Proton City: apakah manifestasinya ?

Error
This video doesn’t exist

Lebih selamat dan selesa menaiki ETS daripada memandu sendiri.

2018 Ogos 21

Ahad malam (2018 Ogos 20) yang lepas Acik bersama isteri pulang ke PJU10 dari Taiping. Kami mengambil jalan lama untuk menjimatkan tol. Bila tak tahan mengantuk ketika sedang memandu, maka kami singgah makan malam (dinner) di Proton City. Rupa-rupanya sudah agak lama Acik tak singgah di Proton City itu.

Jika disebut saja “Proton”, majoriti kita (rakyat Malaysia) akan terus teringat kepada kereta nasional Malaysia yang pertama. Lebih-lebih lagi selepas diwar-warkan bahawa projek kereta nasional ke-3 (PKN3) pula akan dilancarkan tak lama lagi. Namun tak ramai dari kita yang dah maklum bahawa selain kereta Proton, kita juga ada bandaraya Proton iaitu Proton City. Padahal bandaraya ini telah wujud sejak awal tahun 90an lagi.
.

Bersumberkan maklumat dari Mr. Google, Acik mendapat tahu bahawa Proton City itu luasnya 4 ribu ekar. Kalau dilihat dengan mata kepala sendiri, Proton City itu memang luas kawasannya. Namun realitinya, ia sekarang masih merupakan sebuah taman kediaman biasa, bukannya sebuah bandaraya industri seperti yang kita sangkakan. Acik percaya penduduknya jauh lebih sedikit daripada bandar Tanjung Malim yang bersebelahan saja dengannya.

Mengikut Mr. Google lagi, Proton City mula dibina dalam awal 1990an. Di dalamnya terletak sebuah kilang kereta Proton yang baru. Kilang lama Proton di Shah Alam itu telah tidak mampu lagi meningkatkan pengeluaran. Maka Proton memerlukan kilang yang lebih besar di kawasan yang lebih luas.
.

Bagi Acik, Proton City adalah manifestasi kegagalan projek kereta nasional (PKN1) kita yang pertama itu, Jika projek itu berjaya, maka imej Proton City sekarang tentulah tidak sekadar itu saja.

Idea mewujudkan Proton City adalah baik dan wajar dipuji. Jika di Jepun ada Toyota City, maka mengapa di Malaysia tak boleh ada Proton City. Jadi Acik tak kata salah mewujudkan Proton City di Malaysia. Cuma yang Acik nak tegaskan di sini ialah bahawa PKN1 itu bukanlah satu projek yang berjaya dan layak dibanggakan.

Manakala Proton City pula adalah satu contoh bagi peribahasa Melayu yang berbunyi indah kabar dari rupa dan cakap tak serupa bikin. Dalam masyarakat kita (Melayu) ramai dari kita yang sangat mudah percaya kepada dakwaan yang salah ataupun tidak tepat. Sebabnya ialah, kita selalu ingat orang lain pun jujur macam kita. Sedangkan realitinya adalah sebaliknya. Penipu lebih ramai dari yang jujur. Malah, lebih berkuasa si penipu itu makin kuat kita percaya kepada dakwaannya.

Proton City membuat Acik bertambah skeptical terhadap PKN3 yang sedang diwar-warkan sekarang. Bagi pencetus idea PKN3 itu, beliau mungkin yakin bahawa ianya akan mendatangkan keuntungan besar kepada semua pihak. Tapi Acik tetap skeptical sebagaimana skepticalnya Acik terhadap PKN1 duhulu. Banyak implikasi negatif yang terbayang di fikiran Acik apabila PKN3 itu menjadi realiti nanti.
.
Pertama, harga kereta di pasaran Malaysia akan pasti naik. Itulah yang telah berlaku dahulu sebaik saja Proton pertama lahir ke dunia. Kereta-kereta baru yang dahulunya berharga kurang dari RM17 ribu, telah menjadi lebih mahal dari itu selepas adanya Proton.
.
Supaya harga Proton nampak lebih murah, maka cukai import ke atas kereta-kereta dari luar negara telah dinaikkan dengan agak ketara. Ini menyebabkan kereta-kereta import terpaksa dijual dengan harga yang lebih mahal dari kereta nasional. Fenomina ini membuat Acik rasa tertipu oleh PKN1 itu.
.
Kesan negatif kedua akibat PKN1 dahulu ialah kerajaan tidak serius untuk memajukan sistem pengangkutan awam. Logiknya ialah jika sistem pengangkutan awam semakin efisyen, penjualan kereta nasional pasti akan lambat meningkat. Ini akan menggagalkan PKN1 itu dari mencapai jumlah jualan yang disasarkan.

Sebaliknya, kerajaan lebih berminat untuk membina jalan-jalan raya kerana ia dapat menjana keuntungan lumayan bagi pihak-pihak tertentu, melalui kutipan tol. Akibatnya rakyat terpaksa membeli kereta untuk ke tempat kerja walaupun dengan terpaksa berhutang. Ini telah menyebabkan hutang isi rumah bagi majoriti rakyat meningkat.
.
Sebenarnya negara tidak perlu pun kepada PKN3. Kerajaan PH wajar menambah-baikkan lagi rancangan pembangunan sistem pengangkutan awam. Bukan meronyeh rancangan yang telah disiapkan oleh kerajaan dahulu. Contohnya projek ECRL dan HSR (Singapura – KL) ýang telah siap dirancang atau telah mula dilaksanakan.
.

Ketika teknolgi keretapi laju belum maju dahulu, maka agak munasabahlah juga jika projek kereta nasional dilaksanakan. Namun, kini PKN3 ini sudah tidak relevan lagi. Keperluan dan citarasa jenerasi sekarang dah jauh bebeza daripada jenerasi datuk nenek mereka dahulu. Apa kata kerajaan buat dulu satu kaji selidik (survey) yang komprehensif ke atas jenerasi muda sekarang, samada mereka lebih mengutamakan PKN3 atau sistem pengangkutan awam yang efisyen seperti MRT, ETS, Komuter dan seumpamanya. Bedasarkan hasil kaji selidik itu nanti, barulah kerajaan buat keputusan samada nak teruskan PKN3 ataupun sebaliknya. Sebab kita tak mau PKN3 menerima nasib yang sama dengan PKN1 itu.
.
Acik percaya, jenerasi anak dan cucu kita sekarang ini lebih layak membuat pilihan sendiri, apa yang terbaik untuk diri mereka. Kita yang dah warga emas ni, apa salahnya mengalah. Lagi pun yang nak menggunakan dengan lama akan pengangkutan awam atau kereta nasional ke-3 itu ialah mereka, bukan kita. Dari segi adatnya pun, kita ni dah tak berapa lama saja lagi nak hidup. Walaupun akan ada juga di antara kita ni yang akan berjaya menungkat langit, tapi berapa keratlah sangat.

Wallahualam.

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan

.

PKN3 : Perlu sangatkah ia ?

https://4uni2c.com/2018/08/08/kereta-nasional-ke3-perlu-sangatkah-ia/

Antara ECRL dan Proton

https://4uni2c.com/2018/06/01/pru14-pasca-antara-ecrl-proton/

⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘

PenCERAHan terbaru ➡️ http://www.4uni2c.com

.

~ by OPajar on 2018-08-21.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: