Politik # 15428 Jangan Suburkan NEPOTISMA

2015 April 28

Nampaknya kini ramai (tapi bukan semua) pemimpin politik yang hanya sekadar berminat untuk mencapai agenda peribadinya. Mereka hanya berminat untuk menikmati keselesaan duduk atas kerusi empok (samada DUN ataupun Parlimen). Mereka bukan lagi ikhlas berjuang demi menempah kesejahteraan untuk rakyat jelata. Komplen terhadap parti pemerintah bukan main lagi. Tapi bila ada cadangan untuk menaikkan elaun MP dengan kadar yang begitu tinggi, semuanya sokong, tak ada yang bantah.

*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Jangan suburkan nepotisma

Nepotisma bukanlah satu istilah yang baru kita dengar. Maksud nepostisma yang Acik faham ialah suatu tindakan atau amalan mengutamakan kaum kerabat dekat oleh pihak yang memegang kuasa bagi melantik seseorang ke sesuatu jawatan. Jika individu yang dilantik itu memang sangat layak, ia taklah menjadi hal sangat. Tetapi lazimnya yang dilantik ialah yang kurang layak jika dibandingkan dengan ramai lagi individu lain yang lebih layak.

Dalam parti politik di Malaysia kita boleh melihat beberapa jawatan penting yang disandang oleh individu-individu yang ada hubungan kekeluargaan antara satu dengan yang lain. Sebagai contoh, mungkin semua kita telah sedia maklum bahawa bekas perdana menteri kedua (Tun Abdul Razak) dengan penggantinya (Tun Hussein On) adalah individu-individu yang berkongsi emak dan ayah mertua.

Sekarang anak Tun Abdul Razak (i.e. Datuk Najib) dengan anak Tun Hussein On (i.e. Datuk Hishamuddin) adalah saudara sepupu. Semua kita tahu bahawa Datuk Najib ialah Perdana Menteri kita sekarang, manakalah Datuk Hishamuddin ialah Menteri Pertahanan. Kedua-dua mereka juga menjawat jawatan penting dalam parti. Datuk Najib adalah selaku Presiden UMNO manakalah Datuk Hishamuddin ialah salah seorang dari Naib Presiden.

Acik taklah mendakwa bahawa apa yang terjadi seperti di atas adalah hasil daripada amalan nepotisma semata-mata. Tidak mustahil bahawa terjadinya demikian adalah berdasarkan kredibiliti individu-individu berkenaan. Cuma secara kebetulan sahaja mereka ada hubungan kekeluargaan antara satu dengan yang lain. Mujurlah sekiranya hakikatya begitu.

Namun, dalam keadaan tertentu memang agak susah hendak memisahkan unsur-unsur nepotisma dengan kredibiliti. Contohnya, seorang anak kandung kepada seorang pengerusi sebuah parti politik yang dominan menampakkan potensi kepemimpinannya. Apabila berlakunya sesuatu pemilihan, akan adalah kemungkinan si anak tersebut mendapat jumlah undi yang agak selesa. Kejayaan si anak itu meraih undi tersebut mungkin disebabkan oleh faktor kredibilitinya sendiri, dan mungkin juga faktor pengaruh bapanya (nepotisma).

Jika faktor dominan yang menyebabkan si anak itu mendapat undi selesa ialah kredibilitinya sendiri, maka ia merupakan satu asset kepada parti tersebut. Tetapi jika faktor dominan adalah pengaruh bapanya (i.e. nepotisma), maka parti tersebut akan menanggung rikso di kemudian hari. Pada pendapat Acik, faktor dominan yang menyebabkan PM kita sekarang diberi kedudukan penting dalam politik tanah air semasa di peringkat awal dahulu adalah faktor nepotisma.

Saidina Omar Al Khattab r.a. telah mengambil jalan yang berhati-hati dalam urusan pemilihan pemimpin umat agar unsur nepotisma tidak mencemari proses perlantik tersebut. Oleh itu beliau langsung tidak membenarkan anak-anaknya diketengahkan sebagai calon-calon pemimpin. Namun tindakan beliau itu tidak menjadi satu sunnah yang popular bagi umat Islam sesudah beliau. Agaknya itulah sebabnya maka dalam parti-parti politik sekarang ini, yang beraspirasikan Islam sendiri pun unsur-unsur nepostima tak dapat dinafikan.

Tentulah agak mustahil untuk mewujudkan suatu pemilihan yang 100 % bebas dari unsur-unsur nepotisma. Tetapi ini tidaklah bermakna nepotisma wajar dibiarkan subur mendominasikan sesuatu pemilihan calon kepimpinan. Dengan membuat sedikit analisis saja kita mungkin sudah dapat mengesan samada nepotisma adalah faktor dominan ataupun sebaliknya dalam sesuatu perlantik anggota kepimpinan.

Berhubung dengan PRK Permatang Pauh yang menjelang tiba itu, Acik percaya calon PKR adalah dipilih lebih berdasarkan nepotisma daripada kredibiliti. Persepsi Acik demikian adalah berdasarkan hujah-hujah berikut. Pertama ialah kerana calon PKR tersebut adalah isteri kepada DSAI sendiri. Sedangkan kerusi Parlimen yang nak direbut kembali itu adalah kerusi yang dikosongkan oleh DSAI iaitu suami kepada calon PKR itu.

Kedua calon tersebut sendiri adalah Presiden bagi parti yang diwakilinya. Ini bukan sekadar nepostima, malah lebih dari itu. Andaikata tuan badan yang dipilih untuk menjadi calon dengan sukarela menolak pencalonan partinya, Acik percaya tentulah penolakan beliau itu diterima oleh anak-anak buahnya. Sebaliknya jika beliau yang hendak sangat menjadi calon, takkan ada anak buah yang begitu biadap hendak mencabar Presiden partinya sendiri.

Pada hal kita semua tahu bahawa dalam parti berkenaan ada berlori lagi bakal-bakal calon yang cukup berpotensi untuk menjadi MP. Dari segi umur pun mereka itu jauh lebih muda. Begitu juga dari aspek kesihatan dan kecergasan fisikal dan mental. Oleh itu sudah tentulah mereka itu lebih bersedia untuk turun padang pada bila-bila masa, berbanding dengan orang tua macam Acik yang dah bercucu ni.

Setelah mengikuti perkembangan politik tanah air sejak sekian lama, Acik belum nampak lagi sesuatu yang signifikan yang ditonjolkan oleh bakal calon PKR bagi PRK Permatang Pauh itu. Pada hal beliau telahpun diberi peluang memasuki dewan rakyat (Parlimen) bagi menyumbang idea untuk kebaikan negara suatu ketika dahulu. Kini beliau diberi peluang pula memasuki DUN Selangor. Tapi Acik masih lagi menunggu-nunggu untuk melihat sesuatu sumbangan yang signifikan dan ketara dari beliau untuk ditinggalkan nanti sebagai satu legasi.

Bukan beliau saja yang belum ada apa-apa yang mampu membuat Acik “admire” beliau sebagai MP, malah anaknya yang menjadi MP Lembah Pantai itu pun sama. Sebaliknya apa yang sampai ke pengetahuan Acik (tentang MP Lembah Pantai itu) ialah kisah suaminya “terpaksa” menceraikan beliau kerana tidak tahan dengan kerenahnya. Dengan kata lain tugas melayari sebuah bahtera kecil yang bergelar keluarga pun tak mampu dilaksanakan dengan baik, macam mana nak diharapkan menjaga negara.

Mengikuti perkembangan politik tanah air akhir-akhir ini membuat Acik merasa lebih kecewa dari menaruh harapan positif. Ketika PR mula ditubuhkan dahulu, ingat kut akan berjayalah BN dijatuhkan. Jika tak dapat mengganti BN pun sekurang-kurangnya berjayalah menjadi penegor yang berkesan kepada BN. Tapi dengan melihat gelagat pemimpin-pimimpin tertentu dalam parti-parti berkenaan, harapan tersebut kini menjadi hampa. Ku harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Nampaknya kini ramai (tapi bukan semua) pemimpin politik yang hanya sekadar berminat untuk mencapai agenda peribadinya. Mereka hanya berminat untuk menikmati keselesaan duduk atas kerusi empok (samada DUN ataupun Parlimen). Mereka bukan lagi ikhlas berjuang demi menempah kesejahteraan untuk rakyat jelata. Komplen terhadap parti pemerintah bukan main lagi. Tapi bila ada cadangan untuk menaikkan elaun MP dengan kadar yang begitu tinggi, semuanya sokong, tak ada yang bantah.

Bagi Acik lebih baik rakyat membuat satu anjakan paradigma dalam perjuangan. Jika dulu PR bercita-cita besar untuk menukar parti pemerintah, kini memadai dulu dengan sekadar membuat perubahan dalaman parti dengan sewajarnya. Contohnya ialah dengan menghapuskan amalan nepotisma di kalangan pemimpin-pemimpin atasan. Apa kata kita mulakan dengan PRK Permatang Pauh ni. Calon yang dipilih berdasarkan nepotisma itu tak usah disokong. Walaupun ianya mungkin merugikan PR tapi itu untuk jangka masa yang sengkat saja. Namun kesan positifnya bagi jangka masa yang panjang akan dapat dinikmati kemudiannya, insya Allah.

Wallahualam.

Selingan:

https://www.facebook.com/ajar2u/posts/823110587763753?pnref=story

d a u l a t r a k y a t !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

4uni2c # 14628 : Lain Ulu Lain Parang https://4uni2c.com/2014/06/27/4uni2c-14628-lain-ulu-lain-parang/
CEREKANA #12X21 Kisah Pemandu Yang BANGANG (The confused driver) https://4uni2c.com/2012/10/21/kisah-pemandu-yang-bangang-the-confused-driver/
Hudud # 02 – Manifestasi atau Penyebab ? https://4uni2c.wordpress.com/2014/12/15/hudud-02-manifestasi-atau-penyebab/
Rupa Buruk, Cermin Dipersalahkan: https://4uni2c.com/2014/09/23/4uni2c-14923-dont-blame-the-mirror-for-our-bad-image-terjemahan/
*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: www.4uni2c.com

@ OPajar (# 15428)

~ by OPajar on 2015-04-28.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: