TAKZIAH Buat Keluarga Allahyarham Ayahanda Halim

Mudah-mudahan pemimpin masyarakat beragama Islam di seluruh Malaysia (yang mengenali Ayahanda Halim) turut mengimami solat jenazah ghaib ke atas beliau sempena hari Jumaat ini.

wpid-20150423_102623.jpg

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

 Al Fatihah !

Rasa tersentak juga di hati Acik (Ayah/Abang+cik) membaca berita tentang pemergian untuk selama-lamanya Saudara seperjuangan Acik yang menggelarkan dirinya “Ayah” itu. Walaupun bertemu beliau hanya baru beberapa kali saja, namun sudah terasa panas kemesraan darinya. Acik dapat berkenalan dengan Ayahanda Halim ialah kerana beliau sangat perihatin dengan Ali, anak Acik yang telah berhijrah ke Sweden itu.

Setelah berpisah dengan Ali beberapa bulan saja kini berpisah pula dengan individu yang sayangkan Ali. Aduh …. sayunya hati ini ! Namun sebagai seorang hamba kepada Allah yang Maha Esa, terpaksalah menerima hakikat bahawa setiap kita akan menemui ajal masing-masing. Yang membezakan antara kita dengan Ayahanda Halim ialah beliau pergi dahulu  dari kita. Cara pemergiannya pula adalah trajis, sedangkan bagi kita pula wallahualam.

Halia tanam-tanaman

Ke barat jua bakal condongnya

Dunia tumpang-tumpangan

Akhirat jua kekal kampongnya.

Begitulah serangkap pantun yang menggambarkan hakikat hidup kita semua. Hidup kita di muka bumi ini hanyalah sebagai penumpang, yakni tidak kekal. Kehidupan yang kekal bagi semua kita adalah alam akhirat. Dunia hanyalah sementara, tempat kita menabur jasa. Akhirat tempat abadi, ke sanalah kita kan kembali.

Bila terbaca berita kemalangan yang menimpa Ayahanda Halim, hati kecil Acik terus berkata, “itulah lazimnya cara kematian seorang rakyat biasa yang tiada berharta di Malaysia”. Betapa tidak Acik berkata demikian, jika kemalangan jalan raya bukanlah sesuatu perkara biasa. Dan yang sering mati atau cedera parah dalam setiap kemalangan ialah penunggang motosikal. Siapakah mereka ini jika bukan dari kalangan rakyat kurang berada.

Andai kata semasa kejadian itu Ayahanda sedang memandu sebuah kereta, tentulah agak berbeza kecederaan yang menimpa beliau akibat kemalangan tersebut. Acik tak menafikan hakikat bahawa jika sudah sampai ajal, walaupun menaiki traktor atau kereta kebal sekali pun akan mati juga. Namun agak sedih dan kesal juga bila melilhat bermacam-macam faktor yang boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya, wujud di merata-rata.

Antara yang utama ialah tanda-tanda jalan yang mengelirukan pengguna-pengguna jalan raya. Malah ada yang tak jelas dinampak oleh pengguna-pengguna jalan raya kerana langsung tidak berbela. Akibatnya, pemandu mengambil sesuatu tindakan dengan tergesa-gesa lalu berlakulah perlanggaran dengan pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Fenomina ini bukanlah baru, malah sejak sekian lama terbiar tanpa usaha yang ketara untuk membaikikan kelemahan tersebut.

Mudah-mudahan kematian Ayahanda Halim akan menjadi pemangkin kepada penambahbaikan tanda-tanda jalan di seluruh Malaysia agar kemalangan jalan raya akan dapat dikurangkan.

Mudah-mudahan pemimpin masyarakat beragama Islam di seluruh Malaysia (yang mengenali Ayahanda Halim) akan turut mengimami solat jenazah ghaib ke atas beliau sempena hari Jumaat ini.

Wallahualam.

 d a u l a t    r a k y a t   !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Adam Adli’s SAGA #101 Apakah Yang Adam Adli Mahu ?  https://4uni2c.com/2013/05/24/adam-adlis-saga-101-apakah-yang-adam-adli-mahu/

Hudud # 02 – Manifestasi atau Penyebab ?  https://4uni2c.wordpress.com/2014/12/15/hudud-02-manifestasi-atau-penyebab/

Rupa Buruk, Cermin Dipersalahkan:   https://4uni2c.com/2014/09/23/4uni2c-14923-dont-blame-the-mirror-for-our-bad-image-terjemahan/

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

@ OPajar (# 15424)

Advertisements

~ by OPajar on 2015/04/24.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: