya akan ditolak mentah-mentah. Begitu juga dengan seorang anggota polis yang didustakan statusnya itu. Bukan saja segala arahannya tidak dipatuhi, malah salah-salah haribulan dibelasahnya pula oleh pelaku-pelaku kesalahan berkenaan.
Jika dibandingkan dengan mengingkari sesuatu, mendustakannya mungkin lebih buruk implikasinya. Ini kerana bagi individu yang mengingkari sesuatu, sekurang-kurangnya dia mengiktiraf sesuatu faktor itu sebagai kebenaran. Cuma dia enggan “conform” atau menuruti tuntutan faktor tersebut. Misalnya dia mengiktiraf individu berkenaan sebagai anggota polis tetapi tidak mahu menuruti arahan beliau, lalu cabut lari.
Dalam bilik darjah, setiap murid tidak pernah mendustakan guru yang mengajarnya. Cuma kadang-kadang yang didustakan ialah apa yang diajar oleh guru berkenaan. Contohnya, mendustakan ajaran gurunya bahawa di zaman nabi Nuh a.s. dahulu telah berlaku banjir yang begitu besar sekali. Bukan kata Bukit Panau saja tenggelam malah gunung Judi yang paling tinggi ketika itu pun turut tenggelam. Satu lagi contoh ialah mendustakan bahawa manusia berkemampuan bergerak lebih laju dari kelajuan suara.
Bagi pelajar yang mendustakan terhadap banjir di zaman nabi Nuh a.s. dahulu, bukan senang untuk mengubah pendiriannya itu. Jika dia seorang yang beriman kepada al Quran, maka tiada masalah untuk menukar pendiriannya (tentang banjir) itu dari tak percaya kepada percaya. Tetapi bagaimana jika dia tidak beriman dengan kebenaran al Quran ?
Namun, bagi orang yang mendustakan fenomena bahawa maknusia mampu bergerak lebih laju dari kelajuan suara, kesilapan beliau itu lebih mudah diperbetulkan. Setelah dibawa kepadanya segala bukti-bukti yang relevan, akhirnya beliau akan menerima juga realiti yang disangkal sebelumnya itu. Rengkasnya, faktor sunnatullah lebih mudah diterima oleh akal fikiran manusia, berbanding dengan yang bersifat misteri.
Sehingga kini Acik belum lagi berjumpa dengan nas yang menyatakan bahawa mendustakan sunnatullah itu hukumnya “haram”. Begitu juga dengan nas bahawa mempercayai sunnatullah itu hukumnya “wajib”. Contohnya, mendustakan bahawa dadah itu memudaratkan adalah “haram”. Begitu juga mempercayai bahawa manusia boleh bergerak lebih laju dari kelajuan suara adalah “wajib”.
Oleh sebab itu Acik boleh saja memilih salah satu dari dua kemungkinan terhadap sesuatu sunnatullah. Yakni samada mendustakan sunnatullah berkenaan ataupun menerimanya. Kedua-duanya tidak mendatangkan dosa ataupun pahala.
Walaubagaimana pun, kita boleh jadi berdosa jika sekiranya akibat dari mendustakan sesuatu sunnatullah itu, ada pihak lain pula yang menjadi mangsa kesusahan. Sebaliknya kita akan beroleh pahala sekiranya hasil dari beriman dengan sesuatu sunnatulah maka kita telah berjaya memberi kebajikan kepada orang lain.
Sehingga kini Acik masih lagi mendengar hujah-hujah yang seolah-olah mendustakan sunnatullah sebagai punca utama berlakunya banjir besar baru-baru ini, khususnya di Kelantan. Hujah paling popular yang Acik sering dengar ialah banjir tersebut merupakan musibah dari Allah.
Pertama, kerana Allah nak uji rakyat Kelantan sebelum meningkatkan lagi iman mereka. Kedua, supaya rakyat yang belum sedarkan diri atau lalai tentang tanggung jawabnya terhadap Allah akan insafkan diri, lalu kembali mengingati Allah.
Ada juga Acik terbaca kenyataan yang mengatakan bahawa banjir tersebut ialah bagi membersihkan bumi Kelantan menjelang pelaksanaan Hukum Hudud 2015. Yang kurang Acik dengar ialah tentang peranan sunnatullah terhadap berlakunya banjir besar tersebut. Seolah-olah faktor sunnatullah itu tidak signifiken. Sebaliknya faktor yang dianggap dominan hanyalah, bahawa Allah sendiri yang beria-ia nak menurunkan musibah kepada rakyat Malaysia terutamanya rakyat Kelantan.
Bagi Acik yang sangat jahil tentang urusan dan perancangan Allah itu, apa yang didakwa oleh kebanyakan agamawan itu mungkin juga ada kebenarannya. Cuma Acik sendiri yang kurang selesa untuk bersetuju 100 % dengan presumption (tanggapan) mereka yang sedemikian. Sebaliknya Acik lebih selesa menganggapnya sebagai kelemahan manusia sendiri dalam menangani fenomena alam. Akibat kelemahan itulah maka berlakunya banjir yang begitu besar, terutamanya di Kelantan.
Sebagaimana yang Acik sebut di atas, membuktikan kebenaran sunnatullah adalah lebih mudah dari membukti kebenaran yang bersifat misteri. Mendakwa bahawa Allah melakukan sesuatu untuk sesuatu tujuanNya adalah satu tanggapan yang bersifat misteri. Oleh itu, bagaimana mungkin seseorang agamawan itu boleh mengemukakan bukti-bukti (yang melampaui keraguan yang munasabah), bahawa banjir tersebut sengaja diturunkan Allah. Adakah mustahil jika faktor dominannya ialah akibat dari tangan-tangan rakus manusia sendiri yang telah merosakkan alam sekitar dengan aktiviti pembalakan yang melampau ?
Jika dilihat kepada permukaan bumi Kelantan khususnya, kita akan terkejut kerana begitu banyak sekali kawasan yang telah sifar balak. Sedangkan pohon-pohon balak adalah umpama botol-botol raksaksa yang menyimpan begitu banyak air dalam satu-satu masa. Apabila tiada lagi botol-botol tersebut untuk menyimpan air, maka berlakulah banjir. Apakah fenomena yang begitu mudah difahami itu pun nak didustakan ?
Mendakwa bahawa banjir besar itu adalah kerana Allah nak menimpakan musibah kepada hambaNya, adalah seakan-akan mendakwa bermimpi berjumpa dengan Nabi s.a.w. Bukan senang bagi si pemimpi berkenaan nak verify (absahkan) akan kebenaran mimpinya itu. Begitulah juga dengan tanggapan bahawa banjir itu adalah musibah yang diturunkan Allah untuk menguji rakyat Kelantan. Bukan mudah nak membuktikan kebenaran tanggapan tersebut.
Sesiapa pun boleh mendakwa bermimpi berjumpa dengan Nabi s.a.w. Samada orang yang diberitahu olehnya percaya ataupun tidak, tidak ada implikasi pahala dan dosa. Jika Acik sendiri pun berjumpa Nabi s.a.w. dalam mimpi, Acik tidak harap orang lain akan percaya. Lainlah jika Acik ini seorang yang sangat hebat status agamanya. Lebih-lebih lagi jika nak dibandingkan dengan nabi Yusuf a.s., siapalah Acik ini.
Dalam terjemahan al Quran (11:17) Allah berfirman: (Ingatlah) ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, “wahai ayahku ! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan, aku lihat semuanya sujud kepadaku”.
Acik yakin ramai umat Islam yang percaya terhadap dakwaan yang dibuat oleh individu yang disebut dalam ayat al Quran di atas. Pertama kerana individu tersebut bukannya orang biasa seperti Acik ini, tetapi baginda adalah seorang Rasul a.s.
Kedua kerana peristiwa mimpi tersebut diceritakan oleh al Quran, bukan oleh buku hikayat Melayu lama seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Demang Lebar Daun dan sebagainya.
Ketiga kerana objek yang dimimpi itu semua umat manusia yang celik penglihatan dapat melihat. Ini jauh bezanya dengan mimpi bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Rakyat rata-rata lebih mudah percaya bahawa banjir besar yang berlaku itu adalah berpunca dari aktiviti pembalakan yang melampau. Mengikut sunnatullah, bila semua pohon-pohon balak ditebang, bumi terpaksa menyimpan sendiri air yang dahulunya ditolong simpan oleh pokok-pokok balak. Lantaran itu bumi tidak lagi mampu menerima air hujan yang turun. Akibatnya segala air hujan yang turun akan terus meluncur ke kawasan-kawasan rendah, lalu berlakulah banjir.
Baru-baru ini Acik berpeluang mendengar suatu keterangan yang disampaikan oleh seorang bekas Timbalan Pengarah JPS Malaysia berhubung dengan banjir. Sebab musabab banjir yang diterangkan beliau, lebih mudah diterima oleh semua orang. Tak kira samada yang mendengar taklimat tersebut berbangsa Melayu atau pun bukan Melayu, Muslim maupun bukan Muslim. Sedangkan justifikasi berlakunya banjir yang dilaungkan oleh kebanyakan agamawan kita hanya termakan oleh umat-umat Islam tertentu sahaja.
Samalah juga seperti dakwaan seseorang yang mengaku telah bermimpi berjumpa dengan Nabi s.a.w. Tak semua umat Islam akan percaya dakwaan si pemimpi tersebut. Tak percaya kepada beliau bukan bermakna menuduh beliau penipu. Tetapi kerana ada kemungkinan beliau menjadi mangsa penipuan syaitan.
Syaitan boleh saja menyerupai dirinya sebagai individu “X” lalu mengaku dirinya adalah Nabi s.a.w. Sedangkan individu “X” itu bukanlah baginda, malah mungkin salah seorang penentang baginda, namun tidak siapa pun mampu “verify” ketika ini. Jadi nak mendesak supaya orang lain percaya bahawa beliau benar-benar berjumpa dengan Nabi s.a.w. dalam mimpinya itu adalah kerja yang bodoh.
Kadang-kala menjadi pengikut kepada “Z” yang kurang baik, adalah lebih selamat dari menjadi pengikut kepada “A” yang lebih baik tetapi bodoh. Contohnya, menjadi penumpang sebuah kapal yang nakodanya ialah “Z”. Walau apa pun berlaku, “Z” tidak akan melakukan sesuatu yang boleh mengancam keselamatan kapalnya, kerana beliau bukanlah bodoh
Sebaliknya, kapal yang dilayari oleh nakhoda “A” mungkin tenggelam kerana berbagai faktor yang berpunca dari kebodohannya. Akibatnya, bukan penumpang saja akan menjadi mangsa mati karam, malah dirinya sendiri. Penumpang menjadi dilemma apabila telah berada di tengah lautan baru menyedari bahawa nakhoda kapal yang ditumpangnya itu rupa-rupanya seorang yang bodoh.
Salah satu ciri-ciri penting orang yang bodoh ialah, enggan mengaku akan kebodohan dirinya. Pendek kata, dia termasuk dalam kategori manusia yang bodoh tetapi tidak menyedari bahawa dirinya bodoh. Inilah agaknya yang dikatakan peribahasa Melayu, “cerdik tak boleh ditumpang, bodoh tak boleh diajar”. Salah satu individu bodoh sebagai contoh ialah Man Gelap yang diceritakan dalam CEREKANA : http://4uni2c.wordpress.com/2015/01/13/cerekana-15113-man-gelap-pembikin-abc/
Namun kata Mad Saleh, “better late than never”. Oleh yang demikian, jika ada mana-mana pemimpin semasa yang tergolong dalam kategori tersebut, maka cepat-cepat diganti dengan “the next better ones”.
Wallahualam.
Selingan 2 :
Ku Li : Kaji semula OSA bagi menangani masalah rasuah
http://www.malaysiakini.com/news/277767
d a u l a t r a k y a t !
Lain-lain PenCERAHan yang relevan :
BANJIR # Index : http://4uni2c.wordpress.com/2015/01/26/banjir-index/
BANJIR # 03 : Mengingkari SUNNATULLAH ? https://4uni2c.com/2014/12/30/banjir-03-mengingkari-sunnatullah/
BANJIR # 01 : Produk Sampingan PemBALAKan : https://4uni2c.com/2014/12/22/banjir-01-produk-sampingan-pembalakan/
*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: www.4uni2c.com
@ OPajar (# 15129)