PRU14: Punca PAS bersendirian
π²πΎ Kenapa PAS tak bersama PH ?
Dalam PRU13 dahulu, PAS turut sama berada dalam satu pakatan pembangkang. Hasil dari kerjasama tersebut, maka kekuatan pembangkang telah meningkat. PAS turut sama menikmati kejayaan yang dicapai oleh pakatan pembangkang tersebut.
Malangnya, bagi menghadapi PRU14 yang menjelang tiba ini, PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang. Sebaliknya PAS akan menghadapi PRU14 nanti secara bersendirian.
Rakyat tentu tertanya-tanya, apa sebabnya maka PAS merajuk, tidak mahu lagi berjemaah dengan pakatan pembangkang bagi merampas kuasa pemerintahn dari BN.
Bagi Acik, PAS adalah sebuah parti politik yang telah lama matang berpolitik. Oleh itu PAS tidak akan melakukan sesuatu secara main-main atau secara gurau senda saja, atau secara tidak sirius. Tentulah ada sebab-sebab yang munasabah lagi konkrit yang membuat PAS bersikap demikian.
Setelah menonton video klip di bawah, maka fahamlah Acik kenapa PAS sanggup bersendirian bagi menghadapi PRU14 nanti.
Dengan tanggapan (presumption) bahawa apa yang disampaikan penceramah berkenaan adalah fakta yang benar-benar belaka, maka Acik turut bersetuju menerima justifikasi PAS untuk tidak menyertai pakatan pembangkang (PH) dalam PRU14 nanti.
.
.
.
Acik bukanlah nak mendakwa bahawa BN itu sebuah parti yang ideal bagi memerintah Malaysia. Sejak dahulu lagi Acik tidak pernah mengundi BN melainkan parti pembangkang. Namun, bagi PRU14 nanti Acik rasa BN adalah lebih layak diundi berbanding dengan parti pembangkang.
Oleh kerana Acik tidak ada apa-apa kepentingan dalam mana-mana parti politik maka Acik tidak perlu bias (berat sebelah) terhadap mana-mana parti politik. Lainlah jika Acik menyandang sesuatu jawatan penting dalam mana-mana parti politik. Contohnya jika Acik seorang AJK BN atau PAN atau PKR, maka wajarlah Acik bias kepada BN atau PAN atau PKR.
Pada persepsi Acik yang tak bias kepada mana-mana parti politik, pembangkang belum cukup kredibiliti untuk memerintah negara. Mengikut pemerhatian peribadi Acik juga, pembangkang lebih mengutamakan kepentingan pemimpin daripada ideologi perjuangan. Kerana itu maka kita boleh melihat fenomina di mana yang mendominasi parti adalah ahli keluarga.
Bagi parti Bersatu kita dapat melihat gandingan Tun DM (bapa) dengan YB DS Mukriz (anak), bagi PKR gandingan YB DS Dr Wan Azizah (emak) dengan YB Nurul Izah (anak) dan bagi DAP gandingan YB Lim Kit Siang (bapa) dengan YAB Lim Guan Eng & isteri (anak & menantu). Kononnya, dalam DAP juga ada beberapa orang anak mediang YB Kapal Singh yang bakal menjadi YB.
Kesemua keluarga tersebut adalah keluarga yang kaya raya belaka. Mereka kaya adalah hasil dari sistem ekonomi yang dipertahankan bersama sejak sekian lama. Sistem ekonomi yang Acik maksudkan ialah sistem kapitalisma dan dasar pengswastaan.
Dengan menggunakan sistem dan dasar tersebut sebagai alat/kemudahan, kesemua pemimpin politik termuka itu telah berjaya membina kekayaan yang ketara. Contohnya, kesemua anak bekas Perdana Menteri (Tun DM) telah berjaya mengumpul kekayaan sehingga puluhan malah ratusan juta RM oleh tiap seorang dari mereka. Bagaimana pula dengan kroni-kroni beliau ?
Acik tidak percaya langsung bahawa jika ketiga-tiga parti keluarga rapat itu berjaya menguasai Puterajaya, dengan serta merta kehidupan rakyat Malaysia akan menjadi lebih baik dari sekarang. Sebaliknya Acik sangat bimbang bahawa keadaan yang akan dialami nanti tidak lebih dari ibarat tikus membaiki labu. Yangmana, akibatnya ialah yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.
Awal-awal dahulu Acik adalah juga sedikit minat untuk menyertai PAN. Akan tetapi bila PAN menyertai PH maka minat tersebut tiba-tiba terpadam. Sebab dalam PH ada satu sosok yang amat susah hati Acik nak berkompromi dengannya.
Acik bukanlah bencikan pada fisikal sosok tersebut tapi amat marah terhadap kerja buat beliau ketika berkuasa dahulu. Walaupun tindakan beliau dahulu itu tiada yang menjejaskan hidup Acik secara langsung, namun secara tidak langsungnya memang ada. .
Ya, faktor utama yang membuat Acik tak jadi menyertai PAN ialah pencalonan Tun DM sebagai bakal PM. Bagi Acik, ia manifestasi bahawa pembangkang memang ketandusan pemimpin. Apakah pembangkang tidak ada pemimpin muda yang lebih layak untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebagai calon PM ?
Tokoh yang dicalonkan itu telah berusia lebih dari 90 tahun bukannya lebih dari 60 tahun. Apakah seorang yang sudah begitu tua masih wajar menjadi PM ?
Mari kita tonton video klip berikut, apa nasihat Ustaz Datuk Samsuri kepada semua kita rakyat Malaysia :
Tua membawa kpd kebinasaan β¬οΈ :
.
Ceramah Datuk Samsuri itu dipercayai disampaikannya sebelum Tun DM dicalonkan sebagai bakal PM lagi.
Apa yang Ustaz Datuk Samsuri kata itu adalah berdasarkan hadith. Siapalah kita ni nak nafikan kebenaran hadith ?
Tun DM tak wajar setuju dicalonkan sebagai bakal PM. Penerimaan pencalonan tersebut mendedahkan Tun DM kepada tuduhan bahawa beliau adalah seorang yang takabbur.
Manakala yang menyokong pencalonan tersebut pula tidak mengambil kira faktor sunnatullah. Mengikut hukum alam (sunnatullah), setiap orang tua berkemungkinan besar akan nyanyuk. Tun DM tidak terkecuali.
Saya melihat Tun DM sebagai seorang yang takabbur berdasarkan kpd kerja buat beliau sejak dahulu.
Seorang yang takabbur tak akan menerima dan mengakui realiti kelemahan diri sendiri. Contohnya, jika tenaga yang ada padanya hanya mampu mengangkat seberat 10kg, namun dia mendakwa mampu mengangkat seberat 20kg. Walaupun dirinya jahil tentang ilmu agama, tapi berani membuat fatwa macam seorang Mufti.
Walaupun dirinya dah masuk zon nyanyuk kerana telah terlalu tua, namun masih juga yakin bahawa diri tak mungkin nyanyuk sepertimana orang-orang tua lain. Yakni merasa diri terkecuali dari maksud hadith yg diingatkan oleh Ustaz Datuk Samsuri itu.
Bukan faktor umur saja yang membuat Acik amat tidak berkenan dengan pencalonan Tun DM sebagai bakal PM. Faktor lain yang tidak kurang penting ialah rekod beliau sepanjang menyandang jawatan menteri dahulu.
Pada persepsi Acik, Tun DM adalah seorang pemimpin yang sangat kontrovesi. Status kontrovesi beliau sangat tinggi hingga Acik rasa beliau tidak layak diberi lagi apa-apa kuasa.
Sebahgian dari rekod kerja buat beliau yang menjadikan beliau pemimpin kontrovesi ialah seperti dalam PenCERAHan berikut :
Tun DM – Jasamu dikenang
https://4uni2c.com/2013/02/02/4uni2c-13202-tun-dr-m-jasamu-dikenang/
.
Sepanjang pemerhatian Acik terhadap Tun DM, beliau adalah seorang individu yang banyak mencetuskan konflik dengan pihak lain. Contohnya, beliau berkonfrantasi dengan semua bekas timbalannya sendiri malah dengan boss-bossnya.
Selepas meninggalkan jawatan PM pun beliau masih terus berkonfrantasi. Kalau dulu dengan rakan-rakan sejawatnya kini dengan pengganti-pengganti beliau pula. Dulu dengan Tun Abdullah kini dengan DS Najib pun.
Apakah Individu macam Tun DM itu yang nak Acik suruh dijadikan icon oleh rakyat Malaysia ? Bodoh sangatkah Acik ni untuk turut sama mendewa-dewakan Tun DM dan menerima beliau sebagai PM untuk kali kedua ?
Wallahualam
.
πππ
Lain-lain PenCERAHan yang relevan :
.
Senarai PenCERAHan2 yg relevan
https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/
.
Biduk lalu kiambang bertaut
https://4uni2c.com/2017/10/21/biduk-lalu-kiambang-bertaut/ . .
.
X-PM bakal MP Langkawi ?
https://4uni2c.com/2018/04/21/pru14-x-pm-bakal-mp-langkawi/
.
Ke PenCERAHan terbaru sila tap β¬οΈ :
http://www.4uni2c.com
.
.