Covid19: peluang isteri gandakan pahala

Isteri sepatutnya berkhidmat kpd suaminya utk pahala akhirat bukan utk habuan dunia 🌷

2020 April 18 (Sabtu)

🇲🇾 Ceramah UA (Ustazah Asmah) di dalam video di atas, sangatlah menarik. Lebih-lebih lagi bagi WE (warga emas) macam Acik ini. Kalau nak harapkan WE sendiri yang mendedahkan masalah mereka, mungkin lepas kucing bertanduklah kot baru akan berlaku. Maka elok sangatlah apabila UA yang tolong dedahkan. Walaupun hanya sebahgiannya kecil saja daripada ribuan masalah yang berlaku. Kata Mat Sale, “just a tip of an iceberg”. Namun tetap berbaloi.

Sebenarnya, rumah tangga adalah merupakan ujian dan cabaran yang agak hebat kepada setiap insan. Rumah tangga adalah ibarat sebuah bahtera. Kehidupan pula umpama lautan yang luasnya tak bertepi.

Pasangan yang sanggup melayari bahteri sakti untuk sampai ke sesuatu destinasi itu bukanlah calang-calang orang. Mereka mestilah orang yang telah bersedia dan berazam untuk menghadapi segala bentuk dugaan sepanjang tempoh pelayaran yang bakal dilakukan.

Semua kita pun tahu hakikat bahawa tiada ada lautan yang tak bergelora. Lebih lama atau lebih jauh mengharungi lautan, sudah tentu gelora yang bakal ditempuhi lebih hebat dan merbahaya. Lebih-lebih lagi ketika bahtera sudah di tengah samudera yang tersangat jauh dari pulau atau benua.

Ketika bahtera berada nun jauh dari daratan, maka kekuatan fisikal dan mental, keazaman dan kesabaran seluruh anak kapal bahtera berkenaan akan menerima ujian demi ujian, yang getir lagi pelbagai. Ketika itu barulah akan terkenal pasti siapa sebenarnya di kalangan anak-anak kapal tersebut yang berstatus penyumbang atau penumpang.

Maka amat keciwalah bagi Si nakhoda seandainya beliau mendapati bahawa yang menjadi tangan kanan beliau rupa-rupanya masih bersifat penumpang seperti kebanyakan anak-anak kapal yang lain.

Ketika baru memulakan rumah tangga dahulu, semuanya nampak mudah dan indah. Tetapi apabila kesusahan dalam hidup berkeluarga semakin dirasa, hakikat sebenar diri masing-masing pun mulalah terserlah. Anak-anak yang masih belum matang tentulah tak dapat nak diharapkan apa-apa dari mereka kerana status mereka.

Tapi bagaimana pula dengan si isteri, masih terus jadi penumpang jugakah macam anak-anak. Sedangkan keharmonian rumah tangga mulai terancam ?

Ketika anak-anak masih kecil merekalah yang menjadi penyelamat ibu ayah daripada penceraian. Tapi malangnya apabila mereka dah dewasa, mereka menjadi pemangkin pula kepada penceraian ibu ayah mereka.

Perkara penting yang disebut di atas oleh UA, yang sering diabaikan isteri ialah perdampingan dengan suaminya. Dengan kata lain, isteri selalu mencari alasan untuk meninggalkan suami walaupun dengan alasan yang tidak syarie.

Contohnya, pergi ke rumah anak perempuan yang baru bersalin untuk tinggal di sana selama yang mungkin. Tanpa langsung berunding terlebih dahulu dengan suami, terus membuat keputusan sendiri akan ke rumah anak selama beberapa hari, beberapa minggu malah beberapa bulan. Suami terdiam mendengar keputusan isteri. Namun terpaksa akur saja demi mengekalkan ikatan perkahwinan.

Kalau jarak rumah anak tersebut hanya sekadar beberapa puluh kilo meter saja boleh tahan lagi. Tapi kalau dah beribu kilometer jauhnya ? Tapi bila mendengar suami nak keluar berdakwah (tabligh) 40hari saja, isteri pula mulalah menunjuki perangai negatifnya tanda protes.

Mencari helah untuk menjauhkan diri daripada dampingan suami samalah dengan menempah penceraian. Fenomena ini telah berlaku kepada beberapa pasangan yang Acik perhati (observed). Isteri sering meninggalkan suaminya dengan alasan yang tak syarie dan akhirnya bercerai.

Sebenarnya perbuatan suka meninggalkan suami bukanlah punca penceraian. Ia cuma simpton bagi perasaan tidak hormat isteri terhadap suaminya. Lebih parah lagi jika isteri ada lelaki lain yang lebih dikagumi daripada suami sendiri. Misalnya kawan lama semasa di sekolah dahulu, yang kini status sosial dan ekonominya dalam masyarakat jauh lebih tinggi berbanding dengan suami sendiri.

Perasaan tidak menghormati suami akan diterjemaahkan (tanpa disedari) kepada layanan yang kurang selesa terhadap suami. Ini akan membuat suami merasa bersalah untuk meminta tolong isteri dalam apa-apa jua urusan harian. Ini menyebabkan peluang untuk memupuk kasih sayang antara suami dan isteri, terabai.

Tanpa kasih sayang yang mantap, perkahwinan akan mudah hancur apabila diuji oleh sedikit faktor luaran. Hak-hak suami keatas isteri adalah anugerah Allah yang wajib diiktiraf dan dihormati oleh isteri dengan sebaik mungkin. Begitulah juga sebaliknya. Suami juga wajar mengiktiraf dan menghormati hak isteri selagi ianya syarie. Mencabuli hak-hak tersebut akan menghakiskan siratul rahim antara kedua-dua belah pihak. Natijahnya ialah penceraian. Nauzubillah !

Wallahua’lam

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Syurga seorang isteri https://4uni2c.com/2017/12/06/syurga-seorang-isteri/

Wajarkah haramkan poligami ?https://4uni2c.com/2017/01/28/wajarkah-haramkan-poligami/

Covid19: Bencana sejagat (ujian keatas iman umat Islam) https://4uni2c.com/2020/03/13/covid-19-bencana-sejagat/

Nilai sekuntum keikhlasan https://4uni2c.com/2017/12/21/cerpen-nilai-sekuntum-keikhlasan/

Agama: Otak ibarat kalkulator https://4uni2c.com/2020/02/13/agama-otak-ibarat-kalkulator/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

PN.

~ by OPajar on 2020-04-18.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: