CEREKANA #12X21 Kisah Pemandu Yang BANGANG (The confused driver)

*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan, sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan skrin, kemudian SKROL

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Kisah Pemandu Yang BANGANG

.

Error
This video doesn’t exist
.

.

Bong Nakai (Nakai hendaklah disebut Naka-E) ialah seorang individu berusia kira-kira separuh abad.  Beliau bekerja sebagai pemandu dengan sebuah kompeni. Kompeni tersebut adalah milik seorang Inggeris kaya bergelar Tuan Richman (RM).

Satu petang Bong Nakai (BN) telah pergi ke ‘airport’ dengan memandu kereta kompeni. Tujuannya ialah menjemput anak saudaranya yang tiba dari kampung. Ini bukanlah kali pertama BN berbuat demikian.  Malah telah berulang-ulang kali beliau menggunakan kereta kompeni untuk bukan urusan rasmi.

Agaknya itulah sebabnya orang-orang dari kampung asalnya menyangka BN seorang yang agak “berkuasa”  dalam kompeni”nya”.   Biasanya, hanya pekerja begini sahaja yang bebas menggunakan kereta kompeni macam kereta mak bapaknya sendiri. Bukan sekadar kereta kompeni saja, hatta segala asset lain, termasuklah juga kakitangan kompeni.

Setibanya di sebuah simpang berlampu isyarat, BN berhenti dengan agak mengejut. Ini menyebabkan kereta yang di belakangnya tidak sempat brek lalu menghentam kereta yang BN pandu itu dari belakang.

Dengan rasa yang penuh cemas lagi marah BN keluar dari kereta panduannya itu. Beliau meluru ke kereta yang melanggarnya itu untuk bersemuka dengan pemandu kereta tersebut. BN bercadang hendak “menyerang” pemandu kereta tersebut dan menuntut satu gantirugi yang berbaloi.

Wah !  Alangkah terkejut besar BN apabila didapatinya pemandu kereta tersebut ialah Tuan RM, taukeh kompeni tempat dia mencari makan. Dengan serta merta hatinya berubah menjadi kecut kerana menyangka Tuan RM akan marah kepadanya sebab menggunakan kereta kompeni  bagi kepentingan peribadi.

Sori tuan, saya tak sengaja tuan !”  kata BN kepada Tuan RM dengan rasa amat takut lagi bersalah. Takut bukan kerana melakukan kesalahan trafik, tapi takut kerana telah menyalahgunakan kereta kompeni bukan untuk urusan rasmi.  Pergi ke ‘airport’ menjemput anak saudaranya tidak boleh dikira urusan rasmi. Ia tidak ada kena mengena dengan urusan kompeni sikit habuk pun.

Oh !  Itu  tidak mengapa. Kamu tidak salah. Saya yang salah sebab saya langgar KERETA  KAMU dari belakang”  jawab Tuan RM dengan penuh rasa simpati.  Beliau lalu menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet duitnya. “Ambil ini wang dan pergi baiki KERETA KAMU ini”  kata Tuan RM dengan telor keinggerisannya. Beliau menghulurkan sekeping wang kertas kepada BN.

BN macam tak percaya kepada matanya sendiri apabila angka yang dilihatnya pada wang kertas tersebut ialah RM1000. Belum sempat BN bertanya apa-apa kepadanya, Tuan RM telah beredar dari tempat kejadian dengan sangat tergesa-gesa, tentu kerana beliau ada urusan penting yang perlu dikejari.

Berbagai-bagai spekulasi tercetus dalam fikiran BN. Faktor pertama, kenapa nilai wang yang diberi kepadanya itu amat “menakutkan” dan apa mesejnya. Namun factor yang maha penting ialah perkatan “KERETA KAMU” yang disebut dan diulang sebut oleh Tuan RM sebentar tadi. Selepas termenung beberapa ketika menganalisis apa yang “tersurat” maka terlintaslah dalam fikirannya yang bangan itu, kemungkinan maksud mesej yang tersirat.

Terfikir oleh BNbukanlah suatu yang mustahil bagi kompeni untuk menghakmilikkan kereta yang aku pandu itu kepada aku. Ini merupakan suatu insentif buat aku agar aku lebih bersemangat  untuk bekerja dengan lebih gigih dan rajin. Ini akan menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi dariku.  Akhirnya siapa yang akan untung dengan berlipat ganda kalau bukan kompeni”.

“Jika setiap warga kompeni macam aku, ‘confirm’ kompeni akan menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Lagipun menghakmilikkan kereta itu kepadaku adalah sejajar dengan dasar Pengswastaan Negara”,  Idea ini disokong kuat oleh sikap amat pemurah yang telah ditunjukkan oleh Tuan RM. Jika tak, takkan beliau sanggup memberinya hingga RM1000 bagi membaiki keretanya itu. Padahal kerosakannya tidaklah seteruk mana pun.

Rupa-rupanya prinsip “hak kompeni adalah sama dengan hak milik mak bapak aku” adalah prinsip yang diterimapakai dan dipegangi oleh BN dulu kini dan selama-lamanya.

Beberapa hari kemudian, Bong Nakai pun membawa kereta”nya” yang baru siap dibaiki itu ke tempat kerja. Wah !  gempar besar seluruh warga kerja kompeni tempat BN bekerja itu.  Masing-masing hairan melihat kereta yang dipandu BN telah bertukar wajah menjadi biru pekat. Sedangkan kereta-kereta kompeni yang lain masih berwarna hijau dulu, kini dan selama-lamanya.

BN pun dipanggil oleh Pak Rahmat (PR) yang merupakan ketua pemandu bagi semua pemandu kereta-kereta kompeni. PR minta penjelasan dari BN kenapa perkara sedemikian boleh berlaku atau dilakukan oleh BN. Apakah respon BN ?

Kereta ini kereta saya. Tuan Richman sendiri yang perakui petang tu bahawa kereta itu kereta saya. Jadi suka hati sayalah nak tukar warna ke, tak tukar warna ke. Pak Rahmat sebok-sebok ni kenape ?”

Pagi hari berikutnya menyaksikan perjumpaan empat mata antara PR dan Tuan RM di pejabat Tuan RM. Pada petangnya pula kedua-duanya, BN dan PR pun dipanggil mengadap oleh Tuan RM.Siapa suruh kamu tukar warna itu kereta jadi biru ?”  tanya Tuan RM dengan hairan tapi sopan.

Oh tuan ! Saya memang sangat suka warna biru sejak dulu, kini dan selama-lamanya” jawab BN dengan spontan, ceria dan penuh sangkaan baik.

Tapi…, itu kereta kompeni. Semua kereta kompeni mesti warna hijau”   respon Tuan RM dengan suara yang agak lembut tetapi tegas.

Tapi tuan … hari tu tuan sendiri ada kata sama saya itu kereta saya yang punya. Tuan juga ada beri saya satu ribu ringgit dan suruh saya pergi baiki kereta saya itu. Lepas baiki itu kereta baki wang itu masih cukup untuk mengenakan cat baru pada kereta itu. Saya pun pilih cat biru pekat metalik tu kerana memang saya lebih suka warna biru dari warna hijau”  jawab BN dengan rasa agak keliru dan kecewa.

Sorry la kerana saya sudah silap itu hari. Itu hari saya sudah salah cakap dan sudah beri lebih wang kepada kamu. Saya ingat itu wang seratus ringgit. Rupa-rupanya ia seribu ringgit” balas Tuan RM kepada jawapan BN. Kemudian Tuan RM berpaling kepada PR (Ketua Pemandu) lalu berkata, “Pak Rahmat boleh bawa itu kereta sekarang, pergi tukar catnya kepada hijau !

Kedua-dua pemandu kompeni tersebut pun meninggalkan pejabat Tuan RM dengan perasaan yang berbeza. PR dengan perasaan amat lega kerana telah berjaya menunaikan tugas dan tanggungjawabnya dengan jujur dan tegas bagi membetulkan salahfaham anak buahnya itu. Sebaliknya BN pula dengan penuh kecewa bersungut menyalahkan Tuan RM lalu melabelkan beliau “buruk siku”

Soalan:

SEKIRANYA Barisan Nasional (BN) mendakwa Kerajaan Malaysia itu adalah Kerajaan BN. Apakah dakwaan ini suatu dakwaan yang berasaskan kebenaran ?

Secara “legal” bolehkah logo BN diletakkan di kepala semua surat rasmi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan yang diperintah BN ?

Adakah dakwaan BN bahawa BN= kerajaan = BN mehalalkan BN menggunakan dengan bebas segala sumber awam (kakitangan, agensi, hartabenta, wang, TV, radio dan lain-lain) demi menjamin kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum ?

ADILkah melabelkan “anti kerajaan”  terhadap penjawat-penjawat awam yang tidak menyokong BN serta melabelkan “kacang lupakan kulit” terhadap pesara-pesara awam  yang tidak mengundi BN ?

Setuju tak anda jika kita Rakyat Malaysia (RM) sekalian diibaratkan seperti Tuan Richman yang berkuasa membetulkan kesalahan Barisan Nasional (BN),  manakalah BN pula dianalogikan seperti Bong Nakai  yang sering menggunakan sumber-sumber milik kompeni untuk kepentingan peribadi kerana menganggap harta kompeni sama seperti harta mak bapaknya ?

SELINGAN 

 

d a u l a t  4  r a k y a t

Lain-lain PenCERAHan yang relevan

Mejar (P) Zaidi # 01 Icon PRU 13    https://4uni2c.com/2014/10/18/major-p-zaidi-01-icon-pru-13/

4uni2c #13225 Si BANGANG Saja Layak DiTIPU BN   https://4uni2c.com/2013/02/25/4uni2c-13225-si-bangan-saja-layak-ditipu-bn/

CEREKANA #13225 Sheriff Yang BANGANG  https://4uni2c.com/2013/02/25/cerekan-13225-sheriff-yang-bangang/

*** Utk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

@ OPajar    #11Z28

~ by OPajar on 2012-10-21.

One Response to “CEREKANA #12X21 Kisah Pemandu Yang BANGANG (The confused driver)”

  1. Tuan Rm telah mlakukan ksilapan krn mmprcyai bong nakai..diharap tuan Rm akn beri mandat kpd pak rahmat slps ini

Leave a comment