Ahmad’s SAGA #014 adik Aminulrasyid lebih malang ?
Ahmad’s SAGA #014 adik Aminulrasyid lebih malang ?
** Untuk menCARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROLL
Acik (Ayah/Abang+cik) sungguh sedih lagi terharu membaca SUARA KEADILAN 95 (11 Dis 2012) pada muka surat 28. Tajuk beritanya berbunyi, “Hakim, polis ‘hina’ ibu Aminulrasyid“. Acik tak ingin nak ulas panjang tentang apa yang terkandung dalam berita tersebut. Cuma yang Acik ingin ialah, nak membandingkan kes Ahmad dengan kes tragis yang telah menimpa adik Aminulrasyid itu. Sebelum tu Acik ingin mengucapkan takziah kepada keluarga adik Aminulrasyid, semoga mereka dapat terus bersabar dan redha dengan apa yang telah ditakdirkan Allah ke atas mereka.
Dalam kes adik Aminulrasyid, kesilapan beliau ialah memandu tanpa memiliki lesen memandu yang sah. Akibat terasa bersalah kerana sedar beliau sedang melakukan satu kesalahan (iaitu memandu tanpa lesen) maka beliau takut ditahan polis. Kata peribahasa Melayu, “berani kerana benar, takut kerana salah”. Oleh sebab ketakutannya itu sangat melampau, maka beliau mengambil keputusan cuba lari dari kemungkinan ditangkap polis. Agaknya tindakan cuba lari dari kemungkinan ditangkap polis itu telah mencetuskan satu provokasi yang teramat sangat kepada pihak polis. Agaknya kerana terlalu marah maka anggota polis berkenaan tergamak melepaskan tembakan ke arah adik Aminulrasyid. Bukan sekali, bukan dua kali malah bukan tiga das tembakan. Khabarnya jumlah das tembakan yang dilepaskan ke arah adik Aminulrasyid ialah 21 (dua puluh satu) saja.
Walaubagaimanapun, Yang Arif mendapati bahawa anggota polis berkenaan yang melepaskan tembakan tersebut bukanlah dengan niat membunuh. Cuma nasib saja yang tak menyebelahi adik Aminulrasyid maka salah satu dari 21 peluru itu telah mengenai jasadnya. Itu pun Acik rasa peluru sesat yang engkar kepada niat sebenar penembaknya. Jika tiada peluru yang engkar itu, nescaya adik Aminulrasyid telah selamat dari tragedi berkenaan.
Apa yang nak Acik tekankan di sini ialah elemen PROVOKASI. Elemen ini memang sangat bahaya kepada kita semua kerana ia boleh mencetuskan perbagai reaksi negatif oleh mana-mana pihak yang terasa pedas oleh elemen tersebut. Yang menjadi masalah bagi kita ialah bagaimana nak kenalpasti setiap provokasi supaya kita dapat mengelakkan diri darinya. “Provokasi” pada pandangan Acik adalah sangat subjektif sifatnya. Kadang-kadang bagi sesorang ianya hanyalah suatu gurauan sahaja, tetapi sebaliknya bagi orang lain ia adalah suatu bentuk provokasi yang agak serious. Kata peribahasa orang putih, “a man’s meat is another man’s poison”. Oleh itu, takdirlah yang akan menentukan sesuatu akibat atau ganjaran terhadap tindakan seseorang. “ Untung sabut timbul, untung batu tenggelam ”, kata pula peribahasa Melayu.
Jika nasib yang menimpa Ahmad itu (yang juga terlibat dengan isu provokasi), hendak dibandingkan dengan kes adik Aminulrasyid, maka Acik boleh tarik nafas lega. Ini kerana provokasi yang kononnya dilakukan oleh Ahmad tidaklah sehingga mengakibatkan beliau terbunuh. Mujur juga, kerana rata-rata masyarakat Malaysia sekarang bukan lagi seperti masyarakat zaman Hang Tuah dan Hang Jebat dulu. Andai kata tuduhan terhadap Ahmad itu berlaku pada zaman tersebut, sudah pasti nasib Ahmad serupa dengan nasib adik Aminulrasyid, malah mungkin lebih teruk lagi. Itulah yang telah terjadi kepada Hang Tuah. Kerana fitnah yang dibuat ke atas diri Hang Tuah oleh pendengki dan pengkhianat, maka tercetuslah satu provokasi terhadap raja yang berkuasa ketika itu. Akibatnya Hang Tuah dijatuhi hukuman mati. Mujur juga ada Bendahara Tun Perak, maka Hang Tuah diselamatkan. Sila baca, “CEREKANA : Strategi Tun Perak Melaka untuk lebih detail.
Harap-harap, walaupun Tun Perak sebenar telah lama meninggalkan kita (1498), “Tun Perak” yang baru telahpun lahir di kalangan rakyat Malaysia sekarang. Dengan kehadirannya, maka mudah-mudahan akan selamatlah mangsa-mangsa tuduhan (termasuk Ahmad) dari hukuman yang tak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Wallahualam.
PenCERAHan lain yang relevan:
Ahmad’s SAGA #013 : https://4uni2c.com/2012/12/09/ahmads-saga-013-janji-dicapati/
Ahmad’s SAGA #015 : https://4uni2c.com/2012/12/16/ahmads-saga-015-peguam-ganggu-kerja-polis/
Ahmad’s SAGA # 026: https://4uni2c.com/2013/10/17/ahmads-saga-026-terhukum-sebelum-disabitkan-kesalahan/
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://ww.4wuni2c.com
Daulat Rakyak ! Allahuakbar ! Allahuakbar !
@OPajar
#12Z14