Ibarat telah kena kencing
2019 Feb 13
Wajah pemimpin DAP di dalam gambar di bawah menunjukkan beliau sedang menahani perasan keciwa.
Sebelum beliau sendiri merasa keciwa, dah ramai rakyat Malaysia (yang mengundi PH/DAP dalam PRU14 dahulu) sudah pun merasai demikian. Mereka ibarat telah kena kencing.
.
.
⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇
Istilah “kena kencing” itu apa maknanya dan dari mana asal usulnya ?
Bagi Acik istilah itu membawa erti, “mengalami suatu penderitaan batin yang amat dahsyat akibat ditipu oleh pihak yang diangkat dan sanjung tinggi”.
Ia mungkin berasal dari kisah berikut :
R adalah ayah kepada P. R tersangat sayangkan P. Maklumlah P adalah bayinya yang pertama.
Satu pagi, R dah siap berpakaian segak (smart) dan lengkap untuk menyertai pertandingan kawat peringkat nasional.
Sebelum meninggalkan rumahnya menuju ke padang kawat, R mengangkat P untuk bermain-main sebentar dengan si bayi jantung hatinya itu. Kebetulan P belum sempat dipakaikan nepkin oleh ibunya. Sedangkan R tahu keadaan P itu.
Sebaik saja P dijulang oleh R, dengan tak disangka-sangka P telah terkencing. Kecing P itu bukan saja telah membasahi pakaian kawat R, malah ada juga yang termasuk ke dalam mulut R.
Bayangkanlah apakah, perasaan R ketika itu. Pakaian kawatnya cuma ada sepasang itu saja. Sedangkan beliau adalah ketua kawat bagi pasukannya.
R nak salahkan siapa lagi kalau bukan dirinya sendiri. R sendiri yang angkat P. P tak paksa langsung R mengangkatnya tapi R yang gatai sangat nak mengangkatnya.
P = PH/DAP
R = Rakyat
Semoga cerita analogi di atas dapat dihayati oleh semua rakyat terutama yang pernah terlibat dengan pasukan beruniform, yangmana kawat itu dianggap satu aktiviti yang sangat penting dan mulia.
.
Wallahua’lam 🌷
.
PRK Tanjung Piai 2019 Nov 16
.
Lain-lain PenCERAHan yg relevan:
.
Tipu menipu budaya siapa ya ?
https://4uni2c.com/2019/02/09/tipu-menipu-itu-budaya-siapa-ya/
.
PRU 14 : Janji ditepati ⬇⬇⬇
https://4uni2c.com/?s=PRU+Janji+ditepati&submit=Search
.
Politik : Janji diCAPATI ⬇⬇
https://4uni2c.com/2018/10/14/politik-janji-dicapati/
.
PRU 14 : Antara janji & realiti ⬇
https://4uni2c.com/2018/05/28/pru14-antara-janji-realiti/
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
PenCERAHan terbaru ⬇
http://www.4uni2c.com
.