PRK N49: Wajarkah PH kalah ?

Dasar Pendidikan Kebangsaan tak harus dikhianati untuk merebut populariti

⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2335450279806252&id=147371238614178

⬆️ ⬆️ ⬆️ ⬆️ ⬆️

Klip video ucapan Prof Teo di atas

.

2018 Julai 29 (Ahad)

Setelah memerhati bermacam-macam tindak tanduk kerajaan PH yang nampaknya semakin mengarut, Acik lebih suka jika PH kalah dalam PRK Sungai Kandis Ogos04 nanti. Begitu juga dalam semua PRK yang mendatang. Kekalahan PH itu akan lebih mengukuhkan lagi kuasa rakyat dalam pemerintahan negara.

Rakyat kini telah ada keyakinan diri sejak berjaya menukar kerajaan melalui PRU14 pada 2018 Mei09 lepas. Dengan keyakinan diri itu mereka mampu melakukan apa saja perubahan demi kebaikan negara dan diri sendiri. Kalau parti (BN) yang telah berakar umbi di Puterajaya lebih dari 60 tahun pun mampu dibungkas, apa kan lagi parti (PH) yang umurnya belum sampai setahun jagung.
.
Kononnya, faktor paling penting yang mencetuskan sunami politik pada PRU14 lepas ialah Tun M. Walaupun bagi Acik faktor yang lebih dominan ialah faktor invoke yang diperkenal dan dipopularkan oleh mantan YB Rafizi Ramli, namun pentaksub-pentaksub Tun M tetap memandang remeh peranan invoke dalam memenangkan PH. Maka itu agaknya sebab kenapa Sdr Rafizi kurang terbit di media-media sosial semasa berbanding dengan menjelang PRU14 dahulu.
.
Pada pencerapan (observation) Acik, PH lebih pandai mencari alasan dari mencari jalan bagi menunaikan janji-janji mereka sebelum PRU14 dahulu. Ketua tertinggi PH dah pun memberi 3 sebab utama sebagai justikikasi atas kegagalan mereka melaksanakan manifesto PRU14 mereka.
.

Pertama dengan mendakwa bahawa manifestasi PH bukanlah sebuah kitab suci. Agak Acik, yang beliau maksudkan dengan kitab suci ialah yang seperti al-Quran. Oleh sebab manifesto PH bukan sebuah kitab suci maka rakyat tidak seharusnya percaya bulat-bulat segala janji yang di dalam manifesto PH itu. Kalau mereka percaya juga, maka mereka tak harus merasa tertipu atau keciwa dengan mana-mana janji manifesto PH tersebut, yang tak disampaikan (not delivered).

Kedua, ketua PH yang sama juga mendakwa bahawa mereka tak menyangka akan menang dalam PRU14 dulu. Maka itu sebabnya PH berani berjanji 1001 macam benda termasuk bulan dan bintang. Namun malangnya tiba-tiba PH menang besar. Akibatnya, banyaklah janji yang terpaksa diengkari. Janji dicapati.
.

Sebab Ketiga, ketua PH yang tertinggi itu juga mendakwa bahawa kerosakan yang ditinggalkan oleh mantan PM Najib amatlah besar. Antaranya, kerajaan PH mewarithi hutang melebihi satu trilion ringgit. Akibatnya kerajaan hampir bankrap. Oleh itu agak mustahil bagi kerajaan sekarang mampu menunaikan semua janji-janji yang mereka tabur sebelum PRU14 dahulu. Samada dakwaan itu benar ataupun sebalik, wallahualam.

Selain gagal mematuhi janji manifesto PRU, kerajaan PH telah melaksanakan pula beberapa keputusan yang agak kontroversi. Contohnya melantik beberapa individu tertentu ke jawatan utama dalam sistem perundangan negara. Ini mencetuskan keresahan di hati majoriti rakyat yang beragama Islam.

Rakyat dari keturunan Melayu juga telah mulai merasa tidak senang hati dengan sikap beberapa pemimpin PH. Mereka ini telah mula mempertikaikan Hak Keistimewaan Melayu. Begitu juga terhadap isu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Juga terhadap Islam, agama yang telah diiktiraf sebagai agama Persekutuan oleh perlembagaan.

Baru-baru ini timbul pula satu kenyataan dari seorang menteri PH yang mencabar status ketuanan Melayu. Menteri PH yang berketurunan India itu mendakwa bahawa orang Melayu adalah pendatang. Sedangkan orang Indialah penduduk asal bagi bumi Malaysia. Beliau menggunakan fakta arkelogi sebagai hujah atas dakwaannya itu.

Dakwaan tersebut timbul adalah akibat dari kurangnya keperihatinan pihak yang berkenaan terhadap sensitiviti pelbagai kaum di Malaysia. Jika yang mencetuskan dakwaan seumpama itu rakyat biasa, Acik tidak risau. Namun, oleh kerana yang membuat dakwaan tersebut adalah seorang yang bertaraf menteri, maka ia boleh menjejaskan keharmonian di dalam masyarakat Malaysia yang majmuk ini.
.
Satu lagi yang menjadi isu kontrovesi ialah tuduhan ke atas seorang timbalan ketua menteri PH. Beliau juga dari keturunan India. Beliau telah dikaitkan dengan aktiviti sebuah kumpulan militan Sri Langka.

Semua yang di atas adalah antara perkara-perkara yang telah menimbulkan keraguan rakyat terhadap kredibiliti PH sebagai pemerintah. Pengundi-pengundi bagi PRK-PRK perlu menzahirkan protes mereka terhadap kerajaan PH dengan tidak mengudi PH. Mudah-mudahan selepas itu baru PH akan sedar tentang hakikat bahawa yang lebih berkuasa sebenarnya ialah rakyat bukan pemimpin-pemimpin PH.
.
.

.

.

Wallahua’lam

Lain-lain PenCERAHan yang relevan:

PRU14 : Antara janji dan realiti
https://4uni2c.com/2018/05/28/pru14-antara-janji-realiti/

.

PRU14 : Janji ditepati https://4uni2c.com/2018/05/10/pru14-janji-ditepati/

.

Melayu : Pendatangkah ia ?

https://daulat4rakyat.wordpress.com/2018/07/31/melayu-pendatangkah-ia/

.

PenCERAHan terbaharu ⬇️

http://www.4uni2c.com

Advertisements

~ by OPajar on 2018/07/29.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: