Covid19: mesej yg tersirat
Video 1/3 ⬇️
2020 April 16 (Khamis)
🇲🇾 Apabila Allah hendak menciptakan maklukNya yang bernama manusia, Malaikat hairan. Lalu Malaikat pun bertanya, adakah Allah akan mencipta makluk yang akan melakukan kerosakan. Namun Allah ciptakan juga manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s.
Kemudian Allah mengajar Adam a.s. mengenali perbagai benda. Bila ditanya nama benda-benda berkenaan, maka malaikat tidak tahu jawapannya kecuali Adam a.s. Adam adalah juga manusia pertama yang menerima hukuman dari Allah akibat melanggari perintahNya yang merupakan suatu larangan.
Semasa Adam a.s. dan isterinya (Hawa a.s.) tinggal di dalam syurga, Allah melarang mereka daripada menghampiri sejenis pokok. Namun, akibat terkesan oleh hasutan syaitan, maka Adam a.s. telah termakan buah pohon Khuldi tersebut.
Lantaran itu Adam a.s. dihukumi Allah. Adam a.s. telah dipecat dari syurga bersama-sama isterinya itu. Mereka berdua telah dicampak ke dunia dalam keadaan terlanjang bogel. Telanjang itu adalah simbol penghinaan. Maka bertelanjang (tidak menutup aurat) bagi orang beriman adalah bermakna menghina diri sendiri.
Selepas Nabi Adam a.s., Allah utuskan pula ramai Nabi-Nabi lain kepada umat manusia. Namun, yang wajib kita ketahui nama-nama mereka hanyalah 25 orang saja. Nabi kita Muhammad s.a.w. merupakan Nabi terakhir. Selepas baginda tidak ada lagi Nabi, melainkan perwaris-pewaris baginda iaitu ulamak.
.
Al Quran ada menceritakan kisah Nabi-Nabi yang terdahulu. Cabaran yang mereka hadapi dalam usaha menyampaikan perintah Allah kepada umat manusia ketika itu sangatlah hebat. Apabila umat manusia terus juga engkar kepada perintah Allah, maka bala dari Allah menimpa mereka.
Sekadar contoh, di zaman Nabi Noh a.s., Allah turunkan bala yang berupa banjir besar. Di zaman Nabi Lut a.s. pula Allah mengangkat sebidang tanah lalu menghempapkannya ke atas kaum Nabi Lut a.s. Jadi, berdasarkan kisah-kisah di dalam Al Quran, orang yang beriman percaya bahawa perbuatan maksiat (mengengkari perintah Allah) adalah sebab penting Allah turunkan bala keatas umat manusia.
.
Video 2/3 ⬇️
Acik percaya Covid19 adalah juga suatu bentuk bala yang Allah turunkan keatas umat manusia. Apa yang ditayangkan di dalam video di atas itu tidak mustahil kejadian yang benar-benar sedang atau telah berlaku. Semuanya itu adalah manifestasi bahawa manusia mencabuli peraturan hidup yang Allah tetapkan keatas mereka. Lantaran itu Allah turunkan bala sebagai mesej yang tersirat supaya manusia insaf lalu bertaubat.
Mesej tersirat itu adalah untuk setiap insan yang mukallaf. Tiada ada yang terkecuali. Acik dan anak-anak isteri pun termasuklah sekali. Pendek kata, daripada rakyat jelata hinggalah ke bawah duli. Semoga semua kita ambil peduli.
Namun, bagi sesiapa yang merasa dirinya masih mumayyiz, maka tak perlulah bimbang apa-apa. Maklumlah, ia belum dikira berdosa. Seperti orang terencat akal, bukan tahu apa-apa.
Tetapi insan biasa yang normal seperti kita, maka perlulah memberi respon yang rasional terhadap bala Convid19 itu. Dengan kata mudah, kita perlulah berhenti ASAP daripada menambah beratkan lagi bumi ini dengan dosa-dosa kita kepada Allah. Tak kiralah samada dosa besar maupun dosa kecil.
.
Ia termasuklah dosa akibat menyalahguna medsos (media sosial) seperti FB (Facebook), WA (WhatsApp), Tweeter, Intergram, Telegram dan sebagainya. Antara yang popular ialah dosa mengumpat, dosa menyebar fitnah, dosa riyak, dosa takabbur, dosa mencari publisiti dan populariti, dosa provokasi, dosa mengadu dumba, dosa maki hamun dan dosa cela mencela, dosa hina menghina dan lain-lain lagi.
Video 3/3 ⬇️
Ada satu “caption” yang berbunyi, “sebelum kamu mampu mengubah dunia, ubahlah diri kamu dahulu“. Ya, kalau nak mengubah diri sendiri pun kita tak mampu, apa lagi nak ubah dunia. Nak hentikan pusat-pusat maksiat tentulah kita tak mampu. Yang mampu hanya pihak kerajaan kerana kuasa di tangannya. Sedangkan kuasa kita hanya di jari jemari saja.
Maka cukuplah jika kita praktikkan apa yang diri kita mampu buat. Sebagai netizen, maka kita mampu mengawal diri dari membuat apa-apa dosa melalui medsos. Dalam masa yang sama, kita boleh sebarkan apa-apa maklumat yang berunsurkan kebajikan, untuk mendapat pahala.
Tentang tugas-tugas besar seperti penutupan kilang arak dan menghapuskan sarang-sarang maksiat, biarlah kita serahkan saja kepada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan. Kita juga ada Mufti-Mufti yang hebat untuk menasihat pihak pemerintah. Acik harap atas nasihat mereka, maka umat Islam akan bertambah iman dan amalnya.
.
Wallahua’lam 🌹
PenCERAHan yg relevan ⬇️
Covid19: Bencana sejagat (ujian keatas iman umat Islam) https://4uni2c.com/2020/03/13/covid-19-bencana-sejagat/
Selamat tinggal FB https://4uni2c.com/2017/11/19/selamat-tinggal-fb/
Agama: Otak ibarat kalkulator https://4uni2c.com/2020/02/13/agama-otak-ibarat-kalkulator/
PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com
PN