Pembaziran atau doa

•2017-09-21 • Leave a Comment

.

Selamat menyambut tahun baru Hijrah Acik ucapkan kepada semua peminat blog Acik http://www.4uni2c.com ini.

.

Semoga tahun baru ini akan lebih membawa keberkatan dan kebahgiaan kepada kita semua.

.

Acik ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang pernah view blog ini andai kata ada kata-kata yang telah membuat anda tersinggung.

.

Acik rasa pembaziran macam dalam gambar video ini adalah lebih perlu dipersoalkan berbanding dengan mempertikaikan tentang doa akhir dan doa awal tahun.

.

Kalau hamba pergi ke Hulu, Ku carikan tuan kuntum seroja ; Kalau hamba mati dahulu, Ku nantikan tuan di Kebun Syurga.

Wallahualam.

Trajidi Keramat : pembunuh juga mangsa

•2017-09-17 • Leave a Comment

..

Oleh Fairuz Al Jengkawi

.

Berhampiran Maahad Tahfiz Ittifaqiah adanya Taman Tasik Keramat. Di sinilah tempat pasangan muda bermadu kasih di bawah langit gelap, tidak kurang juga ada yang hidu gam dan hisap dadah.

Ia juga menjadi tempat lepak orang muda dikala malam, terutama hujung minggu. Ada beberapa buah gerai makanan sekitar tasik. Ya, mereka nampak remaja yang sedang bermaksiat ini, namun tidak ditegur.

Dah nama pelajar tahfiz, takkanlah nampak remaja sebaya mereka hisap dadah, mereka biarkan sahaja. Lalu mereka tegur. Namun teguran itu akhirnya membawa kepada tragedi yang lebih besar. Sungguh! Aku tak tahu betapa remuknya hati ini.

Semalam, aku sedapkan hati dengan teori Tahfiz dibakar oleh orang upahan Ahlong. Mereka tak puas hati dengan PPIM, mahu bakar bangunan berkenaan, namun tersalah. Nampak juga rasionalnya.

Sebentar tadi, polis sebutkan ia angkara remaja belasan tahun, hati ini seperti dihiris pisau yang tajam. Generasi apa yang telah kita lahirkan hari ini?

Saya jangka kes buli hingga mati di UPNM dahulu sudah tragis dan kejam, rupa-rupanya kes ini lebih dahsyat! Manusia membunuh manusia dengan membakarnya hingga rentung!

Sebagai manusia yang waras, jangan sekali-kali cepat menuding jari kepada ibubapa pesalah. Boleh sahaja sebut mak ayah pandai lahirkan anak, tak pantau mereka, sibuk bekerja, anak jadi syaitan! Elok kau pakai kondom masa berjimak dahulu dari lahirkan zuriat seperti ini!

Persoalannya, betul ke semua kesalahan terletak kepada ibubapa pelaku? Sudah ke kita kaji bagaimana rumah mereka? Adakah ia rumah yang selesa untuk didiami, atau tempat yang sempit untuk didiami.

Bagaimana pula dengan pendapatan isi rumah? Pekerjaan ibubapa mereka? Tahap pendidikan?

Boleh jadi remaja ini sertai kumpulan-kumpulan gengster di ibukota. Cara mereka mengatur strategi untuk membakar itu terlihat profesional. Seolah-olah, ada mastermind yang mengajar mereka semua ini.

Suka untuk saya katakan, remaja yang membunuh adalah juga mangsa. Mangsa bagi kepincangan yang berlaku dalam negara. Baik ekonomi, kos sara hidup yang tinggi, kurangnya skil mendidik anak-anak, tak tahu hala tuju hidup serta pembangunan material tidak disertai dengan membangunan insan.

Saya risau sekali bilamana wajah-wajah mereka tular di whatsapp dan facebook. IC mereka didedahkan, alamat rumah mereka terpampang sana sini. Bukankah semua ini akan membuatkan keluarga mereka tidak selamat?

Boleh jadi ada masyarakat yang cari alamat berkenaan, kemudian belasah mak ayah mereka. Boleh jadi juga balas dendam berlaku, dibakar pula rumah remaja ini.

Akhirnya, ia berbalik kepada kita semua. Masyarakat yang tak pedulikan hal orang lain. Nampak budak couple, raba sana sini, comolot, tangkap gambar mereka, viralkan. Netizen sambung maki-maki.

Nampak remaja yang berpeleseran lewat malam, rempit basikal atau motor, maki sahaja yang kita tahu. Tiada inisiatif untuk menyantuni, bahkan untuk membantu. Percayalah, ada sebab mereka jadi macam tu.

Kita tinggal kawasan rumah flat. Hari-hari kita nampak budak hidu gam dan hisap dadah. Mula-mula rasa marah juga, lama-lama ia jadi kebiasaan. Kita terima ia dengan menganggap ini kebiasaan anak muda di tempat ini.

Tuding jari kepada orang lain memang mudah, yang sukarnya adalah untuk menerima hakikat yang membunuh itu juga berpunca dari kita sendiri.

Kita tu boleh jadi rakannya, jirannya, pemimpin setempat, penduduk sekitar, menteri, penggubal dasar, ustaz, ustazah, guru hinggalah Perdana Menteri.

Jika hal semacam ini tak mampu untuk menyedarkan kita betapa teruknya generasi yang telah kita bina dari sistem yang sedia ada, maka jangan pelik ia akan berulang kembali.

Ketika itu, kita akan nampak betapa bodohnya kita tak belajar dari pengalaman, tak berbuat apa-apa untuk membina generasi baru dalam negara, hanya pandai beri komen, lebih sudu dari kuah!

Sungguh, negara ini sudah layak untuk digelar sebagai #NegaraMurai!

Bak kata Tuan Fdaus Ahmad, “Tuhan ambil anak-anak tahfiz dan tinggalkan kita anak-anak hisap syabu. Padan muka kita!”

Akhi Fairuz Al-Jengkawi

PRU14: Kutuk mengutuk bukan budaya Melayu

•2017-09-06 • Leave a Comment

2017 Sept 06

Entahlah… kot budaya tetamu tetap kot

.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Acik telah bertikam perkataan dgn seorang sahabat lama Acik selama beberapa hari yang lepas melalui whatsapp. Beliau adalah seorang penyokong tegar PH. Tapi dulu beliau pun macam Acik juga, kuat PAS.

Melalui hujah-hujahnya Acik nampak beliau tersangat marah kpd PP (Presiden PAS) kerana berbaik-baik dgn PU (Presiden UMNO). Nampaknya beliau terlalu yakin dengan dakwaan Tun DM bahawa PU (Presiden Umno) itu perompak, pencuri dan macam-macam lagi dakwaan negatif.

Yang agak kelakarnya ialah, dengan Acik-acik sekali dituduhnya bersubahat dengan kedua-dua presiden parti Melayu tersebut. Cuma semata-mata kerana Acik enggan untuk turut sama mengutuk kedua-dua pemimpin Melayu itu.

Acik cuma kata kat beliau, jika Tun DM kata PM sekarang ni perompak beliau (Tun DM) pun serupa juga ketika berkuasa dahulu. Cuma ketika tu belum ada smartphone, maka terselamatlah beliau.

Bagi Acik, dakwaan Tun DM terhadap PM itu tak lebih ibarat Kata dulang paku serpih, kata orang aku yg lebih. Likes pot says that the kettle is black.

Sebenarnya Acik tak gamak utk kutuk sesiapa. Itu sebabnya Acik tak suka dengar cara Tun DM mengutuk orang yang beliau meluat. Dulu dia kutuk DSAI kaw kaw. Kini giliran PM @ PU pula.

Yang agak menarik bagi Acik ialah PM cool saja. Beliau tak “react” macam DSAI dahulu. Maka tertanyalah dalam hati Acik apa yang membuat PM begitu cool. Kawan-kawan Acik kata, PM tak berani respon itu tandanya bahawa segala dakwaan terhadapnya itu adalah berasaskan kebenaran.

Namun pendapat Acik, lain sikit. Bagi Acik, memang budaya Melayu tidak suka kaedah kutuk mengutuk tu. Walaupun PM dari keturunan Bugis, namun Bugis adalah juga dari rumpun Melayu tulen.

Mungkin ramai orang tertanya-tanya kenapa anak-anak Acik juga asyik mengutuk je dalam Facebook masing-masing. Sedangkan kata peribahasa Melayu, “kuah akan tumpah ke nasi jua” atau “bapa borek, anaknya rintik”.

Sebenarnya Acik dah pernah bertanya sendiri kepada anak-anak Acik yang berkenaan, dari siapa mereka belajar bahasa kutuk mengutuk tersebut. Rupa-rupa mereka mencontohi pemimpin-pemimpin parti politik pembangkang. Itulah dakwaan mereka.

Acik tak boleh salahkan mereka 100% sebab Aciklah yang rajin membawa mereka menghaziri ceramah-ceramah parti pembangkang sejak mereka masih kecil. Kalau anak-anak kita asyik diperdengarkan lagu “aci aci buka pintu” sejak kecil, lalu bila depa besar depa pun asyik mendendangkan lagu yg sama, nak hairan apa.

Jika depa tak pandai langsung menyanyi lagu “Negaraku“, sebab dok asyik diperdengarkan lagu “aci aci buka pintu” je ke telinga depa, nak salah depa 100% jugakah ? Acik rasa rakyat wajar mentauladani PM dari aspek “c o o l” beliau ketika menghadapi kutukan. Namun, jangan pula mendakwa bahawa Acik juga menyuruh beliau ditauladani dalam aspek- aspek yang lain.

Kadang-kadang tindakan paling baik adalah berdiam diri. Inilah yang dianjurkan Islam terhadap jemaah solat Jumaat ketika khatib sedang berkhutbah. Walaupun niat kita berkata “diam !” adalah supaya remaja di sebelah kiri kita itu berhenti dari berkata-kata, namun itu pun dilarang oleh Islam.

Jadi Acik percaya bhw berdiam diri ketika diri dikutuk adalah lebih baik dari membalas kutukan. Pernah satu ketika Saudina Abu Bakar r.a. dikutuki seorang individu di hadapan Nabi s.a.w. Mula-mula beliau (AB r.a.) diam dan Nabi s.a.w. terus menemani beliau. Tapi apabila AB r.a. membuka mulutnya membalas kata kpd individu tersebut, Nabi s.a.w. segera menjauhkan diri dari mereka berdua.

Nabi s.a.w. kemudiannya memberitahu kepada AB r.a. bahawa, ketika beliau (AB r.a.) sedang dikutuki, beliau (Nabi s.a.w.) nampak ada malaikat sedang melindungi beliau (AB r.a.). Tapi sebaik saja beliau (AB r.a.) membalas kutukan individu tersebut, maka malaikat itu pun beredar meninggalkan beliau (AB r.a.).

Agaknya PU menerima nasihat PP kut maka beliau (PU) tidak membalas kutukan Tun DM. Mungkin juga sebab kedua-dua mereka adalah Melayu tulen, yang mematuhi amalan budaya Melayu sejati.

Wallahualam 🌺

.

πŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’Ž

PenCERAHan yang relevan :

SENARAI PenCERAHan2 yg relevan

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

.

Rasuah : Salah Siapa ?

https://4uni2c.com/2017/08/27/rasuah-salah-siapa/

.

Asal usul makna Melayu

https://4uni2c.com/2017/01/15/asal-usul-makna-melayu/

.

Menyantuni provokasi :

https://4uni2c.com/?s=menyantuni&=Search

.

PenCERAHan terakhir ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

.
.

PRU14: Privatization is bad …

•2017-09-02 • Leave a Comment

.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Privatization Is bad for the rakyat as it makes the rich richer, the poor poorer. See what Muammar Gaddafi had done to his people :

.

Muammar Gaddafi’s Prophecies:

.

“I will not go into exile to any foreign country. I was born here in Libya, and I will die here. This country was a desert, and I turned it into a forest, where everything can grow. No one loves this land more than its citizens.

.

If Europe or America tells you that they love you, be careful. They love the wealth of your land. The oil and not the people. They are helping you to fight against me but, it will be more wise for you to fight against them because they are fighting against your future and progress.

.

My message to you the people of Libya is, they are helping you to kill me but you will pay the price because you will suffer. And my message to you America and Europe is, you will kill me, but be ready to fight a never ending war.

.

Before you realise your ignorance, terrorists will be hitting you at your doorstep.”

.

GADDAFI once told the Nigerian and British governments to divide Nigeria into two, so that the Hausa/Fulani (Moslems), Yoruba (Christians) and Biafrans/Igbo, can live as neighbouring countries.

.

It’s good we look at these 16 REAL REASONS WHY COL. GADDAFI WAS KILLED:

.

1. There was no electricity bill in Libya, electricity was free for all its citizens.

.

2. There was no interest on loans, banks in Libya were state-owned and loans given to all its citizens were at a 0% interest by law.

.

3. Home was considered a human right in Libya. Gaddafi vowed that his parents would not get a house until everyone in Libya had a home.

.

4. All newlyweds in Libya received $60,000 Dinars (US$50,000) from the government to buy their first apartment.

.

5. Education and medical treatments were free in Libya. Before Gaddafi, only 25% of Libyans were literates. Today, the figure stands at 83%.

.

6. Libyans taking up farming as a career received farm land, a farm house, equipment, seeds and livestock to kick- start their farming activities – all for free.

.

7. If Libyans could not find the education or medical facilities they needed in Libya, the government funded them to go abroad for it.

.

8. In Gaddafi’s Libya, if a Libyan buys a car, the government subsidized 50% of the price.

.

9. The price of petrol in Libya was $0.14 per liter.

.

10. Libya had no external debt and its reserves amounted to $150 billion – now frozen globally.

.

11. If a Libyan was unable to get employment after graduation, the state would pay the average salary of the profession as if he or she is employed until employment was found.

.

12. A portion of Libyan oil sale was credited directly to the bank accounts of all Libyan citizens.

.

13. A mother who gave birth to a child under Gaddafi, received US $5000 as child benefit upfront.

.

14. 40 loaves of bread in Libya costed $0.15

.

15. 25% of Libyans had a university degree

.

16. Gaddafi carried out the world’s largest irrigation project, known as the Great Man-Made River Project, to make water readily available throughout the desert country.

If this is called “Dictatorship“, I wonder what type of Leadership Democrats and Republicans have!!

Share this to remember Gaddafi

.

πŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’Ž

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

.

PenCERAHan terbaru

http://www.4uni2c.com

.

PRU14: Rasuah – salah siapa ?

•2017-08-28 • Leave a Comment

Apa yang kita tuai sekarang adalah apa yang kita semai dahulu.

2017 Ogos 28

Acik anggap diri Acik kini dah bebas dari menyokong mana-mana parti politik.

Oleh sebab Acik tak sokong PAN, maka adalah kawan Acik yg tuduh Acik masih lagi penyokong tegar yg taksub dgn perjuangan PAS.

Oleh sebab PAS dah berbaik-baik dgn UMNO, maka dituduhnya pula Acik meredhai apa yg Presiden UMNO itu lakukan. Terutamanya berhubung dengan isu 1MDB.

Sebenarnya, Acik belum mau bersama PAN bukan kerana apa. Tapi kerana Acik TAK SANGGUP untuk turut sama BERSUBAHAT dalam usaha menutup dan melupakan rakyat tentang banyak tindakan Tun DM yang dahulunya dianggap kesalahan serius.

Contohnya tentang kerugian lebih dari USD10 billion yg terpaksa ditanggung oleh BNM, akibat Tun DM bermain forex dgn menggunakan duit BNM (duit rakyat).

Kedua ialah trajedi Mamali yg telah mengorbankan 18 nyawa rakyat termasuk 4 anggota PDRM.

Ketiga dan seterusnya, sila baca dalam PenCERAHan berikut :

πŸ‡²πŸ‡Ύ Sila baca dgn fikiran yg terbuka πŸ’Š

. https://4uni2c.com/2013/02/02/4uni2c-13202-tun-dr-m-jasamu-dikenang/

Bagi Acik, PH dah hilang kredibiliti kerana cuba melindungi bekas PM yg telah banyak melakukan perkara-pekara yang dahulunya didakwa sebagai kesalahan besar.

Bagi Acik juga, isu 1MDB bukanlah satu faktor yg cukup kuat utk dijadikan justifikasi bagi menutup dan melupakan segala kesalahan Tun DM serta memaafkan beliau tanpa sebarang pembicaraan terlebih dahulu.

Nampaknya isu 1MDB kini sedang dieksploitasi dgn semau-maunya, bagi membebaskan pemimpin-pemimpin utama PH dari kesalahan-kesalahan besar yg pernah mereka lakukan dahulu, ketika mereka masih berkuasa.

Jangan salahkan murid kencing berlari jika gurunya kencing berdiri.

.

.

Jika bersalah kepada Allah, insya Allah Allah akan ampunkan. Tapi jika berlaku zalim kepada rakyat, maka wajib memohon maaf kepada mereka.

.

Wallahua’lam 🌹

PenCERAHan yg relevan ⬇️

.

Yg relevan dgn PRU14 ⬇️

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

.
Lompat parti haruskah https://4uni2c.com/2018/05/15/pru14-lompat-parti-haruskah/
.

PenCERAHan terakhir⬇️ http://www.4uni2c.com

.

ECRL : Kenapa kompeni China ?

•2017-08-23 • Leave a Comment

.

Dunia kagum dengan kejayaan Negara China.

.

.

Ramai rakyat Malaysia kini sedang mepertikaikan kewajaran projek ECRL. Bukan saja dari segi kosnya yang dianggap terlalu mahal. Tapi yang lebih dipertikaikan adalah kerana ianya akan dilaksanakan oleh syarikat dari negara China.

Yang mungkin agak pelik bagi setengah dari kita ialah, bukan orang Melayu saja yang mepertikaikan projek ECRL itu, malah orang China pun ramai yang turut mempertikaikan tindakan kerajaan memberi projek mega itu kepada syarikat dari negara China.

Acik percaya bahawa sekiranya rakyat mengetahui fakta-fakta yang betul, maka tak kan ada lagi kut yang akan terus mempertikaikan projek ECRL itu. Malah mungkin majoriti rakyat akan mengharap agar BN terus memerintah selepas PRU14 nanti, demi menjamin kesinambungan pelaksanaan projek tersebut. Lebih-lebih lagilah rakyat di pantai timur Semenanjung Malaysia.

Mungkin dalam minda kebanyakan rakyat Malaysia (terutama Melayu), bangsa China itu semuanya sama. Di mana juga mereka berada mereka tetap sama. Termasuklah China yang telah lama bermustautin di Malaysia malah yang di Amerika Syarikat sekali pun.

Tanggapan itu sebenarnya adalah salah. China yang sudah lama tinggal di Malaysia maupun di mana-mana, tidaklah sama dengan China yang masih kekal di negara asal mereka itu. Walaupun dari aspek fisikal mereka masih serupa, namun dari aspek pemikiran dan ideologi mereka adalah berbeza.

China yang berada di luar negara asal mereka adalah China yang memiliki kualiti. Lazimnya orang yang berkualiti saja yang berani merantau dengan sukarela. Mereka ini sanggup mengambil risko yang tinggi untuk berdepan dengan berbagai-bagai halangan dan dugaan, demi mencari kehidupan yang lebih baik dari yang sedia ada di dalam negara asal mereka.

Namun, tidaklah bermakna bahwa semua atau majoriti orang China yang masih kekal di benua China itu sekarang, adalah China-China yang tidak berkualiti belaka. Bagi Acik, mereka itu adalah terdiri dari rakyat yang semangat patriotiknya tinggi. Kata peribabasa Melayu, walaupun hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, mereka tetap memilih untuk kekal di negeri sendiri.

Sejak memasuki sekolah menengah di dalam tahun 60an dahulu, Acik mula berkawan dengan anak-anak China. Dalam kelas Acik itu, majoriti pelajar adalah anak-anak China. Pelajar-pelajar yang pandai kebanyakannya adalah budak-budah China.

Acik hairan mengapa fenominanya begitu. Sejak dari itu Acik mula mencari jawapannya. Selain dari pelajar China, ada juga rakan sekelas dengan Acik itu yang dari keturunan India. Tapi mereka adalah minoriti dan taklah sepandai budak China.

Acik sedikit pun tidak merasa dengki kepada mana-mana rakan sekelas Acik kerana mereka pandai. Samada mereka China maupun India. Sebaliknya Acik mengambil munafaat dari kepandaian mereka. Agak kesal juga Acik sekarang kerana tidak berusaha untuk belajar bercakap dalam bahasa China dengan mereka.

.

.

.

China di negara asal mereka adalah pengamal ideologi komunis. Sedangkan China di luar negara China rata-ratanya adalah pengamal ideologi kapitalis. Rakyat China di negara asal mereka tidak boleh hidup terlalu kaya seperti China di luar negara China. Ini sejajar dengan prinsip ideologi rasmi negara mereka itu.

Oleh sebab itu, orang China yang nak hidup kaya raya terpaksalah berhijrah ke nagara-negara kapitalis. Di negara kapitalis mereka dapat mengumpul kekayaan dengan semau-maunya. Malah ada yang menjadi kaya raya dengan cara yang tidak halal. Tidak halal baik dari segi agama dan moral, maupun dari segi undang-undang.

Satu kebaikan negara yang berideologi komunis ialah, seluruh rakyatnya mempraktikkan kehidupan secara sederhana. Dalam Islam ia diistilahkan sebagai wasatiah. Oleh itu tidak ada yang terlalu kaya dan tidak ada pula yang terlalu miskin. Tidaklah seperti di negara kapitalis dimana kewujudan ramai peminta sedekah adalah fenomina harian. Contohnya di India, Indonesia bahkan di negara kita Malaysia ini sendiri.

.

.

Bersambung ……

.

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan :

.

.

https://4uni2c.com/?s=Kisah+Melaka+nak&submit=Search

.

ECRL : Subuh di Kpg Baru, zuhur di Kota Bharu

•2017-08-20 • Leave a Comment

Acik memang amat teruja dengan projek ECRL. Walaupun banyak pihak mempunyai persepsi agak negatif terhadap projek tersebut, namun bagi Acik ia adalah suatu projek yang wajar dilaksanakan sebagaimana yang telah dirancang. Sesuatu yang diyakini baik tak harus ditangguh-tangguhkan lagi.

Dengan adanya teknologi canggih sekarang, projek ECRL bukanlah lagi ibarat mimpi di siang hari. Lebih-lebih lagi dengan kemampuan yang Msia ada sekarang. Acik yakin ianya akan menjadi realiti sebagaimana yang dijanji. Janji ditepati, insyaAllah !

Era Tun Dr. Mahathir (TDM) sebagai PM dahulu rakyat Msia boleh berbangga dengan projek kereta nasional Proton Saga. Kini ketika era DS Najib sebagai PM rakyat Msia boleh berbangga pula dengan projek MRT dan ECRL. Kedua-dua projek tersebut adalah untuk meningkatkan kualiti pengangkutan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Cuma yang membezakan faktor MRT dan ECRL dari faktor Proton Saga ialah, faktor awal mengurangkan kos pengangkutan ke atas isi keluarga, sedangkan faktor kedua pula menambahkan hutang isi keluarga. Jika anda terpaksa membeli kereta akibat sistem pengangkutan awam yang unreliable (tak boleh diharap), maka bukankah ia menambahkan hutang anda.

Ketika kereta Proton Saga pertama dipasarkan di dalam negara, harganya ialah RM17,000. Sebelum lahirnya jenama Proton Saga, harga kereta-kereta jenama lain jauh lebih murah. Contohnya, kereta Toyota dan Dutsun 1.3cc tak sampai pun RM15,000. Tapi dengan kelahiran Proton, tiba-tiba harga kereta jenama lain naik mendadak.

Sepatutnya bila dah ada jenama yang dibuat di dalam negara sendiri, maka rakyat dapatlah menikmati harga kereta yang lebih murah. Namun realitinya tidaklah pula begitu. Walau bagaimana pun, supaya kereta Proton nampak lebih murah dari kereta-kereta jenama lain, maka kerajaan telah menaikkan cukai import ke atas kereta-kereta jenama asing. Ini menambahkan hutang isi rumah rakyat kerana terpaksa membeli kereta dengan harga yang lebih tinggi.

Semasa Acik berkhidmatan di Kelantan dahulu, Acik sering juga ke Kuala Lumpur atas urusan rasmi. Pengangkutan yang paling selesa dan efisyen hanyalah kapal terbang. Namun ramai yang tak mampu menaiki kapal terbang.

Keretapi tak boleh diharapkan. Kualiti perkhidmatannya sangat menyedihkan. Perjalanannya antara KL dan Kota Bharu sangatlah lama. Begitulah juga kereta dan bas. Perjalanannya juga menjemukan kerana terlalu lama.

Samasa Acik menemani isteri yang bertugas di SKKKKK (Sek Keb Kemubu, Kuala Krai, Kelantan), keretapi menjadi kenderaan penting. Dengan keretapilah Acik pergi ke bandar Kuala Krai dan bandar Gua Musang dari Kampung Kemubu. Kadang-kadang dengan keretapi juga Acik ke Kota Bharu.

Keretapi yang berjalan adalah jauh lebih teruk dari keretapi 20 tahun sebelumnya. Kipas ada di bumbung gerabak. Tapi kebanyakannya dah tak berfungsi. Lampu pun tak semua menyala. Pernah suatu pagi Acik naik dari Kota Bharu ke Kemubu, pemeriksa tikit menggunakan lampu picit untuk membaca tiket Acik.

Dalam hati, Acik sering bertanya, ” Bilakah lagi kerajaan BN nak naikkan taraf pengangkutan awam di Kelantan ? “. Bukanlah BN selalu mendakwa bahawa merekalah juara penjaga kepentingan orang Melayu ? Sedangkan lebih dari 90% rakyat Kelantan adalah orang Melayu.

Bila projek ECRL dilancarkan Acik rasa seolah-olah keluhan hati kecil Acik dahulu itu kini telah mendapat perhatian Ilahi. Alhamdulillah dan tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan. Semoga mereka semua akan turut menyumbang ke arah kejayaan projek ECRL tersebut, insyaAllah.

Rakyat Kelantan yang tinggal di luar, sejak sekian lama telah terpaksa bersabar di atas jalan raya, bila pulang ke kampung halaman masing-masing setiap musim perayaan. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan sebaliknya boleh memakan masa tidak kurang dari 10 jam. Jika mereka meninggalkan Kuala Lumpur sebaik selepas Subuh, dah masuk waktu asar baru sampai Kota Bharu.

Keadaan akan jauh berbeza bila projek ECRL itu siap nanti. Rakyat Kelantan yang bersolat Subuh di Masjid Kampung Baru KL akan sempat berjemaah zuhur di masjid di Kota Bharu sekiranya menaiki tren laju hasil dari projek ECRL itu.

Wallahua’lam πŸ’Š

PenCERAHan yg popular ⬇️

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

ECRL : Pemangkin kemajuan pantai timur SM

•2017-08-13 • Leave a Comment

πŸ‡²πŸ‡Ύ Salam !

Cuba kita baca status dalam Facebook milik Anas Abd Jalil. Beliau mendakwa bahawa Malaysia mampu membiayai projek tersebut.

ECRL (East Coast Rail Link) merupakan sebuah projek mega. Upacara pecah tanah sebagai pelancaran projek tersebut telahpun dilaksanakan pada 2017 Ogos 9 lepas. Khabarnya projek mega itu akan melibatkan pelaburan negara sebanyak RM55 ribu juta. Ianya dijangka siap pada tahun 2024.

Kos sesuatu projek pembangunan di Msia tidak boleh bandingkan one to one dgn kos projek yg serupa di negara lain. Jika projek yg serupa ECRL dibuat di Saudi, mungkin kosnya jauh lebih murah kerana land skep nya tidak lah begitu mencabar. Bagi Acik apa yg lebih penting ialah kesan positif yg akan dinikmati oleh rakyat dari projek tersebut, dari mula ianya dilaksanakan hinggalah sampai bila-bila, selepas projek itu siap (mula berfungsi dan beroperasi).

Sejak sekian lama negeri-negeri di pantai timur SM (Semenanjung Msia) telah ketinggalan dalam aspek pembangunan. Antara faktor utama ialah kerana sistem pengangkutannya dengan negeri-negeri maju di pantai barat sangatlah lemah. Acik yakin, kelemahan ini akan dapat diatasi dgn amat berkesan bila siap projek ECRL itu nanti, insyaAllah.

Pengalaman Acik semasa berkhidmat di Kelantan dahulu dan lawatan-lawatan Acik ke Trengganu, telah mendedahkan Acik kpd realiti yg wujud di negeri-negeri yang didominasi orang Melayu itu. Harapan Acik sejak sekian lama ialah agar kerajaan sanggup melabur demi memajukan pantai timur SM itu. Kini nampaknya harapan Acik itu bakal menjadi realiti, alhamdulillah.

Projek ECRL akan menggunakan ramai tenaga pekerja, dari buruh kasar hinggalah kpd pekerja2 berkemahiran tinggi. Maka ramailah rakyat Msia yang menganggur akan mendapat pekerjaan, baik secara langsung mahu pun sebaliknya. Mereka itu termasuklah graduan2 menganggur yg mungkin sudah mencecah puluhan ribuan bilangannya. … …

.

C & P dari WA Anas AJ

Situasi sebenar pekerja-pekerja di projek ECRL kini:

1. Pembinaan perumulaan untuk projek ECRL kini ada 1,718 pekerja terus. Hanya 311 (18%) dari China.

2. Jumlah pekerja asing untuk projek ECRL dihadkan oleh ECRL pada taraf 30%.

3. Pada masa ini, ada 215 buah syarikat tempatan yang terlibat dalam projek ECRL iaitu 26 syarikat konsultan, 99 syarikat pembekal dan 90 kontraktor tempatan. Pihak kontraktor utama ECRL akan terus memberikan keutamaan kepada penggunaan bahan-bahan binaan dari syarikat-syarikat tempatan di Malaysia.

4. Dianggarkan sebanyak 80,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung akan ditawarkan sepanjang tempoh pembinaan ECRL.

5. Setakat ini, syarikat China CCCC telah menaja RM23 juta untuk Program Latihan Kemahiran Industri Laluan Rel Pantai Timur (PLKI-ECRL),

6. Sejak program bermula bulan Sept 2017, 185 orang telah menamatkan latihan dan telahpun mula berkerja di MRL dan CCCC. Seramai 244 pelatih lagi akan tamat latihan pada April 2018.

7. MRL amat berharap agar warga tempatan merebut peluang untuk terlibat dalam kerja-kerja pembinaan ECRL dimana pemindahan kepakaran teknologi rel dari China dapat memberi manfaat yang besar kepada negara dalam jangka masa panjang.

http://www.theedgemarkets.com/article/only-30-ercl-workers-will-be-foreigners-says-project-owner

.

Wallahualam.

.

Ke PenCERAHan terakhir ⬇

http://www.4uni2c.com

YB Rafizi : Senasib H.Nadim ?

•2017-08-09 • Leave a Comment

.

Memandang kepada wajah YB Rafizi Ramli, teringat Acik akan Hang Nadim. Siapakah dia Hang Nadim itu ?

.

Untuk mengenali Hang Nadim maka kita kenalah baca PenCERAHan berikut :

.

https://4uni2c.com/?s=strategi+ikan+todak&submit=Search

.

Baru-baru ni YB Rafizi dikenakan hukuman denda oleh mahkamah, berkaitan dengan pendedahan beliau tentang isu kegagalan projek lembu oleh kroni BN. Projek tersebut telah menggunakan dana kerajaan melebihi RM200 juta. Jumlah denda yang dikena ke atas YB Rafizi itu ialah RM300 ribu.

Bila YB Rafizi memohon derma dari orang ramai untuk menolong beliau membayar denda tersebut, derma yang diperolehi beliau adalah lebih dari RM 1.5 juta. Hukuman yang ditimpakan ke atas YB Rafizi itu rupa-rupanya adalah satu blessing in disguise buat beliau. Malah mungkin juga ia manifestasi bahawa nasib YB Rafizi taklah semalang nasib Hang Nadim.

Haji dan Tabung Haji #01

•2017-07-27 • Leave a Comment

2017 Julai 26

Haji adalah rukun Islam yang kelima dan terakhir. Haji difardukan ke atas setiap individu Islam yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu. Antaranya ialah dalam aspek kemampuan harta (wang), fisikal (kesihatan) dan keselamatan.
Kalau di zaman datuk nenek kita dahulu, setiap Muslim yang memenuhi syarat tersebut sudah dikira wajib menunaikan fardu haji. Namun, pada masa sekarang ia belum boleh lagi dihukumkan sebagai wajib hingga datang seruan dari Tabung Haji. Seruan yang Acik maksudkan ialah giliran yang ditetapkan oleh pihak Tabung Haji.

Walaupun pada hakikatnya yang menentukan samada seseorang individu Muslim itu akan bergelar Haji atau Hajah adalah Allah, namun dari segi adatnya pula pihak Tabung Hajilah yang menjadi pelaksana ketetapan Allah tersebut. Maka tak bolehlah sesiapa pun nak salahkan Tabung Haji jika tidak atau belum mendapat peluang untuk menunaikan fardu haji.

Bagi musim haji tahun ini, agak ramai juga individu yang Acik kenali yang telah menerima seruan. Mereka ialah bekas rakan sekelas (class mate), bekas rakan sesekolah (school mates), bekas rakan sejawat, saudara mara, jiran-jiran dan lain-lain. Di antara mereka ada yang dah berumur pencen macam Acik dan ada juga yang masih bekerja. Bagi yang bekerja dengan kerajaan bertuahlah sebab mendapat cuti percuma 40 hari (jika tak silap Acik).

Musim haji tahun ini mengingatkan Acik akan pengalaman menunaikan haji dalam tahun 2010 dahulu. Sebenarnya sebelum itu kami (Acik dan isteri) tak pernah tahu bila akan menerima seruan. Kami cuma berdoa dan berharap akan menerima seruan bila duit dalam simpanan dengan Tabung Haji dah mencukupi.

Dalam bulan Disember 2008 Acik kematian abang sulung akibat serangan jantung. Kakak dan adik-adik Acik harap Acik pulang tinggal di kampung sebagai pengganti kepada abang kami itu. Masa tu Acik tinggal di Cameron Highlands menemani isteri. Beliau sedang bertugas di SK Convent, Tanah Rata sebagai guru penolong kanan pentadbiran.

Jalan paling mudah bagi isteri Acik itu untuk turut sama pulang tinggal di kampung ialah dengan memohon persaraan awal. Sementara permohonan tersebut diluluskan, isteri Acik itu mengambil cuti tanpa gaji.

Sebaik saja isteri Acik itu menerima gratuiti pesaraannya, kami pun pergi ke pejabat Tabung Haji. Tujuan kami ialah untuk menambahkan simpanan kami dalam akaun Tabung Haji.

Ketika itu barulah kami maklum bahawa untuk dapat giliran pergi haji pencarum wajib berdaftar terlebih dahulu sebagai calon haji/hajah. Dengan pendaftaran itu barulah pencarum akan diberitahu tahun bila gilirannya untuk ke Makkah akan tiba.

Selama ini kami ingat giliran haji hanya akan ditetapkan apabila jumlah simpanan dalam akaun Tabung Haji sudah mencukupi. Rupa-rupa tidak. Pencarum cuma perlu berdaftar sebagai calon haji/hajah dengan cagaran RM1300 saja. Maksudnya, pencarum berjanji tidak akan sentuh RM1300 itu sehinggalah gilirannya untuk ke Makkah sampai.

Gagal atau lewat mendaftar sebagai calon haji/hajah akan mengakibatkan giliran pencarum untuk buat haji juga akan turut menjadi lewat. Sebagai contoh, Katakanlah dalam tahun 2000 pencarum A baru ada RM1500 dalam akaun Tabung Hajinya. Sedangkan B dah ada RM15,000.

A pun mendaftar sebagai calon haji dalam tahun berkenaan (2000). Sedangkan B baru mendaftar sebagai calon haji 5 tahun selepas A (2005).

Berpandukan dasar dan kaedah yang diterimapakai oleh Tahung Haji, maka A akan menerima seruan haji lebih awal dari B. Jika A belum cukup duit dalam akaun Tabung Hajinya, maka beliau akan diminta mencukupkan jumlah tersebut menjelang keberangkatannya ke Makkah.

Kelewatan mendaftar selama 5 tahun mungkin akan mengakibatkan kelewatan ke Makkah 10 tahun atau lebih berbanding dengan giliran mereka yang mendaftar 5 tahun lebih awal. Contohnya, seorang pupu Acik telah mendaftar sebagai calon haji pada tahun 2008 Beliau akan menunaikan haji pada tahun ini (2017) Sedang isterinya yang mendaftar sebagai calon hajah dalam tahun 2014, giliran hajinya ialah dalam tahun 2063.

Khabarnya pencarum yang baru mendaftar sebagai calon haji/hajah dalam tahun ini (2017) akan dijanjikan giliran haji mereka (oleh Tabung Haji) pada tahun 2118. Realistik kah janji tersebut ?

Janji yang tak realistik apa hukumnya ?

Jadi bagaimana pula Acik yang baru daftar sebagai calon haji dalam tahun 2009 boleh dapat pergi menunaikan haji dalam tahun 2010 ?

Sebenarnya Acik merayu kepada pihak Tabung Haji untuk pergi seawal mungkin. Acik yakin bahawa TH tak akan menghampakan rayuan Acik kerana hujah Acik sangat kukuh. Acik dah buka akaun dengan TH sejak mula menjadi penjawat awam lagi iaitu 1977. Tiap-tiap bulan sebahgian dari gaji Acik dipindahkan ke akaun TH secara otomatis.

Kalau sekadar RM1300 untuk dijadikan cagaran pendaftaran haji, mungkin simpanan Acik dalam akaun TH Acik dah lama cukup. Tapi sebab tak maklum bahawa nak dapat giliran pergi haji Acik mesti mendaftar haji dahulu, maka itulah sebabnya Acik dan isteri tak mendaftar sebagai calon haji dan hajah

Allah nak mudahkan Acik, kebetulan seorang bekas kawan serumah dengan Acik suatu ketika dahulu menjawatan jawatan yang agak tinggi di TH. Maka melalui beliaulah Acik salorkan surat rayuan Acik itu. Acik percaya bahawa hasil dari pertolongan beliau itulah maka rayuan Acik itu berjaya. Turut berjaya dalam rayuan tersebut ialah isteri Acik, adik kandung Acik dan isteri beliau yang turut sama dalam rayuan berkenaan.

Mujur juga adik kandung Acik itu telah dapat menunaikan haji bersama dengan Acik dalam tahun 2010. Beliau kini telah tidak boleh berdiri dan sentiasa duduk di atas kerusi roda. Sekiranya dalam tahun 2017 baru nak menunaikan fardu haji kan susah bagi beliau dan calon haji yang menemani beliau.

Acik rasa cara TH menetapkan giliran pergi haji kepada penjarum TH macam itu sangatlah tak kena. Majoriti besar yang membuka akaun dengan TH tentulah sebab nak menunaikan fardu haji. Maka tak perlulah menunggu setiap pencarum datang berdaftar sebagai calon haji/hajah baru nak bagi giliran haji kepadanya.

Dalam era IT yang sangat canggih sekarang ini pendaftaran haji secara otomatis boleh saja dilakukan. Apabila jumlah simpanan pencarum dalam akaun THnya mencapai RM1300, maka secara otomatis beliau akan diberi giliran hajinya. Jika beliau tak setuju pun tak akan menjadi masalah sebab beliau boleh memohon untuk membatalkan giliran tersebut.

Acik penuh yakin bahawa tidak akan ada penjarum TH yang akan menentang kaedah pendaftaran haji secara otomatis tersebut. Kalau ada pun bukan kerana menentang sistem yang digunapakai. Sebaliknya sekadar menolak giliran haji yang ditawarkan kepadanya atas sebab-sebab tertentu. Ini bukan bermakna menentang kaedah tersebut.

Wallahu’alam ⚘

Lain-lain PenCERAHan yg relevan :

.

TH : Ada Yang Rasa Tertipu ?

https://4uni2c.com/2019/07/06/th-ada-rasa-tertipu/

.

PenCERAHan terbaru ⬇

http://www.4uni2c.com

.

.