Covid19: is opening up timely ?
2020 Mei 03 (Ahad)
🇲🇾 Setelah terperap di rumah lebih daripada sebulan, rasa excited juga Acik menanti Mei 04 tiba. Tetapi setelah menonton video di atas lebih separuh daripada excitement tersebut hilang. Rasanya ada juga kebenaran yang disebut oleh pelakon solo video tersebut.
.
Soalan yang tercetus dalam minda Acik ialah tentang faktor yang menghasilkan keputusan penamatan PKP tersebut. Adakah kerajaan telah yakin bahawa negara akan benar-benar selamat selepas tempoh PKP itu tamat pada Mei 04 nanti. Atau pun hanya sekadar husnul zan saja bahawa negara akan selamat.
Namun, yang lebih membimbangkan Acik ialah jika sekiranya keputusan tersebut dibuat bukanlah kerana dah tak takut kepada Covid19 lagi, tetapi kerana ada faktor lain yang lebih ditakuti. Ya, iaitu takut nagara akan bankrap jika tempoh PKP itu dilanjutkan.
Faktor negara boleh bankrap bukanlah baru akhir-akhir ini saja kita dengar. Malah sejak sebelum PRU14 lagi ia telah gamat dicanangkan. Impaknya bukan main hebat. Bukan saja suatu dasar boleh berubah, bahkan sebuah kerajaan pun boleh rebah.
Kalau merujuk kepada statistik di bawah, kes-kes positif yang ditemui di hari-hari akhir tempoh PKP fasa3 dan di awal fasa4, Acik rasa agak skeptikal keadaan akan terus pulih. Sebaliknya ada gara-gara ia akan kembali buruk.
Laporan Kes Positif Harian Covid19
FASA 3 PKP
21/4/2020 => 57 kes
22/4/2020 => 50 kes
23/4/2020 => 71 kes
24/4/2020 => 88 kes
25/4/2020 => 51 kes
26/4/2020 => 38 kes
27/4/2020 => 40 kes
28/4/2020 => 31 kes
FASA 4 PKP
29/4/2020 => 94 kes
30/4/2020 => 57 kes
01/5/2020 => 69 kes
02/5/2020 => 105 kes
03/5/2020 =>
04/5/2020 =>
05/5/2020 =>
06/5/2020 =>
07/5/2020 =>
08/5/2020 =>
Dengan kata lain, keadaan masih belum lagi nampak kondusif bagi menamatkan PKP. Takut-takut hasil yang akan diperolehi daripada tindakan menamatkan PKP itu adalah “ibarat untung secupak, rugi segantang”. “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”.
Kalau nak buat apa-apa pun biarlah bersungguh-sungguh. Peribahasa Melayu kata, Jangan sekadar “melepaskan batuk di tangga” saja. Lebih-lebih lagi, jangan macam “hangat-hangat tahi ayam” saja.
Sebaliknya, biarlah ibarat “menggenggam bara api hingga sampai menjadi arang”. Seluruh rakyat kenalah sepakat. “Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”. “Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicicah” . Mudah-mudahan kita semua akan berjaya. InsyaAllah.
.

Wallahua’lam 🌹

PenCERAHan yg relevan ⬇️
Covid19: Bencana sejagat https://4uni2c.com/2020/03/13/covid-19-bencana-sejagat/
Hutang akan bankrapkan negarakah ? https://4uni2c.com/2018/06/14/hutang-akan-bankgrapkan-negarakah/
PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com
PN.