Hutang : akan bankrapkan negarakah ?

.

2018 Jun 14 (Khamis)

Ada dua fahaman yang bercanggah berhubung dengan hutang negara. Satu fahaman percaya bahawa kerajaan juga boleh bankrap akibat berhutang. Manakala satu fahaman lagi percaya bahawa negara tidak akan bankrap kerana berhutang.

Fahaman pertama percaya bahawa kerajaan itu sama saja dengan entiti-entiti lain seperti individu, rumah tangga, syarikat dan seumpamanya. Jika semua entiti tersebut boleh bankrap maka begitulah juga kerajaan. Kerajaan bagi penganut fahaman ini, adalah ibarat sebuah kapal yang sangat besar (Titanic). Walaupun ianya besar namun ia tetap boleh karam seperti sampan dan kapal-kapal kecil yang lain.

Manakala fahaman kedua pula menganggap kerajaan itu adalah suatu entiti yang sama sekali berbeza dengan yang lain. Kerajaan mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang dan kuasa untuk membuat wang. Dengan adanya dua kuasa penting ini maka agak mustahil negara boleh bankrap.

Kerajaan adalah ibarat kapal selam sepertimana yang dijelaskan di akhir PenCERAHan ini.

.

Negara lain kadar hutangnya lebih tinggi

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸŒ·πŸŽ‹πŸŒ·πŸŽ‹πŸŒ·πŸŽ‹πŸŒ·πŸŽ‹πŸŒ·πŸŽ‹πŸŒ·βš˜πŸŒ·πŸŽ‹πŸŒ·πŸŽ‹πŸŒ·πŸŽ‹πŸŒ·πŸŽ‹πŸŒ·πŸŽ‹

Negara ibarat kapal selam

Bagi Acik, negara (kerajaan) adalah ibarat kapal selam, sedangkan entiti-entiti lain adalah ibarat kapal yang selain dari kapal selam. Jika kapal-kapal lain itu akan mudah tenggelam akibat dimasuki air yang banyak, namun kapal selam tak pula begitu. Kapal selam hanya menyelam bila dimasukkan air yang banyak ke dalamnya. Menyelam bukan bererti karam atau tenggelam.

Apa yang membuat kapal selam tak boleh karam ialah kuasa istimewa yang ada padanya. Iaitu kuasa bagi mengawal kemasukan air ke dalamnya dan mengawal pengeluaran air darinya. Kedua-dua kuasa ini adalah umpama kuasa membuat undang-undang dan kuasa membuat wang. Kedua-dua kuasa ini (buat undang-undang & wang) tidak ada pada entiti lain selain kerajaan.

Kedua-dua fahaman di atas mempunyai implikasi yang sangat penting. Fahaman pertama akan membuat negara lambat membangun. Apabila kerajaan kurang berbelanja sebab takut akan jatuh bankrap, maka akibatnya aktiviti ekonomi tidak bergerak dengan rancak. Pekerjaan tidak dapat diwujudkan. Faktor-faktor pengeluaran (termasuk tenaga buruh) tidak dimunafaatkan sepenuhnya bagi menjana pengeluaran.

Sebaliknya implikasi dari fahaman kedua (iaitu negara tak akan bankrap) banyak positifnya. Kerajaan dengan tidak rasa takut, akan berbelanja demi untuk membangunkan negara. Hasilnya, tenaga buruh akan digunakan dengan semaksimum mungkin bagi memunafaatkan faktor-faktor pengeluaran lain.

Antara faktor-faktor pengeluaran ialah tanah, material (logam & minyak) semula jadi yang sudah ada, sumber-sumber dari dalam lautan terutama ikan-ikan, sumber-sumber hutan terutama kayu, air terjun, angin yang sentiasa meniup laju dan bermacam-macam lagi. Semuanya itu akan sia-sia jika kerajaan tidak menggerakkan rakyat untuk memunafaatkannya. Bagaimana kerajaan nak melakukannya jika asyik takut saja kepada raksasa yang bergelar bankrap ?

Fahaman bahawa negara tak boleh bankrap memang susah nak diterima oleh majoriti rakyat. Orang bukan Muslim, mungkin majoritinya susah nak percaya kepada dakwaan bahawa kehausan mustahil akan berlaku di Mekah. Namun bagi Muslim mereka dengan mudah akan mempercayai dakwaan tersebut. Kerana, mereka tahu bahawa di Mekah ada telaga Zam Zam. Air yang mengalir dari telaga tersebut tak pernah putus-putus.

Sumber yang sentiasa mengisi dana kerajaan bolehlah diibaratkan sama seperti telaga Zam Zam.

Bagi rakyat yang faham bagaimana sistem undang-undang dan sistem kewangan berfungsi, mereka tidak akan terpengaruh dengan dakwaan bahawa negara akan bankrap akibat berhutang. Malangnya rakyat Malaysia kini rata-rata belum faham mekanisma ini. Oleh itu mereka turut risau terhadap hutang negara hinggakan ada yang sanggup bergadai golok semata-mata untuk melunaskan hutang tersebut.

Keadaan yang cemas sebegini Acik umpamakan macam langit nak runtuh dalam PenCERAHan berikut ⬇️

https://4uni2c.com/2018/02/26/pru14-bodoh-macam-lembu/

.

Satu yang membimbangkan Acik ialah kerajaan baru PH mungkin menggunakan “negara nak bankrap” sebagai alasan untuk melepaskan diri dari obligasi menunaikan janji-janji politik PH yang ditaburnya menjelang PRU14 dahulu. Lebih membimbangkan lagi ialah kalau kerajaan menggunakan alasan yang sama untuk melaksanakan program pengswastaan, dengan menjual asset-asset negara kepada kroni-kroni. Kononnya demi untuk menyelamat negara dari bencana hutang.

Tak kurang membimbangkan Acik ialah sekiranya kerajaan meminjam dari luar negara untuk membayar hutang. Walaupun kadar bunga atas pinjaman dari luar negara adalah lebih murah, namun bagi Acik itu bukan keputusan yang selamat untuk mengatasi hutang negara. Biasanya hutang luar negara adalah bukan dalam matawang negara peminjam. Faktor ini boleh merugikan negara peminjam. Inilah apa yang pernah dialami oleh negara Greece dahulu.

Apapun, setiap kita rakyat negara demokrasi bernama Malaysia ini, adalah berhak untuk mendokong fahaman sendiri tentang 1001 macam isu. Oleh itu Acik tetap meraikan fahaman yang bercanggah dengan fahaman Acik ini mengenai hutang negara.

.

Wallahualam.

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

.

Antara janji dan realiti

https://4uni2c.com/2018/05/28/pru14-antara-janji-realiti/

.

Janji ditepati

https://4uni2c.com/2018/05/10/pru14-janji-ditepati/

.

PenCERAHan terbaru ⬇️

http://www.4uni2c.com

.

Selepas mantan TPM menjadi banduan mantan PM pulakah ? Apa agaknya persepsi dunia terhadap Malaysia ?

.

.

~ by OPajar on 2018-06-14.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: