Wajarkah “haramkan” poligami ?

•2017-01-28 • Leave a Comment
suntingan drpd sebuah filem mengenai kezaliman “Ibu Mertuaku”

(Terbitan 2017 Jan 28)

🇲🇾 Sebelum menjawab soalan di atas sila baca dulu kisah di bawah.

Samada ia kisah yg benar ataupun hanya sebuah cerpen fiksyen utk mempertahankan poligami, wallahualam.

Namun ianya tidak mustahil boleh berlaku dgn kehendak Allah yg Maha Berkuasa demi utk iktibar kpd hamba-hambaNya yg beriman

Poligami merupakan satu ujian yang amat mencabar bagi setiap Muslimah. Mungkin tak ramai daripada Muslimah yang mengaku anti poligami dalam bentuk lisan. Namun melalui tindakan, beliau sebenarnya menzahirkan sikap sebenarnya terhadap poligami.

Semoga anda bukanlah di kalangan yang bersikap demikian. Kerna, anti poligami adalah sama dengan menafikan satu daripada perkara² yang dihalalkan Allah. Sedangkan antara dosa-dosa besar ialah mengHALALkan yang haram dan mengHARAMkan yang halal. 🍓

C & P ⬇️

dari kumpulan Wa Alumni MTIB

Semoga maduku mencapai syurga Allah

Oleh Dr. Fauziah Mohd Hasan – Januari 26, 2017

Saya berusia 55 tahun, jadinya saya tidak pandai hendak berkias ayat. Tetapi saya hendak berkongsi dengan pembaca kisah madu saya yang saya doakan agar dia dikurniakan Syurga Teragung setelah apa yang dilaluinya selama ini. Amin.

Pada tahun 1988, saya bernikah dengan seorang lelaki yang sama profesion dengan saya sebagai seorang pegawai perubatan. Pada ketika itu saya tidak mengetahui latar belakang lanjut tentang suami saya. Yang saya tahu, dia seorang lelaki bujang dan keluarganya datang melamar saya.
.
Kehidupan kami serba-serbi sempurna. Saya dan dia bekerja di hospital berbeza tetapi apabila pulang ke rumah, kami berkongsi cerita yang sama. Cerita tentang pesakit kami di hospital masing-masing.

Tiada perubahan pada suami, bahkan tiada apa yang saya nampak pelik padanya. Hari-hari dia ada bersama-sama saya. Ada masa bersama keluarga apabila waktu cuti sekolah.

Hinggalah saya ditukarkan ke PPUM, saya agak berjauhan dengan suami yang bekerja di utara semenanjung.

Tapi masih tidak perubahan yang saya nampak padanya. Namun suami selalu berpesan, andai ada pelajar perubatan bernama Aisy (bukan nama sebenar) dan Asyraff (bukan nama sebenar), dimintanya ajar betul-betul dua pelajar ini seperti anak kandung sendiri.
Saya sebagai doktor dan ibu sememangnya bersikap profesional dan beranggapan setiap pelajar perubatan adalah anak saya sendiri tanpa membezakan mereka.

Anak-anak saya juga merupakan pelajar perubatan maka haruslah saya mengajar pelajar lain sama seperti saya mengajar anak saya.

Hinggalah suatu hari, suami jatuh sakit. Terlantar lama di hospital. Dia acap kali menyebut, tengok-tengokkan Aisy dan Asyraff. Ajar mereka sampai jadi doktor yang berguna.

Saya masih sama. Tidak berasa pelik kerana suami saya memang seorang yang prihatin. Saya iyakan sahaja apa yang dikatakan. Hinggalah ketika suami semakin tenat dan dia berhajat berjumpa dengan kedua-dua pelajar perubatan tadi.

bidadari syurga03

Ketika sesi pertemuan, saya hanya melihat mereka berdua bercakap seperti biasa hinggalah akhirnya, suami saya berkata: “Jaga ibu dan sampaikan maaf saya pada ibu.”

Saya mulanya agak pelik tetapi masih positif kerana beranggapan mungkin dia sayang akan dua pelajar ini. Petang itu juga selepas solat asar, suami saya menghembuskan nafas yang terakhir.

Saya redha dengan pemergiannya namun ada sesuatu yang lebih menarik perhatian saya. Aisy dan Asyraff hadir ke pengebumian suami saya bersama-sama seorang wanita tua dalam lingkungan usia lewat 50-an. Wanita itu buta dan hanya duduk di kerusi roda. Tetapi mereka tidak datang dekat. Hanya sekadar melihat dari jauh.

Saya cuba untuk menuju ke arah mereka untuk bertanya namun mereka sudah berlalu dan majlis pengebumian belum selesai doanya lagi.

Selang beberapa hari, saya dan anak-anak dipanggil ke pejabat peguam untuk mendengarkan wasiat arwah suami. Saya dan dua orang anak sudah hadir untuk mendengarkan wasiat tersebut namun peguam mengatakan harus menunggu lagi pemegang wasiat lain.

Sekali lagi saya diam dan hanya menunggu. Hinggalah datang dua orang anak muda bersama-sama seorang wanita yang saya kenal amat. Aisy dan Asyraff bersama-sama wanita tua yang saya nampak di kubur hari itu.

Ketika itu, hati saya berbolak-balik. Kenapa Aisy dan Asyraff selalu ada dan disebut-sebut oleh arwah. Kini ketika mendengarkan wasiat juga mereka ada bersama-sama.

Kedua-dua anak saya, Amira dan Adhlina juga bagaikan senang dengan kehadiran Aisy dan Asyraff kerana mereka sekawan di PPUM.

Peguam mulakan pembacaan wasiat dan alangkah terkejutnya saya apabila perkataan pertama yang keluar dari mulut peguam ialah, “Pemegang wasiat pertama ialah isteri pertama iaitu Puan Hasidah..”

Allah… Berderau jantung saya! Kenapa nama itu bukan nama saya. Terus saya menoleh ke arah perempuan buta yang disorong kerusinya oleh Aisy dan Asyraff. Saya cuba untuk bertenang dan mendengarkan dahulu segala amanat suami saya yang ditinggalkan. Saya tidak boleh terburu-buru.

bidadari syurga04

Suami saya hanya meninggalkan sejumlah wang untuk Puan Hasidah dan juga sebuah pondok di kawasan yang saya sendiri tidak pernah tahu. Selebihnya, rumah yang kami duduki, kereta, aset lain semuanya untuk saya dan anak-anak.

Selesai pembacaan wasiat, saya menurunkan tandatangan sebagai tanda penerimaan. Begitu juga Puan Hasidah yang menggunakan cop jari.
Selesai semuanya, saya mendekati Aisy dan Asyraff bersama-sama ibunya. Cuba untuk bertanya macam mana boleh semua ini terjadi.

Lama kami duduk berbual hinggakan basah kuyup baju saya kerana air mata yang melimpah keluar mendengarkan kisah madu saya.

Kisahnya, pada tahun sama perkahwinan saya dan suami, arwah suami saya sudah pun terlebih dahulu bernikah dengan Puan Hasidah. Jarak lebih kurang 6 bulan beza perkahwinan kami. Ketika suami menikahi saya, dia sedang hamil 4 bulan dan anak di dalam kandungannya kembar iaitu Aisy dan Asyraff.

Perkahwinan Puan Hasidah tidak diterima ibu mertua saya kerana Puan Hasidah seorang gadis yatim piatu dan tidak bersaudara. Makanya ibu mertua saya menghinanya sebagai perempuan tidak sah taraf.

Ibu mertua saya yang juga ibu kepada arwah suami turut mengancam Puan Hasidah untuk tidak mengganggu keluarga baharu anaknya jika mahu berteduh di pondok tersebut. Makanya Puan Hasidah merelakan kata-kata ibu mertuanya dan sama sekali tidak mengganggu kami. Kerana itu saya tidak mengetahui apa-apa selama lebih 30 tahun.

Saya bertanya kenapa dan macam mana Puan Hasidah boleh menjadi buta. Dan jawapannya tersangat meruntun hati saya. Ketika ibu mertua saya hilang penglihatan kerana terjatuh dari tangga rumahnya, saya dan suami puas mencari penderma mata hinggalah suami mengatakan dia telah berjumpa dengan seorang penderma iaitu seorang perempuan. Ketika itu saya bersyukur kerana ada yang sudi menderma kerana saya tidak mengetahui apa-apa. Rupanya penderma tersebut ialah Puan Hasidah yg juga menantu paling dibenci dihina oleh ibu mentua sendiri !

Ketika mendengarkan kisah itu, saya terbakar dan mendidih hati serta kebencian saya terhadap ibu mentua menjadi-jadi. Mujur orang tua itu sudah 3 tahun meninggalkan kami. Jika tidak, akan saya suruh dia melutut maaf di hadapan Puan Hasidah.

Namun Puan Hasidah tenang dan menjawab, “Saya tiada ibu, puan. Saya lakukan semua ini demi mendapatkan rahmat seorang ibu.”

Allah.. Berderai lagi air mata saya. Sambung Puan Hasidah: “Saya anggap semua ini takdir hidup saya. Saya tidak mengeluh bahkan saya bersyukur. Saya mempunyai suami walaupun hanya 3 bulan.
bidadari syurga05

” Paling tidak saya terlepas daripada fitnah manusia. Saya dikurniakan anak lelaki. Bukan seorang tetapi dua. Yang boleh jagakan saya. Saya tiada saudara-mara, puan. Ini sahaja harta saya. Dan saya sama sekali tidak mengharapkan harta daripada arwah suami. Cukuplah dikekalkan pondok kami sebagai tempat berteduh.”

Saya rasakan bagai tersepuk ke lantai mendengarkan kata-katanya. Bagaimana seorang isteri mampu hidup sendirian begitu tanpa suami. Saya pandang wajah Aisy dan Asyraff, tertanya juga saya sama ada mereka tahu atau tidak Doktor Ahmad (bukan nama sebenar) adalah ayah mereka.

Jawapan mereka, “Ya.. Kami kenal ayah kami. Tapi kami tak boleh panggil ‘ayah’ kerana arwah nenek akan hukum ibu kalau tahu panggil ‘ayah’.”
Sekali lagi saya terdiam. Ya Allah, kenapa kejam sangat orang tua ni masa hidupnya !

Saya bertanya lagi sama ada mereka berdendam atau tidak dengan arwah nenek dan arwah ayahnya, jawab mereka:“Ibu tidak pernah didik kami membenci. Kerana di setiap perbuatan arwah nenek dan arwah ayah, ada sedikit kebaikan mereka yang harus dilihat.”

Saya bermandi air mata melihat mereka. Berjayanya Puan Hasidah mendidik anaknya untuk tidak membenci selepas semua perkara ini terjadi.
Tenang sangat saya lihat wajah Puan Hasidah. Seolah-olah dia tidak mempunyai masalah sekalipun dia kini buta.

Memadailah pembaca tahu, saya jatuh cinta dengan sikap madu saya yang teramat mulia hatinya. Saya selalu fikir, bermadu ini seperti anjing dan kucing. Bercakaran dan berlawan. Tetapi alhamdulillah syukur , Ya Allah.Madu saya teramat baik dan saya doakan syurga teragung untuk dia dan anak-anak kerana keikhlasan hatinya.

Hingga ke saat ini, Puan Hasidah enggan untuk memijak rumah agam kami kerana katanya, ibu mentuanya dulu pernah mengharamkan kakinya menjejak ke rumah suami. Andai dia melakukannya, ibu mentua akan menidakkan dia sebagai anak.

Andai saya di tempatnya, mungkin saya akan bantah sekerasnya perilaku ibu mertua. Tapi tidak pada Puan Hasidah. Dia mengagungkan dan memuliakan ibu mertua sama seperti ibu kandungnya sendiri. Kerana itu, dia hanya menurut.

Pada pembaca budiman, saya harap kita sama-sama ambil iktibar bahawa dalam kesenangan kita, ada air mata orang lain yang kita lupa. Sebagaimana saya sedang belajar untuk ikhlas seperti madu saya, anak-anak pembaca budiman juga belajarlah untuk ikhlas. Insya Allah, syurga untuk kita semua.

Wallahua’lam 🌹

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Syurga seorang isteri https://4uni2c.com/2017/12/07/syurga-seorang-isteri/

Peluang isteri gandakan pahala https://4uni2c.com/2020/04/18/covid19-peluang-isteri-gandakan-pahala/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

.

Hanya kita saja yg mampu baiki kaum (Melayu) kita

•2017-01-19 • Leave a Comment

C&P dari 

kumpulan WA Alumni MTIB


Oleh Dr Shukri Abdullah

( Pakar Motivasi Malaysia )

Melayu Mundur Kerana Melayu !

Memang mudah tuding jari kepada DAP

Memang senang tuduh MCA atau MIC

Betul ke Cina dan India yang menyebabkan Melayu mundur ?

Melayu alpa.

Melayu merempit.

Melayu ambil dadah.

Melayu gila hiburan.

Melayu asyik berkonsert.

Melayu gila KPop

Di dewan – konsert, di padang- konsert,

Di stadium – konsert, di TV – konsert.

Hebat Melayu, dari Bintang Kecil ke Kilauan Emas !

Dari baru lahir, sampai dah nak mati

Angkara Cina dan India kah semua tu ?

Memang banyak cerita Cina diskriminasi Melayu di dunia pekerjaan.
Dalam sektor swasta mereka kuasai.

Sukar anak Melayu nak naik pangkat.

Dunia perniagaan mereka control.

Payah peniaga Melayu nak mencelah sama.

Kita tidak kata Cina dan India 100% tidak bersalah.

Tetapi Melayu juga ada diskriminasi Cina dan India !!

Kita berkata, dimana Melayu boleh kawal kenapa Melayu tidak kawal.

Kenapa Melayu tak kawal hiburan hingga melekakan remaja Melayu.

Hingga kini bukan saja remaja Melayu.

Mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan.

Barangkali tok dan tok wan Melayu juga !

Bukan saja anak kecil, datuk dan nenek Melayu pun menyanyi.!

Pun bergencok.

Pun berlenggang.

Pun lupa diri.

Jadi kalau ramai pelajar Melayu tak tau solat.

Kalau lagi ramai yang tau solat tak bersolat.

Terlalu ramai tak pernah jemaah di mesjid,

Salah Cina dan India lagi ????

Siapa perintah negara setakat ini …. Cina dan India ?

Siapa kesemua PM setakat ini …. Cina dan India ?
Siapa semua hampir kesemua MB-KM setakat ini … Cina dan India?

Siapa majoriti ketua2 jabatan setakat ini … Cina dan India ?

Siapa ketua Polis dan ketua Tentera setakat ini … Cina dan India ?

SEKARANG ini mari kita pakat perbaiki diri kita.

Perbaiki bangsa kita.

Perbaiki amalan agama kita.

Perbaiki anak muda kita.

Perbaiki pelajar kita.

Dengan menoleh ke dalam diri kita

Dengan muhasabah kesilapan kita

Dengan ikhlas dengan kekurangan kita

Dengan usaha perhebatkan bangsa kita.

Hanya Melayu yang Islam boleh maju kedepan.
Melayu yang Melayu sukar, lambat dan tak nampak jalan !

Lihat dalam Islam

Kita diajak berjaya 15 kali sehari, 450 kali sebulan, 5400 kali setahun.

Kan berkemundang “Haiyya ‘alal Falaah”
Dua kali dalam azan, sekali dalam iqamah … 5 kali sehari.
Mari berjaya.
Come to success.
Tetapi “Haiyya ‘alal Falah” didahului dengan “Hayya ‘alal Solah”

Maksudnya berjaya ikut acuan Islam.
Mari bersolat, mari berjaya.

Come to solat, come to success.
Rumusan:
Renung bangsa sendiri.

Tengok amalan agama bangsa sendiri.

Teliti kesilapan & kealpaan bangsa sendiri.

Muhasabah bangsa sendiri.

Apabila kita asyik tuduh Cina dan India
Kita tambah dengan Kadazan dan Iban

Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita.
Itu salah kita selama ini.
Usah beralasan lagi.
Mari kita sama-sama cari jalan keluar.

Ayuh Melayu yg mengaku ISLAM… sama-sama fikir, sama-sama renung.
Sama-sama bertindak dengan bijaksana.

Bukan emosi tak tentu hala !

Asal Usul Makna “Melayu” 

•2017-01-15 • Leave a Comment

Diambil dari kumpulan WA Alumni MTIB

Erti sebenar Melayu yang digelapkan sejarah oleh Imperialis

Sumber Kedua Lebih Sahih daripada sumber sebelum. Perkataan Melayu asalnya ialah daripada perkataan Arab “al-Mala-u”. ‘Al-Mala-u’ juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur’anul Karim dan juga Hadis.

Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :

a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.) b) Pemimpin c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa Gelaran “Mala-u” mula wujud semasa zaman Merong Mahawangsa menerima Islam dan menyebarkan dakwah Islam.

Pendakwah atau mubaligh Islam daripada tanah Arab dan Tanah India menikahi pribumi tempatan iaitu suku-suku tempatan. Golongan ini dipandang mulia lalu digelar “Mala-u”. Siapa-siapa pribumi tempatan yang memeluk Islam layaklah dia digelar sebagai “Mala-u”.

Jadi Melayu bermaksud mulia. Tanah duduknya yang mulia dengan Islam. Jadi bangsa Melayu ialah asal namanya Bangsa Mala-u iaitu bangsa yang mulia dengan Islam.

Nama Melaka ialah nama yang diubah oleh Imperialis. Asal nama negeri Melaka ialah Malakat iaitu tempat pertemuan seluruh umat Islam atau umat manusia. Negeri Malakat ialah negeri yang diperintah dan didiami oleh bangsa Mala-u iaitu bangsa yang mulia.

Sesiapa sahaja yang menetap di Tanah Mala-u. Ialah orang Islam yang mempunyai pakej Islam, mampu bertutur bahasa Mala-u, maka layak digelar Mala-u. Sekalipun datang daripada tanah Arab, India dan China. Wallahhua’lam. ___________________________________________________________

“Kita adalah Singa yang hidup tidak ubah seperti lutong. Menyangka dirinya adalah lutong. Yakin bahawa datuk neneknya juga berketurunan lutong, Disebabkan diajar oleh penjajah untuk hidup seperti lutong.”

1.Melayu ciptaan Imperialis dan dikehendaki Imperialis: -Tidak takut Allah, mudah disogok dan dirasuah. Korupsi. -Lemau, pemalas, sasau dan nanas. -Banyak adu domba, iri hati dan tuduh menuduh. -Tidak intelek, khianat, gopoh dan cetek pemikiran. -Tidak berakhlak, suka melaknat dan mencela. -Mudah ditipu dan suka menipu sesama bangsa sendiri. -Berpecah belah dan banyak sengketa. -Murtad dan sekular.

2.Jati diri Melayu sebenar seperti zaman datuk nenek moyang yang gemilang: -Tunduk, patuh dan berserah pada Allah. Ini tunggak utama jika tidak tiadalah layak untuk menggelar Melayu kerana erti Melayu sahaja ialah tunduk dan berserah pada Allah.

-Kesantunan yang tinggi, berbudi pekerti, berlapang dada dan indah berbahasa.

-Intelek yang tinggi dan berfikiran jauh.

-Berkemahiran dan gigih berusaha.

-Rajin bekerja serta bijak berniaga.

-Tidak gopoh sentiasa hemat dan usul periksa.

-Tawadhuk dan menghormati semua manusia dan bangsa.

-Bijak mengatur langkah dan strategi.

Pilihlah sama ada nak jadi Melayu ciptaan Imperialis atau jati diri kita yang sebenar. Renungkan apa kata orang Arab dulu mengenai Melayu yang dipetik daripada kitab lama. —————————————————————————————————

( kitab Hadiqatul Azhar War Rayahin jilid 1, Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al Fathani R.A, ulama tersohor bangsa Melayu di Makkah dan Nusantara) Makna bagi Melayu ialah:-: الرؤسأ سمو بذلك لأنهم ملأ بما يحتاج أليه “ Pemimpin-pemimpin, dinamakan dengan demikian itu kerana pemimpin ini mereka mampu memenuhi hajat orang lain.” Lisanul Arab. والملأ: ألخلق الملئ بما يحتاج أليه “ Memiliki akhlak yang memenuhi keperluan orang lain. ” Imam Abu Manzur. والملأ: الجماعة أشراف القوم … “ Satu al jamaah, Bangsa yang mulia ”- Qamus al ma’ani. والملأ : الأشراف من الناس “ Manusia yang paling mulia di kalangan Manusia”- tafsir Qurtub _____________________________________________________________

Sejarah membuktikan bahawa Islam telah datang ke Nusantara berkurun lebih dahulu daripada zaman pengislaman Phra Ong Mahawanser. Ulama Nusantara dan sejahrawan tidak menolak fakta ini tetapi apa yang dibincangkan dalam artikel ini adalah BILAKAH agama Islam (dan bangsa Melayu) diisytihar setelah diijmakkan oleh Ulama dan Sultannya menjadi agama rasmi Nusantara (dan bangsa rasmi Nusantara).

Pemerintahan di zaman ini tidak mengenepikan agama-agama lain tetapi mereka yang bukan Islam (tidak dipanggil ‘Mala-u’) tetapi tidak memerangi Islam – dikenakan jizyah dan mereka yang masih langsung tidak menerima corak pemerintahan ini termasuk tidak mahu membayar jizyah telah melari dan memencilkan diri ke dalam hutan dan bukit bukau.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagai AL-MALA-U (9) bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha.

Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang dikenali hari ini. (Nota 9)

Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah meletakkan nama ‘bangsa yang baru’ ini sebagai “Al-Mala-u’ sempena Firman Allah SWT :

Surah Saad : Ayat 69 مَا كَانَ لِي مِنْ عِلْمٍ بِالْمَلَإِ الْأَعْلَى إِذْ يَخْتَصِمُونَ

Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (Al-Mala-ul’A’la) semasa mereka bersoal jawab.

Hadis Nabi S.A.W : ثنا عبد الرزاق أنا معمر عن أيوب عن أبي قلابة عن بن عباس ان النبي صلى الله عليه و سلم قال أتاني ربي عز و جل الليلة في أحسن صورة أحسبه يعني في النوم فقال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت لا قال النبي صلى الله عليه و سلم فوضع يده… بين كتفي حتى وجدت بردها بين ثديي أو قال نحري فعلمت ما في السماوات وما في الأرض ثم قال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت نعم يختصمون في الكفارات والدرجات قال وما الكفارات والدرجات قال المكث في المساجد والمشي على الاقدام إلى الجمعات وإبلاغ الوضوء في المكاره ومن فعل ذلك عاش بخير ومات بخير وكان من خطيئته كيوم ولدته أمه وقل يا محمد إذا صليت اللهم اني أسألك الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين وإذا أردت بعبادك فتنة ان تقبضني إليك غير مفتون قال والدرجات بذل الطعام وإفشاء السلام والصلاة بالليل والناس نيام

Telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq yang berkata telah menceritakan kepada kami Ma’mar dari Ayub dari Abi Qilabah dari Ibnu Abbas bahwa Nabi SAW bersabda “RabbKu Azza wa Jalla datang kepadaku malam tadi dalam sebaik-baik bentuk”

–Aku mengira maksudnya adalah dalam tidur- Lalu Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la yang menjadi perbalahan?

Baginda bersabda “tidak”. Nabi SAW bersabda “Lalu Dia meletakkan tangan-Nya di antara dua bahuku hingga aku dapati dinginnya antara dua dadaku.

Atau Baginda bersabda “antara tenggorokanku”. Maka tahulah aku apa yang ada di langit dan di bumi.

Kemudian Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la (yang menjadi punca) pertengkaran?”.

Baginda bersabda ‘Aku berkata “ya , mereka bertengkar mengenai Al Kafarat dan Ad Darajat?”. Apa itu Al Kafarat dan Ad Darajat?. Diam di masjid, berjalan kaki untuk berjema’ah, menyempurnakan wudhu dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan Ibunya.

Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat “Ya Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin.

Dan bila Engkau menginginkan fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah”.

Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam dan solat malam saat manusia tidur”. [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 1/368 no 3484 dan Sunan Tirmidzi 5/366 no 3233]

‘Al-Mala-u’ juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur’anul Karim dan juga Hadis.

Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :

a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)

b) Pemimpin

c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :

a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)

b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)

c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)

d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)

e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)

f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.

(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM – Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah)

Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.) (10) ——————————————————————————————————

Jadi bangsa Melayu dahulu ialah bangsa yang taat pada Allah. Telah menjadikan tanah air mereka sebagai tanah Melayu yang bererti tanah dakwah atau tanah yang penduduknya rata-rata tunduk dan berserah pada Allah.

Mereka telah memanfaatkan kelebihan strategik Tanah Melayu sebagai tempat muafakat iaitu perjumpaan semua bangsa dari Timur dan Barat untuk menyebarkan Islam disamping berdagang. Sanggup menerima mana-mana bangsa dan suku yang mahu menetap di Tanah Melayu dan boleh mengiktiraf mereka sebagai orang Melayu andai mereka Muslim dan boleh berbahasa Melayu sebagai tanda ukhwah yang dipamerkan oleh nenek moyang kita dahulu.

Dek kerana ini kita dibenci dan tamadun kita dimusnahkan penjajah tak bersisa. Jati diri kita ialah jati diri Islam iaitu tunduk, patuh dan berserah pada Allah.

Siapa dakwa dia orang Melayu dan memperjuangkan Hak Melayu perlu ada sifat tunduk dan patuh pada perintah Allah disamping berserah pada ketentuan Allah. Begitu juga berakhlak dan berbudi tinggi.

Pertuturan orang Melayu dulu menggunakan perkataan Hamba dan Tuan Hamba. Semasa bertuturpun mengingatkan kita hamba pada yang Esa.

Marilah bersama kita kembali perbaiki bangsa kita supaya tahu jati diri dan identiti. Bangsa kita atau tak kira apa bangsa akan kembali mulia hanya dengan Islam. Perkasakan Islam kita. In shaa Allah bangsa kita akan kembali gemilang dan dikenal semula sebagai bangsa dakwah.

– YTM Dato’ Seri Utama DiRaja Prof. Dr. Tunku Mohammad Fairus Ibni YTM Tunku Khairuddin Al-Haj Al-Hassani – Arkib Muhammad Farisz .

.

Prinsip Melayu : Raja (pemerintah) adil raja disembah (ditaati), raja zalim raja disanggah (dipecat)

.

.

Antara ibu bapa terhadap anak dengan anak terhadap ibu bapa

•2017-01-12 • Leave a Comment

​🇲🇾  Sumber :  UM 7376

ini dpt post drp group PIBG yg begitu cantik isi kandungannya..

Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa.

Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa

Makan apa sahaja…
Tengok siaran tv ikut suka…
Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka…
Tapi
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak….
Tak boleh masak sesuka hati…
Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka…..
Buat apa sahaja ikut suka….
Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..
Begitu juga
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak…..
Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati…..
Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.
Kalau rosak semua ibubapa tanggung..
Tapi

Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna…..
Apatah lg dgn sesuka hati.
Takut rosak lah…
Takut langgar lah…
Takut calar lah…..
Kalau guna pun…
Pastikan minyak penuh semula…..
Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak….
Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak….
Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak….
Tetapi anak-anak…
Belum tentu mengasihi ibubapa….
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa….
Mereka ada masa utk membetulkan motor kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan…
Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti…

Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka…

Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak…
Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan…
Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin…
Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..
Tetapi
Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta…
Bila isteri bercerita anak tahu apa yg isteri mahukan…Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan…Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa
Inilah diantara isi kandungan kuliah yg sgt terkesan & realistik dlm keadaan dunia di akhir zaman ini…
Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti.
Suatu realiti yang sukar dinafi

Wallahualam

copypaste

🍓🍓

Rintihan Hati Wira Sejati

•2017-01-10 • Leave a Comment

​Bacalah dgn hati terbuka dibawah ini setiap perkataan dari hamba Allah yg BERANI KERANA BENAR

Semoga beliau serta semua keluarganya dilindungi Allah SWT
SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN.
Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat, jiran, serta anak Malaysia yang bencikan kemungkaran, yang tidak berhenti-henti memberikan galakan serta mendoakan keselamatan diri saya serta keluarga. Saya amat terhutang budi. Sesungguhnya galakan dan doa-doa suci inilah yang memberikan saya kekuatan dan keberanian untuk terus memerangi kemungkaran. Saya juga amat terhutang budi kepada pihak media kerana telah sudi memberikan ruang untuk menyiarkan rintihan hati kecil saya ini untuk tatapan rakyat Malaysia yang berasa amat terguris hati, marah, kecewa, hampa, geram serta terhimpit dengan “tingkahlaku tidak bertanggungjawab” pemimpin-pemimpin kerajaan sejak kebelakangan ini.
Sesungguhnya keputusan yang saya ambil untuk menulis SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN ini adalah keputusan saya sendiri tanpa disogok atau dibatu-apikan oleh mana2 individu atau organisasi yang berkepentingan. Saya bertindak atas sifat sebagai seorang pegawai kerajaan yang TERANIAYA, disebabkan oleh pendirian saya tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang secara terang-terangan telah melakukan kesalahan besar kepada negara. 
Saya faham bahawa sebagai seorang pegawai bawahan saya terikat dengan beberapa peraturan yang melarang saya untuk menyuarakan apa2 kritikan terhadap kerajaan tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan dari ketua jabatan. Saya juga faham bahawa satu bentuk tindakan disiplin boleh dikenakan ke atas diri saya. Malahan surat Beri Penjelasan 1 oleh Ketua Polis Negara telahpun saya jawab panjang lebar pada 15 Sept lalu. Tetapi di waktu yang sama saya juga sedar tentang hak dan tanggungjawab saya, yang jauh lebih besar dan suci, di bawah PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG NEGARA untuk mempertahankan negara dari segala bentuk ancaman termasuk yang berkaitan dengan JENAYAH. Apatah lagi saya adalah seorang pegawai Polis Di Raja Malaysia yang telah mengangkat sumpah untuk berkhidmat dengan penuh kejujuran sebagaimana yang dikehendaki oleh AKTA POLIS. 
Oleh demikian dengan penuh keinsafan dan berbekalkan doa orangramai ini saya memberanikan diri untuk berusaha menegakkan kebenaran bagi menyelamatkan pertiwi dari ancaman manusia-manusia rakus yang sedang bermaharajalela memporakperandakan segala sistem pentadbiran sedia ada dan secara terang-terangan melanggar undang-undang bagi memuaskan nafsu buas mereka. Saya rasa terpanggil untuk tampil ke depan sekali lagi bagi bersuara kerana pihak yang bersalah dilihat belum insaf. Apalah pilihan yang ada pada saya untuk membuat aduan mengikut prosedur jabatan apabila hampir semua ketua-ketua jabatan terbabit dengan komplot membohongi rakyat sambil “merestui perlakuan jenayah” pemimpin-pemimpin tertinggi negara!!! 
“What choice do I have???”. Perlu juga saya tegaskan di sini bahawa niat saya BUKANNYA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN. Niat suci saya hanya untuk MENEGAKKAN KEADILAN. Siapa yang bersalah maka dialah yang akan menerima padahnya di sisi undang-undang. Sesungguhnya undang-undang itu buta dari segi darjat dan kedudukan……tiada bezanya di antara seorang Pembantu Am Rendah dengan seorang Menteri……di antara seorang prebet dengan seorang general……di antara seorang konstabel dengan seorang komisioner dan di antara seorang peneroka FELDA dengan seorang jutawan terbilang!!! Jenayah tetap jenayah.
Ramai juga rakan-rakan saya yang ikhlas menyuarakan kebimbangan mereka tentang keselamatan diri saya. Ada di antara mereka yang menyarankan kemungkinan besar “hired killer atau killers” dari Selatan Thai telah diupah oleh “perompak-perompak” wang rakyat ini untuk membunuh saya. Insya Allah saya tidak sekali-kali akan berundur. Saya akur dengan KEAGUNGAN ALLAH SWT. Lagi cepat saya mati….lagi cepat mereka masuk jel dan digantung leher sampai mati. Jika saya gugur sekalipun saya yakin perjuangan saya ini tidak akan terhenti di situ saja. 
Ingin saya tegaskan di sini bahawa usaha saya ini bukannya bermatlamatkan untuk saya mendabik dada demi kemenangan. Usaha saya ini hanyalah untuk menegakkan keadilan. Saya lakukan semua ini semata-mata untuk menghambakan diri saya kepada rakyat bagi menyedarkan kerajaan bahawa keadaan negara semakin meruncing dan rakyat sudah loya melihat segala sandiwara yang dipersembahkan oleh pemimpin-pemimpin haprak ini. Jauh sekali niat di hati kecil saya ini untuk cuba menjadi jagoh atau mencari populariti. Saya bukannya manusia yang egoistik…..bukan seorang berdarah panglima…..seorang yang sudah besar kepala……atau JOBO, mengikut slang orang REMBAU. Saya hanya ingin berbakti pada pertiwi tercinta. Apabila sudah pencen nanti saya tidak akan menyesal kerana saya telah berusaha gigih menjalankan amanat Allah SWT.
Saya mendapat tahu bahawa usaha untuk menghakiskan kredibiliti saya sedang giat dijalankan oleh pucuk pimpinan Cawangan Khas yang ada sekarang. Saya digambarkan sebagai seorang yang kecewa dan selfish kerana tidak dilantik menjadi Pengarah Cawangan Khas. Kononnya saya tidak mengenang budi apabila permohonan saya untuk pencen awal telah ditolak oleh Ketua Polis Negara. Bila pulak saya memohon untuk pencen awal??? Saya menyeru kepada Dato Sri Fuzi Harun, Pengarah Cawangan Khas, supaya ingat pesanan arwah orangtua kita dulu……jangan berbohong dan jangan gadaikan maruah diri dengan membela orang yang terang-terang bersalah demi merebut jawatan. 
Seluruh peringkat organisasi Cawangan Khas didendangkan dengan cerita-cerita bohong yang kononnya saya ini “meroyan” dan seperti seorang yang “gila talak” selepas “ditendang keluar” dari Cawangan Khas. Oh…oh…oh…jauh sekali melesetnya pemikiran mereka. Sebenarnya saya bukan seperti mereka yang hanya suka dan pandai “menjilat” tulang-tulang yang dilemparkan oleh pemimpin politik haprak ini. Saya BELUM PERNAH MENCIUM TANGAN pemimpin-pemimpin haprak serta tangan isteri mereka.
Sebelum ini saya telah berkali-kali menzahirkan pendirian saya kepada anakbuah saya di dalam Cawangan Khas bahawa saya tidak rela meneruskan perkhidmatan dalam Cawangan Khas jika saya terpaksa bersekongkol dengan mereka untuk membohongi rakyat dengan kerja-kerja kotor demi menyelamatkan Perdana Menteri dan kuncu-kuncunya itu dalam kes “rompakan” wang 1MDB ini. Saya juga tidak mahu diperalatkan oleh seorang Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang lagaknya seperti seorang gengster. Jika beginilah kotornya imejnya dua pemimpin tertinggi negara maka sebagai seorang pegawai polis yang masih bermaruah saya tidak sekali-kali ingin meneruskan khidmat saya dalam Cawangan Khas. Tetapi ini tidak bermakna saya tidak lagi mahu berkhidmat dengan PDRM. Sebaliknya saya merayu kepada KPN supaya saya dikekalkan di Bukit Aman, paling tidak dalam Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) supaya saya boleh terus menyumbang secara positif kepada PDRM dalam hal-hal disiplin dan pembasmian rasuah.

  

Itu saja sebabnya yang saya berani berdiri berseorangan diri memerangi kemungkaran. Ingat ye….saya tidak pernah menghasut mana-mana warga Cawangan Khas untuk menyokong segala usaha saya menegakkan kebenaran. Mereka sudah matang dan boleh berfikir sendiri. Tepuk dada tanya selera. Semaklah semua rekod komunikasi saya. Sepatutnya Dato Sri tunjukkan kepimpinan yang baik dan bukannya memfitnah orang-orang yang terdahulu. Saya berjuang bersendirian tanpa ada bodyguard. Insya allah saya tidak memerlukan tenaga Unit Tindakan Khas dan outrider polis untuk menjaga keselamatan saya. I AM NOT A COWARD!!! Kepada Dato Sri Fuzi Harun saya menyeru supaya jangan membodek berlebih sangat. Kalau nak mengampu bos tu ampulah puas-puas. Insya allah bila tiba masanya nanti bolehlah Dato Sri sama-sama mengiringi beliau masuk jel……I Know What You Did Last Summer!!!
Semenjak pertemuan saya dengan pihak media pada 23 Ogos yang lalu saya telah menerima pelbagai nasihat, teguran, kritikan, dan juga ancaman dari individu-individu tertentu. Ada yang bersifat konstruktif dan tidak kurang juga yang bernada ugutan dan gertakan untuk menangkap saya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang berniat baik. 
Kepada mereka yang berniat serong saya doakan juga agar Allah SWT memberikan mereka kesedaran dan peluang untuk kembali ke jalan yang diredhai. Jangan pula cuba untuk nak membabitkan sejarah perkahwinan saya dalam isu ini sebagaimana yang dilakukan Dato Rizal Mansor, pegawai khas 1st Lady tu, tempohari. Ibarat ayam jantan yang mengepak dan berkokok megah sedangkan buntutnya sendiri bersememeh dengan tahi. Bukan saja skandal Dato’ Rizal itu boleh saya dedahkan malahan “cerita-cerita menarik” tentang bosnya Datin Sri Rosmah sendiri boleh saya riwayatkan di khalayak ramai. Afterall birds of the same feathers flock together. Oleh demikian janganlah sesiapa mahu cuba memutarbelitkan hal peribadi saya dalam JIHAD MENEGAK KEADILAN ini. Stick to the issue!!!
  Pada hari ini saya ingin mengambil kesempatan untuk membuat beberapa saranan atau gesaan penting kepada beberapa pegawai tertinggi kerajaan yang selama ini, secara sedar ataupun tidak, atau samada dengan penuh kerelaan atau secara keterpaksaan, telah terpalit dengan kontroversi isu 1MDB. Kedudukan kes ini sebenarnya bolehlah dirumuskan sebagai sesuatu yang SUDAH TERANG LAGI BERSULUH. Itulah kata-kata terakhir Tan Sri Gani Patail kepada saya sebelum beliau “dipecat”. Saranan ini terpaksa saya buat kerana sesungguhnya majoriti rakyat telah berasa amat marah dan meluat terhadap tindak tanduk pegawai-pegawai tertinggi kerajaan ini yang secara terang-terangan telah menyalahgunakan kuasa. Sungguh menjijikkan tindak tanduk desprados ini untuk terus berkuasa dan mengelakkan diri dari MASUK KE DALAM JEL. Mereka sanggup berbuat apa saja untuk memastikan siasatan ini terhenti. Serentak dengan usaha itu mereka menggunakan strategi mengelirukan rakyat dengan mencipta skrip basi yang tidak masuk akal kononnya wujud konspirasi untuk MENGGULINGKAN KERAJAAN. Siapa yang nak gulingkan kerajaan??? Kononnya orang-orang CINA NAK RAMPAS KUASA!!! Ish ish ish jahat sungguh taktik “diversion” yang digunakan oleh para “perompak”ini. Dari isu Pecah Amanah Jenayah dah bertukar pula jadi isu perkauman. Siapalah agaknya penasihat strategi “perompak” ini ye….pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Sebenarnya apa yang rakyat mahukan ialah penjelasan Perdana Menteri tentang misteri “kehilangan” wang 1MDB. Rakyat berhak tahu cerita sebenar-benarnya kerana 1MDB telah meminjam RM4 billion dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Ini wang rakyat. Ini bukan wang Yayasan Tan Sri Noah. As simple as that!!! Mengapa takut untuk tampil memberi penjelasan??? Mengapa mesti tunggu lagi 6 bulan untuk merungkai misteri ini??? Mengapa PAC dan Special Taskforce itu dibubarkan??? Mengapa tiba-tiba Peguam Negara “dipecat” dan pegawai SPRM ditangkap? Mengapa hasil siasatan Bank Negara itu masih belum diputuskan oleh Peguam Negara? Mengapa ketiga-tiga saksi utama kes itu masih berdolak-dalik dan tidak berani segera tampil memberi keterangan? Hanya orang bersalah saja yang takut!!! Rakyat juga ingin tahu betul kah berjuta-juta ringgit wang KWAP telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan samada benar sebahagian darinya telah digunakan untuk membayar caj solekan kulit Datin Sri Rosmah serta lain-lain perbelanjaan mewah beliau??
Saranan dan gesaan ikhlas ini saya tujukan kepada,
KETUA SETIAUSAHA NEGARA.
Kepada Y.bhg Tan Sri Ali Hamsa saya merayu agar Tan Sri dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai Penjawat Awam No. 1 dengan penuh kejujuran dan beramanah sebagaimana yang Tan Sri sendiri unjurkan dalam banyak amanat-amanat kepada penjawat awam sebelum ini. Tan Sri seharusnya berani dan ikhlas dalam menggunakan kuasa dan pengaruh jawatan dalam kes 1MDB ini. Sebagai bapa kepada perkhidmatan awam Malaysia adalah menjadi kewajipan Tan Sri untuk menunjukkan contoh kepimpinan yang terbaik kepada ratusan ribu anakbuah. Takutilah kemurkaan Allah SWT. Jangan sekali-kali Tan Sri takut kepada tekanan pemimpin-pemimpin politik yang sudah jauh menyimpang dan menyeleweng. Tan Sri wajib sedar bahawa penjawat-penjawat awam amat mengharapkan Tan Sri untuk berlaku adil dan tegas menguatkuasakan peraturan -peraturan kerajaan dan bukannya bersubahat dengan mereka yang terang-terang bersalah, untuk menekan, menukar, mengugut, memecat dan menangkap penjawat-penjawat awam yang jujur melaksanakan tugas. Sepatutnya Tan Sri menjadi pembela kepada penjawat awam yang teraniaya!!! 
Mengapa keadaan boleh jadi sebegini buruk Tan Sri??? Tidakkah Tan Sri nanti berasa malu kepada isteri, anak menantu dan ahli keluarga yang lain?? Tidak salah jika saya katakan bahawa moral para penjawat awam kini sudah jatuh merudum. Ikrar jabatan yang dilafazkan setiap bulan oleh penjawat awam untuk memberi perkhidmatan terbaik serta penuh integriti kepada rakyat dan negara sudah tidak bermakna lagi. Ingatlah Tan Sri….jangan sampai kita tergolong dalam kumpulan orang-orang MUNAFIK!!!
PEGUAM NEGARA, TAN SRI APANDI ALI.
Rakyat di seluruh negara amat terkejut apabila Y.A Tan Sri tiba-tiba muncul di saat memuncaknya kontroversi 1MDB. Memanglah tidak terlintas langsung di benak mereka bahawa penggantian jawatan Tan Sri Gani Patail itu dilakukan se pantas kilat membelah bumi. Memanglah kami tahu bahawa penentuan siapa yang paling layak memegang jawatan paling berkuasa itu adalah hak mutlak DYMM SPB Agong atas syor Perdana Menteri. Tetapi di dalam kes Tan Sri prosesnya berjalan luarbiasa sekali. Apakah nawaitu Tan Sri sewaktu mula-mula menerima jawatan tersebut…….to discharge your duties with the highest standard of integrity??? Atau adakah Tan Sri sendiri masih terpinga-pinga dan berat untuk menerima beban jawatan tersebut???Tetapi orangramai bertanggapan bahawa Tan Sri sendiri telah banyak menyumbang idea tentang halatuju tindakan kerajaan di saat-saat genting keputusan “memecat” Tan Sri Gani Patail itu dibuat. 
Dalam ertikata lain….Tan Sri telah bersubahat dengan Perdana Menteri. Wahai Tan Sri yang budiman…..ingatlah betapa sakitnya hukuman di hari Pengadilan nanti. Pada tahap umur sekarang pintu Rahmatullah kelihatan sudah terenggang sedikit. Kita sudah tidak punyai banyak masa lagi. Janganlah dek kerana hendakkan glamor jawatan maruah diri kita gadaikan. Saya masih ada sedikit keyakinan bahawa dengan pengalaman sebagai hakim yang sebegitu luas Tan Sri mampu melaksanakan amanat Allah SWT supaya berlaku adil. Segerakanlah membuat keputusan khususnya berkaitan hasil siasatan Bank Negara itu yang kini failnya sudahpun berada di tangan Tan Sri. Bukankah Jabatan Peguam Negara sedia mempunyai ramai pakar undang-undang lulusan dalam dan luar negara??? Sudah pasti tenaga otak bijak mereka boleh digembeling bagi membantu Tan Sri membuat keputusan dengan cepat dan tepat. Beranikanlah diri Tan Sri untuk disyukuri anakcucu kemudian hari. Jangan aibkan nama baik kita kepada generasi anakcucu kemudian hari.
KETUA POLIS NEGARA.
Kepada Ydh Tan sri saya ingin mengambil peluang untuk menasihati Tan Sri agar dapat menghayati setiap patah perkataan yang tertera dalam Sumpah Jawatan, Ikrar Polis, Rukun Negara dan Perlembagaan Negara. Kuatkuasakanlah Akta Polis itu dengan sejujur-jujurnya. Kita pernah sama-sama berikrar untuk mempertahankan pertiwi dari segala bentuk ancaman. Jangan sekali-kali kita gentar dengan gertakan pemimpin-pemimpin politik yang kian terdesak akibat sifat tamak mereka. Jangan takut dengan ugutan halus “are you with me or are you not?” Janganlah PDRM bertindak MEMILIH BULU dalam penguatkuasaan undang-undang. Yakinlahlah Tan Sri bahawa 120 ribu warga PDRM ini akan tetap setia berdiri teguh mematuhi segala arahan Tan Sri yang berlandaskan undang-undang. Ingatkah Tan Sri kepada lirik lagu keramat kita “POLIS SEDIA BERKHIDMAT”? Perkhidmatan kita adalah untuk rakyat dan negara dan bukannya untuk melindungi petualang negara!!! Sudah lupakah Tan Sri bahawa telah sekian banyak warga PDRM, majoritinya yang berpangkat rendah, yang ditangkap dan diadili serta dihukum kerana rasuah yang tidak seberapa besar nilainya jika dibandingkan dengan misteri “kehilangan” wang 1MDB??? Tanpa mengira kecil ataupun besar nilai wang serta tinggi rendahnya pangkat mereka yang terlibat dalam satu-satu kes itu…..jenayah tetap jenayah. 
….. ukan oleh pemimpin tertinggi negara. Saya amat yakin ramai warga PDRM sendiri yang berasa kecewa dengan halatuju tindakan siasatan oleh pihak kita. Di sebalik kuasa yang begitu luas PDRM dilihat mengambil pendirian bersahaja, sambil lewa atau acuh tidak acuh dalam pendekatan siasatan kes 1MDB. Malahan Tan Sri sendiri dianggap oleh orangramai telah BERSUBAHAT DENGAN SENGAJA MELINDUNGI mereka yang terlibat dalam kes ini dan di waktu yang sama telah menganiaya pegawai-pegawai SPRM dan Bank Negara. Adakah Tan Sri diugut oleh mereka dengan sesuatu yang menakutkan? Cukuplah Tan Sri. Kembalilah bernaung di bawah pancaran semangat Panji Di Raja PDRM yang kita arak setiap 25 March. Berilah pengisian yang terbaik kepada Ikrar Hari Polis itu. Gunakanlah segala kuasa yang ada pada jawatan Tan Sri itu di jalan Allah SWT. Jadilah KHALIFAH ALLAH di bumi tercinta atau setidak-tidaknya contohilah keberanian dan kebijaksanaan pahlawan Islam yang terbilang, KHALID AL-WALID.
MANTAN PEGUAM NEGARA, TAN SRI GANI PATAIL.
Saya berasa amat sedih dan bersimpati sekali dengan nasib yang menimpa Y.Bhg Tan Sri. Ibarat pepatah Melayu….sudah jatuh ditimpa tangga. Tergamak mereka menggunakan alasan penyakit yang masih boleh diubati itu untuk “memecat” Tan Sri. Tan Sri sendiri pernah memberitahu saya dengan penuh bersemangat tentang perancangan doktor pakar untuk melakukan pemindahan buah pinggang itu selepas Aidil Fitri yang lalu. Hina dan menjijikkan sungguh tindakan mereka ke atas Tan Sri. Sebelum tragedi pemecatan jawatan tersebut berlaku saya amat konfiden dengan ketegasan Tan Sri dalam mengepalai usaha Special Taskforce 1MDB tersebut. Bimbang betul Perdana Menteri dengan pendirian “no nonsense” Tan Sri itu. Tetapi sesudah “dipecat” Tan Sri diam membisu seribu bahasa. Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri? Ada pihak menyatakan bahawa Tan Sri diugut agar tidak melawan. Kononnya Tan Sri mempunyai skandal atau salahlaku yang boleh digunakan oleh mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak umum…… “Cummon Tan Sri !!! What is a small personal scandal, even if there is such, when compared to the horrific impact the 1MDB fiasco has unto the nation!!! People will easily forgive you. Come out and make a stand. All this while you are idolised as a tough fighter among the civil servants. Why in a sudden you become so timid? What have they done to you? Allah SWT will protect you sir”. 
Ada juga suara-suara nakal yang menggambarkan bahawa Tan Sri telah termakan sogokan “perompak” ini dengan “habuan-habuan”tertentu. Tetapi mengenali diri Tan Sri saya yakin semua itu akan Tan Sri tolak mentah-mentah begitu sahaja. Saya masih ingat dengan jelas kata-kata bersemangat Tan Sri pada malam pertemuan terakhir kita sebelum Tan Sri “dipecat”……” Hey look…this difficult decision that I have made is not about toppling the government. I am not interested in politics. I am just doing my job”. Lantaran mendengar kata-kata Tan Sri itu saya spontan berdiri dan memberi tabik hormat polis kepada Tan Sri. I can never forget this special moment sir. Saya mendoakan agar rawatan kesihatan ke atas Tan Sri berjalan dengan selamat dan sempurnanya. Aamiin.
PEGAWAI-PEGAWAI SPRM.
Kepada para pegawai SURUHANJAYA KERAMAT ini saya menyeru supaya Tan Sri/Datuk/Dato/tuan/puan semua agar berani untuk melaksanakan tanggungjawab dengan jujur. Ambillah iktibar dari semangat kerja Mendiang KEVIN MORAIS. Fear no one except Almighty God. Berani kerana benar. Jangan gentar dengan cubaan-cubaan “blackmail” oleh pihak petualang. Jangan dilewat-lewatkan siasatan. Jika ada saksi-saksi atau suspek-suspek yang bersandiwara atau menghilangkan diri atau “bermain tarik tali” maka gunakan INTERPOL untuk memburu penyamun-penyamun tarbus ini. Saya tidak lagi berada dalam Cawangan Khas untuk menggunakan kepakaran dan rangkaian kerja kami untuk menjejak mereka. Jika tidak sudah pasti mereka “tidak cukup tanah untuk lari”. Se dalam mana cacing nak menyorok di dalam tanah??? Ingatlah bahawa SPRM lah tinggalnya satu-satunya badan penguatkuasa yang menjadi harapan rakyat untuk keadilan dilaksanakan dalam kes 1MDB ini setelah pihak-pihak yang lain samada “kecut perut” atau menjadi pengkhianat keadilan. Rakyat tidak sabar lagi untuk menyaksi penghujung cerita melodrama 1MDB ini. Ganjaran yang menunggu selepas kiamat nanti amat besar sekali. Bersatulah demi kebaikan masadepan negara ini. Jangan berpecah dek “nak berebut harta perang”. Jangan lupa peristiwa Perang Uhud!!!
LAIN-LAIN PENJAWAT AWAM.
Kepada lain-lain penjawat awam termasuklah PDRM, ATM, Kastam Di Raja Malaysia dan pegawai/staf kedutaan/suruhanjaya tinggi Malaysia di luarnegeri, khususnya mereka yang mempunyai maklumat tentang salahlaku “perompak-perompak”1MDB ini, saya menyeru agar mereka semua berani berdiri dan tampil ke depan untuk menyumbang maklumat. Kepada yang MUSLIM eloklah bermuhasabah diri masing-masing. Hayatilah isi kandungan pelbagai khutbah solat jumaat yang dibaca oleh khatib berkaitan dengan amanah dan integriti. Memanglah berat tanggungjawab yang kita pikul sebagai penjawat awam. Tetapi yakinlah kepada kuasa Allah SWT. Berani kerana benar. Tampillah ke hadapan untuk mendedahkan segala kemungkaran yang berlaku depan mata.
Seruan ikhlas ini khas saya tujukan kepada pegawai-pegawai agensi perisikan ATM dan Cawangan Khas yang mempunyai maklumat salahlaku “perompak” 1MDB ini. Jangan bersubahat kerana padah yang menanti kemudian hari amat buruk sekali. Tidak lupa juga kepada pegawai-pegawai TUDM yang menjadi crew jet-jet rasmi kerajaan yang tahu tentang bagaimana pembaziran dilakukan oleh VVIP kita. Rakyat jelata berikat perut untuk berjimat tetapi pemimpin negara seronok membazir wang kerajaan. 
Begitu juga dengan para pegawai kastam yang menyaksikan bagaimana barangan mewah bernilai jutaan ringgit yang dibeli oleh Datin Sri Rosmah Mansor “diseludup” masuk dan diyakini tidak dikenakan cukai samasekali. Amat menghairankan bagaimana seorang isteri kepada Perdana Menteri yang hanya seorang yang bertaraf surirumah mampu berbelanja sebegitu mewah. Dari mana puncanya wang yang dibelanjakan itu??? Tidak ketinggalan juga seruan saya ini ditujukan kepada pegawai/staf di misi-misi luarnegeri yang menjadi mangsa herdikan seperti hamba abdi oleh VVIP dan ahli keluarga mereka dalam urusan pembungkusan/pengiriman balik barangan mewah yang “dibeliborong” oleh mereka. Ingatlah tentang tanggungjawab kita untuk menghentikan perbuatan mungkar manusia-manusia rakus ini…..sudah puas berbelanja barangan mewah dengan duit kotor…..cukaipun diyakini tidak dibayar. Ingat ye……apakah yang hendak kita jawab di hari akhirat nanti??? Ketika mati nanti jasad kita hanya dikafankan dengan kain putih yang tidak se mahal mana. Tiada Harley Davidson atau beg tangan Birkin yang akan dibekalkan bersama kita di liang lahat. Macamana nak bersiar-siar dan bershopping sakan dalam kubur yang sebegitu sempit itu nanti!!!
Sekian. Ini saja yang hendak saya tuliskan buat ketika ini. Saya akan terus berusaha mendedahkan kemungkaran oleh para pemimpin yang menyeleweng ini demi pertiwi tercinta.
Salam hormat dan salam perjuangan,
ABDUL HAMID BADOR (Bekas Timbalan Cawangan Khas PDRM.)

8 Jan 2017.Dengan kerjasama Wartawan Bebas.
WB mohon maaf sekiranya terdapat perkataan yang menyinggung perasaan macai-macai UMNO dalam Group VET.

Selingan : 

Demi Cinta Ini.   https://4uni2c.com/?s=lagu+demi+cint&submit=Search

FELDA – rugi pun dapat bonus ?

•2017-01-06 • Leave a Comment

Oleh YB Rafizi Ramli (AP Pandan)

​Felda telah mengumumkan bonus purata RM697 untuk seorang peneroka, tetapi peneroka harus sedar bahawa beban faedah hutang yang akan ditanggung mereka telah bertambah RM5,065 untuk setiap tahun.

 

Pada 30 Disember 2016 yang lepas, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad telah mengumumkan pemberian bonus Insentif Produktiviti Peneroka hasil berjumlah RM66.7 juta yang akan diagihkan kepada 95,683 orang peneroka di seluruh negara, seperti dilaporkan NST http://www.nst.com.my/news/2016/12/200620/new-year-cheer-felda-settlers-set-receive-bonus-totalling-rm667-million

 

Dari 95,683 orang peneroka ini, mereka akan menerima insentif yang berbeza-beza di antara RM300 hingga RM800 bergantung kepada hasil. Secara purata, setiap peneroka akan menerima RM697 bonus setiap seorang berdasarkan jumlah RM66.7 juta yang dibahagikan kepada 95,683 peneroka.

 

Tan Sri Isa Samad juga dipetik sebagai berkata bahawa Felda masih mampu membayar bonus walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

 

Apa yang tidak disebut oleh Tan Sri Isa ialah bonus itu (berdasarkan unjuran penyata kewangan tahun 2014 dan kedudukan kewangan Felda sejak dari itu) dibayar dengan menggunakan wang pusingan hutang kerana prestasi kewangan Felda setakat ini (setakat yang terkini iaitu 2014) menunjukkan Felda mencatatkan kerugian dari operasinya (iaitu operasi bersabit kelapa sawit dan perniagaan sebelum ditolak bayaran faedah hutang, cukai dan lain-lain).

 

Pada tahun 2014, kerugian operasi Felda ialah RM968 juta dan diperingkat kumpulan (termasuk kerugian anak-anak syarikat), Felda mencatatkan kerugian operasi sehingga RM1.4 bilion. Ini bermakna dalam tahun 2014, Felda tidak berjaya menjana wang dari operasi kelapa sawit dan perniagaannya kerana mengalami kerugian.

 

Saya yakin prestasi kewangan Felda tidak banyak berubah dalam tahun 2015 dan 2016, oleh itu unjurannya Felda dan anak-anak syarikatnya akan terus menunjukkan kerugian operasi.

 

Ini bermakna, sebarang bonus yang dibayar adalah dengan menggunakan wang hutang kerana operasinya tidak berjaya menjana keuntungan. Lebih teruk dari itu, dengan keputusan Felda untuk membeli 37% pegangan saham Eagle High Plantations berjumlah RM2.26 bilion, hutang Felda dan anak-anak syarikatnya akan melonjak naik kerana pembelian itu akan dibiayai melalui hutang.

 

Saya memetik laporan The Star bertarikh 28 Disember 2016 http://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/12/28/sukuk-loan-mix-for-feldas-eagle-high-stake-buy/ yang memetik sumber yang rapat dengan urusniaga itu mengesahkan bahawa pembelian saham berjumlah RM2.26 bilion itu akan dibiayai melalui 2 pinjaman:

 

i. Terbitan hutang sukuk (kertas hutang mematuhi shariah) berjumlah RM1.13 bilion iaitu 50% dari pembiayaan tersebut

ii. Baki pembelian RM1.13 bilion akan dibiayai oleh satu hutang dari kumpulan bank Eropah

 

Saya telah menyemak kadar purata faedah (kupon) yang perlu dibayar oleh hutang-hutang yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Bank Negara, seperti berikut:

 

Berdasarkan kadar di pasaran yang terkini bertarikh 4 Januari 2017, kadar bayaran faedah bagi hutang yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia mencecah 5% (rujuk graf di atas) bagi hutang-hutang yang perlu dilangsaikan dalam tempoh 20 tahun.

 

Hutang yang akan diterbitkan oleh Felda dan dijamin oleh Kerajaan Malaysia juga akan dikenakan kadar faedah yang sama dengan hutang-hutang yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia, iaitu sekitar 5%.

 

Bagi hutang yang diambil dari kumpulan bank Eropah, kadar pinjaman dari bank perdagangan selalunya beberapa % lebih tinggi dari kadar hutang yang diterbitkan oleh sesebuah kerajaan. Jadi, jika kadar hutang bagi hutang-hutang yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia adalah 5%, saya mengunjurkan (dengan mengambil kira risiko kewangan akibat kedudukan kewangan Felda yang lemah) Felda terpaksa membayar kadar faedah sekurang-kurangnya 7% (iaitu 2% lebih tinggi dari kadar hutang Kerajaan Malaysia atau MGS) ke atas RM1.13 bilion yang diambil dari bank Eropah itu.

 

Berdasarkan angka-angka ini, saya sertakan satu perkiraan jumlah hutang yang terpaksa ditanggung oleh Felda dan anak syarikatnya setelah pengambil alihan 37% pegangan di dalam Eagle High Plantations, seperti yang ditunjukkan di dalam Lampiran A.

 

Kedudukan hutang Felda, jumlah kos membayar faedah hutang dan purata kos faedah hutang tahunan yang ditanggung oleh seorang peneroka Felda selepas pembelian saham-saham itu adalah seperti berikut:

 

i. Jumlah kos membayar hutang Felda dan anak syarikatnya – RM485 juta setahun

ii. Purata bayaran faedah hutang Felda dan anak syarikatnya bagi setiap peneroka – RM5,065 setahun

 

Sebab itu saya minta supaya Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan kerana bukan sahaja prestasi kewangan Felda jatuh merudum semasa beliau memimpin Felda, beliau juga mengumumkan bonus purata RM697 seorang peneroka yang akan dibayar dari hutang, sedangkan beliau menyembunyikan bahawa setiap peneroka itu pula akan menanggung bayaran faedah hutang Felda dan anak syarikatnya sebanyak RM5,065 setahun.

 

Link paparan penuh laporan:

http://rafiziramli.com/2017/01/felda-umum-bonus-purata-rm697-seorang-peneroka-tambah-beban-faedah-hutang-rm5065-setiap-peneroka-setiap-tahun/)

 

RAFIZI RAMLI

AHLI PARLIMEN PANDAN

NAIB PRESIDEN KEADILAN

Krisis keyakinan & kejujuran yang mesti diatasi segera.

•2016-12-18 • Leave a Comment

2016 Disember 18

Krisis keyakinan kronik kata Tun Daim Zainuddin

SAYA telah diminta berkongsi pandangan mengenai isu struktural yang dihadapi oleh negara kita dan apa yang boleh dilakukan berkaitan dengannya.
Saya amat keberatan untuk menurunkan pemikiran saya dalam bentuk tulisan atau berkongsi pandangan saya dengan masyarakat.
Sejak bersara, saya menjauhkan diri daripada perbincangan terbuka. Saya lebih banyak menghabiskan masa dengan mengembara. Namun keadaan telah berubah dan kita sedang mengalami krisis yang sangat teruk.
Saat ini, jelas terdapat isu struktural jangka panjang yang mungkin memberi kesan kepada hala tuju kita ke arah status negara maju.
Ini termasuklah isu pendidikan, pasaran buruh, dasar fiskal kewangan kerajaan, pertumbuhan inklusif dan kemapanan ekonomi.
Bagaimanapun, apa yang negara kita perlukan pada masa ini adalah usaha untuk menangani perkara yang lebih asas walaupun sukar untuk diselesaikan.
Seperti telah saya katakan berulang kali, apa yang perlu kita tangani sekarang adalah defisit keyakinan yang kronik. Untuk mengatasi defisit itu kita mesti tahu asal-usul permasalahannya.
Terdapat beberapa sebab kita mengalami defisit keyakinan.
Pertama, kekurangan integriti, kejujuran dan keberanian moral. Ketiadaan sifat-sifat moral yang tinggi ini berlaku secara meluas di kalangan elit negara ini, khususnya mereka yang berkuasa.
Gejala rasuah yang berleluasa sehingga wang awam boleh dicuri untuk kegunaan persendirian oleh kakitangan awam atau kes kakitangan awam menyembunyikan jumlah wang yang begitu banyak sudah tidak lagi memeranjatkan kita. Seolah-olahnya gejala rasuah yang sistemik telah menyelubungi dan melumpuhkan negara sehingga kita terpaksa menerimanya bulat-bulat.
Hakikatnya, mereka yang korup harus dihukum dan kita tidak patut menunjuk sebarang simpati terhadap mereka.
Namun adakalanya penjenayah yang mempunyai perlindungan politik tidak segera dihadapkan ke muka pengadilan.
Dalam kes rasuah Jabatan Air Negeri Sabah misalnya, sudah hampir dua bulan berlalu sejak mereka yang disyaki, dilepaskan melalui ikat jamin. Ini memberi ruang kepada orang ramai untuk terus membuat spekulasi mengenai salah guna sistem pentadbiran.
Demikian juga dengan tuduhan rasuah di Kementerian Belia dan Sukan. Dan siapakah yang boleh menafikan kewujudan kes rasuah berbilion ringgit serta salah guna kuasa sedang berlaku di negara kita?
Agak penting juga untuk diingatkan bahawa kekurangan integriti nasional mempunyai kesan yang sangat buruk. Dan kesannya boleh dirasai melangkaui generasi pada hari ini.
Kajian menunjukkan negara yang dianggap mempunyai kadar rasuah tinggi mengalami kadar pertumbuhan ekonomi lebih rendah berbanding negara yang bersih daripada gejala rasuah, selain menghadapi kesan negatif dalam pertumbuhan ekonomi.
Tiada siapa mahu melabur di negara yang tidak menghormati peraturan perundangannya sendiri.
Ramai yang lupa bahawa punca sesuatu masyarakat atau sesebuah negara itu boleh berjaya ataupun gagal, dan sesuatu tamadun serta empayar agung boleh runtuh adalah disebabkan kekurangan atau ketiadaan integriti.
Oleh itu, untuk menyelesaikan isu-isu struktural ini maka adalah penting jika sifat mulia perlu diwujudkan di peringkat paling atas di kalangan mereka yang berkuasa.
Malah, kelangsungan negara kita dan kejayaannya bergantung kepada keutuhan moral setiap orang, terutama di kalangan mereka yang memimpin.
Pemimpin mesti menegakkan tingkah laku berintegriti tinggi, tidak mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepada mereka dan tidak mengambil kesempatan atas kedudukan pangkat masing-masing. Mereka yang berkuasa mesti berwaspada dan beringat bahawa menyalahgunakan kuasa adalah satu sifat tidak bermaruah.
Kedua, kekurangan empati dan penggunaan akal logik di kalangan pemimpin memainkan peranan dalam melebarkan lagi jurang keyakinan terhadap mereka.
Di kala rakyat berasa kesempitan akibat peningkatan kadar gaji yang perlahan, peningkatan kos sara hidup akibat pelupusan subsidi dan nilai mata wang ringgit yang lemah, tidak semena-mena kita mendengar berita bahawa lebih setengah bilion ringgit akan diguna untuk mengubah suai taman di ibu kota.
Ini sangatlah tidak sensitif dan tidak masuk akal, lebih-lebih lagi apabila peruntukan untuk sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan telah dipotong.
Wajarkah memotong peruntukan, tetapi kita menggunakan berjuta-juta duit rakyat untuk menaik taraf sebuah taman? Jika kerajaan betul-betul jujur mengambil berat taman-taman di ibu kota, maka taman seperti di Bukit Kiara sepatutnya sudah lama diwartakan.
Ketiga, kemahiran mengawal dan mengawasi ekonomi negara amat cetek. Kita kononnya berbangga mengatakan “asas-asas ekonomi kita adalah kukuh”, tetapi sebenarnya ekonomi kita dijanakan oleh hutang.
Ini tidak lestari. Hutang kerajaan berserta liabiliti luar jangka telah dengan mudah melampaui had hutang yang ditetapkan.
Untuk belanjawan tahun hadapan sahaja, kita perlu meminjam sehingga 90 peratus bagi membiayai perbelanjaan pembangunan. Bagi setiap RM1 pendapatan yang kita sasarkan untuk dipungut, 98 sen daripadanya terpaksa digunakan untuk perbelanjaan operasi seperti pembayaran gaji, pembayaran faedah hutang dan pemberian subsidi. Sekali lagi diulangi, cara ini sememangnya tidak lestari.
Kadar hutang isi rumah sahaja pun sudah berada pada tahap tertinggi dalam sejarah, malah yang tertinggi di rantau ini. Dengan kurangnya kadar simpanan isi rumah, rakyat pastinya terdedah kepada bahaya kemiskinan.
Sehingga akhir tahun lalu, kadar hutang korporat di luar sektor kewangan juga amat tinggi, iaitu 105 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini adalah lebih tinggi daripada kadar hutang negara sedang pesat membangun.
Begitupun, kita masih mahu berbangga menyatakan bahawa ekonomi kita sedang berkembang, dan bermegah pula apabila presiden baharu Amerika Syarikat dikhabarkan berasa kagum dengan kadar pertumbuhan ekonomi kita. Sedangkan ekonomi Amerika Syarikat sedang menikmati kapasiti penuh dan ini dibuktikan dengan kadar penganggurannya yang berkurangan serta peningkatan kadar gaji.
Bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi sahaja tidak cukup. Ia mesti memberi faedah kepada rakyat dan negara.
Malangnya, meskipun pertumbuhan ekonomi kita adalah positif, angka pengangguran bertambah setiap tahun. Sejak awal tahun lalu, jumlah penganggur meningkat 16 peratus.
Golongan siswazah tidak mempunyai kerja kian membesar di mana hampir satu daripada tiga orang adalah penganggur.
Bahkan ada graduan lulusan kejuruteraan yang terpaksa menjual nasi lemak. Dan kerajaan kita nampaknya berbangga dengan ‘pencapaian’ ini!
Syarikat-syarikat juga tidak mengambil pekerja baru seperti dahulu. Angka jawatan kosong tahun ini adalah yang terendah dalam tempoh sedekad lalu.
Fakta yang diketahui menunjukkan jawatan kosong yang ada pun kebanyakannya untuk pekerjaan separuh mahir ataupun berkemahiran rendah.
Kesannya, jumlah tenaga buruh berkemahiran rendah di negara ini kian bertambah manakala jumlah tenaga kerja mahir semakin berkurangan.
Ini tidak memberi prospek bagus bagi negara yang sedang menuju ke arah berpendapatan tinggi. Adalah sia-sia apabila negara akhirnya mencapai pendapatan tinggi, tetapi majoriti rakyatnya masih berpendapatan rendah.
Hal-hal di atas adalah faktor yang membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan. Jadi apa yang mesti kita lakukan?
Ada dua perkara perlu dibuat. Ada yang mudah dan ada yang sukar.
Pertama, sebuah pasukan pengurusan ekonomi yang baru mestilah ditubuhkan dan diberi mandat untuk memperbetulkan ekonomi yang sudah lesu ini.
Rakyat, berserta dengan pelabur di dalam dan luar negara, mesti mempunyai keyakinan dan kepercayaan ke atas mereka yang menguruskan ekonomi.
Oleh itu, ahli-ahli pasukan ini mestilah terdiri daripada golongan profesional yang mempunyai kepakaran teknikal yang tinggi, cekap, berintegriti dan berani untuk berkata benar. Mereka yang tidak kompeten dan kurang pandai tidak boleh diberikan tugas ini walau setinggi mana pun kesetiaan mereka kepada ketua.
Kita boleh lihat tahap kebolehan Jawatankuasa Khas Ekonomi yang ditubuhkan pada Ogos tahun lalu. Mereka gagal sama sekali. Kumpulan ini mesti dibubarkan.
Pada masa yang sama, perdana menteri tidak boleh memegang jawatan menteri kewangan.
Ini adalah contoh tadbir urus yang buruk.
Kedua, dan yang tidak kurang pentingnya, kita mesti berusaha untuk membuang mentaliti feudal, terutama di kalangan mereka yang memegang amanah negara.
Jika seseorang pemimpin sudah melakukan kesalahan atau jenayah, adalah menjadi tanggungjawab orang bawahannya, terutama penjawat awam untuk mengambil tindakan pembetulan; bukannya bekerjasama menutup kesalahan jenayah tersebut.
Perlu diingatkan, ahli politik yang dipilih oleh rakyat untuk memimpin kerajaan sebenarnya adalah hamba kepada rakyat Mereka hanya diberi mandat dan kuasa oleh rakyat untuk memimpin kerajaan dan memerintah bagi pihak rakyat itu sendiri.
Maka dengan itu, sifat menghormati dan akauntabiliti terhadap rakyat yang telah mengundi mereka adalah ciri paling utama perlu ada di kalangan pemimpin.
Pemimpin bukannya tuhan yang mesti disembah dan dituruti setiap masa. Seruan ini bukanlah baru. Kira-kira setengah abad yang lalu, ahli falsafah dan pakar sosiologi negara, Syed Hussein Al-Attas telah memberi amaran terhadap bahaya ini; “…mereka yang berkuasa …mengharapkan orang bawahan mereka supaya sentiasa setia hinggakan boleh timbulkan konflik dengan etika atau peradaban normal…orang bawahan ini diwajibkan setia dalam apa jua keadaan walaupun keadaan itu melanggar nilai-nilai dan falsafah masyarakat Malaysia.”
Sekali lagi, ini memerlukan integriti dan kejujuran walaupun ia membuatkan seseorang itu berada dalam minoriti. Perdana menteri kita yang pertama pernah berkata “jika anda fikir anda kaya, ada ramai orang yang lebih kaya daripada anda.
Jika anda fikir anda pandai, ada ramai orang yang lebih pandai daripada anda. Jika anda fikir anda adalah jujur, maka anda adalah sebahagian daripada golongan yang sedikit. Maka dalam hal ini, adalah terbaik untuk menjadi sebahagian daripadanya”.
Dalam mendepani rakyat, sama ada berkaitan aspek ekonomi, sosial atau politik, kejujuran adalah prinsip terbaik. Pembohongan hanya akan membawa kepada lebih banyak pembohongan, dan apabila rakyat sudah tidak mempercayai anda, walaupun ketika anda memberitahu yang benar, mereka tetap tidak akan yakin terhadap anda. Anda tidak akan dapat menyelesaikan masalah negara selagi wujud defisit keyakinan.
Daripada pengalaman saya sewaktu krisis ekonomi 1986 dan 1998, saya lebih terbuka dan jujur terhadap masalah yang dihadapi manakala rakyat pula mempunyai keyakinan untuk memberi kita lebih masa dan ruang agar kita boleh menyelesaikan masalah tersebut.
Tanpa keyakinan dan sokongan rakyat, penyelesaian isu-isu ekonomi akan menjadi amat sukar, terutama jika isu itu memberi kesan secara langsung kepada mereka.
Dalam erti kata lain, ia adalah satu kerjasama erat di antara yang memerintah dengan dan yang diperintah.
Pembaharuan dalam institusi sedia ada juga diperlukan. Kita mesti ambil semua langkah wajib, termasuklah meminda undang-undang bagi memastikan kebebasan badan kehakiman dan institusi keselamatan tanah air.
Kebebasan bersuara, perbezaan pendapat dan idealogi mestilah dialualukan, bukannya didakwa. Inilah intipati sesuatu demokrasi yang betul-betul terbuka, segar dan berjalan lancar.
Jika kita gagal menggembleng usaha untuk membuat pembaharuan penting seperti dinyatakan di atas bermakna kita akan terbabas dan menjauhi sasaran untuk mencapai kemakmuran. Kita harus berasa bimbang terhadap masa depan yang akan kita tinggalkan kepada anak cucu kita.

*** Artikel ini disiarkan dalam The Edge

Tun Daim Zainuddin,

Bekas Menteri Kewangan

Wallahua’lam.

4uni2c #16X08 PAS dulu bukan yang sekarang

•2016-10-07 • Leave a Comment

Nota : copy and paste tulisan yg Acik terbaca dalam FB. Semoga mudah utk dirujuk kembali.

Selamat membaca !

RENUNGAN BUAT LEBAI MUDA CIRIT BIRIT DAN BUDAK BARU NAK UP.
Berikut merupakan keluhan seorang veteran PAS, Dr Fauzi Zakaria mengenai perkembangan PAS hari ini…
Para ex-activists Pemuda sejak awal 1980an seperti Mad Sabu, Khalid Samad dan Husam Musa tlh terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kpd Jamaah (PAS). Berjuang sejak drp zaman kelam. Menginfaqkan tenaga, masa muda dan harta yg tak seberapa.
 Tetapi mereka inilah yg berjuang sejak zaman kelam, sejak umum Masyarakat Malaysia tak faham sangat apa itu Islam. Sejak zaman masyarakat umum Islam tak mengenali taraf Ulama melainkan hanya sebagai tukang2 baca Doa selamat.
 Para ex-aktivist PEMUDA inilah yg berjuang menegakan politik Islam,mereka inilah yg memperjuangkan kedudukan Ulama sehingga kepimpinan Ulama diterima sebagai kepimpinan tertinggi dlm Jamaah. Kini nama2 mereka ini di jaja oleh sekumpulan Ulama muda pendatang baru dlm Jamaah, sebagai munafiq Jamaah.
 Apakah saudara ahli2 PAS boleh melabel sahabat dgn label begitu?
Ana sezaman dgn Husam zaman tidur-bangun di Pej PAS Jln Dato Pati. Husam baru grad UM (1984). Ana pelajar UM Nilam Puri. Kami pernah sama2 menerbitkan GEMA PEMUDA sebelum adanya akhbar Harakah. 
Setelah zaman berlalu (sejak era 2000 berlalu) Sejak 2003-2008 kami sekeluarga dijemput Allah menjadi jiran-Nya di Mekkah/Madinah.
 Sebagai “org Mekkah” ana mendapat maklumat sebebasnya mengenai perkembangan Politik-Jamaah di Malaysia hatta dpt berbincang dgn sebebasnya dgn bekas pimpinan UMNO.
 Ana mendengar kenaikan Maqam Husam di dlm Jamaah.
 Di Satu Majlis Hariraya di Konsulat Malaysia Jeddah,saya berbicara dgn Tan Sri Sanusi Joned pasal masa depan politik Malaysia sampai subuh. ( 3.00 pg waktu Saudi).
 Beliau nampak potensi pimpinan masa dpn politik Melayu Islam dlm barisan muda PAS. Antara yg kerap di sebutnya, Husam Musa.
 Sepulang saya ke Malaysia 2008, saya join semula dunia akademik di UM. Sejak itu saya lbh jadi pemerhati akademik. Sekali sekala jumpa (Dato) Husam di majlis2 akademik di kampus2.
 Memang zaman semesra sama2 melepak di Pej PAS Jln Dato Pati dulu sukar sudah nak wujudkan kembali. Sukar saya nak panggil dia Dato’ sukarnya dia nak panggil saya Doktor….
 Namun jauh di sudut hati barangkali kami saling mendoakan kejayaan sahabat2 lama ini. Sebagai org akademik yg tidak ada kepentingan politik, melihatkan karismanya..hati saya semacam mengesahkan apa yg pernah di sebut oleh Tan Sri Sanusi Joned 2008 di Jeddah dulu..
 Namun org akademik berhadapan dgn realiti hanya blh berharap dan mengimpikan.
 Para pemain politikus lbh cekap mengelecek kan bola2 politik mengalahkan kami dan ramai lagi yang mengimpikan sesuatu yg mungkin ideal……. Hanya kpd Allah .

 “Ya Allah. Engkaulah Yang Maha Mengetahui betapa kasih dan sayangnya kami kpd pemimpin kami sejak lebih 30 tahun semenjak waktu pemimpin kami ini di kenali sebagai tokoh Ulama Muda Nusantara, kami dengan penuh kasih sayang terus menerus mendokong kepimpinannya.

 Tiba2 di akhir2 ini petaka apakah yg menimpa, pemimpin yg kami kasihi selama ini kelihatan tidak mesra lagi kpd kami ex anak2 muda yg yelah mendokong begitu lama. Apakah dgn gara2 kemunculan kumpulan anak2 muda baru yg menggelarkan diri mereka “Ulama Muda”, maka kami para ex Pemuda ( non-Ulama) tidak di kasihi lagi.Dlm ucapan2 terakhir pemimpin yg kami kasihi ini kedengarannnya mcm menghalau saja kami dari lengkongan Jamaah yg tercinta ini.

 Ya Allah Ya Rabbi, Tak adakah sesiapa lagi di kalangan Umatmu yg mampu menangani….”
Apabila ada perwakilan suruh keluar Pas dlm muktamar….. 
Tidak ada sapa2 berhak menghalau sapa2 dari Jamaah ini. Allah dan Rasulnya yg meminta umat ini bersatu dlm Jamaah. Maka sesiapa berjamaah kerana Allah sesungguhnya dia telah menyahut seruan ALLAH.Siapa kita yg boleh berasa org lain blh berambus dr jamaah yg kita syangi bersama.
 Kenapa sehari dua ni pimpinan Ulama kita menggesa ahli2 bawahan menghormati Ulama. Rasanya ada sesuatu yg Allah swt nak tegur ni.
Selama ni sejak lbh setengah abad PAS meredah Perjuangan Siyaasah Islamiyyah. Pendokong bawahan sememangnya mendokong dan menjunjung tinggi kedudukan Ulama tanpa dipinta2.
 Masa tu

rasanya tak ada anak menantu pimpinan Ulama turut nak membolot persada kuasa. Namun kini setelah adanya fitnah penglibatan anak menantu bersama. Rakyat dan ahli bawahan berhak utk berkata-kata. Kepatuhan membuta tuli atas apa2 nama yg agak rasmi blh diminta. Namun Penghormatan yg hakiki tidak boleh di paksa2
 Ana dan Pimpinan Tarbiyyah kampus UM memang pernah menangguhkan Wala’ kpd Mad Sabu yg menaiki TK DPPP. Kami bantah kerana kempennya menaikkan Allahyarham Ust Dato Abu Bakar Chik dgn menjatuhkan kepimpinan Ust Ab Halim Arsyad.
 Kami satu rombongan dtg ke Rusila menemui Timb Presiden (TGHH) menyatakan stand kami. TGHH menasihatkan kami bersabar dan tidak menentang Jamaah. Kami terima. 
Bila program Tarbiyyah kami hanya jemput pimpinan Ulama seperti alMarhum Ust Haron dan Ust Yahya Uthman. Memang kamu tak jemput Mad Sabu dan Pimpinan Pemuda bagi pengisian.
 Namun apabila Mat Sabu bertanding di Kelantan PRU 1991 kami buat kerja bagi nak mati memenangkanya.
 Puas hati dgn prestasi nya sebagai ahli Parlimen. Sebagai wakil rakyat PAS beliau beraksi bagaikan Singa di Parlimen. Beliau menjadi kebanggaan Jamaah. 
Beliau hidup sederhana, sepanjang 2 penggal sebagai Ahli Parlimen beliau tidak beli walaupun sebuah kereta buruk. Elaun ahli parlimen memang dihabiskan bersama petugas Jamaah di Kelantan. Kehidupan keluarganya di Shah Alam di pikul sepenuhnya oleh isterinya Puan Normah. Masuk ISA berkali2 kerana perjuangan.
 Begitu hebat pengorbanannya dlm perjuangan. Saya cabar adik2 baru dlm Pemuda yg duk kutuk Mat Sabu. Kamu yg hidup dgn imej kehidupan mewah dgn kereta2 mewah, sanggup kamu kutuk org yg tidak pernah berkereta sepanjang jadi Ahli Parlimen, Kamu diangkat ke pentas2 ceramah/kuliah berbayar RM Ratusan sejam, sanggup kamu kutuk org yg berceramah dgn dibayar dgn harga ISA.
 Silakan berMUHASABAH.  Ustaz Dr. Fauzi Zakaria, Mantan Polsek ATGNA

Selingan:     https://youtu.be/DXgGID7KMT0

 

 

 

Lagu – Nanti di kebun syurga

•2016-05-09 • Leave a Comment

Acik  AJAR  :   https://4uni2c.com/2015/07/12/2250/

*** Untuk men CARI  lain-lain PenCERAHan  sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

 

 

 

Nanti di kebun syurga

Hati Cikgu Melur tak dapat lagi membendung rasa sayu yang bersangatan. Sayu akibat ditinggalkan Orkid yang baru sebulan saja meninggalkan alam fana ini. Kini sepotong ayat rengkas pula menusuk hatinya. Isinya menggandakan lagi kepedihan rasa sayu yang sedang dibendungnya itu.

Sama sekali Cikgu Melur tak menyangka ayat yang berbunyi, “tergamak Cikgu nak tinggalkan kami !” akan terkeluar dari sesiapa pun terhadap dirinya. Kata-kata itu amat menyentuh perasaan beliau. Tapi itulah yang dibisikkan ke telinga kirinya sebaik saja beliau melabuhkan punggungnya di atas kerusi di sebelah Cikgu Jasmin. Ketibaan beliau ke atas pentas dewan sekolah itu amat dinanti-nantikan sekelian warga SKPB (Sekolah Kebangsaan Pos Brooke).

Majlis bagi meraikan pertukaran Cikgu Melur ke sekolah lain itu baru nak dimulakan. Cikgu Jasmin ditugaskan oleh Puan Gurubesar menjadi juruacara bagi majlis tersebut. Kerusi Cikgu Jasmin ditempatkan di sisi kiri kerusi Cikgu Melur, sedangkan Puan Guru Besar sendiri duduk di sisi kanan Cikgu Melur..

Sebaik saja Cikgu Melur mengambil tempatnya di atas pentas tersebut maka bangunlah Cikgu Jamin ke mikrofon bagi membuka tirai majlis selaku juruacara.

 

Pisang emas dibawa belayar,

masak sebiji di atas peti;

hutang emas boleh dibayar,

hutang budi dibawa mati.

 

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga ;

Walau badan dikandung tanah,

Budi nan baik dikenang juga”

 

“Izinkan saya membaca dua rangkap pantun traditional itu tadi sebagai pembuka tirai majlis ini”.

 Itulah kata-kata yang keluar dari bibir Cikgu Jasmin dengan nada yang agak sayu tanpa dibuat-buat.  Kemudian beliau menyambungnya,  “Yang berbahagia Puan Gurubesar, Wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang, tetamu khas kita Cikgu Melur, guru-guru penolong kanan, rakan-rakan sejawat saya dan seluruh warga SKPB yang dihormati lagi dikasihi sekelian, assalamualaikum ! “ 

 

“Sesungguhnya, bersama dan berpisah itu adalah suatu lumrah hidup. Begitulah dengan kita sesama kita. Dan majlis yang kita adakan ini adalah bagi meraikan perpisahan antara kita dengan seorang dari ahli kita warga SKPB ini tidak lama lagi. Ya, kita akan ditinggalkan oleh Cikgu Melor yang akan bertukar balik ke negeri kelahiran beliau iaitu Pulau Pinang”

“Bagi memula dan merasmikan majlis yang mulia lagi bersejarah ini, maka saya dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakanYang Berbahagia Puan Nur’ain selaku Gurubesar SKPB bagi memberi ucapan dan merasmikan majlis perpisahan ini”

“Dipesilakan Puan ! “ kata Cikgu Jasmin lalu menyerahkan mikrofon kepada Puan Gurubesar.

Puan Nur’ain pun berdiri dan menyambut mikrofon yang dihulurkan Cikgu Jasmin itu. Beliau memulakan ucapannya dengan memberi salam kapada semua yang hazir. Ucapan beliau begitu tenang sekali tetapi dengan penuh semangat. Tanpa merujuk kepada apa-apa nota tangan, beliau mampu mengucap selama lima belas minit dengan penuh berisi. Dewan begitu senyap sekali. Seluruh warga SKPB itu begitu terpegun dengan kata-kata dan nada ucapan Puan Nur’ain..

Memang ucapan Puan Nur’ain itu amat memberansangkan bagi sesiapa yang mendengarnya. Aspirasi beliau datang berkhidmat di SKPB itu amat jelas. Iaitu semata-mata demi memajukan anak-anak masyarakat orang Asli di seluruh kawasan Lojing. Beliau amat sedih dan simpati terhadap orang Asli yang masih ketinggalan jauh kebelakang.berbanding dengan kaum-kaum lain di Malaysia.  

Puan Nor’ain (Gurubesar) amat taksub dengan pendidikan, bidang yang telah diceburi beliau sejak lebih 30 tahun dahulu. Bagi beliau, pendidikan adalah satu-satunya kenderaan yang mampu membawa masyarakat orang Asli berhijarah dari alam kuno ke alam moden. Belum pernah terjadi dalam sejarah SKPB, seorang gurubesar wanita sanggup menawar diri untuk datang berkhidmat di sekolah itu. Tapi itulah yang telah dilakukan oleh Puan Nor’ain.

Mengikut Cikgu Iswan yang telah agak lama mengajar di SKPB itu, beliau sendiri sangat teruja dengan kemahiran Puan Nur’ain menyampai ucapan. “Hanya insan seni yang jujur lagi ikhlas saja mampu membuat pendengar-pendengar teruja dengan ucapannya”, kata Cikgu Iswan lagi.

Selaku guru bahasa di SKPB itu, Cikgu Iswan sangat apresiatif terhadap seni ucapan Puan Nur’ain. Terhadap setiap ucapan yang disampaikan oleh Puan Nur’ain beliau akan memberi perhatian khusus, baik dari segi pemilihan kata-kata maupun gaya ucapan beliau. Tujuan Cikgu Iswan ialah untuk mentauladani Puan Nor’ain supaya ucapannya juga akan turut menarik tumpuan pendengar-pendengarnya.

Selepas Puan Gurubesar habis memberi ucapan, mereka bertiga (Gurubesar, Cikgu Melor dan Cikgu Jasmin) pun turun dari pentas. Kerusi mereka bertiga telah tersedia di meja paling hampir dengan pentas tersebut. Di meja yang sama ialah wakil dari  Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang, guru-guru penolong kanan SKPB dan beberapa orang AJK PIBG SKPB.

Suasana dalam dewan agak tenteram. Susuk Cikgu Melor rata-rata menjadi focus utama mata-mata kebanyakan warga SKPB ketika itu. Wajah Cikgu Melor agak berbeza dari wajah beliau yang ceria dlihat sebelum ini. Senyuman balasnya terhadap sesiapa yang melempar senyum kepadanya tidak lagi menampakkan ketulenannya. Senyuman balas beliau itu seolah-olah dibuat-buat. Agaknya sekadar supaya tidak menghampakan individu yang sudi mensedekahkan senyumannya kepada beliau.

Sebaik saja setiap yang hadir menerima juadah masing-masing, mulalah terdengar suara muzik keluar dari pembesar suara yang telah dipasang di kedua-dua penjuru dewan tersebut. Beberapa buah lagu instrumental popular dikumandangkan bagi menghidupkan suasana majlis tersebut. Cikgu Melor kelihatan seolah-olah tenggelam dalam alunan lagu-lagi yang dimainkan oleh pasukan orkestra terkemuka tanah air. Sambil itu, tangan kanannya menyuapkan makanan ke mulutnya dengan penuh sopan.

Tiba-tiba wajah Cikgu Melur berubah pucat sebaik saja sebuah lagu dinyanyikan oleh seorang murid lelaki SKPB itu. Cikgu Melur kenal benar dengan murid tersebut kerana pernah mengajar beliau dahulu. Sepertimana kakaknya Orkid, Jefridin juga mempunyai potensi dalam bidang seni suara.  Berdasarkan nama mereka dua beradik itu Cikgu Melur boleh teka bahawa bapa atau ibu mereka adalah peminat lagu-lagu Melayu era 60an. Orkid adalah nama seorang penyanyi perempuan popular.  Manakala Jefridin adalah nama seorang penyanyi lelaki popular yang sewaktu dengannya.

 Seni kata lagu tersebut rupa-rupanya sangat menyentuh hati dan perasaan yang sedang dibendung oleh Cikgu Melur. Lirik lagu itu seolah-olah mendedahkan rahsia hatinya kepada seluruh yang hadir di majlis itu. Terbayang di ingatan Cikgu Melur akan wajah insan yang sangat dicintainya sejak beberapa tahun dahulu. Malangnya insan mulia itu kini telah meninggalkan alam fana ini buat selama-lamanya. 

 

Selingan 1

 

https://www.youtube.com/watch?v=ap4OvYpOkeU

Bersambung ……

 

 

 

 

d a u l a t  4  r a k y a t   !

 

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Hudud # 02Manifestasi atau Penyebab ?  https://4uni2c.wordpress.com/2014/12/15/hudud-02-manifestasi-atau-penyebab/

Rupa Buruk, Cermin Dipersalahkan:   https://4uni2c.com/2014/09/23/4uni2c-14923-dont-blame-the-mirror-for-our-bad-image-terjemahan/

 

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

 

Latar belakang pemilik blog ini :   https://4uni2c.com/2015/07/12/2250/

@ Acik  OP AJAR  (# 16509)

 

Perasan dia anak bangsawan # bab 12A – 15

•2016-04-25 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone ( SP ) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Dinyahkan pada 2017.11.12 atas permintaan khas

 

 

Selingan :

d a u l a t r a k y a t !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

 

Hudud # 02Manifestasi atau Penyebab ? https://4uni2c.wordpress.com/2014/12/15/hudud-02-manifestasi-atau-penyebab/

Rupa Buruk, Cermin Dipersalahkan: https://4uni2c.com/2014/09/23/4uni2c-14923-dont-blame-the-mirror-for-our-bad-image-terjemahan/

.

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: www.4uni2c.com

Latar belakang pemilik blog ini : https://4uni2c.com/2015/07/12/2250/

OPajar (# 16425)