PRU14 : Biduk lalu kiambang bertaut
UMNO tanpa Tun M tidak sama dengan UMNO bersama Tun M.
🇲🇾 Semalam (2017 Okt 20) Acik ketemu seorang kawan sepermainan Acik di zaman kanak-kanak dahulu. Sebelah kaki beliau telah dipotong akibat kencing manis. Namun beliau sangat ceria kerana akan menerima kaki palsu (percuma) tidak lama lagi. Walaupun bersara (kerajaan) sebagai tukang masak saja, namun hidup beliau nampak selesa.
Pertemuan yang nostalgic itu mengenangkan Acik akan zaman lampau yang aman damai di kampung Acik membesar dahulu. Perbezaan parti politik bukan alasan untuk kita bermasam muka sesama sendiri.
Keluarga Acik hijau pekat. Sedangkan kawan Acik tu keluarganya biru pekat.Namun kami dapat hidup berkawan dan berjiran tanpa dihantui oleh fahaman parti yang berbeza.
Bila Acik fikir-fikirkan, sejak bilakah biru dengan hijau mula renggang, maka Acik rasa sejak awal 80an. Sebaik saja Tun DM naik menjadi PM beliau menubuhkan satu kementerian baru. Jika tak silap Acik namanya Kementerian Kehakiman
Dengan wujudnya kementerian tersebut maka judiciary terpaksa tunduk kepada kuasa eksekutif. Dengan kata lain kuasa menteri mulai mengatasi kuasa hakim.
Akibatnya parti politik yang menjadi eksekutif tiba-tiba menjadi amat berkuasa dari dahulu. Sejak dari situlah maka mulai berlakunya ketidakadilan yang ketara terhadap parti-parti lawan oleh parti yang memerintah.
Sejak dari itulah juga layanan parti yang memerintah (UMNO/BN) terhadap PAS dan ahli-ahlinya mulai merosot. Kalau dahulu parti lawan dianggap sebagai pesaing sihat dalam pesada politik tanah air, namun kini bertukar menjadi musuh ketat.
Trajedi Memali adalah manifestasi kepada kemuncak perasaan permusuhan tersebut. Sejak peristiwa berdarah itu, hubungan antara hijau dengan biru menjadi semakin buruk.
Mengikut pemerhatian Acik, sejak jawatan PM diambil alih oleh Paklah, perubahan positif mulai berlaku terhadap hubungan antara puak biru dengan puak hijau. Sikap Paklah yang lebih diplomatik terhadap PAS membuat sentimen permusuhan antara puak hijau dan biru mulai cair.
Ini satu perkembangan yang sangat positif terhadap rakyat Malaysia.
Perubuhan ke arah hubungan yang lebih mesra antara hijau dan biru nampaknya lebih ketara sekarang. Bagi Acik faktor utama yang menyumbang kepada perubahan positif tersebut ialah Tun DM.
Acik suka gunakan kisah berikut sebagai analogi. Dahulu Acik ada seorang individu berpangkat emak saudara dengan Acik. Kerana isu pembahagian tanah pusaka yang sekangkang kera, emak saudara Acik itu melayan ayah Acik sebagai musuh.
Akibatnya keluarga Acik dan keluarga emak saudara Acik itu menjadi renggang, tak tegur siapa.
Setelah meninggalnya ayah Acik dan emak saudara Acik itu, dengan sendirinya Acik dan sibling Acik menjadi kawan pula dengan semua anak-anak emak saudara Acik tersebut.
Kami pupu poyang, sebenarnya tidak ada sebab untuk terus berenggang. Dahulu pun begitu, tetapi untuk menjaga hati parents masing-masing kami pun memilih untuk tidak berkawan sesama kami.
Seperti itulah juga Acik rasa apa yang sedang berlaku antara parti biru dengan parti hijau sejak kedua-duanya kehilangan tokoh utama masing-masing.
PAS telah lama kehilangan tokoh utamanya iaitu almarhum Ustaz Fadzil Nor. Manakala UMNO pula kini tanpa tokoh utamanya iaitu Tun DM.
.
.
.
Acik percaya dan berharap menjelang PRU 14 nanti, parti hijau dan parti biru akan bergabung tenaga untuk sama-sama meraih kemenangan besar.
Bagi Acik UMNO tanpa Tun DM sudah tidak sama lagi dengan UMNO semasa beliau masih berada di dalamnya. Kalau dahulu UMNO dibelenggui oleh pelbagai prejudice (prasangka buruk) terhadap PAS, namun Acik rasa kini prejudice tersebut mungkin tinggal saki baki saja lagi.
Jika sekiranya UMNO dan PAS bersatu, bagi Acik itu adalah satu kejayaan besar bagi Malaysia amnya dan bagi orang Melayu Islam khususnya. Maksud Acik ialah pembangunan akan terus berjalan lancar tanpa terganggu akibat pertukaran pemerintah.
Bukankah PAS itu adalah berasal dari sepihan UMNO. Jadi bukanlah satu yang mustahil atau pelik jika berlaku apa yang dikatakan oleh peribahasa kita, “Biduk lalu kiambang bertaut”
Wallahualam.
.
Lain-lain PenCERAHan yang relevan :
.
Wajarkah usir seorang Perdana Menteri ?https://4uni2c.com/2017/10/15/wajarkah-usir-pm/
.
Himpunan Penyatuan Ummah
https://4uni2c.com/2019/09/14/himpunan-penyatuan-ummah/
.
SENARAI PenCERAHan2 yg relevan
https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/
.
PenCERAHan terbaru ⬇️ :
http://www.4uni2c.com
.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak mengata ⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
.
Pemimpin adalah manifestasi rakyat
.
.