Merdeka dari pembodohan
.
2018 Ogos 31
🇲🇾 Acik bersama isteri bertolak dari rumah di bandar PJU10 (Daman Damai) kira-kira pada jam 4:50 petang semalam. Acik memandu di atas lebuhraya PLUS dari tol Sungai Buluh hinggalah ke tol Tapah. Di sepanjang perjalanan kami itu, kami tidak nampak langsung satu kenderaan pun yang memasang jalur gemilang. Padahal pada tahun-tahun yang lepas, jalur gemilang berkibar merupakan fenomina biasa setiap kali menjelang hari kebangsaan. Ini menyebabkan kami tak sedar bahawa esoknya adalah hari kebangsaan.
Kami sebenarnya hendak ke Tanah Rata, Cameron Highlands. Jaraknya dari rumah kami di PJU10 adalah lebih kurang 200 km. Perjalanan memanjat bukit hanya bermula selepas keluar dari tol Tapah. Bila dah hampir dengan Tanah Rata barulah kami bertemu dengan beberapa kibaran jalur gembilang. Itu pun yang dipasang pada sekumpulan kenderaan yang Acik syaki bahawa pemilik-pemiliknya adalah dibayar supaya melakukan aktiviti mengibar jalur gemilang tersebut.
Realiti di atas telah mencetuskan soalan besar di fikiran Acik. Apakah sebabnya maka berlaku demikian ? Adakah ini satu manifestasi bahawa rakyat rata-rata tidak gembira dengan kerajaan yang mereka sendiri baru tubuhkan itu ? Mungkin ya mungkin tidak. Tapi ya adalah jawapan yang bermain di fikiran Acik selagi belum ada jawapan lain yang lebih menarik lagi meyakinkan.
Setiap rakyat adalah merdeka untuk membentuk persepsi sendiri dari apa yang dilihat, didengar dan difahami. Acik juga tidak terkecuali. Acik memanglah amat tidak berpuashati dengan pemerintahan PH yang diterajui oleh mantan Presiden UMNO sekarang. Beberapa keputusan beliau sejak ditabalkan menjadi PM Malaysia (buat kali kedua) agak pelik dan sangat membimbangkan Acik. Mujur juga Acik tidak turut merestui pertabalan beliau. Maka Acik tidaklah menyesal atau rasa tertipu seperti setengah orang.
Bukanlah niat Acik nak menyenaraikan di sini segala keputusan PM yang Acik tak setuju. Cuma Acik ingin mengajak semua rakyat supaya lebih peka terhadap setiap keputusan yang diumumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.
PRU14 telah membuktikan kepada kita bahawa yang sebenarnya berdaulat adalah rakyat bukan mana-mana individu yang menjadi pemimpin. Jika keputusan yang dibuat adalah lebih mudharat dari munafaat, maka wajarlah ianya disekat sebelum melarat. Janganlah rela dan redha diri diperbodohkan. Jika negara merdeka dari penjajahan, maka rakyat pula hendaklah merdeka dari segala bentuk pembodohan
M e r d e k a ! m e r d e k a ! m e r d e k a !
Wallahualam 🌶
Lain-lain PenCERAHan yang relevan
.
Antara janji (PRU14) dan realiti
https://4uni2c.com/2018/05/28/pru14-antara-janji-realiti/
.
⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘
PenCERAHan terbaru ➡️ http://www.4uni2c.com