Ahmad’s SAGA: Kini bergelar Doktor

2019 Sept 24 (Rabu)

Hari ini merupakan hari yang amat bersejarah buat Ahmad, anak Acik & Makcik N yang ke 5 itu. Setelah bertungkus lumus berjuang di lapangan akademik, maka hari ini tercapailah ijazah kedoktoran yang beliau usahakan sejak beberapa tahun yang lalu. Acik memang kagum dengan semangat Ahmad yang gigih berusaha mengejar cita-cita mulianya. Bukan calang-calang orang yang mampu mencapai apa yang Ahmad telah capai itu.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat Dr. Ahmad dan keluarga beliau. Terutamanya isterinya Fadilah yang telah banyak membantu suaminya itu kearah kejayaan yang telah dicapai itu. Ucapan terima kasih yang tak terhingga Acik majukan kepada Yang Berbahagia Prof Dr Mastura yang telah sudi menjadi supervisor Ahmad bagi pengajian PhDnya itu.

Terhadap Allah S.W.T. khususnya Acik mengucapkan syukur Alhamdulillah sebanyak-banyaknya. Dengan izinNya jualah, maka Ahmad telah berjaya mencapai cita-citanya. Tanpa izin Allah mustahil berlaku apa yang diharapkan walau sebesar mana sekali pun usaha yang dilakukan. Segala yang baik itu adalah dari Allah. Sebaliknya yang tidak baik adalah dari kelemahan diri kita senndiri.

Setakat hari ini, 8 dari 10 orang sibling Ahmad (termasuk Ahmad) telah mendapat Ijazah. 4 dari mereka (termasuk Ahmad) juga telah mencapai ijazah kedua (master degree). Namun, hanya Ahmad saja yang telah sampai ke peringkat Ijazah kedoktoran.

Kalau semua majlis konvokesyen sibling Ahmad dahulu Acik telah hadiri mungkin kini Acik dah serik untuk menghadiri majlis konvokesyen Ahmad itu. Mujur Acik baru menghadiri dua majlis konvokesyen saja iaitu bagi anak ke-8 dan ke-9, di peringkat ijazah pertama masing-masing. Ini bukan kerana Acik pilih kasih tapi sebab mereka berdua itu saja yang berminat untuk menyertai majlis konvokesyen masing-masing.

Begitu juga dengan majlis konvokesyen Ahmad ini. Ahmad sendiri yang berminat untuk menyertainya. Maka Acik dan Makcik N pun merasa “oblighed” untuk turut hadir. Rasa tak patut sangat pula kalau tak hadir.

Pertama kerana ijazah yang akan diterima Ahmad adalah ijazah kedoktoran (PhD). Kedua kerana majlis konvokesyen Ahmad di peringkat diploma, ijazah pertama dan kedua dahulu, semuanya Acik tak hadiri. Jadi takut akan terasa bersalah pula jika majlis konvokesyen ini pun Acik dan Makcik N (as parents) tak haziri juga.

Mungkin ada orang yang menganggap bahawa Acik adalah seorang ayah yang tak pandai meraikan kejayaan anak-anaknya sepertimana ibubapa-ibubapa yang lain. Seolah-olah Acik ni tidak menghargai usaha gigih anak-anak bagi menempah kecemerlangan mereka sebagai pelajar. Dan sekali gus juga memberi implikasi bahawa Acik tidak tahu bersyukur kepada Allah yang telah menganugerahi Acik dan isteri anak-anak yang pandai. Dengan lain perkataan seolah-olah Acik ini “kufur nikmat”. Nauzubillah !

Tapi realiti yang sebenarnya bukanlah macam tu. Kalau dilihat cara Acik sekeluarga hidup, orang dah boleh faham akan tahap status ekonomi Acik sekeluarga. Tiap-tiap kali ada anak yang nak konvo, Acik tak ada simpanan yang cukup bagi menghadari majlis konvo berkenaan dengan selesa. Kalau setakat merasa bangga semasa berada di dalam majlis konvo itu saja, tapi kemudiannya dok pening kelapa memikirkan hutang yang perlu dibayar, rasa tak berbaloi pula untuk menghadiri konvo tersebut.

Mujurlah juga semua anak-anak Acik faham tentang tahap status ekonomi keluarga mereka. Situasi yang serupa itulah yang Acik sendiri alami ketika baru tammat ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dahulu. Memahami keadaan ekonomi ibubapa Acik ketika itu, tak tergamak Acik nak nenyuarakan hasrat untuk menyertai majlis konvo tersebut. Bagi Acik, dah berjaya menjadi graduan pun sudah cukup besar rahmatnya. Majlis konvo hanyalah kosmetik saja. Rupa-rupa prinsip yang sama telah diwarithi oleh anak-anak Acik (walaupun tak semua).
.

Wallahua’lam 🌹

PenCERAHan yg relevan ⬇️

.

Tahniah untuk Ahmad ⬇️
https://4uni2c.com/2014/01/18/ahmads-saga-029-tahniah-untuk-ahmad/
.

Ahmad’s SAGA: Index ⬇️

https://4uni2c.com/2013/12/11/ahmads-saga-index/

.

Untuk yang tersayang ⬇️

https://4uni2c.com/2019/09/11/untuk-yang-tersayang/
.

PenCERAHan terbaru ⬇️

http://www.4uni2c.com

~ by OPajar on 2019-09-24.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: