Covid19: mereka adalah jihadis

⬆️ Pengorbanan mereka tak terhingga nilainya. Tak mampu dibalas melainkan Allah jua. Sama-samalah kita doakan utk kejayaan mereka 🌹

2020 Mac 25 (Rabu)

Hati Acik merasa sangat pilu dan sayu apabila menonton video di atas. Dalam masa yang sama merasa diri Acik ini amat bersalah kepada mereka. Bersalah kerana tidak menghulurkan apa-apa bantuan bagi meringankan sikit bebanan mereka itu. Bebanan yang sedang mereka tanggung sejak hampir sebulan itu bukannya ringan.

Bahkan tiada pula apa-apa inisiatif dari Acik untuk membantu mereka. Sedangkan mereka tengah sengit berjuang bemati-matian. Nyawa mereka dipertaruhkan demi menyelamatkan nyawa orang lain. Mereka bukan kenal pun mangsa Covid19 yang mereka berusaha menyelamatkannya itu. Namun atas rasa peri kemanusian dan nilai moral yang tinggi, maka mereka sanggup berkorban.

Ya tanpa rasa “selfish” mereka sanggup berkorban jiwa dan raga demi menabur jasa. Semoga Allah
sentiasa mempermudahkan kerja-kerja mereka serta mengukuhkan semangat jihad mereka hingga sampai ke puncak kemenangan, insyaAllah.

Mudah2an Allah juga sudi memaafkan diri Acik yang serba lemah ini atas kegagalan untuk membantu jihadis-jihadis itu. “Niat di hati nak peluk gunung. Apakan daya tanganku tak sampai”
.

C & P

Pahala Syahid Dengan Bersabar dan Tawakal

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الطَّاعُونِ فَأَخْبَرَنِي أَنَّهُ عَذَابٌ يَبْعَثُهُ اللَّهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ وَأَنَّ اللَّهَ جَعَلَهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ لَيْسَ مِنْ أَحَدٍ يَقَعُ الطَّاعُونُ فَيَمْكُثُ فِي بَلَدِهِ صَابِرًا مُحْتَسِبًا يَعْلَمُ أَنَّهُ لَا يُصِيبُهُ إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ إِلَّا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ شَهِيدٍ.

Daripada ‘Aisyah RA, isteri Nabi SAW berkata; “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang penyakit ta’un lalu baginda menceritakan kepadaku bahawa penyakit itu adalah sejenis siksaan yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan sesungguhnya Allah menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi orang yang beriman. Seseorang yang ketika berjangkit penyakit itu, tetap dalam negerinya dengan sabar dan tulus kerana Allah, yakin bahawa tidak akan mengenainya selain apa yang telah ditentukan Allah baginya, maka untuk orang itu pahala seperti pahala orang yang mati syahid”. (HR Bukhari No: 3474) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

  1. Setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah.
  2. Apa jua musibah seperti penyakit yang menular ke sesuatu tempat adalah suatu siksaan yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki.
  3. Sesungguhnya musibah dan penyakit bagi orang mukmin adalah rahmah kerana ia menjadikan kita sentiasa sentiasa mendekatkan diri dengan Allah, sentiasa bermunajat dan berdoa serta melatih diri untuk bersabar diatas kepayahan dan kesulitan.
  4. Bagi orang beriman, kita sentiasa yakin terhadap qada dan qadar yang telah ditentukan Allah. Kita yakin bahawa penyakit seperti Covid 19 tidak akan mengenai kita selain apa yang telah ditentukan Allah. Namun usaha dan ikhtiar perlu dilakukan antaranya usaha pencegahan dengan kuarantin di rumah dan menjaga kebersihan diri.
  5. Pahala mati syahid bagi orang beriman yang sabar dan tulus kerana Allah. Oleh itu terus kekal di rumah semasa penularan wabak penyakit dalam tempoh perintah kawalan pergerakan oleh pihak berkuasa.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

SemarakUkhuwah MemacuPerubahan

MalaysiaMenujuNegaraRahmah

PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

25hb Mac 2020
30hb Rejab 1441H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD


Wallahua’lam 🌷

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3473986575951395&id=220590201291065

Covid19: Bencana sejagat (ujian ke atas iman umat Islam) https://4uni2c.com/2020/03/13/covid-19-bencana-sejagat/

Covid19: mesej yg tersirat https://4uni2c.com/2020/04/16/covid19-mesej-yg-tersirat/

Covid19: A blessing in disguise https://4uni2c.com/2020/03/20/covid-19-a-blessing-in-disguise/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

PN.

~ by OPajar on 2020-03-25.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: