Covid19: askar masuk kampung
2020 April 21 (Selasa)
🇲🇾 Acik kagum melihat askar masuk kampung sepertimana yang dirakam di dalam video di atas. Tugas utama askar adalah berperang dengan musuh negara. Maka setiap anggota askar perlulah sentiasa bersedia untuk ke barisan hadapan demi mempertahankan negara daripada serangan-serangan musuh negara.
.
Musuh negara yang kita faham sebelum ini adalah mereka yang menentang kedaulatan negara. Boleh jadi tentera negara lain yang datang mencerubuh sempadan negara. Mungkin juga rakyat Malaysia sendiri yang hendak menukar kerajaan secara kekerasan dengan mengangkat senjata. Contohnya pengganas Komunis di suatu ketika dahulu.
Peperangan dalam bentuk fisikal telah mengakibatkan banyak kematian. Banyak nyawa telah terkorban. Baik nyawa anggota-anggota askar yang berperang, maupun nyawa orang-orang awam yang terperangkap di kawasan yang menjadi kancah peperangan. Pendek kata, kematian yang ramai dalam tempoh yang sengkat, adalah suatu finominon peperangan.
.
Di negara berperang, tugas askar adalah melindungi nyawa rakyat jelata daripada serangan musuh negara. Untuk itu askar terpaksalah dikerah ke barisan hadapan bagi menangkis serangan musuh. Mereka terpaksa sanggup menggadaikan jiwa dan raga mereka sendiri demi mengutamakan nyawa rakyat jelata. Di sinilah keikhlasan merupakan elemen yang sangat penting di hati seseorang perwira.
Fenominon peperangan adalah apa yang kita semua sedang saksi dan alami sekarang. Setiap hari beribu-ribu nyawa terkorban di seluruh dunia akibat serangan Covid19. Negara kita Malaysia tidak terkecuali dari serangan ganas Covid19 tersebut. Mujur pertahanan di barisan hadapan kita hebat.
Kita wajarlah menganggap bahawa negara kita ketika ini adalah termasuk negara berperang. Ya, kita kini sedang berperang dengan Covid19, musuh yang masih tidak henti-henti menyerang kita sejak lebih daripada sebulan. Setakat PenCERAHan itu ditulis, lebih daripada 90 rakyat Malaysia telah terbunuh.
.
B e r s a m b u n g …..
C & P
Nukilan dari seorang netizen
Bismillah..
K I S A H M A L A Y S I A..
Malaysia ini bukanlah sebuah negara yang kaya..
Tetapi, berbanggalah kita sebagai sebuah bangsa Malaysia, bersatu menghadapi wabak COVID-19. Sewaktu dunia luar yang kaya raya turut berperang dengan COVID-19, kisah Malaysia mesti diceritakan..
Ramai yang kekurangan bekalan alat pakaian perubatan yang dipanggil PPE. Rakyat Malaysia di IPT hasilkan dengan cepat guna 3D print, banduan penjara dan selebriti pereka fesyen menjahit untuk hospital..
Seluruh dunia menghadapi kekangan kewangan, termasuk Malaysia tetapi rakyat Malaysia dan syarikat swasta tetap tegar memberi sumbangan wang peribadi untuk menyokong usaha melawan COVID-19..
Tahukah anda ada golongan yang tidak mampu tetapi tetap sumbang walaupun hanya dengan RM2. Itulah Malaysia..
Kita tidak lupa rakyat yang terkandas di luar negara. Walaupun Malaysia tidak kaya raya dan tidak berpengaruh di dunia, kita berusaha untuk bawa pulang semua. Rakyat Malaysia dijaga. Dan tiada siapa yang marah. Tuhan sahaja yang tahu betapa banyaknya kos dan kesukaran membawa pulang mereka..
Dan bersyukur sangat-sangat, Pusat Kuarantin untuk COVID-19 kita pun lebih baik, bukan di sekolah seperti di India, bukan di kawasan tempat letak kereta seperti di USA. Kita selalu meletakkan diri kita kat tempat mereka yang tidak bernasib baik. Itulah budaya Malaysia..
Rakyat ramai yang tak dapat cari rezeki kerana tidak mampu bergerak hasil drpd PKP/MCO/RMO. Tanpa disuruh, NGO dan individu perseorangan keluar membantu orang miskin, jiran tetangga, gelandangan, peminta sedekah. Tanpa mengira bangsa dan kewarganegaraan. Ya, tanpa disuruh..
Kerajaan dengan pantas mengumumkan skim bantuan khas untuk merancakkan ekonomi, walaupun PKP belum berakhir. Kedai pun tak buka lagi. Bila banyak peniaga kecil mengeluh, bantuan untuk mereka juga diumumkan. Malaysia sanggup pinjam untuk merancakkan ekonomi dan pasti kita akan bayar semula..
Masa pertukaran kerajaan, kita masih tidak bergaduh bertumbuk berperang saudara. Kita cuma gaduh macam adik beradik. Kita hormati keputusan Yang Dipertuan Agung. Kita kekal aman. Tambahan, Agung dan Raja Permaisuri pun berkenan supaya Kerajaan Malaysia tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka Baginda Berdua selama 6 bulan. Gaji Perdana Menteri dan semua jemaah menteri juga dipotong selama 2 bulan yang kemudiannya disalurkan ke Tabung COVID-19 Malaysia..
Walaupun takdelah berpengaruh di dunia, di saat orang lain mengeluh, susah dapat bekalan luar, Malaysia reda dan guna diplomasi untuk dapatkan bantuan, seberapa yang boleh. Kerana kita Malaysia, berbaik dengan semua negara. Ya kita memang baik dengan negara luar..
Yang biasa travel mesti rasa kebanyakan negara luar sangat hormat dan suka bila kita sebut kita dari Malaysia. Masa kita susah ni, banyak negara bantu kita, China, Palestin, dan banyak negara lain macam-macam bagi. Di Syria, di Bangladesh, mereka juga mendoakan kita..
Dan Malaysia tetap aman, walaupun yang alim tak dapat lagi pergi ke masjid. Tak dapat buka kedai dan warung. Serabut. Pelajar IPT tak dapat balik kuliah. Tidak apa. Kita aman dan tidak berbalah. Kita hidup dengan apa yang kita ada. Demi negara..
Yes. Malaysia can do better. Tapi kita juga telah melakukan sesuatu yang sangat baik. Bukan kerajaan tapi seluruh rakyat Malaysia. Bila kita melancong dengan happy, macam-macam kita compare dengan negara lain. Sekarang dunia dilanda masalah, sekarang kita lebih kenal siapa Malaysia..
Berbangga menjadi rakyat Malaysia
Tanah tumpahnya darahku..
Tulisan asal..
Kitalah semua..
Rakyat Malaysia..
Wallahu a’lam..
Kita mesti menang..
In Shaa Allah dengan izin..
Thanks
t.me/PERPAD
B e r s a m b u n g …..

PenCERAHan yg relevan ⬇️
Covid19: Bencana sejagat (ujian ke atas iman umat Islam) https://4uni2c.com/2020/03/13/covid-19-bencana-sejagat/
Covid19: mesej yg tersirat https://4uni2c.com/2020/04/16/covid19-mesej-yg-tersirat/
Agama: Otak ibarat kalkulator https://4uni2c.com/2020/02/13/agama-otak-ibarat-kalkulator/
PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com
PN