PRK N49: Bolehkah BN menang ?

PRK N49: Biarlah BN pula menang

.

2018 Julai 22 (Ahad)

Rakyat Malaysia akan menghadapi satu PRK (Pilihan Raya Kecil) pada Ogos04 nanti. PRK itu adalah akibat kepulangan ke rahmatullah wakil rakyat bagi DUN Sungai Kandis (DSK), Selangor. Parti yang akan menyertai PRK tersebut ialah PH (Pakatan Harapan) dan BN (Barisan Nasional). Turut sama bertanding ialah seorang calon bebas.

Dalam PRU 14 yang baru lepas, calon PH telah berjaya mengekalkan kerusi DUN tersebut dengan majoriti yang agak tinggi. Andaikata jumlah undi yang diperolehi oleh semua parti bukan PH yang bertanding dalam PRU itu digabungkan, PH tetap menang. Cuma majoritinya saja yang kurang.
.
Namun begitu, rakyat tak boleh membuat tanggapan (presumption) bahawa PH pasti akan memang lagi dalam PRK Ogos04 nanti. Ini kerana, suasana ketika PRU 14 mungkin jauh berbeza dari suasana bagi mana-mana PRK yang akan datang.

Ketika menghadapi PRU 14 dahulu rakyat dengan penuh yakin, percaya akan janji-janji PH. Tetapi selepas menang besar, PH mula mengakui hakikat bahawa ia tidak mampu menunaikan janji-janji tersebut sebagaimana yang difahami oleh pengundi-pengundi PH.

Ketua nombor satu PH telah pun menyatakan dua sebab utama kenapa PH tak mampu menunaikan sebahgian dari janji-janjinya.

Sebab pertama yang dinyatakan beliau ialah kerana kerosakan yang ditinggalkan oleh BN kononnya tersangatlah parah. Ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengutamakan kepada kerja-kerja pembaikan atas segala kerosakan tersebut. Akibatnya, mau tidak mahu ada janji-janji yang terpaksa ditangguhkan, malah ada juga yang terpaksa dibatalkan langsung.

Sebab kedua ialah kerana PH tak menyangka akan memenangi PRU 14 itu. Oleh kerana itu maka dengan tidak teragak-agak PH berani menabur 1001 janji politik. Ianya termasuklah janji-janji yang tak realistik, yang tidak mungkin boleh dilaksanakan.

.

Hanya “kitab suci” saja yang boleh dipercayai

Janji boleh dikategorikan kepada dua. Yang satu ialah berjanji akan melakukan sesuatu. Dan yang lagi satu ialah berjanji tidak akan melakukan sesuatu.
.
Contoh janji akan melakukan sesuatu ialah janji akan menurunkan harga minyak. Manakala contoh janji tidak akan melakukan sesuau ialah janji tidak akan melaksanakan sesuatu dasar yang bercanggah dengan semangat perlembagaan.
.
Acik percaya bahawa rakyat yang sudah matang politik akan dapat mengenal pasti sendiri apakah janji-janji yang telah dikhianati oleh PH setakat ini, selepas diberi mandat menguasai Puterajaya oleh majoriti rakyat melalui PRU 14 dahulu. Samada majoriti rakyat sensitif terhadap pengkhianatan PH terhadap janji-janjinya kepada rakyat, sama-samalah kita lihat reaksi mereka dalam PRK DSK dan PRK-PRK yang akan datang.

Sekiranya PH masih menang lagi dalam PRK DSK Ogos04 nanti, maknanya rakyat tidak rasa sensitif terhadap pengkhiatan PH atas janji-janjinya sendiri. Beģitulah pula jika sebaliknya.

Wallahualam.

.

Semoga tiada ada janji-janji yang disebut dalam klip video di atas dikhianati PH ?

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

.

Pendidikan: Agenda Negara atau Parti

https://4uni2c.com/2018/07/17/pendidikan-agenda-national-atau-parti/

.

PRU14: Antara janji dan realiti

https://4uni2c.com/2018/05/28/pru14-antara-janji-realiti/

.

Masih relevankah (akta zalim) SOSMA ?

https://youtu.be/a3-Ozlfip2I

.

Ke PenCERAHan terakhir

http://www.4uni2c.com

Advertisements

~ by OPajar on 2018/07/22.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: