Tipu menipu itu budaya siapa ya ?
2019 Feb 09
https://youtu.be/UgleUSUYux0
.
🇲🇾 Akhir-akhir ini meletup satu berita paling mengancam, dalam era PH/DAP memerintah negara sejak Mei 09 dahulu.
Kononnya ada seorang timbalan menteri yang memiliki ijazah tetapi ketulenan ijazah itu dipertikaikan pelbagai pihak. Berikutan dari itu timbul pula syak bahwa, bukan beliau seorang saja begitu, bahkan ada beberapa orang lagi menteri PH/DAP berstatus sama.
.
Menteri kewangan juga tidak terkecuali ⬇⬇⬇
https://www.facebook.com/11450527254/posts/10155498526542255/
.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1205215306312638&id=1002345083266329
.
Ada pihak mendakwa bahawa untuk menjadi seorang menteri, pemilikan ijazah bukanlah satu syarat wajib. Inikan pula sekadar nak menjadi timbalan menteri saja. Hatta TPM Msia pun satu masa dahulu disandang oleh YAB yang tidak masuk universiti.
Bagi Acik, kelulusan akademik bukanlah faktor yang menjadi isu kelulusan itu hangat. Sebab yang menjadikan isu itu hangat ialah apabila seseorang menteri itu mendakwa (samada secara langsung maupun secara kiasan) memiliki ijazah. Tetapi malangnya status ijazah tersebut dipertikaikan oleh ramai orang kerana ianya dianggap palsu atau tipu.
Adakah penipuan akan menjadi perkara yang biasa lagi halal dalam politik era Malaysia Baru ini ?
Untuk mendapat sedikit idea bagi menjawab pertanyaan di atas, marilah kita sama-sama
menonton video yang di atas
Selepas habis menonton video di atas, Acik pun boleh setuju bahawa Malaysia sekarang adalah dalam keadaan yang haru biru. Tidak apa yang boleh kita sebagai rakyat Malaysia banggakan di bawah pemerintahan PH/DAP sekarang. Ada anak muda yang mendakwa mereka rasa seolah-olah telah dikencingi oleh kerajaan PH/DAP. Maksud mereka ialah merasa sangat tertipu oleh PH/DAP kerana telah mengkhianati janji-janji mereka sendiri yang mereka taburi menjelang PRU14 dahulu.
Dari mana lahirnya istilah “kencing” tersebut kalau Acik boleh tolong terangkan ?
.
Sebenarnya istilah “kena kencing” itu adalah membawa erti merasa tertipu yang amat sangat akibat terlalu bersangka positif terhadap orang yang sangat disayangi.
Contohnya R adalah ayah kepada bayi yang digelar M. R tersangat sayangkan M. Maklumlah M adalah bayinya yang pertama.
Satu pagi, R dah siap berpakaian kemas dan lengkap untuk menyetai pertandingan kawat peringkat nasional. Sebelum meninggalkan rumahnya menuju ke padang kawat, R mengangkat M untuk bermain-main sebentar dengan si anak kecil itu. Kebetulan M belum sempat dipakaikan nepkin oleh ibunya. Sedangkan R tahu keadaan M itu.
Sebaik saja M dijulang oleh R, dengan tak disangka-sangka M telah terkencing. Kecing M itu bukan saja telah membasahi pakaian kawat R, malah ada juga yang termasuk ke dalam mulut R.
Bayangkanlah apakah, perasaan R ketika itu. Pakaian kawatnya cuma ada sepasang itu saja. Sedangkan beliau adalah ketua kawat bagi pasukannya.
R nak salahkan siapa lagi kalau bukan dirinya sendiri. M, beliau sendiri yang angkat. M tak paksa langsung R mengangkatnya tapi R yang gatai sangat nak mengangkatnya.
Analogi Acik di atas mungkin kurang dapat dihayati umum kecuali oleh anggota-anggota pasukan beruniform. Hanya mereka saja yang tahu betapa pentingnya aktiviti kawat kepada organisasi mereka.
.
YB-YB lain yang turut kontrovesi
⬇ ⬇ ⬇ ⬇ ⬇ ⬇ ⬇ ⬇ ⬇ ⬇
https://www.facebook.com/11450527254/posts/10155498858047255/
.
Wallahua’lam 🌹
.
PenCERAHan² yg relevan ⬇️
.
Tabung Haji pula takut tertipu
https://4uni2c.com/2019/02/11/tabung-haji-pula-takut-tertipu/
.
Janji (PRU14) diCAPATI
https://4uni2c.com/2018/10/14/politik-janji-dicapati/
.
Kenapa biadap kpd Tun ?
https://4uni2c.com/2018/10/22/teksi-kenapa-biadap-kpd-tun-dm/
.
Wajarkah PM bawa mulut ?
https://4uni2c.com/2018/09/04/wajarkah-pm-bawa-mulut/
.
Kutuk mengutuk bukan budaya Melayu
https://4uni2c.com/?s=Kutuk+mengutuk&submit=Search
.
.