Keberanian yang dikagumi❓
2019 Okt 20
🇲🇾 Keberanian yang dikagumi ❓
Beberapa tahun dahulu negara digemparkan oleh seorang anak muda yang bernama Adam Adli. Adam telah menzahirkan protestnya terhadap kerajaan dengan cara menurunkan bendera ke separuh tiang di PWTC. Akibatnya beliau digantung pengajiannya oleh pihak universiti tempat beliau sedang menuntut ketika itu. Walaupun ramai yang marah kepada beliau, namun Acik kagum terhadap keberanian Adam itu.
Beberapa hari yang lepas negara digempar pula oleh seorang graduan UM (Wong Yan Ke). Graduan kejuruteraan awam itu telah mempamirkan sebuah notis menuntut supaya VC UM meletak jawatan. Ketika itu beliau masih berada di atas pentas, sebaik selepas menerima skrol ijazahnya.
Beliau mendakwa bahawa VC tersebut adalah pengamal rasisma (racism) Dakwaan tersebut adalah berdasarkan fahaman peribadi beliau terhadap isi ucapan VC tersebut di sebuah majlis (Kongres Maruah Melayu) yang diadakan beberapa hari sebelum itu.
Setakat ini Acik dah baca berbagai-bagai penilaian oleh netizen terhadap graduan Wong dalam medsos. Ada yang sangat negatif, dan ada pula yang sangat positif. Namun ramai juga yang tidak merasa adanya keperluan untuk menunjukkan apa-apa reaksi.
Yang negatif merupakan kutukan terhadap tindakan graduan yang bernama Wong itu. Ada yang kata ianya satu tindakan yang biadap kerana tidak menghormati majlis yang mulia. Kerana tindakannya itu maka imej UM yang berprestej tinggi itu, telah tercemar teruk. Dan berbagai-bagailah lagi kecaman yang dilemparkan kepada graduan Wong.
Namun, pendapat yang positif terhadap graduan Wong juga agak banyak. Terutamanya dari mahasiswa-mahasiswa dan anak-anak muda yang bergelar aktivis sosial. Semua itu boleh dibaca di dalam medsos. Antaranya dalam Malaysiakini.
Di sini bukanlah niat Acik nak menyalahkan sesiapa. Bukan nak menyalahkan netizen yang mengutuk graduan Wong itu, maupun menyalahkan mereka yang membelanya. Cuma apa yang ingin Acik “highlight“kan di sini ialah tentang keberanian luarbiasa yang ada pada graduan Wong.
Juga tentang kebijaksanaan beliau memilih strategi bagi menyampaikan mesejnya secara yang sangat berkesan. Bukan calang-calang anak muda yang mampu melakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh graduan Wong itu. Komen-komen yang terbit bertali arus dalam medsos itu adalah manifestasi keberkesanan cara graduan Wong menyampaikan protestnya itu.
Bagi Acik, jika sekiranya graduan Wong melakukan protest tersebut atas inisiatif sendiri dan berdasarkan prinsip yang dipeganginya, maka Acik ucapkan “syabas !” kepada beliau. Tapi kalau sekiranya beliau dipergunakan oleh mana-mana pihak bagi mencapai sesuatu objektif pihak tersebut, maka ianya sangatlah dikesali. Ini perlulah dikaji dan disiasat oleh pihak yang berkenaan.
Berhubung dengan majlis yang menjadi punca provokasi terhadap graduan Wong, terlintas pula satu tanda tanya di minda Acik. Adakah majlis yang dinamainya dengan “Kongres Maruah Melayu” itu inisiatif tulen pihak universiti yang terlibat dalam penganjurannya ? Dengan kata lain ia bebas dari sebarang pengaruh mana-mana pihak.
Jika sekiranya jawapannya ialah “ya“, maka Acik ucapkan “syabas !” kepada setiap VC universiti yang terlibat. Namun, jika sekiranya penganjuran majlis tersebut adalah demi mematuhi arahan pihak-pihak tertentu, maka ianya juga adalah suatu yang sangat dikesali. Barulah macam “bertemu buku dengan ruas !”
Analisis
Apabila dianalisis dengan lebih mendalam tentang insiden berkenaan, Acik menjadi agak keliru pula dengan apa yang telah berlaku. VC yang berkenaan, dalam ucapannya seolah-olah mendakwa bahawa ancaman yang dihadapi oleh bangsa Melayu, adalah ketara sejak kerajaan sekarang mula memerintah. Itu adalah suatu dakwaan atau kenyataan yang sangatj berani oleh seorang VC di hadapan PMnya. Selaku ketua negara, tak kan PM yang hadir di dalam majlis tersebut tak merasa tersinggung dengan dakwaan tersebut.
.
Oleh kerana VC sanggup menunjukkan keberanian beliau di hadapan PM, apa nak hairan jika graduan Wong juga sanggup menunjukkan keberanian beliau di hadapan VC tersebut. Bukankah kata peribahasa Melayu, “kalau guru kencing berdiri, muridnya akan kencing berlari“. Rengkasnya graduan Wong cuma “emulated” VC nya.
Insiden yang berlaku dalam majlis konvo di UM tersebut mengingatkan Acik tentang “kisah Temasik (Singapura) dilanggar todak”. Kehadiran todak adalah simptom kpd ketidakadilan sistem pentadbiran negara Temasik di zaman itu.
Bagitulah juga dengan insiden di UM itu. Ia adalah merupakan satu simptom kpd masalah sosial yg sedang melanda negara dengan seriusnya di bawah pentadbiran sekarang. Oleh yang demikian, maka satu usaha yang komprehensif lagi berkesan amat wajar dilancarkan ASAP bagi memulihkan environmen yang bermasalah tersebut.
Sebagai citizen dan netizen Malaysia Baru, maka wajiblah atas kita semua menghulurkan tangan masing-masing bagi membantu menjayakan usaha pemulihan tersebut. Ini adalah satu cabaran kepada kerajaan baru di bawah PM ke-7 yang telahpun mempunyai pengalaman menjadi PM ke-4 selama 22 tahun.
“Thing happens for its good reasons” adalah kata sebuah peribahasa Inggeris. Maka Acik percaya bahawa insiden yang berlaku itu tentu ada hikmahnya. Pertama, ia menyedarkan kerajaan bahawa undang-undang seperti SOSMA mungkin masih perlu dikekalkan bagi membenteras fitnah yang sedang rancak berlaku dikalangan rakyat.
Kedua, diharap akan menimbulkan keinginan di hati majoriti rakyat untuk mangambil tahu tentang isi ucapan VC berkenaan. Ayat atau perkataan manakah dalan ucapan beliau itu yang telah menyebab tercetusnya suatu provokasi terhadap graduan Wong hinggakan mendorong beliau melakukan protest dengan sedemikian rupa.
Berikut adalah ucapan VC UM di Kongres Maruah Melayu ⬇
.
.
Acik percaya bahawa daripada teks ucapan VC tersebut, maka rakyat akan dapat menilai sendiri samada isi ucapan tersebut (baik yang tersurat maupun yang tersirat) adalah berdasarkan realiti semasa ataupun hanya suatu persepsi yang salah.
Insiden protest itu juga menguji pihak pentadbiran UM, apakah hukuman setimpal yang wajar dikenakan keatas graduan Wong. Di manakah tahap kebebasan bersuara yang masih boleh dibenarkan berlaku di kalangan mahasiswa dan warga UM semua.
Tindakan graduan Wong harus menjadi iktibar kepada kerajaan agar memperbaiki sistem pengadilan yang sedia ada. Fenomina “double standard” dalam sistem pengadilan tidak harus dibiarkan berlaku tanpa ada usaha yang jujur dan serius bagi menghapuskannya. Sistem pengadilan sekarang nampaknya lebih mengutamakan orang yang lebih kaya dan lebih berkuasa.
Double standard ⬇️ contoh ⬇️
Contohnya murid yang menjadi mangsa buli di sekolah-sekolah berasrama telah tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya kerana pembuli adalah anak kepada orang yang berkedudukan tinggi dalam negara atau masyarakat. Walaupun wujud bukti-bukti yang kukuh sebagai “prima facie” namun sistem pengadilan masih tidak memihak kepada mangsa yang teraniaya.
Apabila kredibiliti sistem pengadilan telah mula dipertikaikan, akhirnya akan lahir mangsa-mangsa penganiayaan yang bertindak secara melampau dengan alasan membela diri. Namun, sebenarnya kerana yakin bahawa dirinya tidak mungkin akan mendapat pembelaan yang selayaknya dari pihak berkuasa.
Dengan lain perkataan, mangsa penganiayaan akan terus membuat tanggapan (presumption) bahawa mereka pasti akan kalah dalam sessi perbicaraan di mahkamah, walaupun pada hakikatnya mereka adalah mangsa (bukan pemangsa) dalam kes yang berkenaan.
Apabila telah ketara bahawa sistem pengadilan langsung tidak akan memihak kepada yang teraniaya, maka jangan terkejutlah jika selepas ini individu-individu yang “gila” (meminjam istilah Prof Dr. Teo Kok Seong) seperti graduan Wong akan muncul satu demi satu.
“Justice is not only to be done but also seen as done” adalah suatu ungkapan yang wajar menjadi prinsip bagi setiap sistem pentadbiran negara. Bagi menjamin supaya tidak berlaku sesuatu kezaliman akibat tersalah hukum, maka ungkapan yang dipakai ialah, “kesilapan kerana melepaskan 10 orang pesalah dari hukuman adalah lebih baik daripada kesilapan kerana menghukum seorang tertuduh yang tak bersalah“.
Dalam satu medan perang, Ali bin Abu Talib r.a. (sahabat/sepupu/menantu Nabi s.a.w.) terhenti dari tindakan membunuh seorang musuhnya apabila musuh tersebut meludah ke muka beliau. Apabila ditanya kepada beliau kenapa beliau bertindak demikian maka jawapan beliau ialah bahawa beliau kuatir tindakan beliau membunuh musuh tersebut bukan ikhlas kerana Allah tetapi atas perasaan marah akibat diludahi mukanya.
Ketika Saidina Omar al Khattab r.a. membuat pengumuman di hadapan kaum wanita bahwa kadar mas kahwin akan ditetapkan, maka seorang wanita tangkas bangun membantah kerana tidak bersetuju. Wanita tersebut mendakwa bahawa tindakan Omar adalah bercanggah dengan hukum yang ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.
Omar r.a. lalu menerima bantahan tersebut dengan mengakui bahawa wanita tersebut adalah di pihak yang benar sedangkan dirinya di pihak yang salah.
Ketika Omar r.a. baru ditabalkan sebagai Khalifah kedua (selepas Abu Bakar r.a.) beliau lalu membuat ucapan dihadapan para hadirin, “Aku kini telah dilantik sebagai pemimpin kamu. Sesungguhnya aku bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya aku berlaku benar maka bantulah aku. Sekiranya aku salah perbetulkanlah aku“.
Tiba-tiba salah seorang daripada para sahabat yang hadir mengangkat pedangnya lalu berkata, “sekiranya Omar melakukan kesalahan maka pedang inilah yang akan membetulkannya !”
Lalu Omar r.a. menjawab, “alhamdulillah, kerana ada orang yang sanggap membetulkan Omar“.
Dari peristiwa-peristiwa bersejarah di atas, kita dapat mengambil iktibar yang sangat penting. Yaitu tentang keperluan wujudnya sifat yang positif diantara rakyat dan pemerintah. Pemerintah yang adil tidak akan bertindak zalim kepada rakyat yang membantah terhadap sesuatu tindakannya yang tidak betul.
Berdasarkan keyakinan yang berjaya ditanam di dalam hati rakyat bahawa yang memerintah adalah sebuah kerajaan yang adil lagi saksama, maka rakyat tidak akan takut atau teragak-agak untuk mengemukakan apa-apa juga bantahan terhadap apa-apa juga tindakan kerajaan. Bantahan-bantah tersebut adalah merupakan satu maklumbalas atau input yang sangat berguna bagi pemerintah. Ia boleh dijadikan asas oleh pemerintah bagi menambahbaikkan sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh pemerintah.
Semoga Malaysia sentiasa berada di bawah pemerintahan yang adil lagi bijaksana.
Wallahu’alam 🌷
.
Lain-lain PenCERAHan yg relevan
Kisah Singapura dilanggar todak
https://4uni2c.com/2013/09/22/cerekana-13922-strategi-ikan-todak/
.
Walaupun berhakimkan kancil
https://4uni2c.com/2013/10/06/cerekana-13×06-walaupun-berhakimkan-kancil/
.
PenCERAHan terbaru ⬇️
http://www.4uni2c.com
.
⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘