Seruan pujangga kpd bangsanya

•2017-02-24 • Leave a Comment


C & P dari seorang pesara berjasa 


Pedihnya sajak A. Samad Said

 ni..
Terkedu bila dihayati.. “Betulkan yg Biasa, Biasakan yg Betul.” 


……..

HAI MELAYU.

Hai Melayu

Rumahmu semua dibina kontrak

Indonesia,

Ekonomi pula dikuasai Cina,

Golongan profesional semuanya India,

Warung makan pun,

Mamak dan Siam yg berkuasa,

Bangla control cuci kereta,

Org Nepal yg menjadi jaga,

Org Pakistan usung karpet jaja merata,
Lalu melayu ada apa?

Harapkan Ustaz..

Saling menyesat,

Harapkan hiburan..

Lagi best filem barat,

Harapkan bahasa..

Byk telah bertukar kesat,

Harapkan tulisan..

Jawi pun mereka hambat,

Harapkan tanah..

Byk digadai kpd Korporat!!
Hai Melayu !

Masih mendabik menjadi tuan?

Sibuk mahu menjadi tuan,

Rupanya kerja kelas bawahan,

Ditipu mentah org atasan,

Konon perjuangan ini utk kalian!

Kerja sikit.. Sembang kencang,

Byk rungut.. Sikit rancang,

Siapa tegur.. Dituduh lancang,

Duduk warung.. Gigit kacang!
Hai Melayu !

Konon kau pantang dicabar,

Konon kau tangkas menyambar,

Tapi cuma indah khabar,

Rentakmu makin lama makin hambar,

Kau Melayu aku pun Melayu,

Aku menulis bkn cemburu,

Aku mahu engkau tahu,

Knp Melayu tak mcm dulu..
Hai Melayu !

Jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,

Bila berdepan ekonomi semasa kau tdk berdaya,

Cuma yg kau tahu melaram bergaya.
Hai Melayu !

Kau melaung-laung di jalan raya,

Bagi tahu kpd dunia.. ini bumi aku yg punya,

Pd hakikat ia digadai kpd sepet yg kaya!
Hai Melayu !

Krn hendak bergaya kau gadai pusaka,

Bila dah kaya kau jadi puaka,

Ini tandanya kau sudah derhaka !
Hai Melayu !

Sedarlah bangsa ku,

Buka lah minda mu,

Bersatulah bangsa ku,

Krn Malaya bukan lagi milik mu !

Aku pun Melayu,

Engkau pun Melayu,

Bodoh Sombong harus di tepis,

Riak, Bongkak dan Hasad Dengki

Sesama bangsa harus guris,

Bersatulah Melayu krn agama dan bangsa,

Moyang-moyang yg tlh berjasa,

Krn ini mungkin peluang akhir

Bangsaku utk negara,

Berjasa dan Berkuasa..

Pedih menyengat..

Utk muhasabah diri kita.
Jika Tak Nak Berubah,

BETULKAN YG BIASA,

BIASA KAN YG BETUL.

Teruslah Jadi Melayu

Yg Layu Di Tanah Sendiri

😰😰😰😰😰

PenCERAHan lain yg relevan


https://4uni2c.com/?s=Tentang+Melayu&submit=Search


RUU355 mampu lindungi akidah umat Islam Msia ?

•2017-02-23 • Leave a Comment

C & P dari kumpulan WA Kelas Alquran dan Tajwid #170223



Why RUU 355????

WAJIB
BACA ..!!! Supaya Umat Islam Mengetahui Apa Yang Berlaku Dari Dulu Hingga Kini.
Apa Hebatnya Agama Lain Selain ISLAM.. 

‘Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. 
Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah

Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad 
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal … Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,
‘Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.’

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..
Butir asal permohonan.. ….
Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
Sebab yang dia beri, ‘Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.’

Perenggan 23: 
‘Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik’.
Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11:
Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil, undang-undang syara’ akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk.
Article 4 pula menyatakan:
‘Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’.
Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.
Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.
Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.


Yusof
Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. ‘Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.’ Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. 

Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ‘ Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.’ Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.
Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.
Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,’Allah hu Ahad’.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata ‘Allah hu Ahad’. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani.

Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan ‘Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak’. 
Sahabat bertanya ‘Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ‘ ‘Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.’ Sahabat bertanya lagi. ‘Mengapa begitu ya Rasullullah? ‘ Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia’

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, ‘Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.’ Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya ‘International Jew’ (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Takde kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: ‘Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.’

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh … semuanya satu demi satu..
Macamana benda ni boleh terjadi?
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.
Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah ‘garam dan ragi’. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi’.
Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.
Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. ‘Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak… Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John’s Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

In Shaa ALLAH..
Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.
kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telah pun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.
Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah
copy-paste 
#HRUU355


PenCERAHan
lain yang relevan

🇲🇾 RUU355 & Hudud bukan prioriti di masa ini 🍓

https://4uni2c.com/?s=RUU355+%26+Hudud&submit=Search
Selingan :

Wallahualam ! 

RUU355 & Hudud bukan prioriti di masa ini

•2017-02-20 • Leave a Comment
Error
This video doesn’t exist


C & P dari kumpulan WA Keluarga Bagan (Sdr Mohamad Abdul Rahman)


Betul ka ni ? Duk tertanya2 juga tu kenapa xbentang2 dlm parlimen hr tu duk tunggu depan tv nk dgr perbentangan Ruu355 tgok2 pembentang menangguhkannya pulop.
Tahun 1965 ruu355 diperknlkan oleh kerajaan umno…. Pas menolak atas alasan bkn hudud… Berjaya diluluskan di parlimen tanpa demontrasi tanpa tangguh2 usul.
Tahun 1988 menteri dijabatan perdana menteri mengusul naiktaraf ruu355. Juga mendpt bantahan drpd Pas atas alasan bkn hudud. Berjaya diluluskan diparlimen tanpa demontrasi tanpa tangguh2 usul.
Tahun 1994, perdana menteri mengusul naiktaraf ruu355 setaraf mahkamah sivil. Juga ditentang oleh Pas atas alasan yg sm itu bkn hudud. Berjaya diluluskan tanpa demontrasi tanpa tangguh2 usul. Mahkamah syariah dinaiktaraf setaraf mahkamah sivil dari semua segi. 

Tahun 2013, pru 13, hudud berkumandang utk meraih sokongan. Gagal dibentangkan di parlimen… Gerakan demi gerakan mencari sokongan perlaksanaan hudud.
Tahun 2015 hudud terkubur bersm pemergian ATGNA. Bertukar menjd naiktaraf ruu355. Bermula gerakan demi gerakan mencr sokongan. Penentangan drpd bkn Islam bermula bila dikatakan ruu355 adalah hudud. Salah 1 SBB diberi contoh mencuri potong tangan tanpa penjelasan sebnr . malah ad org Islam menentang kerana membantah ruu355 dikatakan hudud.
Tahun 2016.. Peluang diberikan utk membentangkan ruu355 tetapi diminta ditangguhkan oleh pembentang atas alasan org ramai x fhm lg ruu355. 

Diberi peluang sekali lg… Juga ditangguhkan oleh pembentang atas alasan mendpt tentangan drpd Dap. Gerakan demi gerakan menggunakan masjid2 Dan surau sebagai medan politik mengkafirkan Dap, Amanah, PKR bermula atas alasan menolak pindaan ruu355
Tahun 2017 diberi sekali lg peluang membentangkan di parlimen, juga diminta tangguh oleh pembentang atas alasan tentangan drpd blok pembangkang. Blok kerajaan yg membentuk kerajaan ditmbh dgn adun2 pas sepatutnya dh cukup utk meluluskan usul ini tanpa sokongan blok pembangkang. 

18/2/2017 perhimpunan H355 berlangsung dibwh kelolaan pas bg mencr sokongan org rmi menyokong pindaan ruu355 dan disertai oleh menteri dijabatan perdana menteri mewakili kerajaan. 
Persoalan….

1) pas Dan blok kerajaan dh cukup kuat utk membuat undian di parlimen bg meluluskan pindaan ruu355. Kenapa x lulus lg malah x dibentangkan lg?
2) jika kt MCA, MIC, gerakan x bersetuju meluluskan pindaan ruu355, kenapa hya dap, amanah, pkr Dan terbaru bersatu saja yg disebut x bersetuju dgn pindaan?
3)  kenapa x menteri dijabatan perdana menteri sendiri memberi usul pindaan seperti tahun 1988 Dan 1994 agar mudah diluluskan?
4) kenapa semakin dekat dgn pru14, br usul pindaan ini hangat diperkatakan sehingga berdemontrasi?
5) kenapa perlu berdemontrasi sedangkan usul dh diberi peluang dibentangkan?
6) rasanya xde seorgpun rakyat biasa blh mengundi didlm parlimen. Klu ad rsnya gst hr tu dh x blh diluluskan. JD, mn lbh penting utk meluluskan usul? Org rmi atau dewan parlimen?

PenCERAHan lain yg relevan :


Muslims don’t need this right now :

‘Muslims don’t need this right now’

🇲🇾 RUU355 wajibkah disokong ? 🍓

https://4uni2c.com/?s=RUU355+wajibkah+disokong&submit=Search

🇲🇾 Hudud manifestasi atau penyebab …… ? 🍓

HUDUD # 02 Manifestasi atau Penyebab …. ?

🇲🇾 Hudud metafizik atau dailektik ? 🍓

HUDUD # 03 – Metafizik atau Dailektik ?


Wallahualam

Haramkah menolak RUU355 ?

•2017-02-19 • Leave a Comment



C & P dari kumpulan WA Keluarga Bagan (Sdr Mohamad Abdul Rahman)


Asmk

Mungkin ade baiknye kita membaca ucapan ATGNA semasa dia menolak usul dari BN – Dr Yusof Nor mengenai RUU 355.Namun usul ini di luluskan dgn sokongan BN.

Saya amat menghormat ATGNA.☝☝☝


Haramkah bantah  RUU ?

TOK GURU NIK AZIZ (ATGNA) PERNAH TOLAK RUU AKTA MAHKAMAH SYARIAH SEBAB ITU BUKAN HUDUD. BACA TEKS PERBAHASAN TOK GURU SELAKU MP PENGKALAN CHEPA, 11 OKT 1984, JAM 4.48 PTG MEMBAHASKAN PINDAAN AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) 1965.

Berikut teks ucapan perbahasan oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat Ketika membahaskan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Parlimen pada 11 Oktober 1984, Jam 4.48 ptg.
Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat (Pengkalan Chepa):

Tuan Yang di-Pertua, 

Berhubung dengan Rang Undang-undang yang dikemukakan sekarang iaitu Rang Undang-undang Pindaan seksyen 2 Akta 23 tahun 1965, saya ingin menyebut sedikit pendahuluan iaitu bahawa Islam sebagai satu cara hidup yang dikemukakan oleh Tuhan yang sama dengan Tuhan yang mencipta manusia. Islam itu telah mengadakan kaedah- kaedah untuk menjaga keselamatan kira manusia. 

Di antara kaedah-kaedah dan peraturan yang diciptanya ialah denda dan hukuman yang mesti dikenakan ke atas hamba-hambaNya yang bersalah. Bersalah mengikut nilai dan kaca mata ajaran Allah dan syariatnya. Mengikut Islam maka denda dan pembalasan yang dikena ke atas pesalah itu adalah dibahagi dua.

Satu diberi nama “alhudud“, yang kedua diberi nama “altakzirat“.

“Al-hudud” bererti hukuman yang ditetap oleh Allah dan Rasulnya dan dia merupakan perintah tetap yang mesti dipatuhi, tak ada siapa yang boleh berdalih dan berdolak dalik kerana kuasaNya yang mutlak sebagai pencipta ataupun Al-khaliq maka kita sekelian bersama isi alam yang kena jadi dan kena cipta ini tidak ada pilihan lain kecuali terima dan patuh kerana kita menjadi hak kepunyaanNya. Dia berhak menghukum dan memerintah ke ataskita apa sahaja hukuman yang ditentukanNya.

Yang satu lagi yang diberi nama al-takzir iaitu hukuman-hukuman yang Allah berikan kita peluang untuk mengurus dan mengaturnya sendiri asalkan tidak lari dari tujuan mengawal dan menjaga muslihat lima perkara yang telah ditetapkan, iaitu akal fikiran, nasab atau titih barih, harta benda, agama dan maruah atau disebut air muka.

Tuan Yang di-Pertua, 
Saya katakan mukadimah ini sebagai mukadimah penting sebagai melahirkan tidak setuju saya yang amat sangat terhadap ucapan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu membentangkan Rang ini. 

Beliau menyebut di halaman 68, walaupun Kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah untuk menyekat kejadian jenayah di kalangan orang-orang Islam melalui usaha-usaha agama seperti dakwah, ceramah-ceramah agama dan penerangan-penerangan berhubung dengan Agama Islam, namun kes-kes kesalahan jenayah terus berlaku. 

Dari kata-kata itu bolehlah difahamkan bahawa kerja mendenda dan menjatuhkan hukuman ke atas pesalah itu bukan usaha agama bahkan yang disebut sebagai usaha agama itu hanya berkisar di atas dakwah, ceramah dan penerangan- penerangan berhubung dengan agama. Sedangkan menjatuhkan denda dan hukuman juga adalah agama sepertimana yang disebut sekejap tadi.

Tuan Yang di-Pertua, 
Rang pindaan yang kita bahaskan ini walaupun tidak disenaraikan butir-butir jenayah dan kesalahan yang akan dipergunakan Rang ini untuknya tetapi pada hemat saya tentunya terdiri dari hanya denda-denda kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam lingkaran altakzir sahaja, bukan al-hudud yang tidak boleh dipinda-pinda itu sekalipun negara kita masih meminda-mindanya.

Tuan Yang di-Pertua, 
Mengikut apa yang diketahui umum bahawa mana- mana kesalahan atau jenayah itu tidak akan dapat disekat dan tidak akan dapat dihapuskan dengan hanya penggunaan undang-undang sahaja kecuali serentak dengan itu disertakan sama usaha-usaha untuk menyekat dan menghapus semua sumber-sumber yang dikira boleh menjadi punca bagi berlakunya kesalahan dan jenayah tadi kerana Islam itu sendiri bergerak secara “syumul” sepertimana yang kita lakukan ke atas penghisap- penghisap dadah, dengan erti bukan sahaja orang yang menghisap dadah itu kita kenakan hukuman berat sampai mati, tetapi kita kenakan juga ke atas yang mengedar dan memproses dadah ataupun sebagainya, mereka pun kita kenakan hukuman berat juga sampai mati.

Lepas itu kalau juga berlaku, bolehlah disebut luar dari ikhtiar kita. Begitu jugalah keadaan kita sekarang, kesalahan khalwat, rogol, mengajar ilmu salah dan sebagainya selagi undang-undang sahaja kita pindakan dan hukuman sahaja yang kita beratberatkan, tetapi punca khalwat dan berdua-duaan secara bebas seperti yang ada semakin ketara wujudnya sekarang melalui perfileman, persuratan, nyanyi-nyanyian yang mengandungi senikata yang menghairah tambahan pula dengan video-video lucah, selagi punca-punca dan sumber-sumber kesalahan ini tidak dipinda selaras dengan pindaan Rang Undang-undang ini maka kejayaan yang diharap-harapkan adalah kabur dan tidak akan sampai ke mana-mana.
Untuk mencegah ajaran-ajaran palsu dan ilmu salah misalnya terdapat negeri-negeri yang tidak membenar langsung pensyarah-pensyarah agama yang bukan sebulu untuk memberi syarahan agama ditempatnya walaupun mereka datang dengan nama kumpulan yang dikenali tidak melibatkan diri dengan mana-mana pertubuhan yang diragui.

Akhirnya rakyat setempat terpaksa hidup dalam masyarakat terkurung dan dengan sendirinya mereka akan senang sahaja menerima apa sahaja ajaran didedah dan diajarkan kepada mereka walaupun gurunya mendakwadirinya sebagai “Saidina Ali” atau wali Allah dan sebagainya.

Saya minta supaya dibebaskan rakyat dari sekatan-sekatan mencari ilmu, berilah peluang kepada mereka mendengar, mengkaji dan bersoal jawab dengan mana-mana pensyarah, mana-mana penceramah yang berlandaskan Quran dan Hadis dengan sepenuhnya kerana itulah sahaja ajaran yang sebenar
Kalau peluang yang begini masih dikenakan syarat-syarat yang ketat di bawah bermacam-macam nama dan istilah maka kesan dari undangundang ini bukan sahaja tidak sampai ke mana-mana tetapi tambah menebalkan lagi kurungan dan pemisahan di antara masyarakat dan aktiviti ilmiah yang sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, 
Akhir kata saya minta dengan pindaan-pindaan seperti ini tidaklah hanya setakat atau sekadar membawa taraf Mahkamah- mahkamah Syariah yang ada sekarang akan setanding dengan Mahkamah-mahkamah Majistret sepertimana kenyataan yang dibuat oleh pembentang Rang ini tetapi sepatutnya Yang Berhormat itu membuat kenyataan bahawa pindaan ini boleh menyatukan dua jenis kehakiman yang sedang berjalan sekarang, sivil dan syariah supaya menjadi satu corak kehakiman sahaja iaitu syariatullah sahaja. 

Sekian terima kasih.


PenCERAHan lain yg relevan :

🇲🇾 RUU355  wajibkah  disokong ?  🍓

https://4uni2c.com/?s=RUU355+wajibkah+disokong&submit=Search


Enlightenment by Dr. MAZA

http://peraktoday.com.my/2017/02/muslims-dont-need-this-right-now/

RUU355 wajibkah disokong ?

•2017-02-18 • Leave a Comment

Perhimpunan di Padang Merbok KL pada 2017 Feb 18 bagi menyokong RUU355.

Setiap Muslim adalah penganut Islam. Setiap Muslim merasa bangga jika Islam dihormati. Sebaliknya akan merasa terjejas jika imej Islam dicemari

Oleh sebab itu sekiranya ada manamana individu Islam A atau kumpulan Islam A cuba melakukan sesuatu dgn dakwaan utk memertabatkan Islam, sedangkan mengikut persepsi individu Islam Z atau kumpulan Islam Z melihat tindakan tersebut boleh mencemari imej Islam, maka sudah tentulah Z tidak akan sokong tindakan A. Malah Z akan menentang tindakan A atas dasar tanggungjawab membela Islam, bukan menentang Islam.

A adalah ibarat Muslim yg membawa dan menyokong RUU355.

Z pula adalah ibarat Muslim yg menolak RUU355 kerana tidak mahu imej Islam tercemar akibat RUU355 itu.


Wallahualam.



C & P   dari status sorang rakan FB Acik (Sdr Jefry Musa)



RUU355: Syurga atau Neraka
Saya tiada sedikit pun masalah atau ketakutan dengan usaha PAS untuk membawa usul RUU355 dalam perjuangan parti mereka. Itu adalah saluran yang dibenarkan dalam praktis/kerangka sebuah negara demokrasi.

Tetapi saya sangat bimbang apabila hala tuju perbincangan/diskusi/wacana yang digunakan untuk meraih/melobi kepercayaan dan sokongan masyarakat umum disempitkan dengan dakwaan-dakwaan naif seperti anti islam, murtad, tidak selamat (di akhirat kelak), ahli neraka, tungangan DAP dll. 

Saya seorang yang sangat pentingkan kepada hujah/fakta/maklumat untuk menganalisis dan membuat sesuatu kesimpulan. Jujur saya kata kritikan-kritikan/hujah-hujah daripada golongan agamawan, ilmuan, aktivis, ahli politik (muslim/non muslim) yang menyebabkan ketidaksediaan mereka menyokong RUU355 ini langsung tidak dijawab dan cuba dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin PAS secara mendalam. 

Seperti yang saya kata, akhirnya mereka membawa usul ini dengan wacana yang sempit dan memainkan persepsi-persepsi yang membawa kepada pilihan untuk ke syurga atau ke neraka.
Maka jika bergini, lebih baik saya ke neraka daripada bersama orang-orang yang tidak mempunyai hikmah/kebijaksanaan(wisdom) di syurga. 

Sekian.

C & P komen seorang ahli kumpulan WA Alumni MTIB (Sdr Nor Azman)


Hj Hadi penasihat kpd Najib. Tetapi Najib dilihat tidak yakin dgn undang2 Hudud pasal katanya tidak sesuai utk dilaksanakan dlm kontek realiti dlm negara. Wlpun Najib kata terima Hudud katanya undang2 dpd tuhan tapi dlm pada itu kata tak sesuai pula. Ini ke yg Najib kata kesederhanaan dlm kehidupan atau Wasatiyah. Najib telah mengelirukan dan bagaimana pula penerimaan orang yg bukan Islam. Semua pihak kena ikhlas dan jujur. Usahakan semaksimumnya utk perjelaskan perbandingan antara RUU355 dan HUKUM HUDUD. Jangan PAS ini dok nak hukum orang yg tiada kebersamaan dgnnya. Terfikir pula, bagaimana pula sikap PAS dgn byk isu2 atau skandal2 yg telah dan sdg melanda negara. Tak mau ke PAS buat perhimpunan atas isu2 yg dahsyat dan merosakkan negara. Jika benar, jangan pula dedak RM90 juta telah mendiamkan atau PAS  jadi BISU. Masih tunggu PAS saman pihak yg buat dakwaan tersebut, kedua2 mrk Sarawak Report dan YB Husam. 

Wallahualam.

C & P  dari sebuah komen dlm FB 


Kenyataan Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

31 Mei 2016 bersamaan 24 Syaaban 1437H


RUU 355: Kerajaan Lebih Wajar Kemukakan


Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) berpandangan bahawa kerajaan adalah pihak yang lebih wajar mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta 355 (Bidang Kuasa Mahkamah Syariah) di Parlimen bagi mendapatkan kelulusan.


Berkenaan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan, IKRAM pernah menyatakan pandangan mengenainya pada 11 Mei 2014, yang antara lain menyarankan empat langkah awal bagi menjamin perlaksanaan enakmen ini dapat mencapai matlamatnya, demi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat, yang merupakan maqasid penting dalam perlaksanaan undang-undang Islam itu sendiri. Pandangan tersebut boleh diteliti pada pautan berikut:


http://ikram.org.my/berita/kenyataan-media/item/1019-kenyataan-media-ikram-pelaksanaan-enakmen-kanun-jenayah-syariah-ii-1993-negeri-kelantan.html


Dalam kenyataan tersebut juga, IKRAM mengalu-alaukan penubuhan Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memastikan enakmen ini bertepatan dengan kehendak syariah, mencari pendekatan yang terbaik dan mengelak ia dari dipolitikkan.


Pada ketika itu juga, IKRAM mengalu-alukan keputusan Presiden PAS untuk menangguhkan dan tidak membentangkan Rang Undang-undang Persendirian dalam Persidangan Dewan Rakyat bulan Jun 2014 kerana ia memberi masa yang lebih kepada Jawatankuasa Teknikal dan rakyat untuk mengemukakan pandangan dan cadangan.


IKRAM percaya bahawa Jawatankuasa Teknikal ini telah bekerja keras bagi membuat kajian dan mendapatkan pandangan pelbagai pihak bagi memastikan perlaksanaan undang-undang syariat dapat dilaksanakan secara efektif dan mencapai maqasidnya.


IKRAM berpandangan bahawa jawatankuasa ini yang seharusnya berperanan menasihati kerajaan tentang isu berkaitan pindaan Akta 355 ini sebagai sebahagian daripada usaha meluaskan kuasa Mahkamah Syariah. Kerajaan sepatutnya mengurus pindaan ini dengan membawa kepada kabinet, berbincang dengan semua pemegang taruh (stakeholders) dan akhirnya membawa kepada Majlis Raja-raja bagi mendapatkan perkenan sebelum dibawa ke Parlimen.


Jika ini dapat dilakukan dan semua agensi kerajaan termasuk IKIM, IKSIM, para mufti, jabatan-jabatan agama, NGO-NGO dan universiti-universiti berperanan untuk berbincang, mengemukakan pandangan dan memberi penjelasan kepada rakyat, maka salah faham yang timbul pada hari ini berkaitan RUU 355 ini dapat diminimumkan.


Oleh kerana proses perundingan ini tidak berjalan dengan baik dan perkenan Majlis Raja-raja juga tidak diperolehi, maka kita lihat bantahan daripada pelbagai pihak sedang berlaku termasuk daripada parti-parti komponen dalam Barisan Nasional.


Justeru, IKRAM ingin menyarankan agar kerajaan melihat kembali cara pindaan undang-undang ini dikendalikan dan membuat pembetulan dengan kerajaan sendiri mengambil inisiatif melalui proses dan tatacara yang sepatutnya dalam meminda mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan agama Islam. Ini adalah usaha bagi kepentingan agama Islam dan tidak harus dipolitikkan oleh mana-mana pihak.


IKRAM juga menyeru agar semua pihak untuk bertindak secara rasional, objektif dan tidak mengikut emosi dalam membincangkan perkara ini serta mengelakkan daripada menjatuhkan sebarang hukum terhadap golongan yang berbeza pendapat.


Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.” (al-Hajj: 78) 


“Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.” (Taha: 2) 


Ustaz Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad 

Presiden 

Pertubuhan IKRAM Malaysia


http://www.ikram.org.my/berita/kenyataan-media/item/2961-ruu-355-kerajaan-lebih-wajar-kemukakan.html



PenCERAHan lain yang relevan :

🇲🇾Hudud: metafizik atau dailektik🍓

https://4uni2c.com/?s=dialektik&submit=Search

PRU14: Penjawat awam dikurangkan bilangannya, wajarkah ?

•2017-02-18 • Leave a Comment

C & P dari status rakan-rakan FB Acik, utk renungan kita bersama

🇲🇾 dari status FB Zuraida Zainal #170218
Berhentikan penjawat awam sekarang atau jadi seperti Greece
BEKAS Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim dipetik sebagai berkata adalah berbaloi untuk kerajaan memberhentikan kakitangan awam sekarang daripada menunggu sehingga negara terjerumus ke dalam krisis kewangan seperti yang berlaku di Greece.
“Walaupun perbelanjaan kerajaan untuk memberhentikan (kakitangan awam) adalah besar, adalah berbaloi untuk melakukannya sekarang selagi termampu, daripada menunggu sehingga kita terjerumus ke dalam krisis kewangan seperti yang berlaku di Greece,” katanya.
Dakwanya lagi, pemberhentian kakitangan awam pada masa ini juga merupakan satu pendekatan yang positif bagi membolehkan mereka diberi pampasan yang adil.
Beliau dilaporkan berkata demikian pada forum tadbir urus ekonomi yang diadakan di Sasana Kijang, Bank Negara semalam. — Malaysiakini
The Star turut memetik kenyataan beliau sebagai berkata:
“Birokrasi kerajaan sudah menjadi begitu besar, ia bukan sahaja mengambil terlalu banyak sumber, tapi juga mewujudkan banyak kegagalan di dalam ekonomi kewangan kita,”
Mohd Sheriff turut mengambil contoh kepada tindakan penstrukturan semula Malaysia Airlines baru-baru ini di mana 6,000 orang telah diberhentikan.
Dakwanya, adalah baik untuk memberhentikan pekerja sekarang dan memberikan mereka pampasan dengan pakej pemberhentian sementara kerajaan masih mampu melakukannya.
Pandangan beliau ini nampaknya begitu senada dengan isu yang ditimbulkan oleh Nazir Razak, adik kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.
Menulis di instagram miliknya, Nazir sebelum ini membayangkan bahawa penjawat awam Malaysia yang terlalu ramai akan membebankan negara.
Beliau menggesa masaalah itu segera ditangani bagi mengelakkan generasi masa depan terpaksa mananggung beban.
………………………………………………….
Jika nak lakukan.. harus dimulakan dgn Kabinet Kjaan itu dahulu..Menteri Menteri yang diberi gaji lumayan tapi sekadar Penasihat semata, WAJIB ditamatkan serta merta, ada 9 org semuanya.. Menteri penjilat dan pembodek mcm Rahman Dahalan, Saleh Keruak dlm senarai yang wajib dihentikan kerana langsung tidak boleh menjalankan tugas berkualiti sebagai menteri.. Menteri syok sendiri, mcm Ahmad Maslan.. Nazri Aziz dan Nor Omar pun dihentikan juga… Menteri kontroversi dan penuh skandal… wajib dan tidak boleh diwajarkan dgn ambil keputusan BERKECUALI… Selepas itu gabungkan kementerian dan agensi bertindih, PERMATA yang diasaskan Rosmah… hanya membazir wang rakyat sedangkan telah ada KEMAS, jika negara mampu menjana pendapatan, tak jadi masalah, tapi income pun dari rakyat iatu GST….kena ingatlah. sikit wahai pak menteri..

🍓🍓
Dari status FB Sdr Zofran Ang pula

Greece muflis bukan disebabkan ramai penjawat awam tetapi disebabkan hutang luar yang tinggi..
Buang penjawat awam di sektor mana ni wahai ksu?
Langkah pertama cadangan saya untuk kerajaan berjimat potong pencen bekas KSU yang agak tinggi ni…
Langkah kedua buat potongan gaji bagi pegawai peringkat atasan kerajaan terutama lantikan politik serta pekerja atasan dalam semua GLC…
Langkah ketiga perkenalkan cukai progresif spt cgt, monopoli, cukai harta pusaka dan lain2 lagi..
Jangan aniaya pekerja bawahan yang menerima gaji yang agak kecil.

Wallahualam.

.

Apa pula pandangan anda ?

.

Utk ke PenCERAHan terkini sila tap alamat berikut ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

.

Wajarkah Masjid “Dipenjarakan” ?

•2017-02-11 • Leave a Comment

Institusi  masjid sepatutnya menjadi sumber amalan2 mulia yang layak dijadikan tauladan oleh semua pihak, baik Muslim maupun belum Muslim

Selingan :

Tak mahu (peluk Islam) kerana tak tahu (tentang Islam).

shalled = shall educate

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah

•2017-02-10 • Leave a Comment

​…

C & P dari kumpulan WA UM7376 #170210


Puisi Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah Untuk Ubat MLM, Dr Google & Dr Facebook
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.

Ada ijazah pun dah tak berguna.

Kerana zaman dah berubah.

Ramai yang mencari doktor di FB.

Ramai yang jadi Dr Google dan Dr FB.

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Hanya diperlukan bila nak MC.

Nasihat tak pernah didengar.

Ubatan tak dimakan ikut peraturan.

Malah yang langsung tak makan ubat pun ada.

Takut nanti rosakkan buah pinggang.
Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.
Sekarang wujud ubat2 ajaib dan ubat2 super.

Satu ubat untuk semua jenis penyakit.

Telan satu pil.

Semua penyakit boleh sembuh.

Ada ubat yang boleh merawat sistem badan.

Membetulkan mana2 yang rosak.

Membetulkan hingga sampai ke saraf tunjang.

Sel2 badan boleh ditukar menjadi seperti baru.

Seperti bayi baru dilahirkan.

Semua penyakit boleh hilang dari badan.

Darah tinggi boleh normal.

Kencing manis boleh sembuh.

Gout boleh sembuh.

Kanser pun boleh sembuh.

Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.
Belajar ilmu perubatan 5 tahun dah tak berguna.

Sebab ilmu yang aku belajar,

sangat berbeza dengan ilmu perubatan sekarang.

Ilmu fisiologi dah tak betul.

Ilmu biokimia pun dah tak betul.

Ilmu farmakologi dah tak betul.

Ilmu patologi pun dah boleh buang ke longkang.

Ada garam bukit penawar semua penyakit.

Ada daun2 kering penawar semua penyakit.

Ada jus buah2an penawar semua penyakit.

Ada kopi penawar semua penyakit.

Ada juga mesin boleh buang toksin.

Ada juga air rendam kaki untuk buang racun.
Yang sakit jadi sihat.

Yang tua menjadi muda.

Dah tak payah pergi klinik.

Dah tak payah pergi hospital.

Dah tak payah jumpa doktor.

Minum aje ubat2 ajaib.

Telan aje pil2 kesihatan.

Duduk aje atas kerusi elektrik.

Rendam aje kaki dalam air.

Semua penyakit boleh hilang.

Itulah kehebatan ubat2 sekarang.

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Pesakit2 sekarang lebih pandai daripada doktor.

Pesakit2 sekarang lebih percayakan kawan2.

Pesakit2 sekarang lebih percayakan ubat2 ajaib.

Pesakit2 sekarang lebih percayakan rawatan alternatif.

Pesakit2 sekarang lebih takut dengan ubat2 moden.

Ubat2 moden merosakkan buah pinggang.

Ubat2 moden tak boleh merawat kanser.

Ubat2 moden tidak menyembuhkan.

Ubat2 moden sekadar mengawal.

Imunisasi itu ciptaan Israel.

Imunisasi penyebab Autism.

Lebih baik makan ubat2 ajaib.

Kencing manis boleh sembuh.

Gout boleh sembuh.

Asthma boleh sembuh.

Kanser pun boleh sembuh.

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Aku dah bosan memberi nasihat.

Aku dah bosan memberi penerangan.

Aku dah bosan menyuruh pesakit datang follow up.

Stok ubat sebulan boleh tahan sampai berbulan2.

Ubatan diberi sekadar jadi pameran.

Ramai pesakit2 aku yang degil2.

Paras gula naik sebab buatan orang.

Kena stroke sebab gangguan jin.

Berat badan susut sebab ada orang dengki.

Kena kanser pun sebab buatan orang?

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.

Kerana zaman dah semakin berubah.

Doktor dah semakin tak relevan.

Penyakit boleh digoogle di internet.

Kawan2 penasihat dah ramai di FB.

Ubat2 boleh dibeli difarmasi.

Ubat2 juga boleh dibeli online.

MC pun sekarang boleh dibeli online.

Aku tak faham.
Terutama dengan ubat2 MLM.

Terutama dengan agen2 MLM.

Kenapa mudah sangat percaya,

satu ubat yang boleh menyembuh segalanya.

Dengan modal testimoni beberapa orang,

habis dijajanya ubat2 mereka satu dunia.

Yang tua dipujuk untuk membelinya.

Yang muda diajak menjadi downlinenya.

Malah doktor juga cuba dikelentongnya.
Dulu pernah ada lampu ajaib berharga 5 ribu.

Yang boleh membersihkan udara.

Membunuh segala jenis kuman dan kekotoran.

Dulu pernah ada sebuku sabun berharga 150 ringgit .

Yang boleh menjadikan awet muda.

Dulu pernah ada tuala wanita.

Yang diperbuat daripada herba2.

Boleh menyerap racun dan mencegah kanser.

Juga boleh letak didahi jika demam.

Juga boleh diletak dilutut jika terkehel.

Dan ini yang terbaru.

Hablur garam dan gula.

Ada pesakit ajak aku join mereka.

Berminggu2 aku study dan google.

Ubat yang boleh bertindak hingga ke saraf tunjang?

Biar betul?

Kalaulah betul ubat ini wujud,

doktor dah tak payah kerja susah2.

Tutup sahaja semua klinik dan hospital.

Semua orang akan jadi sihat.

Tiada penyakit didunia ini.

Sebenarnya aku kasihan dengan mereka.
Sama ada yang menjual atau membelinya.

Mereka mudah sangat percaya.

Kepada benda2 karut.

Kesihatan diri diperjudikan.

Wang ringgit sanggup dihabiskan.

Tidakkah mereka tahu,

Ubat-ubat moden perlu 15-20 tahun untuk dipasarkan?

Perlu ada clinical trial.

Perlu ada kajian saintifik.

Bukan setakat testimoni beberapa pak sanggup.

Bukan setakat cakap2 sesedap mulut.

Bukan setakat menggunakan istilah saintifik tanpa logik.

Aku dah bosan menjadi doktor bertauliah.
Aku dah nak bersara.

Aku dah nak balik kampung.

Membuka ladang kangkung.

Selamat tinggal
.
Latar Belakang Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah
Dr. Jafri Malin baru-baru ini terpilih menerima anugerah ‘Saintis Penyelidik Terbaik Malaysia’ dari Akademi Sains Malaysia.
Jafri Malin merupakan lulusan USM sebelum melanjutkan pelajaran sebagai pakar bedah neuro dan memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) dari Universiti of Ghent, Belgium Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah terlibat secara langsung dalam melahirkan 36 pakar neuro surgeri, seorang pakar neurologi dan 12 saintis neuro.

Dari segi penulisan pula, Dr. Jafri Malin menghasilkan 147 terbitan jurnal ilmiah dan 10 buku dalam pengajiannya.
Walaubagaimanapun, Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah terasa keresahan yang membelengu doktor perubatan hari yang mesti diperbetulkan pada ketika ini selama ini ia hanya terbuku di hatinya sepanjang bergelar doktor. 

Menarik untuk difikirkan bersama

Tentang Melayu yang makin melayu

•2017-02-08 • Leave a Comment

C & P dari kumpulan WA UM7376 2017Feb08

Melayu…

Bangsanya hebat…

Melayu kuat beribadat…

Melayu pun kuat bersilat…

Kelantan…Petani…Acheh..

Semuanya serambi Mekah..

Disitulah Melayu yang gagah..

Nusantara…Melayu terbilang..

Kedah…Pulau Pinang..pondok tumbuh bagai cendawan…

Di situ Islam berkembang…ilmunya tersebar di seluruh alam..

Melayu cendiakawan…Melayu budiman…

Melayu begitu berdaulat…

Sirih junjung pusaka adat…

Islam dijunjung penuh makrifat…

Bersatu hati ..penuh muafakat..

Di sini tanah Wali penuh keramat…

Islam agama suci diambil berat…

Hingga Baginda pun bersabda…

Ditimur kebangkitan Islam kedua…

Jua bersabda lagi Baginda…

Islam menjadi asing akhirnya…

Ditentang oleh umat Islam itu sendiri..

Baginda bersabda lagi….

Kita lantik pemimpin islam..

Yang sesat lagi menyesatkan…

Tanah wali nan subur pun menjadi sepi…

Wali…Ulamak dijemput pulang pergi..

Di mana semua itu terjadi…kalau bukan di sini…

Pun masa berlalu…

Melayu pun mula menjadi pengkianat…

Pembelot yang laknat…

Pendusta bersubahat…Tanah Wali dijajah tentera dajal keparat….

Maka Islam pun dicincang…

Keilmuan Islam dibakar dihujung selat…

Melayu itu terus dikatakan islam…

Islam itu dikatakan Melayu….

Hingga Melayu itu tak perlu lagi mengangkat syahadah…kerna Melayu itu dikatakan Islam…

Aneh …rukun pun berubah…

Solat tak perlu mengangkat syahadah..

Melayu dihidang berbagai juadah…

Hiburan…fesyen…aurat terdedah…

Hingga keilmuan Islam terlondeh sudah….

Jubah …purdah dipakai…syahadah ditanggal…

Al Quran di baca…di lagu di nyanyi…

Baginda bersabda mereka bagai meniup seruling….

Sanad pun…tak dipeduli lagi…

Mengambil ijazah Islam diluar negeri..

Tanpa sedar gurunya Yahudi…

Maka Islam pun bersipongang hancur..

Penguasa Islam..mendabik dada…

Akulah orang Islam yang sempurna..

Kamu sesat belaka…

Maka Islam pun diperniaga..

Dirojak sesedap rasa….

Melayu hilang punca….

Yahudi jua yang bergembira…

Mufti…Ulamak…Ustaz….

Mulut disumbat…mahu mengajar perlu ada surat…

Ilmu yang diajar tak sampai makrifat…

Pun Melayu tak pernah hilang…

Pembelot…pengkianat…penyesat jihad..

Maka sedarlah Melayu….

Melayu perlu bangun…

Berjihad

Jangan lagilah berkianat…

Melempar batu…disembunyi tangan..

Bertelur sebiji…riuh sekampung…

Bangunlah duhai Melayu…

Jangan dipercaya kata kata…

Yang menjadi seteru…

Yang mahu melihat yang bersatu…

Pecah seribu….

Melayu duhai bangsa kesayangan…

Melayu penegak kebenaran…

Melayu pembawa panji Islam..

Suburkan kembali Tanah Wali ini..

Suburkanlah kembali..

Suburkanlah kembali..

Suburkanlah kembali..

Ya Allah….

Dengan IlmuMu…

Ya…Ilahi…

Dan….airmata pun tumpah..
2017 Feb 08

Wallahua’lam 🌹

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

https://4uni2c.com/?s=Seruan+pujangga&submit=Search

PenCERAHan terbaru⬇️ http://www.4uni2c.com

Dalam kepahitan ada khasiatnya

•2017-02-05 • Leave a Comment

C & P dari Status rakan FB (Asiah Abd Jalil)

Malam ini saya agak sentimental. Saya benar-benar rindukan seseorang. Memori lama saya bersamanya terimbas satu demi satu.

Beberapa bulan selepas saya graduated from law school, saya diterima bekerja di sebuah firma guaman. Boss saya seorang criminal lawyer otai di Kuantan.

Ketika saya memohon bekerja, boss saya sebenarnya tidak perlukan pekerja. Lebih-lebih lagi saya sangat junior dan langsung tiada pengalaman. Boss suruh saya cuba nasib di tempat lain. Tapi saya pujuk dan merayu, tetap tidak berganjak untuk memohon bekerja di bawahnya.

Boss tanya saya, jika beliau menerima saya, apa balasan yang saya akan beri? Saya katakan pada boss, suatu hari nanti jika saya sudah jadi peguam ternama, saya akan sebut nama boss sebagai antara insan yang menyumbang kepada kejayaan saya.

Saya diterima bekerja. Tetapi boss tidak melayan saya dengan lembut. Dua hari sekali saya akan dimarahi. Macam-macam perkara serba tidak kena. 
Mendengar suara bernada tinggi dan melihat wajah amarah boss adalah rutin biasa yang saya hadap. Kadang-kadang bila bercakap dengan boss di telefon, saya terpaksa jauhkan gagang dari telinga.

Namun boss mengajar saya macam-macam perkara. Minggu pertama bekerja, saya sudah dibawa ke mahkamah untuk mendengar keputusan gantung sampai mati dalam kes bunuh berprofil tinggi. Boss ajar saya bagaimana menyantuni ahli keluarga penjenayah, tetapi dalam masa sama menghormati mangsa dan ahli keluarga mangsa.

Boss paksa saya berurusan dengan kedutaan negara lain untuk membela warga asing yang dituduh mengedar dadah. Boss bawa saya ke penjara maximum security untuk berjumpa anakguam. Boss ajar saya teknik-teknik penting sebelum, semasa dan selepas perbicaraan. Boss ajar saya bagaimana untuk deal dengan pihak pendakwaan, pihak mahkamah, polis, kastam, dan lain-lain.

Boss beri saya akses tanpa had kepada fail-fail di legal firm tersebut. Kes bunuh, cubaan bunuh, rogol, cabul, edar dadah, hisap dadah, senjata api, merusuh, rompak, samun, curi, pukul, rasuah, tipu, pecah amanah, elak cukai, kesalahan trafik, you name it. Boss ajar saya kemahiran meneliti exhibit and evidence. Boss ajar saya cara membuat legal research dan menyediakan hujah.

Hinggalah pada suatu hari, boss memarahi saya dengan teruk tanpa sebab munasabah. Boss kata pada saya, dia akan terus memarahi saya hingga saya menangis di hadapannya. Tetapi saya langsung tidak menangis. Berjam-jam saya dimarahi, hingga tamat waktu pejabat. Namun tidak setitik pun air mata saya keluar.

Tetapi saya nekad untuk menunjukkan kepada boss, bahawa saya bukanlah budak mentah yang boleh dibuli. Keesokan harinya saya terus tak datang kerja. Saya hanya hantar satu SMS kepada boss, memaklumkan bahawa saya sudah tidak berminat lagi untuk bekerja dengannya. Sejak saat itu saya terus putuskan semua hubungan dengan boss.

Hinggalah dua tahun berlalu, secara tak sengaja beberapa bulan lepas, saya terserempak dengan boss di kafeteria mahkamah. Kali ini kami berbual dari hati ke hati. Saya minta maaf kepada boss, saya akui perbuatan saya berhenti kerja secara mengejut adalah sangat tidak beretika.

Boss juga minta maaf kerana bersikap keras terhadap saya dulu. Sungguh saya terdiam bila  boss jelaskan, “Sebenarnya dulu saya berpurapura menjadi garang dan bengis terhadap awak. Sebab awak kata, awak teringin nak jadi criminal lawyer. Seorang criminal lawyer mesti miliki hati dan jiwa yang kental. Kalau kita seorang peguam sivil, bila kita buat salah, anakguam kita hanya hilang duit. Tapi kalau kita seorang peguam jenayah, bila kita buat salah, anakguam kita akan hilang kebebasan, bahkan mungkin anakguam kita akan hilang nyawa 

Selepas pertemuan itu, saya betul-betul rasa terkilan. Kenapa saya mengambil masa dua tahun untuk memahami niat baik boss saya. Boss ajak saya bekerja kembali dengannya, tetapi saya mohon masa untuk memikirkan tentang hal tersebut. Sebetulnya saya rasa saya masih belum layak.

Pagi Sabtu lepas, saya mendapat perkhabaran, boss saya meninggal dunia secara mengejut kerana sakit jantung. Jiwa dan semangat saya disentap hebat. Saya masih mencari kekuatan untuk terus mengejar impian saya menjadi seorang criminal lawyer yang hebat.

Halia tanam-tanaman

Ke barat jua bakal condongnya

Dunia tumpang-tumpangan

Akhiratlah jua kekal kampongnya


Alfatihah