Moral: bila guru kencing …
2019 Nov 22 (Jumaat)
🇲🇾 Bila guru kencing berdiri … .. .
Dalam masyarakat Melayu tradisional, kencing sambil berdiri adalah sesuatu yang dipandang jelek. Walaupun ia bukan sesuatu yang haram dalam Islam, namun ianya tidak selari dengan sunnah rasul s.a.w. Sunnah berkenaaan menuntut supaya umat Islam kencing dalam posisi duduk bertinggung.
Lazimnya, yang menyampaikan sunnah nabi tersebut adalah guru. Guru adalah induvidu yang dianggap sangat mulia dalam masyarakat Melayu dahulu dan kini. Apabila seorang guru itu melarang murid-muridnya dari kencing berdiri maka sudah tentulah beliau sendiri tidak akan melakukannya. Itulah tanggapan umum masyarakat Melayu.
Sekiranya guru sendiri yang melakukan perkara yang dilaranginya, maka itu adalah satu simptom bahawa masyarakat itu sedang dilanda kegawatan. Begitulah juga, sekiranya berlaku situasi seperti “harapkan pagar, pagar makan padi“.
Istilah guru sangat luas applikasinya. Sesiapa juga yang berperanan sebagai pengajar akan digelar guru. Kalau di sekolah semua tenaga pengajar yang dipanggil cikgu adalah guru.
Di IPT (Institiut Pengajian Tinggi) pula, guru adalah pensyarah. Pendek kata, setiap individu yang menjadi sumber ilmu, nasihat, tauladan dan sebagainya adalah sebenarnya seorang guru walaupun tidak bergelar guru.
Dalam kebanyakan masyarakat, guru merupakan individu yang agak disegani. Ataupun mana-mana individu yang disegani akan digelar cikgu iaitu sinonim bagi guru. Bila bercakap dengan seseorang anggota polis lain-lain pangkat, Acik suka memanggil beliau cikgu. Itu tanda Acik segan atau menghormati anggota polis tersebut.
.
Acik menghormati seseorang polis adalah berdasarkan dua faktor. Pertama sebab beliau adalah seorang insan yang serupa dengan Acik. Dan kedua kerana jawatan yang disandang beliau. Kerana jawatan tersebut adalah penting dalam masyarakat, maka penyandangnya juga dianggap layak dihormati sewajarnya dengan dipanggil cikgu.
Pemisahan kuasa antara 3 komponen utama:
Dalam sistem politik demokrasi Malaysia, terdapat tiga komponen (badan) penting. Pertama ialah Legislature, kedua Executive dan ketiga Judiciary. Dahulunya ketiga-tiga komponen itu adalah setaraf. Dengan lain-lain perkataan, tidak ada yang mendominasi yang lain. Masing-masing mempunyai tugas dan tanggungjawab yang khusus dan tersendiri.
.
Walaubagaimana pun, sejak ditubuhkan Kementerian Kehakiman di awal tahun 80an dahulu, badan Judiciary telah mula didominasi oleh badan Executive. Dengan kata lain badan Judiciary terikat dengan kelulusan dari badan Executive. Contohnya, sekiranya sesuatu kes itu hendak dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan, maka Peguam Negara (Attorney General) harus mendapat restu terlebih dahulu dari pihak Executive.
Badan Executive adalah pihak yang menguatkuasakan undang-undang. Manakala undang-undang tersebut dibuat oleh badan Legislature. Anggota badan Legislature adalah YB-YB yang dilantik oleh rakyat melalui Pilihan Raya. Mereka adalah AP (Ahli-ahli Parlimen) dan juga ADUN (Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri).
Proses membuat undang-undang berlaku di dalam Dewan Rakyat (atau Parlimen) dan di dalam DUN (Dewan Undangan Negeri). Oleh itu dalam proses penggubalan undang-undang, AP dan ADUN pembangkang juga turut terlibat sebagai penimbang tara (check and balance).
Seyugia ditegaskan bahawa lazimnya seseorang menteri dan timbalan menteri adalah ahli badan Executive. Dalam masa yang sama mereka juga adalah anggota Legislature yang turut terlibat dengan penggubalan dan pemindaan undang-undang. Mereka ibarat memakai dua buah topi di dalam satu masa. Iaitu topi Legislature dan topi Executive.
PM adalah CEO bagi negara manakala KSN (Ketua Setiausaha Negara) pula CEO bagi jentera atau birokarasi kerajaan. Jika dibandingkan antara PM dengan KSN, maka sudah tentulah PM lebih tinggi kedudukannya dalam kerajaan. Begitulah juga, kedudukan menteri-menteri, adalah lebih tinggi tarafnya daripada KSU (Ketua Setiausaha) kementerian masing-masing.
Undang-undang yang dibuat oleh bandan Legisture setelah diperkenankan kelulusannya oleh DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong atau DYMM Sultan-sultan negeri yang berkenaan, akan dikuatkuasakan oleh badan Executive. Badan Executive memiliki jentera penguatkuasaan yang akan memastikan bahawa setiap undang-undang yang sah itu dipatuhi dengan sewajarnya.
The rule of law
Proses perlaksanaan dan pematuhan undang-undang tersebut diistillahkan “the rule of law“. Secara idealnya (ideally), setiap insan yang berada diatas muka bumi Malaysia adalah terlakluk kepada “the rule of law” tersebut. Tidak patut ada amalan “double standard” dalam penguatkuasaan undang-undang. Nabi s.a.w. pernah bersabda bahawa sekiranya anakanda baginda Fatimah sendiri mencuri nescaya tangan beliau juga akan dipotong.
Kejahilan undang-undang (ignorance of law), bukanlah suatu alasan yang boleh diterima bagi mengabai atau menafikan kewajipan mematuhi sesuatu undang-undang. Ini adalah prinsip sejagat yang menjadi fenomina dalam kehidupan kita. Cuma, sesuatu undang-undang itu mungkin berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain.
Menyampaikan sesuatu ilmu kepada pihak lain adalah satu proses pengajaran. Individu yang mengajar itu adalah sebenarnya guru. Tak kiranya samada penyampaian ilmu itu dilaksanakan secara formal atau tidak formal. Ilmu perundangan banyak dipelajari orang awam melalui proses yang tidak formal atau berdasarkan pengalaman sendiri.
Realitinya ialah, pengajar ilmu undang-undang itu tidaklah sehebat dengan pembuat undang-undang tersebut. Analoginya ialah pengarang sebuah nobel tentulah lebih arif tentang maksud yang tersurat dan yang tersirat dalam isi nobelnya itu, daripada guru yang hanya sekadar mengajar novel itu kepada pelajar-pelajarnya. Dengan lain-lain perkataan, pengarang nobel itu tentulah guru yang lebih utama berbanding dengan guru bagi pelajar-pelajar berkenaan.
Guru merupakan ikon kebaikan kepada masyakat. Guru dianggap sebagai sumber berbagai-bagai kebaikan yang layak ditauladani. Bukan sahaja dari aspek lisan, tetapi juga dalam aspek perbuatan. Cakapan guru dianggap nasihat. Tingkah laku guru menjadi ikutan masyarakat.
Apa implikasinya jika guru melakukan perbuatan keji ❓Impak negatifnya bukan saja akan menimpa dirinya sendiri, bahkan akan turut menimpa murid-murid atau pengikutnya yang ramai. Ini amat merbahaya kerana ramai dari mereka akan menganggap bahwa apa yang dilakukan itu adalah positif belaka.
.
Sebuah peribahasa Melayu berkata, “bila guru kencing (sambil) berdiri, murid akan kencing (sambil) berlari”. Ia menggambarkan bahawa naluri manusia suka melakukan lebih dari apa yang dilihat atau yang dipelajari. Akibatnya kerosakan yang akan dilakukan murid atau pengikut akan lebih serius dari apa yang lakukan atau ditujukki oleh gurunya.
.
.
B e r s a m b u n g …. … .
.
.
Lain-lain PenCERAHan yg relevan
.
Undang-undang perlu dihormati https://4uni2c.com/2013/02/28/ahmads-saga-021-undang-undang-perlu-dihormati-semua/
Wajarkah PM bawa mulut ?https://4uni2c.com/2018/09/04/wajarkah-pm-bawa-mulut/
Jom emulate Pak Lah https://4uni2c.com/2018/05/08/pru14-jom-emulate-pak-lah/
.
PenCERAHan yg popular
Jawatan PM hak siapa ❓ https://4uni2c.com/2019/09/30/jawatan-pm-hak-siapa/
.