Untuk yang tersayang

2019 Sept 11 (Rab)

Khusus untuk anak-anak Acik (Anas, Abas, Asiah, Dr.Aisyah, Dr.Ahmad, Ali, Asmah, Adam, Aslam dan Ammar) Semoga berjaya di dunia dan selamat di akhirat .

….

Salam anak-anak ayah sekalian ❗

Ayah bukanlah alim dalam ilmu agama. Ayah tak pernah belajar di mana-mana sekolah pondok maupun SMKA macam hangpa. Tapi sejak pandai membaca lagi ayah gemar membaca tentang agama. Tak kiralah apa topik pun asalkan berbau Islam.

Ayah juga suka mengikuti ceramah-ceramah agama di masjid-masjid atau surau-surau tempat ayah tumpang solat. Dahulu, sekali sekala ada juga mengikuti ceramah-ceramah agama oleh tokoh-tokoh agama yang sohor di kampus universiti atau di mana-mana juga asalkan ada peluang.

Sejak kecil lagi ayah suka meniru perangai bapa ayah (Tokwan hangpa) yang sangat suka membaca. Walaupun beliau bersekolah setakat darjah empat saja, Tokwan hangpa tu mampu mambaca majalah-majalah ilmiah yang popular zamannya. Contohnya majalah Dewan Masyarakat. Jadi, Ayah pun turut sama Tokwan hangpa membaca majalah terbitan DBP (Dewan Bahasa & Pustaka) itu tiap-tiap keluaran. Surat khabar pula hampir tiap-tiap hari.

Selain ayah, abang ayah (arwah Paklong hangpa) juga sangat gemar membaca. Kalau Tokwan hangpa hanya membaca bahan-bahan bacaan dalam bahasa Melayu saja, Paklong membaca bahan-bahan yang dalam bahasa Inggeris juga. Sebab, Paklong juga mahir berbahasa Inggeris.

Walaupun Paklong tak ada ijazah macam hangpa semua, tapi beliau pernah dihantar kerajaan untuk mengikuti kursus diploma berkaitan dengan BI (Bahasa Inggeris) di University Sydney, Australia. Tabiat suka membaca Paklong itu mungkin berjangkit kepada Abg Long sebab dia sangat rapat dengan Paklong masa kecilnya dahulu.

Walaupun banyak juga yang ayah tau tentang Islam, tapi ayah tak pandai nak syarah bab-bab agama kat hangpa macam ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah kontemporari. Mungkin kerana tulah kut maka hangpa tak heran kepada apa yang ayah habaq kat hangpa pasai agama. Mungkin juga sebab hanpa semua pernah masuk sekolah agama maka hangpa lebih konfiden (confident) bahawa kefahaman agama hangpa lebih betul dari kefahaman agama ayah.

Menyedari hakikat ini maka ayah rasa tak layak nak ajar kat hangpa apa-apa tentang Islam. Tak tau bagaimana caranya nak asak masuk ke dalam kepala otak dan hati perut hangpa satu hakikat penting. Hakikat penting yang ayah maksudkan ialah tentang isi yang tersirat dalam pantun berikut :

Halia tanam-tanaman
Ke barat jua bakal condongnya;
Dunia tumpang-tumpangan
Akhiratlah jua kekal kampongnya.

Tiba-tiba pagi tadi ayah terima klip video di atas dari seorang kawan sejawat ayah. Kata-kata dalam video tersebut agak menepati dengan apa yang ayah nak habaq kat hangpa semua. Iaitu, akhirat adalah matlamat atau destinasi akhir kita. Sedangkan dunia hanyalah ibarat jambatan atau sebuah bahtera yang kita gunakan untuk sampai ke alam akhirat. Oleh itu tanpa kehidupan dunia yang menepati syariat, maka sesia dan binasalah kehidupan kita di akhirat nanti.

Ayah ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang menghasilkan video di atas. Mudah-mudahan setiap insan yang menonton video itu akan mendapat munafaat darinya. Semoga segala dosa kita terampun selapas mendapat keinsafan terhadap kejahilan dan kelalaian kita selama ini. Aamiin ya Rabbul ‘Alami.

.

Wallahua’lam 💊

.

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Rindunya ayah ibu https://beappreciative.wordpress.com/2021/04/27/rindunya-ayah-ibu/

Bahaya riyak dan takabbur https://4uni2c.com/2019/04/22/tasauf-bahaya-penyakit-riyak-dan-takabbur/

Agama: anak derhaka https://4uni2c.com/2020/04/28/agama-anak-derhaka/

Agama: Otak ibarat kalkulator https://4uni2c.com/2020/02/13/agama-otak-ibarat-kalkulator/

Anak manusia atau anak lembu? https://4uni2c.com/2014/08/06/4uni2c-14807-anak-manusia-atau-anak-lembu/

Menyantuni Provokasi https://4uni2c.com/2014/12/19/alis-saga-11-menyantuni-provokasi/

.

PenCERAHan terakhir

http://www.4uni2c.com

PN.
.

.

~ by OPajar on 2019-09-11.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: