Khalid’s SAGA # 01 – Ibarat Lembu Dengan Singa

.

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Ibarat Lembu Dengan Singa

Beberapa hari yang lepas (2015 Okt 18) Acik menemani isteri ke pasar raya besar TESCO. Lazimnya, sementara menunggu si isteri menghabiskan aktiviti shoppingnya, Acik (Ayah/Abang+cik) akan pergi ke sudut buku kanak-kanak di dalam pasar raya tersebut. Begitulah juga pada hari itu.

Setelah membelek-belek beberapa buah buku kanak-kanak, Acik terlintas dengan sebuah cerita yang agak relevan dengan isu yang sedang bermain di minda Acik sejak beberapa hari sebelumnya. Sebelum Acik sentuh dengan lebih dalam berkenaan isu yang dimaksudkan itu, biarlah Acik ceritakan dulu tentang cerita kanak-kanak yang Acik teruja membacanya itu.

Di sebuah kawasan padang ragut yang berhampiran dengan sebuah hutan, ada seekor anak Lembu yang sedang merumput. Dari dalam hutan yang berhampiran itu, seekor singa jantan sedang memerhati anak lembu tersebut dengan penuh berahi. Kebetulan pada ketika itu Sang Singa tersebut sedang tersangat kenyang sebab baru habis meratah seekor babi hutan. Maka selamatlah si anak Lembu tersebut pada hari itu.

Beberapa hari berikutnya datanglah lagi Sang Singa tersebut ke pinggir hutan di mana si anak Lembu itu sedang merumput. Kali ini Sang Singa tersebut memang sedang lapar. Kedatangannya ke tempat si anak lembu itu pula memang dengan keputusan yang telah dibuatnya. “By hook or by crook (kata Mad Saleh), aku mesti meratah si anak Lembu itu”, kata Sang Singa dalam hatinya. Itulah keputusan yang telah dibuatnya sejak dari rumahnya lagi.

Sesampainya di tempat si anak Lembu tersebut, maka mulalah Sang Singa mendekati si anak Lembu tersebut. Maka kata Sang Singa kepada anak Lembu tersebut, “bukan kaukah yang mencuri daging milik aku semalam ?”

“Eh bukan akulah yang mencuri daging kamu tu. Aku bukan pemakan daging. Aku “vegetarian”lah. Makanan aku hanyalah tumbuh-tumbuhan saja”, jawab.si anak Lembu tersebut dengan penuh keyakinan diri.

Lalu kata Sang Singa lagi, “oh, mungkin yang mencurinya itu bapa kau kut !”

Lantas jawab si anak Lembu itu, “bapa aku dah meninggal dunia dua tahun yang lepas”

Sang Singa pun mulai merasa marah kerana termalu. Lalu sambungnya lagi, “kalau bukan bapa kau siapa lagi kalau bukan abang kau ?”

“Tapi aku ni anak tunggal, Aku mana ada abang !” respon si anak Lembu tersebut dengan tegas.

Sang Singa merasa tersangat malu dan tercabar. Dengan suara yang tersangat marah dia pun berkata, “aku tak kisah siapa pun yang mencuri daging aku tu. Sekarang aku tetap nak makan kau ! ”

Perkataan terakhir Sang Singa tersebut diikuti dengan satu tamparan maut ke atas Si anak Lembu yang lemah itu. Si anak Lembu tak sempat berbuat apa-apa lalu tersungkur ke tanah dan langsung mati. Kononya, si anak Lembu tersebut merupakan mangsa pertama kepada Sang Singa yang gagah itu, sejak kemangkatan Raja Sulaiman beberapa bulan yang lalu.

Iktibar dari cerita di atas:

Sang Singa dalam cerita di atas adalah lambang kepada individu atau pihak-pihak tertentu yang berkuasa. Si anak Lembu pula mewakili individu atau kumpulan yang lemah lagi dianggap bodoh. Manakala Raja Sulaiman adalah lambang bagi sistem pengadilan yang mendominasi sesuatu keadaan.

Apabila sistem pengadilan telah rosak atau korup, maka berlakulah penyalahgunaan kuasa oleh pelbagai pihak yang memiliki kuasa, Maka mereka yang lemah pun (seperti si anak Lembu itu) mulalah menjadi mangsa penganiayaan akibat penyalahgunaan kuasa pihak berkenaan. Walaupun mereka berada dipihak yang benar, namun tidak ada jaminan bahawa mereka akan selamat.

 .

Dikiaskan kepada kes Saudara Khalid Ismath:

Nasib Sdr Khalid tak jauh bezanya dengan nasib si anak Lembu di dalam kisah di atas. Kalau pihak berkuasa berkenaan telahpun menetapkan keputusannya terhadap Sdr Khalid maka alasan atau justifikasi apa pun yang diberi tetap terpakai. Sekalipun justifikasi itu dapat disangkal, ianya tidak akan dapat membantu Sdr Khalid. Maka Sdr Khalid pun dinafikan haknya untuk diikat jamin dan dibebaskan.

Dengan lain perkataan, alasan (samada wajar ataupun sebaliknya) mengapa Sdr Khalid tidak dibenarkan diikat jamin bukanlah faktor penentu bagi hakim yang berkenaan. Penentunya ialah keputusan yang diturunkan dari atas. Mahu ataupun tidak, hakim terpaksa juga ikut walaupun alasan yang diberi sangat lemah dan bangang.

Bagi Acik, tidak ada sebab lain yang munasabah bagi menafikkan hak ikat jamin ke atas Sdr Khalid, melainkan sebab bahawa yang membuat keputusan itu adalah pihak yang berkuasa (seperti Sang Singa). Sedangkan Sdr Khalid adalah pihak yang lemah (seperti si anak Lambu).

Acik difahamkan bahawa alasan mudah pihak pendakwaan bagi menafikan hak Sdr Khalid untuk mendapat ikat jamin ialah agar “pisang tidak berbuah dua kali”. Kononnya jika Sdr Khalid dibebaskan dengan ikat jamin, nanti beliau juga akan lari ke luar negara seperti Sdr Ali Abd Jalil. Sdr Ali ialah seorang aktivis yang telah lari ke Sweden setelah menghadapi beberapa dakwaan di mahkamah atas tuduh menghina Sultan. Agak-agak justifikasi tersebut berasas ataupun tidak ?

Bagi Acik yang sangat kenal dengan Sdr Ali Abd Jalil itu, alasan itu sebenarnya bukan alasan yang kuat. Alasan yang lebih munasabah ialah seperti dalam kisah “lembu dengan singa” di atas. Sebab apa Acik kata ianya bukanlah satu alasan ? Sebab Acik tahu faktor-faktor sebenar yang menyebabkan Ali lari ke luar negara. Sedangkan faktor yang sama tidak berapa relevan kepada Sdr Khalid.

Antara faktor penting yang mendorong Sdr Ali Abd Jalil lari meninggalkan Malaysia ialah faktor keselamatan. Ali pernah dipukul oleh sekumpulan ahli Unit Amal suatu ketika dahulu. Apabila beliau membuat laporan Polis beliau dituduh membuat fitnah terhadap Unit Amal. Tidak apa-apa tindakan pun diambil terhadap pihak yang menyerangkan seolah-olah di negara ini tidak ada pengusasa yang mampu melindungi setiap individu dari diserang oleh pihak lain.

Selepas Ali didakwa kerana dituduh menulis dalam laman facebooknya perkataan-perkataan yang dianggap menghina Sultan, beliau menerima pula panggilan telefon dari pihak-pihak tertentu, mengugut dan mengancam keselamatan dirinya. Melihat kepada sistem kawalan keselamatan dalam negara yang agak lemah, Ali tidak percaya lagi bahawa keselamatnya masih terjamin selagi mana beliau masih berada dalam Malaysia. Institusi keselamatan yang sedia ada mungkin belum cukup untuk meyakinkan Ali bahawa dirinya bebas dari sebarang mara bahaya dan unsur-unsur penganiayaan.

Dakwaan dan hukuman yang ditimpakan ke atas saudara kembarnya (Ahmad Abd Jalil) memberi kesan yang sangat negatif kepada Ali. Hubungan kasih sayang yang erat antara dua saudara kembar itu merupakan faktor penting yang membuat Ali turut terasa kepedihan yang ditanggung oleh Ahmad. Ini membuat Ali seolah-olah ingin memberontak menuntut bela terhadap Ahmad yang (mengikut persepsinya) telah dianiayai.

Apa yang dialami Ali Abd Jalil tentulah tidak sama dengan apa yang dialami oleh Sdr Khalid. Bagi Sdr Khalid, faktor yang mendorong beliau untuk lari meninggalkan Malaysia belum cukup kuat. Beliau tidak ada saudara kembar yang dianiayai seperti Ahmad. Oleh itu tidak ada alasan untuk beliau berdendam kepada pihak berkuasa berkenaan yang menghukum mana-mana ahli keluarganya yang disayangi.

Sebaliknya Sdr Khalid mempunyai faktor-faktor yang mengikat beliau supaya tidak memungkinkan beliau melarikan diri ke luar negara. Antaranya ialah rasa kasih sayang dan tanggungjawab beliau terhadap anak dan isterinya. Faktor pengikat ini tidak ada pada Ali kerana beliau masih bujang hinggalah ke saat ini.

Pengalaman Ali juga jauh berbeza dari Sdr Khalid. Dari segi umur pun Ali lebih tua. Ali pernah bekerja di hotel-hotel mewah. Ali pernah mengenali golongan-golongan bangsawan Malaysia yang berkunjung ke hotel-hotel tersebut. Aktiviti yang golongan ini lakukan di hotel-hotel mewah mencetuskan semangat tertentu dalam jiwa Ali. Semangat tersebutlah yang mendorong Ali supaya memprotes (dengan cara sendiri) terhadap sistem pentadbiran negara.

Ali juga telah pernah melawat beberapa negara luar dengan inisiatif sendiri. Semua lawatan itu membuat Ali biasa dengan perantauan. Pengalaman tersebut membuat Ali lebih bersedia untuk hidup di luar Malaysia jika keadaan memaksa beliau berbuat demikian.

Berdasarkan perbandingan di atas, amat ketara bahawa Khalid Ismath dengan Ali Abd Jalil adalah individu yang berbeza dari pelbagai aspek. Oleh sebab itu amatlah tidak wajar untuk membuat tanggapan (presumption) bahawa apa yang Ali telah lakukan Khalid juga akan melakukannya. Yakni, kalau Ali telah lari meninggalkan Malaysia, maka Khalid pun mesti akan turut lari meninggalkan Malaysia.

Apa pun bagi Acik tiga faktor penting yang membuat Ali meninggalkan Malaysia ialah kelemahan sistem pengurusan kerajaan. Faktor pertama ialah kelemahan sistem kawalan keselamatan. Faktor kedua ialah kelemahan sistem imigresen. Dan tidak kurang penting ialah faktor kelemahan sistem pengadilan atau kehakiman.

Faktor kelemahan sistem pengadilan atau kehakiman telah membuat Ali hilang keyakinan bahawa sekiranya beliau dibicarakan, perbicaraan akan dijalankan dengan adil. Sebaliknya Ali lebih percaya bahawa hakim akan berpihak kepada yang lebih kuat (dari yang lemah) walaupun kebenaran berada di pihak yang lemah. Kes saudara kembarnya (Ahmad Abd Jalil) dulu, sudah cukup baginya untuk dijadikan iktibar.

Faktor kelemahan sistem kawalan keselamatan adalah sepertimana yang telah dijelaskan di atas. Faktor ini mendorong Ali mencari negara lain yang lebih selamat sebagai destinasi untuk beliau berhijrah. Setelah membuat kajian dan perbanding beberapa negara di dunia, akhirnya Ali memilih negara Sweden sebagai destinasi beliau berhijrah.

Tindakan Ali bagi melakukan hijrah tidak mungkin menjadi realiti sekiranya sistem imigresyen Malaysia cekap. Fakta yang mengatakan bahawa Ali telah keluar dari Malaysia melalui laluan haram adalah fakta yang salah. Sebenarnya Ali keluar dari Malaysia melalui pintu imigresyen Bukit Kayu Hitam dengan menggunakan passport yang sah.

Oleh itu adalah tidak wajar menafikan hak Sdr Khalid untuk bebas dari tahanan (dengan ikatan jamin) atas alasan takut beliau akan bolos keluar negara seperti Ali. Dengan menggunakan alasan ini bagi menafikan hak kebebasan Sdr. Khalid, maka pihak mahkamah adalah (secara tidak sedar) mengiktiraf kelemahan sistem imigresyen Malaysia.

Apa-apa kelemahan di pihak kerajaan atau agensi kerajaan tidak harus dibiarkan tanpa tindakan yang berkesan bagai mengatasinya. Kelemahan tersebut pula tidak wajar dijadikan alasan bagi menghalalkan apa juga bentuk tindakan penganiayaan terhadap mana-mana individu, sepertimana yang dilakukan terhadap Sdr Khalid.

Demi mengelakkan kezaliman terhadap Sdr Khalid akibat dari kelemahan dan kegagalan kerajaan serta agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, maka Sdr Khalid wajar dibebaskan serta merta dengan diikat jamin.

Selingan : Koleksi Kertas Pertuduhan Terhadap Khalid

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.509553315879425.1073741831.508461662655257&type=3

.

 d a u l a t    r a k y a t   !

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

.

Khalid’s SAGA –  http://www.daulat4rakyat.wordpress.com

Ahmad’s SAGA # 030 BAHAYA Jika Rayuan GAGAL https://4uni2c.com/2014/11/14/ahmads-saga-030-bahaya-jika-rayuan-gagal/

Ali’s SAGA # 10 : Spekulalsi Menjadi Realitihttps://4uni2c.com/2014/12/13/alis-saga-10-spekulasi-menjadi-realiti/

Ali’s SAGA # 06 Individu Yang Berfikir   https://4uni2c.com/2014/10/30/alis-saga-06-individu-yang-berfikir/

Ali’s SAGA # 05 Berhijrah ke Sweden https://4uni2c.com/2014/10/25/alis-saga-05-berhijrah-ke-sweden/

Rupa Buruk, Cermin Dipersalahkan:   https://4uni2c.com/2014/09/23/4uni2c-14923-dont-blame-the-mirror-for-our-bad-image-terjemahan/

..

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

.

Latar belakang pemilik blog ini :   https://4uni2c.com/2015/07/12/2250/

.

OPajar (# 15X23)

~ by OPajar on 2015-10-23.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: