Major Zaidi # 03 : Membiakkan Kura-Kura Dalam Semak
Tindakan PB TUDM menghukum dengan sebegitu rupa individu yang mewakili ratusan ribu rakyat yang telah ditipu SPR, sebenarnya akan membiakkan “kura-kura dalam semak”. Pembiakan itu bukan saja akan berlaku di dalam pagar TUDM sendiri khususnya, malah di dalam seluruh pasukan pertahanan negara amnya. Tidak terkecuali ialah di kalangan anggota badan-badan penguatkuasaan, dan rakyat jelata keseluruhannya.
*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone ( SP ) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
Membiakkan kura-kura dalam semak
Selingan 1
Major Zaidi dipecat enggan rayu
http://www.malaysiakini.com/news/286076
Hukuman yang dijatuhkan ke atas Major (P) Zaidi mempunyai implikasi yang sangat buruk. Ia menghakiskan keyakinan rakyat terhadap sistem pengadilan yang diamalkan dalam negara. Ia juga membuat rakyat bertambah simpati kepada beliau. Ini dapat disaksikan dalam laman sosial Facebook dan lain-lain media. Kebanyakan komen yang Acik baca adalah berpihak kepada Major Zaidi bukan kepada PB TUDM (Pihak Berkuasa TUDM).
Acik (Ayah/Abang+cik) yakin hukuman yang dijatuhkan ke atas Major (P) Zaidi langsung tidak memenuhi aspirasi rakyat yang cintakan keadilan. Rakyat rata-rata menyokong tindakan yang dilakukan oleh Major Zaidi bagi memperbetulkan kesalahan SPR yang begitu ketara. Tanpa wujudnya individu seperti Major (P) Zaidi, kesalahan yang sama mungkin akan dilakukan lagi oleh SPR dalam PRU-PRU akan datang.
Pada persepsi Acik, apa yang dilakukan oleh Major (P) Zaidi pada PRU13 itu tidak menjejaskan imej TUDM walau sedikit pun. Sebaliknya ia meningkatkan lagi imej TUDM pada kacamata seluruh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya merasa bangga dengan wujudnya dalam pasukan pertahanan negara, anggota-anggota yang berani seperti Major (P) Zaidi.
Malangnya reaksi negatif oleh PB TUDM terhadap tindakan berani Major (P) Zaidi itu adalah amat mengecewakan. Ia memburukkan lagi imej TUDM pada kacamata majoriti rakyat. Mungkin ramai rakyat masih belum lupa lagi tentang kehilangan pesawat MH370. Apakah kejayaan TUDM bagi mengesan kehilangan pesawat tersebut ?
Sepatutnya Major (P) Zaidi diberi anugerah atas sifat beraninya itu. Namun sebaliknya, PB TUDM memilih untuk bersusahpayah membuat justifikasi bagi menghukum anggota tersebut, bukan bagi menghargai inisiatif mulia beliau itu. Adakah dengan tindakan terhadap Major (P) Zaidi itu rakyat akan lupa kelemahan TUDM berkaitan dengan kehilangan MH370 dahulu ?
Dengan kuasa yang ada ditangan PB TUDM, maka sudah tentulah Major (P) Zaidi berjaya disalahkan dan dihukum. Tetapi haruslah diingatkan bahawa setiap anggota TUDM adalah ibarat timun jika dibandingkan dengan PB TUDM. Nasibnya ialah ibarat, “digilis luka, menggilis pun luka”. Sepatutnya pihak yang lemah ini diberi perlindungan yang wajar bukan dimangsakan.
Walaupun PB TUDM mungkin telah boleh menarik nafas lega kerana berjaya menjatuhkan hukuman keatas Major (P) Zaidi, namun implikasi yang buruk telah tercipta. Persepsi rakyat terhadap pasukan pertahanan kini menjadi negatif. Ini kerana, bagi rakyat biasa, adalah tidak masuk akal menghukum individu yang melaporkan tentang kesalahan SPR, sedangkan SPR yang melakukan kesalahan tersebut, tidak diapa-apakan.
Jika demikianlah reaksi atau tindakan yang direstui oleh pemerintah, akan tiba masanya nanti rakyat akan memilih untuk berpeluk tubuh. Mereka tidak lagi rela untuk memberi sebarang kerjasama bagi mencegah apa-apa juga kesalahan dan kemungkaran yang dilakukan oleh mana-mana pihak.
Walaupun sesuatu kesalahan itu dilakukan di hadapan mata kepala masing-masing, tidak siapa pun yang ingin mencegah atau bantu mencegahnya. Maka segala tugas pencegahan nanti akan dibebankan seluruhnya kepada agensi penguatkuasaan yang berkenaan. Akhirnya tidak ada lagi agensi yang mampu melaksanakan tugas pencegahannya dengan berkesan.
Contohnya, jika orang yang melaporkan tentang salah laku seorang anggota PDRM akan menanggung risko dihukum atau disusahkan, maka tidak ada siapa pun yang akan peduli untuk membantu PDRM mendisiplinkan anggotanya. Walaupun masing-masing nampak terang-terangan apa yang telah dilakukan anggota berkenaan itu adalah satu kesalahan, masing-masing akan bersikap seperti “kura-kura dalam semak“. Walaupun melihat seseorang itu kena ragut di hadapan mata kepalanya, namun masih juga bersikap “kura-kura dalam semak“.
Tindakan PB TUDM menghukum dengan sebegitu rupa individu yang mewakili ratusan ribu rakyat yang telah ditipu SPR, sebenarnya akan membiakkan “kura-kura dalam semak”. Pembiakan itu bukan saja akan berlaku di dalam TUDM sendiri khususnya, malah di dalam seluruh pasukan pertahanan negara amnya. Tidak terkecuali ialah di kalangan anggota badan-badan penguatkuasaan, dan rakyat jelata keseluruhannya.
“Kura-kura dalam semak” sebenarnya adalah pembayang maksud bagi sebuah pantun dua kerat. Pantun yang lengkap ialah, “kura-kura dalam semak, pura-pura tak nampak”. Manakala “kura-kura dalam perahu” pula ialah pembayang maksud bagi sebuah pantun dua kerat yang lain, Pantun tersebut ialah “kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu”.
Bepura-pura adalah satu sikap negatif pada kacamata orang Melayu. Oleh sebab itu orang Melayu tidak suka melabelkan seseorang itu sebagai berpura-pura. Bagi mengelakkan dari menuduh seseorang itu sebagai “berpura-pura tidak nampak”, maka istilah yang digunakan ialah, “kura-kura dalam semak”. Begitu juga, bagi maksud mengelak dari menuduh seseorang itu sebagai “berpura-pura tak tahu”, maka istilah yang digunakan ialah “kura-kura dalam perahu”.
Acik penuh yakin bahawa bukanlah satu aspirasi rakyat Malaysia untuk membiakkan rakyat yang bersikap, “kura-kura dalam semak” dan “kura-kura dalam perahu” di dalam negara kita ini. Bersikap seperti kura-kura apabila menyaksi apa-apa juga pelakuan kesalahan dan kemungkaran, adalah satu simptom negatif terhadap negara berkenaan. Jika tindakan yang wajar tidak diambil segera bagi membaiki keadaan ini, kerosakan yang lebih teruk akan berlaku kepada sistem keselamatan dalam negara.
Oleh sebab itu, segala dasar/tindakan yang boleh menyuburkan sikap kura-kura di kalangan rakyat jelata wajarlah ditinggalkan dengan serta merta. Ia harus digantikan dengan dasar/ tindakan yang mampu menghasilkan rakyat yang sanggup menjadi mata kepala kerajaan.
Dasar/tindakan yang dimaksudkan ini, akan membuat setiap rakyat merasa terpanggil untuk melaporkan apa-apa juga kesalahan yang dilaku oleh mana-mana pihak.
Ini akan memudahkan kerajaan merancang kaedah yang terbaik bagi membenteras segala bentuk penyalahgunaan kuasa. Ia bukan saja akan menjadi pemangkin bagi meningkatkan tahap keselamatan rakyak, malah akan dapat mengelakkan berlakunya penganiayaan terhadap mana-mann pihak.
Wallahualam
Selingan 2
Pemimpin UMNO persoalkan hukuman terhadap Major Zaidi
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-umno-persoal-hukuman-terhadap-mejar-zaidi
Selingan 3
Major Zaidi – Who is really on trial ?
http://www.malaysiakini.com/news/286307
d a u l a t r a k y a t !
Lain-lain PenCERAHan yang relevan :
Major Zaidi # 02 Mangsa POLITIK Yang Berhak Dibela : https://4uni2c.com/2014/11/03/major-zaidi-02-mangsa-politik-yang-berhak-dibela/
Mejar (P) Zaidi # 01 Icon PRU 13 https://4uni2c.com/2014/10/18/major-p-zaidi-01-icon-pru-13/
SPR : Penipu atau Tertipu ? https://4uni2c.com/2013/05/05/4uni2c-13505-spr-penipu-atau-tertipu
SPR : Do Not Blame The Mirror For Your Bad Image : https://4uni2c.com/2013/06/03/4uni2c-13602-spr-do-not-blame-the-mirror-for-your-bad-image/
Yang Dihukum Tidak Mestinya Bersalah : https://4uni2c.com/2013/10/22/ahmads-saga-027-yang-dihukum-tidak-mestinya-bersalah/
Ali’s SAGA # 08 Kura-kura dalam perahu https://4uni2c.com/2014/12/01/alis-saga-08-kura-kura-dalam-perahu/
*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: www.4uni2c.com
@ OPajar (# 15115 )