PRK TP: Firasat manifestasi hakikat

2019 Nov 18 (Isnin)

.

.

PRK TP: Firasat manifestasi hakikat
.
Setinggi-tinggi tahniah Acik ucapkan kepada Datuk Dr. Wee Jeck Seng kerana telah berjaya memenangi kerusi parlimen TP (Tanjung Piai) dalam PRK kelmarin. Juga Acik ucapkan syabas kepada seluruh penduduk TP kerana berani membawa mesej seluruh rakyat Malaysia kepada kerajaan PH. Semoga kemenangan YB WJS bagi mewakili MN (Muafakat Nasional) akan membawa rahmat bukan saja kepada seluruh rakyat Malaysia bahkan kepada seluruh alam semesta (rahmatan lil alamin).

Dalam PenCERAHan Acik menjelang PRK TP hari tu, Acik mengistiharkan bahawa Acik menyokong MN (Muafakat Negara). Walaupun calon MN itu adalah dari MCA yang sudah tentulah bukan Melayu, namun Acik tetap sokong MN. Sokongan itu adalah manifestasi bahawa Acik bukan racist.
.
Calon PH pula adalah seorang agamawan. Beliau khabarnya adalah seorang Imam masjid dan juga Ustaz. Kerana Acik tidak utamakan beliau daripada calon MN yang bukan Muslim, maka ini membuktikan pula bahawa Acik tidak menyokong seseorang calon berdasarkan fanatik agama. Malah Acik benci kepada calon yang menggunakan faktor agama untuk memukat undi orang-orang Islam.

Walaubagaimana pun, sekiranya Acik nak sembahyang berjumaah, maka sudah tentulah Acik terpaksa mengambil Muslim sebagai imam. Tapi dalam politik semasa, faktor agama bukanlah kriteria unggul untuk mengutamakan seseorang calon Muslim daripada calon yang belum Muslim.

Bagi Acik, tak semua tugas wajib diamanahkan kepada seorang Muslim. Contohnya, andai kata kita ada dua orang pilot kapal terbang. Seorang Muslim (Abu Saja) dan seorang lagi belum Muslim (Ai Seh Men). Kebetulan Ai Seh Men lebih mahir dan lebih berpengalaman daripada Abu Saja dalam memandu Boing 777.
.
Tiba-tiba seorang pilot Boing 777 yang sepatutnya membawa jemaah haji ke Mekah jatuh sakit. Jika ditanya jemaah haji yang berkenaan samada mereka lebih suka Abu Saja menjadi pilot mereka ataupun Ai Seh Men, agak-agaknya majoriti dari jemaah tersebut akan pilih siapa ❓ Acik percaya majoriti akan memilih Ai Seh Man.

Apa pula hukum terhadap ahli-ahli jemaah haji yang memilih Ai Seh Men menjadi pilot mereka ❓. Kalau Acik, Acik hukumkan harus, malah lebih aula memilih Ai Seh Men daripada memilih Abu Saja.

Kalau nak lebih cantik lagi biarlah Abu Saja menjadi co pilot. Bila masuk waktu solat, beliau (Abu Saja) sendiri yang menjadi imam solat fardu di dalam pesawat yang sedang diterbangkan oleh Ai Seh Men.
.
Jika sekiranya ada dikalangan jemaah yang menghukumkan haram memilih Ai Seh Men sebagai pilot, maka ini Acik tak nak komen apa-apa. Janji jangan ada diantara mereka yang “membakar mercun” dalam pesawat tersebut kerana membantah Ai Seh Men menjadi pilot mereka, sudah
.
Nabi s.a.w. ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah dahulu pun mengupah seorang yang belum Islam sebagai penunjuk jalan. Apakah tidak ada langsung Muslim ketika itu yang boleh menjadi penunjuk jalan kepada baginda ❓ Wallahua’lam.

Sebenarnya sebelum PRK TP dahulu lagi, Acik dah agak dah bahawa PH akan kecundang. Itu Acik istilahkan sebagai “firasat” bahawa PH akan kalah. Firasat itu bukanlah manifestasi atau cermin kepada hakikat, sehinggalah ia menjadi realiti.

Sebelum ianya menjadi realiti, firasat Acik itu cuma lebih baik sikit dari “nujum pak belalang” saja. Rupa-rupanya firasat Acik kali ini benar-benar menjadi reliti, walaupun secara kebetulan. Maka barulah boleh Acik mendakwa bahawa “firasat manifestasi hakikat“. Namun, ia laku hanya khusus bagi PRK TP itu saja.

Tapi yang agak memeranjatkan Acik ialah tentang tahap kekalahan yang dialami oleh PH. Dalam jangkaan Acik, MN akan mampu meraih majoriti sekitar 5000 sahaja. Itu pun sudah 10 kali ganda dari majoriti yang PH perolehi dalam PRU14 dahulu. Rupa-rupanya 30 kali ganda Yup. Itu sudah boleh dikira pukulan mati terhadap PH.
.
Maka berbagai-bagailah analisis dibuat oleh berbagai pihak untuk mencari punca PH kalah dengan begitu teruk sekali. Namun bukanlah niat Acik nak senaraikan di sini sebab-sebab yang mungkin menyumbang kepada kekalahan PH itu. Harap memadailah di sini Acik sajikan saja klip video berikut untuk tatapan semua. Silalah buat analisis dan rumusan sendiri tentang kekalahan PH dan kemenangan besar MN dalam PRK TP itu.

Selamat menonton.

Either deliver or surrender

.

W a l l a h u ‘a l a m 🌷

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

.

PRK TP: Seruan kpd pengundi https://4uni2c.com/2019/11/05/prk-tp-seruan-kepada-pengundi/

PRK TP: Amaran kpd pengundi https://4uni2c.com/2019/11/16/prk-tp-amaran-kpd-pengundi/

Ibarat telah kena kencing https://4uni2c.com/2019/02/13/ibarat-telah-kena-kencing/

.

PenCERAHan yang popular

.

Jawatan PM hak siapa https://4uni2c.com/2019/09/30/jawatan-pm-hak-siapa/

.

PenCERAHan terbaru

http://www.4uni2c.com

.

~ by OPajar on 2019-11-18.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: