Cerpen : Nilai sekuntum keikhlasan

2017 Dis 27

Nilai sekuntum keikhlasan

Terjemahan video di atas ⬇️

Kononnya ada seorang isteri yang sangat rupawan. Beliau juga memiliki rambut panjang yang sangat cantik. Beliau sangat sayang dan bangga dengan rambutnya itu.Sebaliknya bagi suaminya pula, tidak apa yang ada. Tiada rupa dan tiada status yang layak dibanggakan. Beliau cuma kaya dengan kemiskinan.
.
Suatu pagi si isteri mengadu kepada suaminya, “abang, pengepit rambut Atin patahlah. Boleh tak abang beli yang baru untuk Atin ?”
.
Si suami tersentap. Wajahnya berubah akibat kesedihan dan rasa tidak berdaya untuk memenuhi permintaan si isteri.
.
“Abang belum ada wang Atin. Jam Rado abang yang rosak tu pun dah lama belum dibaiki”. Jawap si suami dengan nada sayu dan keciwa.
.
“Tak pa lah bang, mungkin masih boleh pakai lagi kut pengepit rambut tu”. Respon si isteri, macam rasa agak bersalah dengan permintaan beliau itu.
.
Dalam perjalanannya ke tempat kerja si suami ternampak sebuah kedai jam yang kebetulan baru dibuka di pekan itu. Maka terlintas di hati beliau untuk menjual jamnya yang rosak itu. Walaupun jam itu adalah kesayangannya sejak sekian lama, namun harapan si isteri pagi tadi tidak tergamak dihampakan.
.
Semasa pulang dari kerja beliau pun singgah di kedai jam itu. Rupa-rupanya pemilik kedai jam tersebut sanggup membeli jam Radonya itu dengan harga yang agak mahal, walaupun sudah rosak. Duit hasil dari jualan jam tersebut pun digunakan si suami itu untuk membeli beberapa buah pengepit rambut sepertimana yang diminta oleh isterinya tadi.
.
Sesampainya di rumah, si suami terkejut melihat isterinya. Rambutnya yang pendek membuat wajah si isteri agak berbeza dari biasa.
.
Namun belum sempat beliau bersuara si isteri terlebih dahulu menghulurkan sebuah bungkusan kecil kepada suaminya itu. Wajahnya sangat ceria.
.
“ini Atin beli khusus untuk abang. Tadi Atin lalu di depan salon, ada iklan hendak membeli rambut dari pelanggan. Atin pun menjual rambut Atin. Inilah hasilnya buat abang”.
.
Si suami terus sebak melihat telatah si isteri. Hadiah si isteri diterima dengan penuh keinsafan dan penghargaan. Bungkusan tersebut dibuka dengan tangan yang menggigil.
.
Beliau benar-benar terharu dengan pemberian si isteri itu. Tiada kata yang mampu menggambarkan perasaannya. Air matanya merambu jatuh membasahi pipinya. Aĺlah jua yang Mahatahu apa rasa hatinya.
.
Lalu dipeluknya si isterinya itu dengan seerat-eratnya. Ia seakan-akan baru bertemu semula selepas terlalu lama berpisahan. Rasanya, itulah saat yang paling bahagia buatnya sejak mendirikan rumah tangga.
.
Bagi si suami, bukanlah hadiah itu yang begitu berharga buatnya. Kerana hadiah itu hanyalah satu tanda atau manifestasi saja. Tetapi yang sangat dihargainya adalah keikhlasan yang dizahirkan melalui manifestasi.

Keikhlasan adalah sumber penting kepada usaha ke arah sesuatu kejayaan. Si suami terĺintas di hati untuk menjual jamnya itu kerana keikhlasan hatinya untuk tidak menghampakan permintaan si isteri. Manakala, kerana keikhlasan juga maka si isteri sanggup bercerai dengan rambut yang disayanginya itu demi membolehkannya menghadiahkan jam kepada si suami.

Si suami bertambah sayu bila mengingati jam Rado yang sudah dijualnya itu. Walaupun berpisah dengan jam yang sudah rosak pun begitu sayu rasanya, tentulah lebih sayu lagi rasa hati isterinya akibat berpisah dengan rambut yang masih menjadi kebanggaannya itu.

Itu adalah suatu pengorbanan si isteri yang sangat dikagumi si suami dan yang tak akan lupainya sehingga mati.Wallahualam..

Sumber cerpen di atas ⬇️

The Moral of the story :

Gembiralah lelaki yang mendapat seorang teman sejati, dan jauh lebih gembira dia yang mendapati bahawa teman sejati itu adalah isterinya sendiri.

Sebaliknya hati suami akan remuk redam jika sekiranya mendapati isteri yang dikasihi itu melakukan sesuatu yang dibencinya dengan diam-diam. Contohnya berhubungan dengan lelaki lain, sedangkan ia tahu bahawa suaminya tidak akan merestui perbuatannya itu.

W a l l a h u ‘a l a m.

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Cinta Yang Sejati: https://4uni2c.com/2018/01/10/cinta-yang-sejati/

.

Peluang isteri gandakan pahala https://4uni2c.com/2020/04/18/covid19-peluang-isteri-gandakan-pahala/

.

PenCERAHan terakhir⬇️ http://www.4uni2c.com

.

Lain² PenCERAHan ⬇️ https://beappreciative.wordpress.com

~ by OPajar on 2017-12-21.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: