4uni2c # 13310 YB Tian Chua Lebih BAHAYA ?
*** Untuk men CARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda )
Yang Berhormat Tian Chua lebih BAHAYA dari penceroboh Sulu ?
Acik (Ayah/Abang+cik) sungguh hairan melihat begitu banyak Laporan Polis dibuat terhadap seorang individu yang bergelar Yang Berhomat (Tian Chua). Apakah individu tersebut kini begitu merbahaya kepada negara kita hingga beliau ditanggapi selaku pesalah. Iaitu pesalah yang lebih ganas dari penceroboh-penceroboh Sulu di Lahad Datu itu?
Dengan membuat laporan demi Laporan Polis kepada pasukan PDRM, adakah akan mengurangkan beban pasukan keselamatan tersebut ? Dengan lain perkataan, adakah tindakan tersebut benar-benar menjadi penyokong kepada polis bagi mengatasi kemelut yang sedang dihadapi mereka di Sabah itu ? Ataupun sebaliknya, hanya sebagai “sokong membawa rebah” semata-mata ?
Rakyat sedia maklum bahawa PDRM sekarang amat perlu memberi focus kepada insiden di Lahad Datu, Sabah. Oleh itu, bukankah lebih baik jangan ada seorang rakyat pun yang melakukan sesuatu yang boleh menambahkan lagi beban kerja Polis di saat-saat kritikal begini.
Kalau pun Yang Berhormat Tian Chua memang terSASUL mengeluarkan kenyataan yang tidak disenangi oleh beberapa pihak, apa salahnya jika tindakan terhadap beliau itu di k.i.v. kan dahulu. Kata pujangga Melayu, bertindak dengan bijaksana, (insya Allah) segala-galanya akan jadi sempurna. Sebaliknya, bertindak ikut rasa, diri akan binasa; bertindak ikut hati, diri akan mati. Maaflah, sekiranya ada pembaca yang tahunya kurang, sebab Melayunya pun kurang.
Fokus yang diberi sedemikian rupa terhadap Yang Berhormat Tian Chua akhir-akhir ini benar-benar mengingatkan Acik akan kes Ahmad, anak Acik, yang meletup beberapa bulan yang lalu. Kerana beliau, pasukan Polis Johor tiba-tiba disebokkan oleh dua Laporan Polis terhadap beliau. Anak Acik itu dituduh menghina Sultan Johor.
Khabarnya beliau (Ahmad) telah memuatnaikkan kenyataan jijik terhadap baginda ke dalam sebuah laman sosial Facebook. Yang anehnya, Facebook tersebut bukan miliknya. Ia milik individual lain yang menggunakan profail “Zul Yahaya“.
Pihak yang membuat Laporan Polis itu bukan siapa pun. Mereka hanyalah orang-orang politik di peringkat bawahan saja. Acik percaya ada sesuatu “keuntungan” yang ingin diraihnya. Namun akibatnya, entah berapa banyak sumber rasmi negara yang telah terkorban demi memuaskan hati pelapor-pelapor tersebut.
Sumber-sumber yang Acik maksudkan itu ialah masa dan tenaga anggota Polis dan pihak mahkamah yang telah dibazirkan. Ia bermula dari usaha menjejaki dan menangkap anak Acik yang kerdil itu, hinggalah beliau dihadapkan ke muka pengadilan (hakim).
Acik hairan melihat begitu ramai anggota Polis yang turut berada di mahkamah semasa Ahmad dibawa ke sana. Dari yang berpangkat Konstabel hinggalah ke pangkat ACP. Samada yang memakai unifom mahupun yang berpakaian awam. Seolah-olah Ahmad itu seorang penJENAYAH tegar yang begitu bahaya terhadap keselamatan masyarakat dan negara.
Padahal dalam masa yang sama akhbar-akhbar di pasaran tempatan rancak mendedahkan tentang kejadian-kejadian jenayah yang berlaku di sana sini dalam negara. Sepatutnya aspek keselamatan inilah yang diberi keutamaan atau ditumpukan terlebih dahulu oleh Polis.
Sejak Ahmad ditangkap dahulu itu, Acik mula bertanya dalam hati, apakah “priority” PDRM sebenarnya. Adakah ia bukan lagi terhadap kes-kes jenayah dalam negara ? Sedangkan jenayahlah yang mengancam keselamatan anggota masyarakat termasuk anggota dan ahli-ahli keluarga Polis sendiri.
Nampaknya kes-kes yang kurang merbahaya terhadap keselamatan masyarakat dan diri mereka (polis) sendiri pula yang menjadi keutamaan teratas. Agaknya, bahaya individu macam Ahmad itu kepada pihak Polis jika dibandingkan dengan bahaya dari pelaku-pelaku jenayah berat lain adalah jauh lebih rendah, maka itu sebabnya kes seumpama itu lebih popular untuk polis. Tetapi itu bukanlah satu justifikasi yang boleh diterima oleh rakyat.
Pertanyaan dalam hati Acik ketika itu tak tamat di situ saja. Sebaliknya ia mencetuskan pula satu SPEKULASI. Spekulasinya ialah, masyarakat akan terjerumus ke dalam bahaya yang lebih sirius andainya Polis tidak pandai menyusun prioriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Apa lagi jika setiap anggota polis didominasi oleh perasaan TAKUT untuk menghadapi realiti bahawa sesungguhnya profession Polis ialah sentiasa berhadapan dengan BAHAYA. Rupa-rupanya SPEKULASI Acik itu terbukti tidak meleset 100 peratus. Insiden di Sabah sekarang membuktikan bahawa SPEKULASI Acik itu ada juga bibit-bibit kebenarannya.
SPEKULASI boleh saja dibuat oleh sesiapa jua, pada bila-bila masa dan mengenai apa juga isu di dalam negara jika negara benar-benar mengamalkan sistem demokrasi. Di dalam negara demokrasi kebebasan bersuara adalah diiktiraf sebagai hak setiap individu. Dengan lain perkataan, adalah tidak munasabah dan wajar bagi menghalang rakyat dari membuat sebarang SPEKULASI.
Jika setiap SPEKULASI hendak disamakan dengan suatu pertuduhan oleh pihak pemerintah mengikut seleranya, maka itu merupakan satu ancaman besar kepada rakyat dan sistem demokrasi itu sendiri. Acik rasa, jika senario menjadi begitu, maka tak ada lagilah demokrasi dalam negara ketika itu. Tak payah ada pilihanrayalah di negara berkenaan. Malaysia juga tidak terkecuali dari senario politik begini jika rakyat terus buta politik lagi dibutakan oleh pemimpin-pemimpin politik yang masih berkuasa..
Sepatutnya rakyat harus faham bahawa, sebelum seseorang itu membuat sesuatu SPEKULASI, beliau tentu mempunyai fakta-fakta tertentu untuk dijadikannya asas atau ramuan bagi pembentukan SPEKULASI tersebut. Fakta-fakta tersebut boleh datang dari pelbagai sumber. Seorang ahli politik yang professional akan pasti mempunyai sumber yang kaya dengan fakta-fakta yang bakal dijadikan ramuan bagi membentuk sesuatu SPEKULASI yang relevan dengan perjuangan politiknya.
Rakyat yang matang politik tidak akan menelan bulat-bulat setiap SPEKULASI yang dibuat oleh mana-mana ahli politik. Lebih-lebih lagi dari ahli politik yang berbeza fikrah dengannya. Kalau ada di kalangan rakyat di dalam negara demokrasi yang masih terlalu bodoh, hingga mempercayai bahawa setiap SPEKULASI adalah suatu realiti, maka itu adalah masaalah peribadinya. Pembuat SPEKULASI tidak wajar dipesalahkan atas kebodohan individu berkenaan.
Sejarah merupakan satu sumber penting bagi fakta-fakta yang bakal digunakan bagi membuat sesuatu SPEKULASI. Bagi membuat SPEKULASI bahawa insiden di Lahad Datu merupakan sebuah “sandiwara”, Yang Berhormat Tian Chua tentu dipengaruhi oleh insiden yang pernah berlaku di masa-masa yang lalu.
Contohnya peristiwa berdarah di Mamali, Baling (Kedah) dan peristiwa di Sauk, Gerik (Perak) beberapa tahun yang lalu. Tidak kurang penting ialah pendedahan penting mengenai tindakan kianat pihak-pihak tertentu terhadap sistem kerakyatan negara.
Bagi Acik, mengeluarkan IC biru kepada PATI atas alasan dan tujuan apa sekali pun, ia adalah satu perbuatan KIANAT bersekala besar terhadap kedaulatan negara. Lebih dikesali lagi ialah kerana yang melakukannya ialah orang yang diberi kuasa memerintah negara.
Apakah pengkhianat-pengkhianat tersebut lebih wajar dimaafkan jika dibandingkan dengan Yang Berhormat Tian Chua yang mungkin telah mengeluarkan kenyataan sensitif itu akibat terSASUL ?
Namun Acik tak percaya YB Tian Chua berbuat demikian dengan niat menghasut rakyat menentang kerajaan. Begitu juga, Acik tak percaya bahawa TGNA pernah berkata bahawa penerima BR1M seperti haiwan ternakan sebagaimana yang dihebohkan oleh semua media massa perdana, demi memaksa seluruh rakyat agar mempercayainya.
Bagi peristiwa di Sauk yang telah berlaku beberapa tahun dahulu, Acik percaya ramai juga rakyat yang masih menganggap ianya merupakan satu “sandiwara”. Acik sampai sekarang pun tak boleh terima bahawa insiden di Sauk itu bukan satu sandiwara.
Bukan Acik seorang saja, malah seorang sahabat Acik (seorang persara tentera berpangkat major), lebih tak percaya dari Acik bahawa insiden tersebut bukan sebuah sandiwara. Memang tak masuk akal, sebuah kem askar boleh dicerobohi dan dirompak dengan begitu mudah dimana sejumlah besar dari senjatanya dibawa keluar, tanpa sebarang penentangan dari angota-angota kem berkenaan.
Insiden tersebut amat memalukan seluruh angkatan bersenjata kita ketika itu. Bagi Acik, belum ada lagi istilah yang layak menggambarkan sentiment malu yang begitu serius tahapnya. Oleh itu biarlah Acik cipta satu UNGKAPAN baru bagi menggambarkannya iaitu, “tersangat malu sehinggakan hilang kemaluannya” (Nota: harap-harap Acik tak “offend” pihak DBP dengan ungkapan tersebut).
Dalam sistem pertahanan negara yang terkenal dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi itu, memang diyakini bahawa penceroboh tak mungkin dapat bolos masuk ke dalam kawasan kem tentera. Kemudian bolos keluar pula dengan membawa bersama barang yang dicuri, lebih-lebih lagi senjata.
Bagi insiden di Lahat Datu itu khususnya, tidak mustahil bahawa SPEKULASI Yang Berhormat Tian Chua itu sendiri adalah meRUPAkan satu “sandiwara”. Beliau menggunakan “sandiwara” sebagai satu strategi bagi mengenalpasti samada peristiwa Lahat Datu itu suatu sandiwara ataupun sebaliknya.
Kalaupun SPEKULASI beliau itu kurang tepat, ini tidak bermakna bahawa tidak ada langsung unsur-unsur kemunasabahan pada SPEKULASI tersebut. Maksud Acik, bukanlah satu kemustahilan mutlak bagi SPEKULASI tersebut merupakan satu kenyataan atau realiti.
Maklumlah, dalam arena politik semuanya boleh berlaku. Kononnya ada nas-nas tertentu telah dijumpai yang layak digunakan bagi membuat SPEKULASI bahawa insiden 9/11 yang meruntuhkan menara berkembar World Trade Centre itu adalah satu sandiwara. Faktor bahawa peristiwa bersejarah itu telah meragut ribuan nyawa bukan lah satu bukti untuk menafikan bahawa ia adalah satu sandiwara.
Zalim memanglah zalim sekiranya SPEKULASI tersebut adalah suatu realiti. Namun tak terdengar pula kisah dimana ada pihak yang didakwa kerana mencetuskan SPEKULASI tersebut. Agaknya inilah yang membezakan negara yang tinggi tamadun demokrasinya dengan negara kita yang masih kuno tamadun demokrasinya.
Acik bukan nak perleceh atau menyebelahi mana-mana pihak. Bagi Acik, kenyataan Yang Berhormat Tian Chua hanyalah merupakan suatu SPEKULASI politik. Oleh itu, jika ia di”upgrade” oleh mana-mana pihak untuk menjadikannya suatu “pertuduhan” terhadap beliau, maka ia adalah suatu kemalangan terhadap diri Yang Berhormat tersebut.
Apa pun, Acik percaya tak siapa pun yang akan meraih apa-apa keuntungan sekalipun masing-masing menzahirkan rasa marah dan dendam terhadap Yang Berhormat tersebut. Biar pun dengan berbagai-bagai kata kesat secara amat keterlaluan dilemparkan terhadap beliau, tidak akan berlaku apa-apa sumbangan positif kepada masalah yang masih belum selesai di Sabah itu.
Takut-takut nanti penghinaan tersebut akan melanton balik kepada diri sendiri pihak atau individu yang berkenaan, seperti meludah ke langit terjatuh balik ke batang hidung sendiri. Ini kerana, individu Tian Chua adalah seorang Yang Berhormat. Statusnya sebagai Yang Berhormat adalah ditentukan mengikut sistem demokrasi yang kita semua terimapakai.
Jika kita tidak menghormati seorang yang diiktiraf sebagai Yang Berhormat, maka bermakna kita menghina sistem demokrasi yang kita sendiri terimapakai. Lagi pun, jika kesilapan yang dilakukan beliau ibarat sebesar seekor KANCIL saja, wajarkah senjata yang digunakan bagi membunuh kancil tersebut adalah selaras senapang GAJAH.
Entahlah kalau-kalau ada udang di sebalik batu, yakni supaya Yang Berhormat Tian Chua hendak diperlihatkan sebagai seekor “GAJAH” politik dalam pesada politik tanah air. Lebih-lebih lagi menjelang PRU13 ni. Jika begitulah hasratnya, Acik ucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Yang Berhormat Tian Chua.
Dalam bulan Januari yang lepas tersebar luas berita seorang intelek Malaysia (Sdr Azrul Azwar) dipecat dari jawatannya sebagai Ketua Ahli Ekonomi oleh majikannya. “Kesilapan” beliau ialah kerana membuat satu SPEKULASI yang tidak disenangi oleh majikannya. Bagi Acik, itu satu lagi contoh dimana “seekor kancil telah ditembak dengan senapang gajah”.
Berita tersebut agak menyedihkan. Selain Acik, mungkin ramai lagi rakyat Malaysia turut tersentuh hati bila membaca berita tersebut. Bagi Acik, apa yang Sdr. Azrul Azwar alami itu adalah ibarat, “sudah jatuh ditimpa tangga”. Dahlah beliau digantung dari jawatannya sebagai Ketua Ahli Ekonomi, kemudiannya beliau menghadapi pula dakwaan melakukan kesalahan lain.
Lebih sedih lagi ialah, yang membuat dakwaan itu bukan pihak lain tetapi Bank Islam sendiri. Acik ingat sebagai majikan, Bank tersebut akan berusaha menyelamatkan anggotanya. Malangnya yang dilakunya adalah sebaliknya. Nauzubillah.
Ulasan lanjut tentang Saudara Azrul boleh dibaca dalam blog berikut: https://4uni2c.com/2013/01/25/4uni2c13125-dihukum-kerana-meramal-pr-menang-pru13/
Menghukum seseorang secara yang melampau atas kesalahan yang dilakukannya adalah suatu penganiayaan. Kita telah saksi beberapa penganiayaan terhadap beberapa individu telah dilakukan oleh pihak-pihak yang memegang kuasa.
Contoh paling ketera ialah penganiayaan terhadap bakal Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa tuduhan kotor yang tak lemparkan kepada beliau oleh musuh-musuh politiknya.
Namun percayalah bahawa Allah sentiasa berpihak kepada orang-orang yang benar. Lihat sekarang, apa sudah jadi kepada dakwaan kes liwat II terhadap beliau. Semoga seluruh rakyat Malaysia akan menjadikan apa yang telah dan sedang dihadapi oleh YB DSAI itu sebagai iktibar. Yang baik dijadikan tauladan, sebaliknya yang buruk dijadikan sempadan.
Akhir sekali, di sini Acik ingin menarik perhatian pembaca semua tentang suatu artikel yang ditulis oleh Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zini yang bertajuk “ Fahami kaedah tahan suspek”. Penulisnya ialah Pengarah Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman. Dapatkan artikel itu di alamat berikut: https://4uni2c.com/2013/03/09/4uni2c-13310-fahami-kaedah-tahan-suspek/
Akhir sekali, Acik ingin bertanya kepada pembaca semua, apakah layanan yang diberi kepada Yang Berhormat Tian Chua itu setimpal dengan “kesilapan” beliau itu, dan sejajar dengan SOP polis berkenaan ? Begitu juga dengan layanan polis terhadap Ahmad anak Acik yang dituduh menghina Sultan Johor itu.
d a u l a t r a k y a t !
Lain-lain Tajuk-Tajuk yang relevan:
https://4uni2c.com/2013/02/25/4uni2c-13225-si-bangan-saja-layak-ditipu-bn/
https://4uni2c.com/2013/02/25/cerekan-13225-sheriff-yang-bangang/
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://ww.4wuni2c.com
@OPajar # 13310