Covid19: kehebatan anda dikagumi
2020 Mei 28 (Khamis)
🇲🇾 Video di atas benar benar membuat Acik teruja. Ya, Acik amat teruja dengan sikap mulia frontliners kita itu. Sungguh ketara kehebatan mereka. Walaupun sudah berbulan lamanya, namun mereka masih juga gigih berjuang mempertahankan kita semua dari serangan Covid19.
Kalau tidak ada sifat-sifat mulia pada diri mereka, masakan mereka mampu beristiqamah dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai frontliners. Yang membuat Acik paling teruja ialah dalam masa yang sama mereka juga masih menunaikan ibadat mereka kepada Allah.
Dari manakah mereka mendapat semangat perjuangan yang begitu mantap ? Inilah soalan yang tercetus di dalam pemikiran Acik apabila menonton video di atas. Institusi-institusi pendidikan manakah yang telah berjaya mendisiplinkan mereka hingga begitu mempesonakan kita ?
.
⬇️ C & P ⬇️
Mengapa mereka yg berumur lebih dari 60 tahun MESTI duduk di rumah & jangan bahayakan diri
Di tulis oleh jururawat yg bekerja dgn ventilators
Bagi mereka yg tidak memahami keadaan semasa dakurung dalam ventilator dan masih berkeras untuk bersiar-siar di kedai, gedung beli-belah, naik bas…
Ventilator BUKAN mask oksigen yg dilekapkan di muka semasa pesakit berbaring atau duduk sambil membaca majalah.
Ventilator untuk Covid-19 kaedah memasukkan gas melalui kerongkong hingga pangkal paru-paru dan kekal di situ sehingga anda SEMBUH atau MATI. Anda meniarap sambil tiub dimasukkan melalui mulut sehingga kerongkong. Tiub disambung kepada mesin paru-paru untuk pernafasan selama 2-3 minggu.
Pesakit TIDAK dapat bercakap atau makan atau kencing atau berak atau bergerak. Nyawa anda bergantung kepada mesin; sama seperti KOMA. Ubat pelali dan ubat tidur diberi untuk menahan sakit
Bagi pesakit muda, setelah 20 hari, berat badan menurun, otot berkurangan, mulut dan tekak sakit, dan berkemungkinan terdapat kesan sampingan pernafasan dan jantung
Inilah sebab mengapa warga emas atau mereka yg lemah tidak mampu menjalani kaedah ventilator
Covid19 bukan demam selsema.
Untuk makan tiub disambung terus ke perut, minum melalui tiub di hidung, ubat melalui tiub ke saluran darah, beg dilekatkan pada punggong untuk berak cair, tiub dari pundi kencing, wayar pada dada dan tangan untuk tekanan darah dan jantung, sekumpulan jururawat untuk membetulkan kedudukan tangan dan kaki, terlantar di atas tilam berisi air ais untuk menurunkan suhu yg kini melebihi 104 darjah.
Warga emas, USAH KELUAR dari rumah. Hindari keseksaan di dunia
Terjemahan oleh Net Biz
Wallahualam 🌹
PenCERAHan yg relevan ⬇️
Covid19: Mereka adalah jihadis https://4uni2c.com/2020/03/25/covid19-mereka-adalah-jihadis/
Covid19: the solution is LOVE https://4uni2c.com/2020/04/29/covid19-the-solution-is/
Covid19: bencana sejahat https://4uni2c.com/2020/03/13/covid-19-bencana-sejagat/
PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

PN