Analogi: Si buta kenali gajah
2020 Sept 21 (Isnin)
๐ฒ๐พ 200921 C
Masa di bangku sekolah rendah dahulu Acik suka membaca buku-buku yang menceritakan kisah-kisah tauladan. Kisah-kisah tersebut menjadi iktibar kepada Acik. Yang positif Acik jadi tauladan, yang negatif pula Acik jadikan sempadan.
Kisah bertajuk “bagaikan si buta mengenali gajah” adalah baik untuk menjadi iktibar kepada semua netizen. Maka biarlah Acik rakamkan kisah tersebut dalam blog Acik ini untuk ditela’ah oleh peminat-peminat blog Acik dari seluruh dunia.
๐ฒ๐พ 200921 D
Seyugia disebut di sini bahawa kisah yang Acik rakam ini bukanlah versi asalnya. Ini adalah hasil karya Acik sendiri dengan berdasarkan kepada cerita asalnya yang telah Acik baca hampir 60 yang lalu.
Kononnya seorang guru sebuah sekolah OKU telah membawa sekumpulan muridnya yang buta melawat sebuah muzium. Di muzium tersebut ada sebuah replika seekor gajah yang diperbuat daripada batu. Tujuan guru tersebut ialah untuk memperkenalkan kepada murid-muridnya itu akan binatang yang bergelar gajah.
Ramai orang ketika itu menganggap bahawa gajah adalah sejenis binatang yang istimewa kerana sifat fisikalnya. Mungkin kerana anggapan itu, maka replikanya juga dibina dengan cara yang istimewa. Bahan yang digunakan untuk membina gajah replika tersebut adalah sejenis batu yang sangat kuat dan tahan usia.
Gajah replika itu juga dilayan berbeza daripada replika binatang-binatang lain. Kalau replika binatang-binatang lain tak dibenarkan disentuhi oleh sesiapa juga, namun gajah replika itu tidak pula begitu. Sebaliknya, pengunjung- pengunjung muzium itu dibenarkan memegang gajah replika tersebut. Malah ada pengunjung yang mengambil peluang menunggangi gajah replika tersebut tanpa dilarang oleh pihak muzium.
.
Pengawal keselamatan khas yang ditugaskan menjaga gajah replika tersebut pun, hanyalah sekadar memerhati agar tidak berlaku sebarang unsur-unsur penyalahgunaan (abusement) terhadap gajah replika tersebut oleh sesiapa jua.
.
.
๐ฒ๐พ 200921 F
Maka murid-murid buta itu pun dibawa oleh guru mereka itu kepada gajah replika tersebut. Sebaik saja sampai dekat dengan gajah replika itu maka guru pun memberi satu taklimat rengkas. Beliau menerangkan bahawa objektif mereka melawat muzium itu ialah untuk belajar mengenali sejenis binatang yang bernama gajah.
Bagi sessi belajar mengenali gajah itu, murid-murid cuma diberi masa 15 minit saja. Dalam tempoh tersebut mereka diberi peluang menyentuh dan memegang gajah replika tersebut. Dengan cara itu dapatlah mereka melakarkan di dalam minda masing-masing akan bentuk atau sifat seekor gajah. Dengan tekun serta penuh minat, mereka pun melakukan aksi pembelajaran itu mengikut kebijaksanaan dan kemampuan masing-masing.
๐ฒ๐พ 200921 G
Pada keesokan hari semasa waktu persekolahan, guru tersebut pun menemui murid-muridnya itu di dalam kelas (bilik darjah) mereka. Maka guru itu menyuruh seorang demi seorang daripada mereka menerangkan dengan rengkas akan sifat gajah sebagaimana yang telah dipelajarinya di muzium semalam.
Wallis pun menerangkan bahawa gajah itu adalah seperti dinding. Ia sangat tinggi dan lebar. Pillar pula mengatakan gajah itu seperti tiang yang tegak. Eyar pula mendakwa bahawa gajah itu umpama sekeping kipas yang lazim digunakan ketika itu. Hornie pula menyamakan gajah itu dengan sebatang senjata tajam ala-ala sebilah tombak. Trunky pula menggambarkan gajah itu seperti seksepun. Manakala Ropei menyamakan gajah dengan seutas tali.
.
The moral of the story
Biasanya sesuatu dakwaan itu dibuat adalah berdasarkan ilmu pengetahuan si pendakwa berkenaan. Namun mungkin ilmu dan pengetahuan si pendakwa itu salah atau belum cukup bagi menghasilkan satu dakwaan yang betul lagi adil. Mari kita tonton sekali lagi klip video pertama di atas.
Individu yang bungkusan makanannya itu dirampas oleh anjing berkenaan tentu mendakwa bahwa anjing itu bersalah kerana merampas hak orang itu adalah satu tindakan yang salah. Atas dakwaan tersebut maka beliau pun bertindak untuk menghukum si perampas haknya itu.
Namun apabila beliau mendapat maklumat tambahan, iaitu setelah melihat sendiri apa yang dibuat si perampas itu dengan makanan tersebut, maka dakwaannya itu bertukar. Daripada rasa marah terhadap si perampas itu, kemudiannya bertukar kepasa rasa bersalah pula kepada si perampas.
Dalam klip video yang kedua di atas pula kita dapat melihat bagaimana sesuatu tindakan itu dibuat berdasar apa yang difahami. Samada kefahaman tersebut benar atau salah bukanlah persoalannya. Namun yang penting ialah apa yang difahami oleh pihak berkenaan itulah yang mencorakkan tindakan yang diambil.
Komen-komen dlm FB …. … .
Kalau kita rajin membaca komen-komen dalam medsos FB necaya kita akan dapat kebanyakannya tidak berdasarkan maklumat yang cukup. Akibatnya tercetuslah pertikaian sesama netizen tentang sesuatu perkara. Sedangkan apa yang dipertikaikan itu adalah relevan dengan perkara berkenaan.
Tak ubah macam si buta yang mendakwa bahawa gajah itu macam dinding mempertikaikan dakwaan rakannya yang mengatakan gajah macam seutas tali. Manakala yang mendakwa bahawa gajah itu macam dinding pula mempertikaikan dakwaan rakannya yang menyamakan gajak itu dengan sebatang yang tegak.
Namun pada hakikatnya, semua dakwaan mereka itu adalah benar. Cuma, akibat terlalu taksub kepada pengetahuan sendiri, maka dakwaan rakannya yang lain itu semuanya dianggap salah. Tak cukup dengan anggapan demikian itu, lalu dilabelnya rakannya itu bodoh, jahil dan sebagainya.
Yang sangat membimbangkan Acik ialah terhadap mana mana netizen Muslim yang suka mempertikaikan hukum hakam Islam. Contohnya bab poligami yang dihalalkan oleh Islam. Begitu juga dengan hukum-hakam lain yang bagi fikirannya dianggap tak rasional. Sedangkan otak yang dianugerahkan kepadanya hanya ibarat kalkulator 8-angka saja.
Semoga mereka ini insaf akan kelemahan diri sendiri dan kembali ke pangkal jalan.
Mudah-mudahan di kalangan peminat blog Acik yang Muslim sekalian, tidak ada yang statusnya sama seperti mana-mana si buta yang dikisahkan di dalam PenCERAHan ini. Janganlah hendak merasa diri sebagai mahatahu, mahafaham, mahabijaksana dan apa-apa maha….. Sebaliknya amalkanlah sifat tawaddhu‘ atau rendah diri. Kata peribahasa Melayu, “ular menyusur akar tak akan hilang bisanya”.
Tak perlulah nak tunjuk hebat sepertimana yang digambarkan oleh peribahasa Melayu, “misai bertaring macam panglima, tapi setahun sekali pun tak membunuh penjahat”
W a l l a h u a l a m ๐น
PenCERAHan yg relevan โฌ๏ธ
Si buta jatuh telaga https://4uni2c.com/2013/11/16/cerekana-13y16-si-buta-jatuh-telaga/
Mati terlekat susu https://4uni2c.com/2014/01/08/cerekana-14107-mati-terlekat-susu/
Kisah gajah berak kek https://4uni2c.com/2012/10/17/kisah-gajah-ber/
Otak ibarat kalkulator https://4uni2c.com/2020/02/13/agama-otak-ibarat-kalkulator/
Selamat tinggal FB https://4uni2c.com/2017/11/19/selamat-tinggal-fb/
PenCERAHan terbaru โฌ๏ธ http://www.4uni2c.com
