Krisis Keselamatan TSD
2019 Ogos 27
Gambar hiasan sahaja ⬇️⬇️⬇️
.
🇲🇾 Krisis keselamatan di Taman (kediaman) Saujana Damansara (TSD).
Keselamatan merupakan faktor penting dalam kehidupan manusia sejagat. Tanpa rasa selamat kita tidak akan dapat hidup dengan selesa dan aman damai. Oleh itu ramai yang sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi untuk membeli keselamatan.
Di Malaysia, kini telah menjadi fenomina biasa dimana taman-taman kediaman dipasang dengan pos-po83s kawalan keselamatan. Tanpa adanya pos-pos kawalan keselamatan mungkin ramai penduduk taman berkenaan tidak dapat lena di malam hari. Masing-masing sentiasa dalam kebimbangan akan kemungkinan rumahnya dimasuki pencuri bahkan dicerobohi perompak.
Penduduk-penduduk TSD juga tidak tekecuali dari serangan kebimbangan tersebut. Atas sebab itu, maka usaha telah dilakukan oleh Persatuan Penduduk SD (PPSD) bagi menyediakan jaminan keselamatan bagi warga TSD sejak beberapa tahun yang lepas. Perjumpaan yang akan diadakan pada 2019 Sept 01 akan datang, adalah manifestasi bahawa usaha keatas faktor keselamatan masih berterusan.
Menjelang perjumpaan pada Sept 01 tersebut, sudah tentulah ramai penduduk yang penduli atau peka tentang isu keselamatan, dah mula sebok memikirkan idea-idea yang boleh disumbangkan di dalam majlis perjumpaan itu kelak. Untuk tujuan tersebut Acik rasa persepsi Acik tentang isu keselamatan mungkin boleh dimunafaatkan sebagai iktibar. Yang positif dijadikan teladan, yang negatif dijadikan sempadan.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
S e j a r a h
Persepsi yang Acik maksudkan itu adalah sebagaimana yang diperihalkan dalam PenCERAHan berikut: ⬇
PenCERAHan berikut telah disiapkan pada 2017 Mei 15
Dalam PenCERAHan ini Acik ingin tumpukan kepada isu keselamatan khususnya di Taman (kediaman) Saujana Damansara (TSD). TSD adalah kawasan rumah teres yang letaknya di bahagian utara dalam Bandar Daman Damai (PJU 10). Khabarnya dalam TSD ada hampir 900 buah rumah teres. Majoritinya dua tingkat. Yang tiga tingkat pun ada tapi hanya beberapa buah sahaja.
Mengikut maklumat dari seorang kawan Acik yang memiliki sebuah rumah di TSD itu, taman kediaman ini bukan asalnya sebuah kawasan yang berpagar dan berpengawal (guarded community). TSD bebas dimasuki oleh sesiapa juga tanpa apa-apa halangan.
Bagi Acik, ia memberi suatu gambaran yang sangat positif kepada Bandar Daman Damai (PJU 10) iaitu sebagai bandar yang selamat didiami. Sistem kawalan keselamatan hanya bermula sejak dua atau tiga tahun yang lepas, khabarnya.
Sebagai penduduk di TSD Acik tidak nampak bahawa taman ini wajar dijadikan kawasan berpagar sehingga orang lain tidak lagi bebas untuk masuk ke TSD macam dahulu. Status TSD kita seolah-olah telah ditukarkan kepada “guarded community”. Siapakah yang menukar status taman ini dan apakah implikasi dari penukaran tersebut ?
Acik boleh dikatakan seorang ahli baru bagi TSD ini kerana baru berpindah ke sini pada Januari 2016. Sebelum tu Acik tinggal di Apartmen Saujana (AS) selama lebih kurang 5 tahun. AS memang termaktub dalam perjanjian jual beli (S&P agreement) sebagai taman kediaman yang berpagar. Status TSD tak sama dengan AS kerana dalam perjanjian jual belinya tidak dinyatakan sebagai taman kediaman berpagar.
Ketika Acik mula menyewa rumah di TSD, pengguna-pengguna jalan awam di TSD itu masih boleh masuk dan keluar TSD melalui pintu A dan B. Namun, dari pukul 11 malam hingga 5 pagi pintu A saja dibuka. Ini bermakna apa-apa kenderaan pun tak boleh masuk atau keluar TSD melalui pintu B ketika itu. Acik sangat tak setuju dengan penutupan pintu B tersebut, walaupun untuk beberapa jam saja (11malam ke 5 pagi)
Bagi Acik, itu sudah pun merampas “legitimate right” semua orang yang sering menggunakan jalan tersebut (bagi tujuan aman) sepanjang masa. Kalau ada mana-mana individu yang telah menyalahguna jalan tersebut, ia tidak boleh dijadikan justifikasi untuk menafikan hak mereka yang lain yang menggunakan dengan baik jalan itu, dari terus menggunakannya seperti biasa.
Merampas “legitimate right” orang lain untuk melindungi “legitimate right” kita (ke atas harta kita) bukanlah cara yang adil dan berkesan bagi menyelesaikan apa-apa juga masalah.
Selepas menjadi penduduk TSD itu lebih dari setahun Acik baru berpeluang menghadiri suatu mesyuarat PPSD (Persatuan Penduduk Saujana Damansara). Ia diadakan berhampiran dengan surau di taman itu. ADUN kawasan PJU 10 telah diundang bagi merasmikan mesyuarat itu. Dalam ucapannya YB berkenaan telah mengingatkan semua bahawa meletakkan apa-apa halangan di atas jalan awam adalah salah di sisi undang-undang.
Ironinya, tidak berapa lama selepas mesyuarat tersebut PPSD telah menyiapkan pondok kawalan di tengah-tengah jalan di pintu A. Manakala di pintu B pula dijadikan satu laluan saja. Malah kenderaan tak dibenarkan langsung keluar melalui pintu B itu.
Tindakan menghalang kenderaan dari keluar TSD melalui pintu B telah menjejaskan kehidupan harian setengah penduduk, samada penduduk TSD maupun penduduk di taman kediaman bersebelahan dengan TSD. Mungkin atas desakan pihak-pihak tertentu, akhirnya PPSD membenar kenderaan keluar TSD melalui pintu B tu tapi terhad dari pukul 6pagi hingga 8pagi saja.
Kelonggaran yang diberi itu sebenarnya tidak banyak mengurangkan masalah yang dihadapi oleh mereka yang terjejas itu. Sungutan-sungutan terus terdengar berbunyi di kalangan mereka yang terjejas dan pihak-pihak yang bersimpati dengan mereka.
Pada pagi 2017 Mei 21, telah diadakan satu sessi dialog antara penduduk-penduduk yang terjejas tersebut dengan wakil AJK PPSD (Persatuan Penduduk Saujana Damansara). Wakil AJK PPSD itu ialah pengerusi, timbalannya (menangkap pengerusi surau TSD) dan seorang AJK lain.
Dalam sessi dialog itu pengerusi PPSD itu sendiri telah mengakui bahawa halangan yg dipasang di kedua-dua pintu A dan B itu adalah tanpa mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) terlebih dahulu. Ia ibarat solat dahulu kemudian baru berwudhuk. Namun (kononnya) demi keselamatan penduduk TSD maka halangan itu terpaksa dipasang terlebih dahulu. Sebab kalau nak tunggu kelulusan MBPJ ia akan mengambil masa entah beberapa tahun lagi, kata pengerusi tersebut.
Mereka yg hadir dlm sessi dialog itu membantah keras terhadap penuntupan pintu B kepada kenderaan yang nak keluar dari TSD. Semua mereka menuntut agar pintu itu dibuka segera untuk keluar dan masuk TSD. Selewat-lewatnya sebelum tiba bulan puasa Ramadan nanti.
.
Penutupan pintu B itu sejak sebulan yang lalu, telah pun amat menyusahkan banyak pihak. Kini mereka tidak boleh bertolaransi dengan lebih lama lagi terhadap penutupan pintu itu.
Jika tujuan tindakan persatuan itu adalah utk keselamatan, maka bantahan keras tersebut adalah merupakan simptom kepada hasil yang lebih tidak selamat, iaitu dari aspek keharmonian sesama penduduk yang berbilang bangsa di Bandar PJU 10 itu.
Seorang penduduk yang hadir dalam sessi dialog itu mendakwa bahawa beliau telah menanggung kerugian serious sejak PPSD menutup laluan keluar TSD di pintu B tersebut. Tadika yang diusahakan beliau terpaksa ditutup setelah ibu bapa mengluarkan anak-anak mereka akibat penutupan pintu B itu. Kerana mereka kini tidak bebas (seperti dulu) lagi untuk menggunakan laluan pintas (pintu B) tersebut untuk menghantar dan mengambil anak mereka di taska beliau.
Seorang lagi penduduk mempertikaikan tindakan persatuan merampas “legitimate right” beliau untuk menggunakan laluan tersebut bila-bila masa yang beliau suka. Pihak persatuan tidak berhak untuk menghalang beliau jika beliau ingin ke restoran 24 jam di apartmen Harmoni walaupun selepas jam 12 malam. Beliau menuntut supaya laluan itu dibuka kedua-dua hala sepanjang masa (24 jam).
Legitimate right bagi seseorang individu adalah hak beliau yang dilindungi oleh undang-undang.
Setiap orang berhak mengumpul dan memiliki harta sebanyak yang ia suka asalkan bukan dengan cara yang haram di sisi undang-undang. Namun bagi melindungi legitimate right beliau untuk memiliki kekayaan (dari dirampas oleh penjahat), beliau tidaklah pula berhak merampas atau menafikan legitimate right orang lain (iaitu menggunakan sesuatu kemudahan awam yang disediakan).
Dengan menghalang mana-mana individu dari masuk dan keluar TSD melalui pintu B (bagi tujuan aman), adalah sama dengan merampas legitimate right individu berkenaan. Akibatnya individu tersebut terpaksa mengambil laluan lain yang dua atau tiga kali ganda lebih jauh. Ini bermakna mengambil risko yang lebih tinggi dari aspek keselamatan di atas jalan raya. Selain itu beliau juga terpaksa menanggung kos petrol yang lebih tinggi dan membuang masa yang sangat bernilai baginya.
Acik dimaklumkan bahawa sudah ada pun penduduk yang telah membuat aduan kepada MBPJ, membantah penutupan pintu B TSD itu. Dan khabarnya pengerusi PPSD telah pun diarahkan oleh MBPJ supaya menanggalkan segala halangan yang telah dipasang (secara haram) di kedua-dua pintu A dan B bagi membolehkan jalan awam berkenaan berfungsi sepenuhnya seperti sepatutnya. Bagi Acik itu adalah suatu tindakan yang terbaik lagi wajar terhadap sesiapa juga yang mencabar mana-mana undang-undang.
Setelah menganalisis situasi sebenar di dalam TSD, Acik nampak bahawa keselamatan bukanlah isu sebenar yang hendak diatasi. Ia hanyalah dijadikan isu oleh beberapa individu tertentu supaya dapat dieksploitasi untuk meraih keuntungan.
Kononnya lebih dari Rm100 ribu telah pun dibelanjakan untuk memasang sistem keselamatan. Ini termasuklah membina pondok kawalan di tengah-tengah jalan di muka pintu A. Juga memasang palang otomatik yang boleh dibuka dengan imbasan kad akses, seperti smart tag untuk memasuki tol lebuh raya PLUS.
Kad akses itu dijual oleh PPSD dengan harga RM60 untuk sebuah kereta. Siapa yang enggan membeli kad akses terpaksalah dilihat hina iaitu terpaksa membuka tingkap kenderaan untuk menekan butang pembuka palang yang menghalang laluan, setiap kali melalui pintu A dan B.
Jika sebuah rumah memiliki dua buah kereta saja pun sudah berapa puluh ribu yang dapat dikutip dari penduduk TSD dari jualan kad akses saja. Realitinya kebanyakan rumah memiliki lebih dari dua buah kenderaan.
Yuran keselamatan (sekuriti) yang dikutip dari setiap rumah ialah RM70 setiap bulan. Oleh sebab belum ada paksaan supaya membayar yuran tersebut maka tak semualah rumah yang membayarnya secara konsisten (istiqamah). Namun sekiranya 500 rumah saja yang membayarnya setiap bulan PPSD sudah mendapat RM35,000 sebulan. Tak banyakkah tu ?
Acik percaya bahawa aspek keselamatan yang sedang difokus oleh PPSD ialah tentang kehilangan harta benda. Kehilangan tersebut adalah akibat dicuri atau dirompak penjahat. Segelintir penduduk mungkin telah pernah menjadi mangsa pecah rumah. Ataupun kaca tingkap kereta mereka yang di letak di depan rumah dipecah dan barang berharga yang tertinggal di dalamnya lesap.
Kita tak pasti berapa buah rumah dan dah berapa kali insiden seumpama itu berlaku di TSD. Kita juga tidak tahu siapakah pula mangsa-mangsa kecurian atau rompak tersebut dan bagaimana sikapnya dari segi penjagaan harta benda.
Apa pun, kita tetap tak nafi bahawa usaha agar insiden kecurian atau kehilangan itu tidak berulang adalah sangat wajar dilakukan. Namun biarlah tindakan pencegahan itu tidak pula mencetuskan kesusahan kepada mana-mana penduduk PSD yang lain.
Sepatutnya tindakan pencegahan yang nak dilaksanakan itu, perlulah mengambil kira kesan negatif terhadap kebajikan warga TSD itu. Tak kiralah samada yang akan terjejas itu adalah golongan majoriti maupun golongan minoriti.
Tak ada maknanya jika bagi melindungi kepentingan golongan minoriti yang menjadi mangsa kehilangan itu. maka kepentingan golongan minoriti yang lain pula dirampas atau dikorbankan. Bak kata peribahasa Inggeris “helping (poor) Paul by robbing (rich) John”. Malah dalam kes yang sedang kita bincang ini adalah lebih buruk lagi, iaitu umpama “helping (rich) John by robbing (poor) Paul”
Jika kita melawat kawasan berhampiran dengan pintu B TSD, kita akan dapat lihat jalan yang statusnya masih lagi sebagai “jalan awam dua–hala” kini telah tinggal sebagai sebuah lorong sempit saja. Sebelah dari laluan dua-hala itu kini dah menjadi lot-lot parkir ala “private parking”. Atau istilah BMnya lot-lot parkir persendirian.
Melihat fenomina tersebut tak hairanlah Acik kenapa ada penduduk TSD yang sangat seronok bila pintu B itu dijadikan satu laluan saja.
Dengan berlaku demikian maka tentulah ada pihak yang mendapat lot parkir tambahan. Kalau dengan membayar RM70 yuran sekuriti kepada PPSD setiap bulan, seseorang itu dah boleh menikmati lot parkir persedirian di depan rumah, siapa yang tak nak ?
Acik tidak langsung rasa irihati atau dengki kepada sesiapa juga yang berjaya mengecapi nikmat Allah dalam apa bentuk sekali pun. Termasuklah kepada warga TSD yang bernasib baik kerana mendapat lot lot parkir tersebut.
Tapi apa yang Acik peka dan prihatin ialah terhadap ketidak-adilan yang berlaku akibat sesuatu tindakan. Jika satu pihak mengecapi sesuatu nikmat di atas kesengsaraan satu pihak yang lain, maka itu zalim namanya.
Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, penutupan pintu B itu telah menjejaskan kepentingan banyak pihak. Jadi tentulah zalim jika kesengsaraan mereka ini adalah akibat dari satu tindakan yang menguntungkan pihak tertentu. Dengan kata mudah, satu pihak dihalang melalui sebuah lorong supaya pihak tertentu yang lain dapat menggunakan lorong tersebut sebagai lot parkir persendiriannya.
Acik bimbang bahawa ketidakadilan itu akan menjejaskan keharmonian penduduk-penduduk Islam di bandar PJU 1O ini dalam menghadapi bulan puasa.
Dalam TSD itu terdapat sebuah surau yang agak besar. Pada setiap bulan puasa Ramadhan surau tersebut mengadakan majlis berbuka puasa dan solat terawih. Ia dihadiri bukan saja oleh penduduk TSD yang beragama Islam, malah oleh penduduk-penduduk Apartmen Harmoni dan lain-lain.
Pada tahun-tahun yang lepas jemaah yang tinggal di Apartmen Harmoni tidak ada masalah untuk datang ke surau itu. Kerana sebelum ini isu penutupan pinta B belum timbul. Jadi mereka boleh saja datang ke surau itu membawa keluarga tanpa apa-apa halangan.
Namun akibat dari tindakan PPSD tidak membenarkan mereka pulang ke rumah mereka di Apartmen Harmoni melalui pintu B, maka mereka terpaksalah pulang melalui pintu A. Ini bermakna mereka akan terpaksa menempuh perjalanan pulang yang berganda-ganda lebih jauh. Secara tidak langsung halangan itu akan menberatkan hati mereka untuk menyertai aktiviti agama mereka di surau tersebut.
Ibadat puasa Ramadan memang melatih umat Islam bersabar. Namun memaksa mereka membuat kerja bodoh bukanlah cara meningkatkan tahap kesabaran umat Islam. Sebaliknya mungkin akan mencetuskan provokasi terhadap mereka. Kata peribahasa Inggeris, “hungry man is an angry man”.
Bagi membuat persediaan membuka puasa suri rumah tangga Muslim akan memerlukan banyak benda. Berulang kali ke kedai bukanlah satu perkara pelik di bulan puasa berbanding di bulan-bulan biasa.
Bagi mereka yang memilih untuk membawa keluarga berbuka di restoran pula, mungkin memilih restoran yang letaknya di Apartmen Harmoni dan Suria. Bukankan menyusahkan mereka jika tak boleh keluar dari TSD melalui pintu B bagi tujuan aman seperti ini.
Bagi Acik, mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan oleh PPSD adalah suatu kebodohan. Pertama kerana menyokong tindakan PPSD yang melanggar undang–undang. Kedua kerana peraturan tersebut telah mendatangkan kesusahan terhadap kehidupan harian mereka tanpa sebab yang munasabah.
Satu analogi
Sebagai analogi, katakanlah ada sebuah taman kediaman terletak di tebing sebatang sungai (eg. tebing S). Di seberang sungai tersebut (iaitu di tebing H) pula terdapat sebuah pekan di mana terdapat sekolah, pejabat pos, kedai-kedai runcit, restoran 24jam dan sebagainya. Di sana juga tinggalnya kawan-kawan rapat dan kaum keluarga bagi beberapa penduduk taman kediaman berkenaan.
Di antara taman kediaman dan pekan itu telah dibina dua buah jambatan. Jambatan H untuk melintas dari pekan ke taman kediaman, jambatan S pula dari taman kediaman ke pekan seberang. Sejak sekian lama penduduk di kedua-dua belah tebing sungai tersebut bebas menggunakan kedua-dua jambatan tersebut (sepanjang masa – 24jam) berulang-alik bagi menguruskan aktiviti harian mereka.
Tiba-tiba berlaku kecurian keatas beberapa buah rumah milik orang kaya di taman kediaman itu. Demi melindungi rumah-rumah tersebut dari kecurian yang berulang, maka jambatan S diruntuhkan. Jadi tidak adalah lagi kenderaan yang boleh lantas sungai tersebut dari tebing S ke tebing H. Rasional dan adilkah tindakan tersebut ?
Cadangan
Acik rasa, sebagai penduduk TSD kita kena terima hakikat bahawa situasi dan kondisi taman kita tak boleh nak di samakan dengan taman-taman kediaman lain di bandar PJU10. Misalnya, kalau di Taman Sutra Damansara dan Taman Bayu Damansara pos-pos kawalan keselamatan boleh dibina di pintu masuk/keluar taman tersebut. Tapi di taman kita tak boleh. Pelan susun atur (layout plan) taman-taman tersebut adalah direka dengan mengambilkira kaedah kawalan keselamatan yang akan dilaksanakan. Sabaliknya bagi taman kita, plan susun aturnya tidak kondusif bagi membina pos-pos kawalan. Jadi kita terpaksa mencari kaedah lain yang lebih praktikal.
Bagi Acik kaedah rondaan sepanjang masa adalah yang paling praktikal. Pertama, setiap rumah akan dapat merasai impak positif dari pemantauan pegawal-pengawal keselamatan yang melaksanakan rodaan tersebut.
Kedua, mungkin kos perkhidmatan keselamatan yang ditanggung oleh PPSD lebih rendah kerana tidak melibatkan ramai pekerja-pekerja sepenuh masa dalam satu masa. Mungkin juga kita boleh gunakan tenaga sukarelawan (volunteers) dari kalangan ahli-ahli kita sendiri dimana bayaran yang diberi adalah lebih merupakan saguhati (token) saja, bukannya sebagai upah ataupun gaji.
.
Ketiga, mungkin kita boleh cuba menggunakan kaedah rukun tertangga di mana semua warga TSD akan terlibat. Cara ini akan dapat memupuk semangat kekeluargaan sesama kita yang berbilang bangsa dan agama. Ia juga akan menyedarkan semua kita tentang tanggungjawab bersama terhadap faktor keselamatan di TSD ini.
Satu lagi cadangan Acik ialah supaya yuran keselamatan dikurangkan, misalnya kepada RM35 saja sebulan. Mudah-mudahan dengan kadar tersebut bilangan ahli yang rela membayar yuran keselamatan setiap bulan akan meningkat dengan mendadak. Contohnya, dengan kadar RM35/sebulan jumlah penyumbang meningkat ke 500 daripada asalnya 300 sahaja.
Pada pendapat Acik, adalah lebih baik jika bilangan pembayar bertambah daripada jumlah kutipan bertambah. Contohnya, RM17,500 yang dikutip daripada 500 penyumbang adalah lebih bermakna jika dibandingkan dengan RM21,000 yang dikutip dari 300 penyumbang sahaja. Kerana, bagi Acik yang lebih penting ialah bilangan penyumbang bukan jumlah sumbangan.
Bilangan penyumbang yang ramai adalah manifestasi bahawa PPSD telah mendapat kerjasama yang baik dari majoriti ahlinya. Kerjasama inilah yang akan membawa keberkatan kepada kita semua. Pendekata, sedikit tapi berkat adalah lebih baik daripada banyak tapi berkarat.
Seperkara lagi
yang perlu disedari ialah bahawa ancaman keselamatan harta benda bukanlah dari kecurian dan rompakan saja. Kebakaran juga adalah ancaman yang tidak kurang serius. Oleh kerana itu kita juga perlu ada ikhtiar yang berkesan demi mengelakkan kebakaran. Dan sekiranya berlaku kebakaran adakah kenderaan yang kita parkir di hadapan rumah masing-masing tidak akan menghalang pihak bomba dari sampai ke tempat kebakaran dengan segera.
Faktor anjing liar dan juga anak-anak remaja menyalahguna kemudahan-kemudahan awam di dalam TSD juga wajar diambil perhatian sewajarnya.
Last but not least
Tak berapa lama lagi jalan keluar dari Daman Damai yang kedua (depan Restoran Mizzi) akan mula berfungsi. Cuba kita bayangkan kesebokan yang dialami di jalan awam yang melalui TSD ini. Maka Acik ingin mengingatkan warga TSD yang rumahnya berhadapan dengan jalan awam tersebut supaya memikirkan tentang lokasi baru bagi kereta ketiga masing-masing. Jalan awam tersebut tak akan sesuai lagi dijadikan lot parkir di sepanjang masa.
Begitu juga dengan ancaman keselamatan baru yang akan kita hadapi melibatkan kemalangan jalanraya. Apakah rancangan keselamatan yang sudah ada dalam minda kita sekarang ❓
.
Wallahua’lam 🌷
.
.
..
.
Apartmen Sri Pinang, Taman Cempaka, Ampang, Selangor ⚘
Lain-lain PenCERAHan yang relevan :
.
Fire could destroy our houses too
Fire in University Malaya this morning, economics faculty building damaged [Video]
.
Rumah dalam pagar berpengawal 24jam pun boleh kena pecah masuk
.
https://4uni2c.com/2015/02/27/4uni2c-15227-dilema-menghadapi-polis/
.
Community Policing
.
https://4uni2c.com/2015/03/27/community-policing-01-sessi-dialog-bersama-penduduk-dd/
.
PenCERAHan terakhir
.