Bila Masjid sudah diruntuh …. !

.

2019 Ogos 05

Klip video di atas Acik tonton ketika sedang bercuti di Batu Feringgi (BF). BF ini ialah sebuah pantai yang terletak di atas pulau Pulau Pinang (PP). Boleh dikatakan BF adalah antara tempat-tempat pelancongan yang paling popular di Malaysia, kalaupun tidak di Asia Tenggara.

Acik adalah anak kelahiran PP. Cuma bukan dilahirkan di atas pulau tetapi di atas daratan PP iaitu di Seberang Prai. Lebih tepat lagi di Butterworth. Jadi BF bukanlah tempat yang asing bagi Acik. Ketika Hotel Rasa Sayang baru siap dibina di BF, Acik telah berkunjung ke sana bersendirian dengan hanya menunggang basikal.

Di FB ini ada sebuah masjid lama iaitu Masjid Lama Tanjung Huma (dulu T. Bungah). Walaupun ia dihimpit oleh bangunan-bangunan baru yang dibina di sekelilingnya, namun masjid lama itu masih kekal berfungsi. Malam tadi Acik bersolat Magrib dan Isya di masjid itulah.

Pembangunan pesat di FB berlaku di era pemerintahan BN lagi. Agaknya itu sebabnya maka masjid tersebut masih mampu kekal sehingga ke saat PenCERAHan ini ditulis. Kalaulah sejak dahulu lagi Msia ini telah diperintah oleh PH, mungkin masjid Lama Tanjung Huma ini telah dinyahkan bagi memberi laluan kepada premis-premis pelancongan di BF itu. Itu baiknya BN berbanding dengan PH.

Kini terbukti bahawa BN jauh lebih memahami lagi menghormati sensitiviti umat-umat Islam. Islam adalah agama majoriti rakyat Malaysia. Malah ia adalah agama rasmi Malaysia sebagaimana termaktub di dalam perlembagaan. Maka, sudah tentulah sangat tidak patut jika sensitiviti penganut agama tersebut dipandang ringan atau tidak dihormati sewajarnya oleh mana-mana pihak.

Itu sebabnya maka Acik menolak PH dan menyokong BN dan PAS. Malah di sini Acik ingin mengajak semua rakyat Malaysia, terutama yang beragama Islam supaya menolak PH dalam PRU 15 nanti, demi keamanan dan keharmonian yang berkekalan.

.

Acik menonton klip video di atas dengan rasa penuh kecemasan. Bagi Acik, setiap isu yang berkaitan dengan mana-mana agama harus ditangani dengan penuh hikmah. Sensitiviti agama jika tak dijaga dengan berhati-hati boleh mencetuskan pergaduhan, malah huruhara di seluruh negara.

Rumah ibadat bagi mana-mana agama adalah dianggap mulia oleh penganut-penganut agama berkenaan. Tidak berapa lama dahulu isu rumah ibadat (kuil) bagi penganut Hindu di Subang Jaya telah menjadi isu begitu panas.

Walaupun kuil itu terletak di atas tanah pihak pemaju, pengikut setia agama tersebut tetap tidak sanggup membiarkan rumah ibadat mereka diruntuh dengan begitu mudah. Isu kuil tersebut melarat hingga menyebabkan seorang penjawat awam terbunuh. Hingga sekarang ini pun kes kematian penjawat awam tersebut masih belum selesai ditutup dengan cara yang adil bagi semua pihak.

Berapa tahun yang lalu satu pergaduhan besar telah tercetus di antara penganut agama Hindu dengan umat Islam di India. Ia berlaku apabila sebuah masjid lama (Barberi) diruntuh oleh penganut-penganut agama Hindu. Bilangan nyawa yang terkorban akibat pergaduhan tersebut amat merugikan. “Yang menang menjadi arang, yang kalah menjadi abu”. Namun, Acik percaya bahawa umat Islam yang mati kerana mempertahankan hak dan maruah Islam (dengan ikhlas) pasti akan dimasukkan ke syurga Allah sepertimana yang dijanjikanNya.

Isu peruntuhan masjid Sungai Nibung itu tentulah tak 100 % sama dengan peruntuhan masjid Barberi. Pertama kerana masjid Baberi diruntuh oleh penganut Hindu. Sedangkan masjid Sungai Nibung diruntuh oleh umat Islam sendiri.

Kedua, masjid Baberi diruntuh kerana penganut-penganut Hindu berkenaan mendakwa bahawa masjid tersebut terletak di atas bekas tapak kuil Hindu. Sedangkan masjid Sungai Nibung diruntuh untuk membina masjid baru di atas tapak yang sama.

Walau bagaimanapun yang menjadi isu terhadap masjid Sungai Nibung selepas ianya diruntuh ialah kononnya kawasan masjid tersebut akan dilalui oleh jalan LRT yang akan dibina. Sedangkan berdasarkan pelan awal, laluan LRT tidak akan menyentuh sedikit pun kawasan masjid tersebut walaupun seinci.

Apabila berlakunya pindaan terhadap pelan asal laluan LRT tersebut, maka pihak masjid pun melahirkan bantahan. Namun bantahan tersebut kononnya telah tidak dilayan sewajarnya oleh pihak-pihak berkuasa yang relevan. Maka meletuslah satu kontroversi. Pihak masjid berkenaan serta anak-anak kariahnya tertanya-tanya, apakah laluan LRT itu akan mengikut pelan yang telah dipinda ataupun balik semula kepada plan asal.
.

🇲🇾 04

Setakat ini Acik masih lagi mencari maklumat-maklumat yang lebih lanjut mengenai status Masjid Jamek Sungai Nibung (MJSN) tersebut. Bilakah pembinaan masjid baru di atas tapak yang sama itu akan dimulakan ? Bagaimanakah dengan bajet yang telah dilulus bagi projek pembinaan MJSN yang baru itu dan di manakah sumber-sumber peruntukannya ?

Setelah pihak masjid dah bermasam muka dengan pihak-pihak berkuasa yang relevan, maka projek pembinaan dan penyiapan MJSN yang baru itu mungkin menjadi agak rumit. Apa pun, Acik tetap berharap agar semua pihak yang terlibat dalam isu masjid tersebut akan dapat berlapang dada dan rela memberi kerjasama dengan penuh ikhlas.

Hanya dengan keikhlasan semua pihak dalam membantu MJSN itu, maka kejayaan cermerlang akan dapat dicapai. Kata peribahasa Melayu, “hati gajah sama dilapah, hatibnyamuk sama dicicah”. Anggaplah pembinaan rumah Allah itu suatu perjalanan ke medan jihad. Maka setiap kita perlu menyumbang kearah kemenangan bersama. “Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”. Mudah-mudahan Allah memberkati seluruh rakyat Malaysia amnya dan rakyat negeri PP khususnya, bersabit dengan isu MJSN.

Biarlah MJSN yang baru, bila siap nanti akan menjadi satu manifestasi kepada keharmonian hidup rakyat PP, walaupun ianya terdiri daripada berbagai agama dan keturunan.
.

B e r s a m b u n g … .. .

..

.

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

.

Ibarat telah kena kencing

https://4uni2c.com/2019/02/13/ibarat-telah-kena-kencing/

.

Nasib Melayu PP beginikah ?

https://4uni2c.com/2019/03/11/nasib-melayu-pp-beginikah/

.

Advertisement

~ by OPajar on 2019-08-05.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: