PRK TP: Seruan Kepada Pengundi

2019 Nov 05

PRK TP: Seruan kpd pengundi

November 16 adalah tarikh yang sangat dinanti-nanti. Bukan saja oleh penduduk Tanjung Piai, malah oleh seluruh rakyat Malaysia. Samada PH yang menang dalam PRK itu nanti, ataupun MN (Muafakat Nasional) yang menang, implikasinya adalah sangat besar kepada rakyat jelata dan negara Malaysia.

Kalau PH yang menang, manifestasinya ialah rakyat sudah berpuashati dengan PH sebagai pemerintah. Kalau tak berpuashati di peringkat nasional pun sekurang-kurangnya di peringkat kawasan parlimen Tanjung Piai itu.

Sebaliknya, kalau yang menang nanti adalah MN, maka itu adalah simptom telah terbentuknya bibit kekeciwaan rakyat terhadap PH. Mungkin juga kekeciwaan tersebut merupakan satu “momentum” dari kekeciwaan yang telah memenangkan MN dalam PRK-PRK yang lepas.

Kepada penyokong-penyokong tegar PH, Acik menghormati sepenuhnya hak anda untuk mengundi calon PH. Oleh itu tak payahlah membaca PenCERAHan Acik ini. Kerna, PenCERAHan ini hanyalah untuk pengundi-pengundi di atas pagar dan penyokong-penyokong MN saja.

Sebenarnya Acik rasa tak perlu menjelaskan lagi dengan panjang lebar mengapa rakyat wajar menolak PH dan mengundi MN. Kerna, rakyat tentu sudah merasai sendiri kesan buruk yang menimpa negara akibat tersalah memberi undi kepada PH dalam PRU14 dahulu. Maka janganlah “terjatuh lagi ke dalam lubang yang sama” akibat mengundi PH lagi.

Di sepanjang tempoh kempen PRK Tanjung Piai itu, mungkin PH akan terus menerus menyalahkan BN tentang keadaan negara yang sedang kucar kacir sekarang. Kekucar-kaciran ini berlaku sejak mereka (PH) mula memerintah dahulu lagi.

Sebenarnya, mereka (PH) tidak ada kemahiran yang cukup untuk mentadbir negara dengan lebih baik dari BN dahulu. Maka mereka pun gagal menunaikan janji-janji yang mereka telah taburi kepada rakyat menjelang PRU14 dahulu.

Pada persepsi Acik, pemimpin-pemimpin PH hanyalah ibarat “kaduk mendapat junjung”. Kebolehan mereka mentadbir negara hanyalah “ibarat tikus membaiki labu”. Maka akan keciwalah sesiapa yang menyangka bahawa negara akan bertambah baik dalam segala aspek jika PH memerintah.

.

Selingan: Muafakat Nasional

.

Namun, bukanlah semua pemimpin PH tak ada kualiti. Pemimpin PH yang berkualiti akidah ekonominya sama dengan akidah ekonomi pemimpin-pemimpin UMNO/MN. Pemimpin UMNO/MN percaya bahawa sebuah kerajaan itu tak sama dengan sebuah keluarga. Oleh sebab itu kerajaan harus berbelanja mengikut keperluan tanpa takut akan bankgrap.

Dengan akidah ekonomi yang betul maka UMNO/MN tidak akan menghadapi masalah bagi memajukan ekonomi negara demi kesejahteraan hidup semua rakyat. Sebaliknya, dengan akidah ekonomi yang salah, rakyat dari golongan tertentu saja yang untung. Majoriti rakyat pula akan semakin sengsara.

Seyugia ditegas di sini bahawa UMNO/MN yang sekarang ini tidaklah sama dengan UMNO/BN yang dahulu. Sebenarnya Tun M merupakan satu faktor yang sangat siknifiken dalam UMNO/BN dahulu. Malah dalam mana-mana juga parti politik yang beliau sertai. Oleh sebab kini Tun M tidak berada di dalam UMNO/MN, maka parti tersebut adalah sangat berbeza dari UMNO/BN dahulu.

Oleh itu amat tidak adillah jika PH nak menyalahkan UMNO/MN yang sekarang ini atas kegagalan UMNO/BN yang dahulu. Yakni UMNO/BN ketika pengaruh Tun M masih kuat mengusai parti tersebut. Faktor-faktor yang menjadi punca-punca kegagalan UMNO/BN tersebut sebenarnya telah berpindah ke PH, kerana pemimpin-pemimpin berkenaan kini telah menyertai PH.

Bagi Acik, kini telah terbukti bahawa PH sebenarnya tidak memiliki kredibiliti yang cukup untuk menerajui kerajaan. Mereka telah tidak jujur dengan rakyat. Kalau mereka jujur maka mereka tidak akan berani membuat janji-janji yang mereka sendiri pun tidak pasti ada kemampuan ataupun tidak bagi menunaikannya. Akibatnya rakyat telah tertipu dengan janji-janji manis mereka yang kosong itu, lalu memberi mandat kepada PH untuk memerintah negara dalam PRU14 dahulu.

Puncak ketidak jujuran pemimpin-pemimpin PH mula terserlah apabila berlakunya pengedaran sebuah komik yang agak subversive di sekolah-sekolah kerajaan baru-baru ini. Dalam komik tersebut ternyata bahawa individu-individu yang terlibat bagi menjayakan penghasilan dan penyebaran komik tersebut adalah orang-orang kuat PH. Namun, mereka dan parti mereka menafikan sekeras-kerasnya akan keterlibatan parti yang mereka kuasai itu, dalam penghasilan dan penyebaran komik tersebut.

Beberapa orang kuat PH yang lain pula telah didapati menjadi penyokong kuat LTTE. Sedangkan LTTE adalah kumpulan yang telah diistiharkan oleh beberapa buah negara sebagai teroris. Namun demikian, orang orang kuat PH yang berkenaan, masih juga mendakwa bahawa kerajaan tidak wajar mempertikaikan hak mereka untuk mengekalkan hubungan baik mereka dengan kumpulan LTTE itu. Apa lagi bagi menghalang mereka dari membantu kumpulan tersebut.

Maka kini terpulanglah kepada pengundi-pengundi Tanjung Piai untuk menilai sendiri akan kredibiliti PH. Kalau mahukan keselamatan negara lebih terjamin maka Acik rasa rakyat tiada pilihan lain melainkan mengundi MN. Mudah-mudahan ia memberi signal yang kuat lagi berkesan kepada PH bahawa rakyat tidak boleh bertoleransi atau berkompromi dalam aspek keselamatan negara.

Akhir kata Acik nak mengajak semua pengundi Tanjung Piai untuk “emulate” Paklah bekas PM kita yang ke-5 itu. Kalau beliau sendiri masih kekal dalam UMNO/MN, kenapa tidak warga Tanjung Piai yang berjiwa patriotik sekelian. Paklah adalah seorang veteran terkemuka dalam politik negara Malaysia. Tak kan kita tak boleh setuju dengan pendirian beliau terhadap politik negara.

Ayuh jom pakat “emulate” Paklah ā—

https://4uni2c.com/2018/05/08/pru14-jom-emulate-pak-lah/

Wallahua’lam 🌷

.

B e r s a m b u n g … .. .

.

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

.

Biduk lalu kiambang bertaut

https://4uni2c.com/2017/10/21/biduk-lalu-kiambang-bertaut/

.

Muafakat Melayu Kuat

https://4uni2c.com/2019/09/19/muafakat-melayu-kuat/

.

Janji dicapati

https://4uni2c.com/2018/10/14/politik-janji-dicapati/

PenCERAHan yang popular

.

Jawatan PM hak siapa ā“

https://4uni2c.com/2019/09/30/jawatan-pm-hak-siapa/

.

~ by OPajar on 2019-11-05.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: