Ahmad’s SAGA #003: Kisah BERUANG Mengaku Arnab
*** Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN kemudian SKROL
(Pengguna smartphone (sp) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin sp anda )
kisah beruang mengaku arnab
Antara CIA, FBI & POLIS sapa paling hebat ?
CIA, FBI dan POLIS (bukan PDRM ya !) masing2 nak membuktikan bahawa merekalah yang paling “terrer” dalam menghapuskan jenayah. Jadi, si Presiden pun membuat satu ujian untuk mereka. Beliau menDAKWA telah melepaskan seekor ARNAB ke dalam sebuah hutan dan menyuruh mereka mencarinya.
CIA masuk dahulu ke dalam hutan itu. Mereka menempatkan binatang2 sebagai “informer” ke seluruh pelusuk hutan tersebut. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan batu2 yang ada di dalam hutan itu. Selepas penyiasatan yang memakan masa selama 3 bulan itu selesai, mereka pun membuat kesimpulan bahawa ARNAB itu sebenarnya tidak wujud.
Kemudian giliran FBI pula. Selepas dua minggu di dalam hutan tersebut, masih juga TIADA sebarang petunjuk tentang di mana ARNAB berkenaan bersembunyi. Akibat terlalu KECEWA dan MARAH, mereka membakar hutan itu lalu terbunuhlah segala hidupan di dalamnya. Kemudian mereka mendakwa bahawa kebakaran tersebut adalah suatu kemalangan atau ketetapan takdir. Lalu mereka pun membuat kesimpulan bahawa ARNAB tersebut sudah PASTI dapat mereka tangkap sekiranya hutan tersebut tidak terbakar.
Kini giliran POLIS pula yang masuk ke dalam hutan mencari ARNAB. Mereka terpaksa diuji di sebuah hutan lain kerana hutan tadi sudah terbakar. Selepas kira-kira dua jam saja POLIS tersebut memasuki hutan berkenaan mereka pun keluar. Bersama-sama mereka ialah seekor BERUANG yang sudah lembek sebab telah dibelasah. Beruang itu menjerit, ‘OK,OK… akulah ARNAB… akulah ARNAB !’
The MORAL of the story (MoS):
1. Jika dipaksa, maka seseorang itu akan sanggup mengaku apa saja. Namun apakah pengakuannya itu benar dari segi hakikatnya ?
2. Kita semua mahu YAKIN bahawa PDRM tidaklah sama dengan POLIS maupun FBI seperti di dalam cerita di atas.
d a u l a t r a k y a t !
* Catitan: Cerita di atas adalah bersumberkan dari tulisan Mohd Hatta Saadun dalam FB beliau pada 11.11.2012
Lain-lain PenCERAHan yang relevan:
1. Ahmad’s SAGA #002 : https://4uni2c.com/2012/11/15/bila-guru-kencing-berdiri/
2. Ahmad’s SAGA #004 : https://4uni2c.com/2012/11/16/ahmads-saga-004-persepsi-seorang-penangite/
3. Ahmad’s SAGA # Index : https://4uni2c.com/2013/12/11/ahmads-saga-index/
*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK : http://www.4uni2c.com
@OPajar #12y11
Hebat! Syabas ke atas cerita yang paling cermerlang. Harap PDRM boleh faham!