Law: Sejarah hitam negara
2020 Januari 11 (Sabtu)
Sebentar tadi secara tak sengaja (accidentally), Acik terjumpa video di atas dalam YouTube. Setelah menontonnya Acik yakin bahawa ianya sangat baik untuk dikongsi bersama dengan semua pengikut blog Acik. Maka itu sebabnya video itu Acik semadikan sebagai sebuah PenCERAHan di dalam blog Acik ini.
.
Apa yang sangat menarik perhatian Acik ialah dalam aspek kedaulatan undang-undang (rule of law). Ia bermaksud, adakah sesuatu undang-undang itu dihormati dan dipatuhi sewajarnya. Sebaliknya, sekiranya undang-undang tersebut dikhianati atau dicabuli, apakah implikasinya.
Pada persepsi Acik, rule of law tidak diamalkan dengan sewajarnya oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Contohnya undang-undang had laju dilebuh raya. Di dinding bas-bas ekspress jelas tentera had lajunya. Tapi adakah had laju itu dipatuhi oleh pemandu bas berkenaan.
Pemandu bas-bas ekspress biasa saja melanggar had laju tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa bimbang kepada sebarang hukuman. Di kalangan penumpang pula tiada seorangpun yang peduli tentang pelakuan salah Pemandu bas yang ditumpanginya itu.
Jadi tidak hairanlah jika dalam sesuatu kemalangan yang melibatkan bas ekspress akan ada mangsa yang cedera parah, malah kehilangan nyawa. Kenderaan lain seperti lori panjang dan lori kontena juga tidak ketinggalan dalam melanggar had laju dilebuh raya dan jalan-jalan awam biasa.
Akibat tidak mematuhi undang-undang had laju, maka banyak kemalangan serius telah berlaku. Pemandu yang melanggar had laju bukan saja menanggung risko kemalangan serius yang mengancam dirinya sendiri, malah dalam masa yang sama turut mengancam keselamatan orang lain.
.
Adalah tidak adil untuk mendakwa bahawa tidak ada langsung penguatkuasaan dilaksanakan ke atas undang-undang had laju oleh kerajaan. Namun, tidak salah jika kita mendakwa bahawa penguatkuasaan yang dilaksanakan itu adalah terlalu lemah. Kelemahan tersebut sangat ketara bagi kita yang selalu menggunakan lebuh raya. Maka ianya sangat wajar dipertingkatkan segera.
.
Acik percaya bahawa, termasuk dalam rule of law ialah, tentang penganiayaan. Jika sekiranya seorang individu melakukan sesuatu tindakan terhadap pihak lain, yangmana tindakan tersebut boleh ditakrifkan sebagai suatu penganiayaan, maka individu tersebut boleh didakwa sebagai melakukan suatu kesalahan undang-undang.
Walaubagaimana pun, hukuman belum boleh dijatuhkan ke atasnya sehinggalah beliau dibicarakan dan disabitkan dengan kesalahan berkenaan oleh mahkamah tersebut. Kemudian barulah beliau layak menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya itu.
.
B e r s a m b u n g…….
Info lain yg berkaitan:
Majoriti mahu CEO SPRM letak jawatan https://suaramerdeka.com.my/lebih-95-peratus-undi-latheefa-letak-jawatan-dalam-sprm
Pendedahan Latheefa tak salah – Tun M http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-masalah-pendedahan-audio-yang-dibuat-sprm-tun-m-227802
Lain-lain PenCERAHan yg relevan
Mad politics https://4uni2c.com/2018/05/05/pru14-mad-politics/
PenCERAHan yg popular
Jawatan PM hak siapa ❓ https://4uni2c.com/2019/09/30/jawatan-pm-hak-siapa/