Covid19: Angkara gila kuasa
2020 Oktober 03 (Sabtu)
Acik merasa tersangat lega apabila Warisan gagal mengekalkan kuasanya di Sabah. PRN Sabah pada September 26 yang baru lepas itu sangat tidak wajar diadakan. Tak kan tak tahu kut bahawa negara sedang berperang dengan pandemic Covid19 yang mengancam nyawa seluruh rakyat jelata. Namun kerana gila kuasa maka KM Sabah ketika itu sanggup menggadai nyawa rakyatnya demi mengekalkan kuasanya, gara-gara dirampas oleh mantan KM yang digulingnya sebaik saja BN Sabah menang PRU14 dahulu.
🇲🇾 201003 D
Lazimnya orang yang sedar bahawa dia telah mengambil hak milik orang lain hatinya sentiasa tidak tenteram. Dia ingat orang lain pun macam dirinya juga, iaitu berminat kepada hak milik orang lain. Pada hal orang lain tak macam dia. Sebaliknya orang lain tak sanggup mengambil hak orang kerana ia mencemarkan maruah diri. Apa lagi mengambil dengan paksaan iaitu merampas.
Kalau tak salah Acik, parti yang menang PRU 14 dahulu ialah BN. Lantaran itu YB BN pun dinobatkan sebagai KM (Ketua Menteri) Sabah. Malangnya, angkara lompat parti, kuasa memerintah telah berpindah ke YB Warisan. KM BN yang telah dinobatkan itu terpelanting. Maka YB dari Warisan pun menjadi KM.
🇲🇾 201003 E
Namun, apabila PH bungkus akibat PMnya menghempas jawatan, maka KM Sabah daripada Warisan mulai rasa goyah. Dalam tempoh Covid19 masih mengancam nyawa rakyat jelata, tiba-tiba tercetus berita bahawa mantan KM daripada BN nak menggulingkan KM Warisan. Kononnya bilangan ADUN yang memberi sokongan kepada mantan KM BN itu sudah cukup bagi menyingkirkan KM Warisan daripada takhta KM. Maka kelam kabutlah jadinya KM Warisan yang mengusai kerajaan Sabah.
Samada berita yang mendakwa bahawa KM Warisan itu sudah hilang sokongan majoriti dari ahli-ahli DUN Sabah itu benar atau tidak, wallahua’lam. Namun berita tersebut sudah cukup gempar lagi menakutkan KM Warisan. Ketakutannya melebihi takut kepada Covid19. Mau tak mahu, daripada menyerahkan jawatan KM kepada mantan KM BN dengan mudah, maka lebih baiklah membubarkan DUN.
.
🇲🇾 201003 F
Sebagai pemimpin, setiap YB harus perihatin terhadap kebajikan rakyat. Lebih-lebih lagi sebagai seorang KM. YB adalah penggubal undang-undang. Maka merekalah individu yang harus menunjuk taulan kepada rakyat dalam aspek menghormati dan mematuhi undang-undang yang mereka buat.
Manakala kakitangan kerajaan pula adalah bertindak berdasarkan arahan KM selaku CEO kerajaan negeri berkenaan. Maka amat malang sekali jika sekiranya CEO tersebut lebih mengutamakan kepentingan jawatannya dan kuasanya daripada kebajikan rakyat.
Kesanggupan mendedahkan rakyat negeri Sabah kepada bahaya Covid19 itu adalah satu manifestasi yang negatif. Ia jelas menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab KM tersebut terhadap rakyat dan negerinya. Apakah individu yang sikapnya sedemikian rupa layak diwar-warkan sebagai bakal PM Malaysia ke-9 ?
.

🇲🇾 201003 G
Kita tak boleh menafikan hakikat bahawa YB lompat parti adalah punca bagi segala musibah yang menimpa politik negara kita sekarang ini. Jika sekiranya YB tak dihalalkan melompat parti ketika PM ke-4 berkuasa dahulu, tak mungkin YB lompat parti telah menjadi fenomina dalam arena politik Malaysia sekarang.
Jika YB diharamkan lompat parti, yang menang PRU pasti akan menjadi pemerintah, kerana itulah hasrat rakyat memenangkan parti berkenaan. Parti yang kalah pula terpaksalah menerima hakikat bahawa rakyat adalah keramat dan pilihan rakyat adalah muktamat. Namun parti yang kalah masih boleh mencuba lagi dan lagi, sehinggalah ia menang dalam PRU-PRU berikutnya.
🇲🇾 201003 H
PRN Sabah jadi iktibar
Walaupun PRN Sabah telah selesai, namun tidak ada jaminan bahawa parti yang menang akan kekal memerintah sehingga genap tempoh sepenggal. Selagi undang-undang yang mengharamkan YB lompat parti belum wujud, kestabilan politik tidak dapat dijangka mampu bertahan lama mana.
Tapi sehingga kini pun belum ada gara-gara undang-undang tersebut akan diperkenalkan. Walau apa pun alasannya, bagi Acik undang-undang tersebut amat perlu dipraktikkan segera. Seboleh-bolehnya biarlah ia diwujudkan sebelum PRU15 diadakan. Namun, Acik sama sekali tidak berharap PRU15 akan diadakan ASAP.
Bagi Acik, pengalaman yang dituai dari PRN Sabah sudah cukup untuk menjadi iktibar besar kepada semua YB di Semenanjung. Harap rakyat sudah serik dengan jangkitan Covid19 yang diimport dari bumi Sabah. Dengan tak fasal fasal, ramai warga Semenanjung pula turut terpalit dengan jangkitan tersebut.
Semoga selepas PRN Sabah, tidak akan ada lagi (walau pun seorang) daripada 222 orang MP kita yang ghairah mahu PRU15 diadakan semasa Covid19 masih menular di dalam negara. Begitulah juga hendaknya dengan ratusan ADUN di semua negeri di seluruh negara.
.
Wallahua’lam 🌹
Saya Masih Ketua Menteri https://www.facebook.com/najibrazak/videos/352883565987890/

PenCERAHan yg relevan ⬇️
Politik: DSAI tak layak jadi PM ?https://4uni2c.com/2020/10/02/politik-dsai-tak-layak-jadi-pm/
Politik: angkara lompat part https://4uni2c.com/2020/02/27/politik-angkara-lompat-parti/
PRU14: lompat parti haruskah https://4uni2c.com/2018/05/15/pru14-lompat-parti-haruskah/