Politik: Angkara lompat parti

•2020-02-27 • Leave a Comment

2020 Feb 27 (Kha)

Anti-hopping law is very urgently required for a long term political stability

🇲🇾 Rakyat seluruh negara kini sedang “menikmati” hasil tanaman yang disemai ketika era PM4 dahulu. What we are reaping now, is what we had sowed before. Apa yang kita sedang tuai sekarang ini adalah apa yang kita telah semai suatu ketika dahulu.

Bagi Acik punca utama mengapa boleh berlaku kemelut politik seperti sekarang ini ialah kerana YB-YB kita dihalalkan menipu pengundi. Adakah dakwaan Acik ini betul, dan kalau betul apa modus operandinya ❓
.
Jawapannya “ya betul ❗Dan caranya pun amatlah mudah ” . Semasa nak bertanding dalam PR (Pilihan Raya), jadilah calon bagi mewakili parti kita. Lepas menang dan mendapat status YB, tinggalkan saja parti tersebut. Kerusi bisa dibawa bersama ke mana-mana saja sebab halal berbuat demikian. Samada untuk join parti lawan ataupun nak jadi YB bebas. Samada dengan hati yang ikhlas maupun bagi mendapat habuan yang amat lumayan, susah nak dipertikaikan.


Kalau mengikut akal yang rasional tindakan lompat parti tak patut dilakukan pun. Namun realitinya, ia telah berlaku. Bukan sekali dua saja bahkan berulang-ulang kali ia dilakukan. Adakah ianya telah menambahkan kebaikan kepada rakyat ❓ Jauh panggang dari api. Sebalik dah banyak menyusahkan kita semua.

Tetapi kenapa tidak dipinda peraturan berkenaan yang kini terbukti membawa mudharat besar kepada negara. Jawapannya ialah kerana ia masih memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu yang menguasai kerajaan. Malah tujuan undang2 itu diwujudkan dahulu pun adalah supaya dapat digunakan bagi mengekalkan kuasa politik parti yang memerintah.
.

⬇️ Selingan ⬇️

Arwah TGNA telah pun menjangka, kemelut politik yg serius macam skrg akan berlaku

Seingat-ingat Acik, lompat parti dihalalkan berdasarkan satu preceden yang diwujudkan semasa era PM4 dahulu. Ianya diwujudkan demi kepentingan parti pemerintah (pusat) ketika itu. Kelantan ketika itu baru saja jatuh ke tangan pembangkang.

Dua orang ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang telah menang sebagai YB pembangkang telah kembali ke pangkuan UMNO, parti asal mereka. Speaker DUN Kelantan pun mengistiharkan bahawa kerusi kedua-dua DUN (Dewan Undangan Negeri) berkenaan telah kosong. Lalu diadakan PRK (Pilihan Raya Kecil) di kedua-dun DUN tersebut.
.
Kedua-dua ahli UMNO itu telah turut bertanding dalam PRK berkenaan. Kali ini mereka sebagai calon UMNO pula. Malangnya, kedua-dua mereka telah kecundang. Ini membuktikan bahawa mereka menang dahulu bukan kerana faktor peribadi tapi kerana parti yang mereka wakili.

Mungkin atas nasihat parti mereka maka perkara kekalahan mereka dalam PRK berkenaan itu dibawa mahkamah. Akhirnya mahkamah memulangkan kerusi DUN kepada mereka dengan memutuskan bahawa PRK adalah tidak perlu kerana keputusan PR yang dahulu masih dikira sah

Justifikasi yang digunakan ialah kerana tidak ada undang-undang yang melarang mana-mana YB daripada meninggalkan parti yang diwakilinya, selepas menang dalam PR. Maka kes ini pun menjadi satu preceden pilihanraya di Malaysia sehingga sekarang. Namun mengikut pendapat Acik preceden itu adalah satu preceden yang buruk kerana ia mencabul sistem demokrasi Malaysia.

Berikutan preceden tersebut maka wujudlah istilah wakil mahkamah dalam DUN Kelantan. Sebelum itu hanya wakil rakyat saja yang bersidang dalam DUN Kelantan. Tetapi selepas wujudnya preceden lompat parti tersebut yang turut sama bersidang ialah dua orang wakil mahkamah.

Sejak tindakan YB meninggalkan parti yang diwakilinya dihalalkan, maka politik Malaysia mula menjadi keliru dan haru biru. Parti yang mendapat majoriti undi dalam PRU belum jamin akan menjadi pemerintah. Contohnya di Perak satu ketika dahulu dan di Sabah dalam PRU14 yang lepas. Ini ada Acik sentuh dalam PenCERAHan ini ⬇️

PRU14 : Lompat parti haruskah ?

Berdasarkan angkara angkara buruk yang timbul berpunca dari tindakan lompat parti, adakah wajar untuk kita terus mengHALALkan tindakan lompat parti ❓

Adalah tersangat wajar suatu peraturan undang-undang dibuat dengan seberapa segera yang boleh, bagi mengharamkan tindakan lompat parti di kalangan AP (MP) maupun ADUN. Jika mana-mana YB meninggalkan parti yang diwakilinya, maka dengan sendirinya kerusi politik (DR/DUN) yang didudukinya itu diistiharkan kosong.
.

Wallahua’lam 🌹

Akta anti lompat parti perlu disegerakan https://harakahdaily.net/index.php/2018/12/13/akta-anti-lompat-parti-perlu-disegerakan/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Lompat parti haruskah https://4uni2c.com/2018/05/15/pru14-lompat-parti-haruskah/

Time is right for anti-hopping law https://www.google.com/amp/s/www.nst.com.my/node/445557/amp

Rasuah: Salah Siapa ❓ https://4uni2c.com/2017/08/27/rasuah-salah-siapa/

Mad politics https://4uni2c.com/2018/05/05/pru14-mad-politics/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

Lawyer Siti Kasim

Politik: DSAI jadi PM8 atau PRU15

•2020-02-20 • Leave a Comment
Kalau MP² Msia macam MP² Sweden, mungkin Msia lebih maju drpd Singapura

2020 Feb 20 (Kha)

🇲🇾 Baru-baru ini Acik dimaklumkan bahawa Tun M sedang berusaha untuk menubuhkan PN (Pakatan Nasional). PN adalah gabungan parti-parti Melayu iaitu Bersatu, UMNO dan PAS. Walaubagaimana pun usaha tersebut ditangguhkan apabila ditentang hebat oleh Datuk Lokman Nor Adam (seorang ahli Majlis Kerja Tertiggi UMNO) dan pengikut-pengikut beliau di dalam media massa. Akibatnya DLNA telah dipecat dari UMNO.

Acik difahamkan bahawa matlamat penubuhan PN ialah bagi membolehkan penubuhan kerajaan baru bagi menggantikan kerajaan PH sekarang. Kononnya kerajaan PH telah menghadapi jalan buntu dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Maka adalah di harapkan kerajaan baru PN itu nanti akan mampu menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Yang akan mendapat munafaat besar nanti kononnya ialah rakyat keseluruhannya.

Setelah penubuhan PN gagal menjadi realiti, maka tercetus pula berita bahawa 138 ahli Parlimen (MP) telah menanda tangani SD (Statutory Declaration) bagi menyokong supaya Tun M dikekalkan sebagai PM sehinggalah PRU15. Ini bermakna hasrat YB DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk menjadi PM8 sebelum PRU15 akan bertukar menjadi angan-angan kosong. Ini pasti mengeciwakan ramai orang, terutama penyokong dan pentaksub-pentaksub beliau.

Sedangkan rata-rata rakyat telah maklum bahawa PH telah berjanji akan mentabal DSAI menjadi PM8 sekiranya PH berjaya merampas Putrajaya dari tangan BN melalui PRU14 lepas. Acik percaya bahawa janji tersebut adalah salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan PH menewaskan BN.

Apa peluang DSAI jadi PM8 ❓

Lepas APEC (Nov 2020) baru Tun M akan fikirkan, nak terus sebagai PM atau tidak

Selama ini, apa yang Acik tahu ialah calon PM ditentukan oleh parti yang memerintah. MP-MP parti pemerintah akan memilih salah seorang dari kalangan mereka sebagai calon PM. Calon PM adalah MP yang mendapat sokongan majoriti MP-MP dari parti pemerintah sahaja. MP-MP dari parti pembangkang tidak pernah sama sekali terlibat dalam proses pelantikan PM.

Apabila SD tersebut telah turut melibatkan MP-MP dari parti-parti pembangkang, maka ini bermakna bahawa parti pembangkang juga akan turut terlibat dalam perlantikan PM di masa-masa akan datang. Apakah ini suatu precedent baru yang hendak dicipta oleh PH

Jika sekiranya PH memang berhasrat nak menjadikan ia satu precedent, maka itu adalah satu perubahan positif pada pandangan Acik. PH akan dilihat lebih demokratik daripada BN, dalam proses perlantikan PM.
.
Namun Acik cukup tidak setuju jika sekiranya SD tersebut hanya sekadar digunakan sebagai justifikasi samada bagi menubuhkan kerajaan baru mahupun bagi mengekalkan Tun M sebagai PM sehingga PRU15. Bagi Acik ia adalah satu precedent yang buruk.

Acik lebih utamakan kejujuran daripada segala yang lain. Oleh itu Acik harap setiap YB wajib terdiri daripada individu yang jujur lagi ikhlas. Menunaikan janji adalah manifestasi bahawa orang yang membuat janji itu seorang yang jujur. Sebaliknya memungkiri janji adalah satu ciri munafik kepada pembuat janji.
.

Kita juga tidak dapat menjangka samada kerajaan PN itu nanti benar-benar lebih baik dari kerajaan PH sekarang. Tak mustahil juga nasib negara nanti ibarat keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya. Yang dikejar tak dapat, yang di kendong pula keciciran. Sedangkan satu precedence buruk telah pun dicipta.
.

Bagi YB-YB yang menanda tangani SD tersebut, Acik harap mereka akan berfikir semula tentang implikasinya. Lebih-lebih lagi YB-YB dari PH. Sebab, merekalah yang wajib mempertahankan kerajaan PH dengan apa cara sekali pun sehingga ke PRU15. Selain dari itu mereka juga sama-sama bertanggungjawab menunaikan janji besar mereka kepada rakyat, sebelum PRU14 dahulu. Janji besar yang Acik maksudkan itu ialah penyerahan jawatan PM kepada DSAI sebaik saja beliau menjadi MP.
.
Usaha ataupun cita-cita menubuhkan kerajaan baru bagi menggantikan kerajaan PH sekarang adalah tidak masuk akal. Ia bukan sahaja satu pengkhiatan besar terhadap majoriti rakyat yang mengundi PH dalam PRU14 dahulu, malah mencabul prinsip demokrasi.

Ada pula pihak yang mendakwa bahawa perjanjian PH kepada rakyat hendak mengangkat DSAI menjadi PM8 adalah tidak sah di sisi Islam. Kononnya perjanjian tersebut tidak memenuhi syarat-syarat tertentu. Namun bagi Acik, dari segi moralnya, PH tetap bertanggung jawab menunaikan janjinya untuk mentabal DSAI sebagai PM8 secepat yang mungkin. Sekiranya tidak mahu berbuat demikian, maka pilihan kedua PH ialah mengadakan PRU15.

Bagi Acik membuat pertukaran kerajaan melalui PRU15 adalah cara yang paling mudah lagi selamat. Mudah-mudahan cara yang dipilih PH adalah dengan mengadakan PRU15 ASAP.

Wallahua’lam 💊

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Politik: PM9, Anwar atau Ku Li ?https://beappreciative.wordpress.com/2021/08/16/politik-pm9-anwar-atau-ku-ki/

Lompat parti haruskah ❓ https://4uni2c.com/2018/05/15/pru14-lompat-parti-haruskah/

Jawatan PM hak siapa ❓ https://4uni2c.com/2019/09/30/jawatan-pm-hak-siapa/

Mad politics (politik gila) https://4uni2c.com/2018/05/05/pru14-mad-politics/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

Agama: Otak ibarat kalkulator

•2020-02-13 • 3 Comments

Status seseorang individu sebagai Professor bukanlah satu jaminan bhw pendapat dan kefahamannya lebih betul drpd orang awam.

(Terbitan: 2020 Feb 13 – Khamis)

🇲🇾 Setelah terbaca komen-komen negatif terhadap hukum hakam Islam di dalam FB (Facebook), maka Acik rasa terpanggil untuk sekadar menegur. Yang nak Acik terguri adalah semua yang terlibat tak kira siapa. Samada yang membuat komen mahupun yang membacanya. Bukankah agama itu nasihat ?

Ini adalah sejajar dengan tanggungjawab keatas setiap Muslimin yang mukallaf. Sebagai seorang mukallaf kita adalah terikat dengan sebuah hadith Nabi s.a.w. yang mahfumnya, “jika kamu terlihat sesuatu kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan kamu, atau dengan lidah kamu atau sekurang-kurangnya membenciinya di dalam hati. Maka itu (benci) adalah selemah-lemah iman”.

Acik bukanlaah seorang yang ‘alim sangat tentang hukum hakam Islam. Tapi sebab ianya menyetuhi perkara-perkara yang basic dalam agama, maka apa salahnya Acik menegur. Kalau Acik sendiri yang salah faham InsyaAllah akan ada Muslimin lain yang sudi mencelah. Maklumlah, perkara yang basic itu lebih ramai orang yang tahu daripada yang masih jahil.

Kononnya Acik juga seorang kritikus ketika di zaman pembelajaran dahulu. Dari darjah satu hingga tamat Universiti, dalam kelas tak rajin Acik berdiam diri. Namun Acik tak rasalah bahawa Acik layak dilabel kritikus walaupun orang lain melabelkan Acik kritikus.

Tujuan Acik bertanya bukanlah bermaksud mengkritik atau mempertikaikan kebenaran sesuatu perkara. Cuma sekadar nak meyakinkan diri bahawa Acik benar-benar faham konsep subjek yang diajari oleh pengajar.

Ketika belum masuk sekolah dahulu Acik ikut abang-abang main meriam kabat. Kabat ialah bahan ledakan yang digunakan oleh meriam tersebut. Suatu hari, cikgu Acik mengajar tentang meriam orang-orang dahulu. Kata cikgu Acik itu, meriam menggunakan ubat bedil sebagai bahan ledakan. Acik pun bertanya, “meriam dahulu pun menggunakan kabat jugakah ?” Kerana soalan itu maka Acik dihukum.

Agaknya Acik dianggap cuba mempertikaikan fakta bahawa meriam dahulu menggunakan ubat bedil sebagai bahan ledakan. Kalau tidak, masakan soalan itu terbit dari mulut Acik. Namun, hakikatnya ialah Acik hanya ingin mendapatkan kepastian samada ubat bedil dan kabat itu bahan yang sama atau pun sebaliknya. Itu riskonya jika salah bertanya. Apa lagi kalau salah kritik.

Merujuk kepada komen-komen yang tersebar luas dalam FB terhadap hukum hakam Islam, pakar-pakar komen (PPK) berkenaan mungkin berniat baik. Tidak mustahil bahawa mereka juga mungkin seperti Acik dahulu. Mereka berniat mencari kepastian tentang kebenaran sesuatu hukum. Cuma caranya agak provokatif yang mengundang kemarahan umum.

Namun mungkin juga ada di antara PPK tersebut sememangnya mempertikaikan kebenaran ataupun status hukum hakam Islam berkenaan. Lebih-lebih lagi terhadap hukum hakam yang sudah mantap dalam minda hampir setiap individu Muslim sejak zaman baginda Nabi s.a.w. masih hidup lagi.

PPK kategori kedua inilah yang Acik rasa amat kasihan kepada mereka. Mereka sangat memerlukan hidayah dari Allah. Marilah kita sama-sama berdoa dalam hati masing-masing agar mereka ini dianugerahi Allah wisdom. Semoga melalui wisdom mereka akan mendapat hidayah.

Dengan wisdom tersebut mudah-mudahan mereka akan mampu menilai sendiri ilmu ilmu agama yang sudah ada dengan mereka. Adakah mereka sudah cukup kaya dengan ilmu agama tersebut.

Bagaimana pula dengan tahap ketajaman akal mereka bagi memotong hujah-hujah tokoh-tokoh agama dahulu yangmana kefahaman agamanya itu dipertikaikan. Bagaimana mungkin fahaman PPK itu lebih benar sekiranya fahaman sedia ada tersebut tidak mampu dipatahkan dengan fahaman mereka yang baru itu.

Siapakah PPK hukum hakam Islam berkenaan jika dibandingkan dengan tokoh-tokoh agama silam. Contohnya Imam Imam mazhab yang masyhor yakni Imam Hanafi, Imam Maleki, Imam Shafie dan Imam Hambali. Begitu juga dengan Imam Nawawi dan Imam Ghazali, dan ramai lagi.

Acik penuh yakin bahawa, andai kata PPK berkenaan telah pernah membaca dan memahami kitab-kitab karangan salah seorang saja dari tokoh-tokoh ilmuan Islam tersebut, nescaya tidak mungkin terbit komen-komen negatif terhadap hukum hakam Islam dari mulut-mulut mereka. Malah sebaliknya, mungkin mereka pula yang menjadi penyokong dan pendokong tegar fahaman dan ajaran semua tokoh-tokoh agama tersebut.

Hukum hakam yang telah ditetapkan Allah ada hikmah dan justifasinya. Ada yang nyata (zahir) dan ada pula yang tersembunyi (batin). Yang nyata mudah kita fahami dan terima. Tapi yg batin itu ramai daripada kita yang tak mampu memahaminya. Lalu hukum hakam itu pun tak dihormati atau ditolak.

Otak kita ibarat kalkulator 8-angka

Sebenarnya otak kita adalah umpama kalkulator 8 angka. Selagi input yang dimasukkan untuk diproses oleh kalkulator itu adalah masih dalam kemampuannya, maka kalkulator itu akan memberi jawapan yang tepat.

Namun sekiranya input yang dimasukkan itu melebihi kemampuan kalkulator itu untuk diprosesnya, maka yang akan keluar di skrinnya itu bukan jawapan tepat tetapi sebaliknya ERROR.

Demikianlah dengan otak kita. Bila sesuatu itu adalah masalah yang hakikatnya di luar kemampuan otak untuk memikirkannya, maka hasilnya juga adalah salah (ERROR ) . Namun kebanyakan kita syok sendiri dengan hasil pemikiran kita yang salah (ERROR) itu. Sebaliknya kita mendakwa bahawa jawapan kita itulah yang betul. Jawapan orang lain semuanya salah belaka.

Jika kalkulator kita itu kadang-kadang memberi jawapan ERROR, maka itu tandanya kalkulator itu sihat. Namun jika ia langsung tak pernah memberi jawapan ERROR maka itu petandanya ia telah rosak. Contohnya, jika inputnya ialah
12345678 X 12345678
lalu kalkulator tersebut masih memberi apa2 jawapan maka sahih lah bahawa kalkulator itu tak sihat. Maka eloklah dicari yang lain tanpa membuang masa.

Orang yang tinggi ilmunya akan faham analogi kalkulator yang Acik gunakan itu. Diam mereka bukanlah tanda mereka bodoh. Sebaliknya mereka sedar bahawa perkara yang dipertikaikan itu adalah di luar jangkauan pemikiran mereka bagi mendapatkan jawapannya. Ataupun rakan yang berdebat dgn nya itu tidak akan faham dan tak akan terima jawapan itu.

Kata peribahasa Melayu, “kalau kail panjang sejengkal, lautan yg dalam jangan diduga”. Maksudnya tak payahlah memikir atau membuat kerja yang diluar kemampuan kita kerana ianya pasti sia-sia.
.

Wallahua’lam 🌷

Contoh mempertikaikan hukum hakam yang termaktub dalam al Quran berdasarkan logik akal sendiri

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

https://m.facebook.com/100001564414911/posts/2920904861304966/?from_close_friend=1&notif_id=1581748791857437&notif_t=close_friend_activity&ref=notif

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Bahaya penyakit riyak dan takabbur https://4uni2c.com/2019/04/22/tasauf-bahaya-penyakit-riyak-dan-takabbur/

Hudud: metafizik atau dailektik ❓ https://4uni2c.com/2015/03/25/hudud-03-metafizik-atau-dailektik/

Selamat tinggal FB https://4uni2c.com/2017/11/19/selamat-tinggal-fb/

Agama: anak derhaka https://4uni2c.com/2020/04/28/agama-anak-derhaka/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

PN.

TH: Wajarkah tanah milik pencarum dijual ❓❓❓

•2020-01-25 • 1 Comment

2020 Januari 25 (Sabtu)

Sila tontoni video di bawah

⬇️. ⬇️. ⬇️. ⬇️. ⬇️

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2547505755519875&id=116331768396879

‼️‼️ (LIVE FB DAWD)‼️‼️

*“PERLUKAH RCI TABUNG HAJI DITUBUHKAN? MERUNGKAI ISU TH DI ERA PENTADBIRAN ZAMAN BN, PH DAN PN”. *

Desak Tubuh RCI TabungHaji

🇲🇾 Amat terkejut Acik bila difahamkan bahawa THP (Tabung Haji Plantation) telah dan sedang ghairah menjual tanah-tanah yang dimiliknya. Kalau asset yang nak dijual itu adalah kereta kah, kapal kah, hatta kapal terbang kah, itu semua Acik tak kisah sangat. Tapi yang membuat Acik kisah sangat ialah bila asset itu adalah tanah.

Semua kita tahu kan bahawa satu-satunya asset yang nilainya tak akan susut adalah tanah. Bahkan sebaliknya, nilainya sentiasa naik di sepanjang masa. Malah harga rumah yang naik dari masa ke semasa pun adalah kerana kenaikan nilai tanah yang menjadi tapak bagi rumah tersebut.

Apakah takde formula lain dari menjual asset2 ❓

Kenaikan harga bahan-bahan yang digunakan bagi membina rumah itu memanglah menyumbang kepada kenaikan harga rumah. Namun ia bukanlah elemen utama bagi kenaikan nilai rumah tersebut. Itu sebabnya maka rumah-rumah di bandar harganya jauh lebih tinggi dari harga asalnya walaupun usianya sudah begitu tua dan kondisinya dah agak teruk
.
Pencarum- pencarum TH yang tidak merasa terkesan dengan isu penjualan tanah oleh THP (syarikat milik TH itu), bagi Acik bukanlah orang bodoh. Cuma mungkin kerana maklumat ini belum sampai ke pengetahuan mereka. Mungkin juga kerana mereka terlalu bersangka baik terhadap pihak pengurusan TH khususnya dan kerajaan pimpinan PH amnya. Dengan sebab itu maka mereka tak merasa perlu untuk mengambil tahu mengenai apa-apa yang dilakukan terhadap TH dahulu, kini dan selama-lamanya.

Yang Acik bimbang ialah takut kalau-kalau ada segelintir manusia dalam pengurusan TH yang lemah tentang ilmu matematik. Akibat dari kelemahan tersebut maka mereka gagal meletakkan nilai yang sesuai pada asset-asset milik TH. Contohnya, tidak tahu memberi nilai yang selayaknya ke atas sebidang tanah mengikut harga semasa. Apa lagi untuk mengira nilainya beberapa tahun akan datang.

Khususnya mengenai asset tanah, Acik yakin bahawa tak ada siapa pun yang menafikan kepentingannya. Kalau ada seorang dua yang kata, “tanah itu tak penting” , maka cubalah periksa status akal fikiran mereka. Besar kemungkinan akan pasti ada kontroversi. Kalau tanah tak penting, masakan berlaku peperangan berebut negeri dan tanah jajahan sejak berkurun kurun lamanya.
.
Kerana tanah itu penting maka THP tak harus menjual mana-mana tanah yang telah berjaya dimilikinya. Sebaliknya kalau masih ada lagi tanah yang ditawarkan kepada TH, maka TH wajar beli selagi ada kemampuan.
.

Acik difahamkan bahawa TH memiliki dana yang cukup besar hasil dari sumbangan pencarum-pencarum Muslim yang bilangannya melebihi 9 juta orang. Dengan dana tersebut TH tak perlu bimbang akan bankrap kerana berhutang. Jika nak dibandingkan dengan kebanyakan syarikat-syarikat swasta, kewangan TH adalah jauh lebih kukuh.


.

TH mampu beli tanah2 orang Islam PP

Sejak sekian lama tanah milik orang Islam di Pulau Pinang terancam. Hampir habis tanah orang Islam di Pulau Pinang telah dijual kepada orang bukan Islam. Jika tidak ada apa-apa perlindungan diberi kepada tanah-tanah orang Islam di PP oleh mana-mana pihak, suatu hari nanti yang tinggal kepada umat Islam PP hanyanya tapak Masjid dan tanah-tanah wakaf sahaja.

Acik melihat TH sebagai satu institusi orang Islam yang mampu membeli tanah-tanah orang Islam di seluruh PP dengan harga pasaran. Acik yakin jika TH berusaha untuk memiliki tanah-tanah orang-orang Islam PP, nescaya nilai asset TH akan terus naik dari masa ke semasa.

Mungkin YB Menteri yang menjaga TH dapat menimbsngkan cadangan Acik ini. Sebagai anak kelahiran PP YB Mujahid harus peka terhadap ancaman besar yang sedang dihadapi oleh orang Islam PP sejak sekian lama. Inilah masanya peluang bagi YB Mujahid untuk menjadi hero kepada orang Islam khususnya di PP dan amnya di Malaysia.
.

Tun Dr M larang orang Melayu jual tanah https://daulatmsians.files.wordpress.com/2023/02/wp-1677114596778.mp4

TH lebih layak memiliki MAS drpd Air Asia


Acik rasa elok juga jika TH membeli syarikat penerbangan negara (MAS) daripada ia dijual kepada Air Asia. Sekurang-kurangnya TH sudah ada jaminan puluhan ribu penumpang setiap tahun di antara KL-Jeddah dan KL-Madinah sahaja. Apakah memiliki sistem pengangkutan sendiri dan bank sendiri tidak relevan dengan fungsi TH.

Sekiranya semua pemimpin Melayu Islam dalam PH kini tak percaya bahawa cadangan Acik ini mampu di dilaksanakan, namun Acik tetap merasa bahawa ada pemimpin-pemimpin MN yang percaya ianya tak mustahil boleh dilaksanakan. Malah mungkin ada yang percaya bahawa ianya wajar dilaksanakan demi kepentingan semua Muslim di Malaysia.
.

Selain drpd tanah, hotel hotel TH juga dijual https://www.facebook.com/157851205951/posts/10156757020675952/

Penjelasan teperinci mengenai isu TH oleh Dr. Asyraf Wajidi https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/videos/1603813626426508/?vh=e&d=n

Dr Asyraf Wajidi minta berdialog dgn Dr. YB Dr. Mujahid https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3250279228335435&id=116331768396879

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Copy & paste statement ⬇️⬇️⬇️

MUJAHID MENTERI PELBAGAI AGAMA JUAL TANAH TABUNG HAJI PLANTATION (THP) KEPADA TAMACO (Syarikat Cina) DI BAWAH HARGA PASARAN. . . SYARIKAT CINA MEMBELI TANAH UMMAT ISLAM DENGAN HARGA RM 170JUTA SEDANGKAN HARGA PASARAN ADALAH RM 380JUTA DENGAN MEREKA BERTINDAK MENUKAR PENILAI HARTANAH YANG BARU…

HILANG LAGI HARTA UMMAT ISLAM YANG DIJUAL OLEH KRAJAAN PAKATAN HARAPAN… MEMANG HARAM JADAH!!!

Sebarkan kepada seluruh Ummat Islam maklumkan bahawa inilah KERAJAAN BANGSAT YANG MENJUAL HAK & ASSET BANGSA MELAYU yang WAJIB UMMAT MELAYU ISLAM JATUHKAN DALAM PILIHANRAYA UMUM KE 15 AKAN DATANG!!!

⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️

Wallahua’lam 🌹

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

BMF : Muslims’ esprit de corps

•2020-01-23 • Leave a Comment

Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.

Mengutamakan kebajikan sesama Islam adalah esprit de corps bagi umat Islam

2020 Jan 23

Amanat SS Datuk Dr.MAZA ⬇️

Pelaboran minimum RM100 saja

Setiap keluarga Islam wajar melabor sekurang-kurangnya RM100. Dengan niat demi kerana Allah, insyaAllah tak rugi.

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

Lazada adalah syarikat milik luar di China.

Shopee adalah syarikat milik luar Singapore dan mendapat suntikan pelaburan daripada Khazanah.

Kenapa tiada syarikat milik kita? Jadi untuk menyediakan peluang mencari barang2 keperluan muslim,

Dengan ini kami memperkenal :

Hayib.com– “Muslim Friendly Marketplace”

Jom kita sama-sama realisasikan https://hayib.com sebagai platform pertama pasarkan produk Muslim secara online. Kita himpunkan seluruh usahawan muslim di sini.

Tujuannya adalah untuk kita senang membeli produk muslim. Very easy to use bila semua yg listed dalam Hayib.com ini dijamin Halal dan Toyyib😍

Selain Malakat Mall secara fizikal yg telah dibuka kita perkasakan ekonomi kita dengan mewujudkan Muslim Friendly Marketplace seperti ini dan kami benar2 memerlukan sokongan anda semua peniaga2 Muslim.

Keunikan Hayib.com ;

  1. Muslim Entrepreneurs Hub. Kita menghimpunkan seluruh sellers dan produk dari kalangan muslim. Kita dapat kuatkan ekonomi Islam di Malaysia dan di peringkat global.
  2. Setiap transaction yg berlaku di Hayib.com , 1% akan disumbangkan kepada Victory Fund dalam usaha to give back to the community.

3.Kami akan fokus barang keperluan harian dan bulanan. Bayangkan jika satu keluarga berbelanja sebulan RM 1000 untuk keperluan isi rumah, bayangkan kalau 1 juta muslim kt Malaysia menggunakan Hayib.com, RM1 Billion jualan Berjaya dihasilkan oleh peniaga Islam. Kami akan berusaha utk memasukkan kesemua jenis barangan keperluan anda secara berperingkat.

  1. Kami memperkenalkan bahagian“Food Suppliers” yg mengumpulkan semua pembekal bahan mentah dan bahan2 untuk disupply kpd peniaga bisnes makanan. Pembekal itu termasuklah penternak ayam lembu, petani, peladang yg boleh supply bahan makanan seperti ayam, ikan, sayur dan buahan dgn harga borong. Hasilnya, kita dpt kontrol ekonomi makanan drpd ladang sampai ke meja makan. Semuanya org islam.
  2. Ethical Merchant. Sistem jual beli yang beretika dan mengikut ajaran Islam.

Jadilah antara yg terawal berniaga di Hayib.com demi mewujudkan Ekosistem Ekonomi Islam yg baru.

Antara jenis barangan yg kami perlukan :

  1. Barangan runcit, keperluan
  2. Electronic devices
  3. Electronic Accessories
  4. Home Appliances
  5. Health & Beauty
  6. Babies & Toys
  7. Groceries & Pets
  8. Islamic Products
  9. Home & Lifestyle
  10. Men’s Fashion
  11. Women’s Fashion
  12. Fashion Accessories
  13. Sports & Travel
  14. Automotive & Motorcycles
  15. Foods

Sape nak jadi seller klik ; https://hayib.com/vendor-membership/

Akhir sekali kami ingin meminta jasa baik dan pertolongan dari anda semua yg ingin menaikkan ekonomi Islam untuk start support Hayib.com . Kami perlukan anda untuk ;

  1. Join FB Group.
    http://bit.ly/Usahawan_Hayib

2.Carikan sebanyak mungkin sellers muslim untuk berniaga di Hayib.com

  1. Promote
    Hayib.com dan war2kan kpd seluruh keluarga dan sahabat handai
  2. Promosikan di page2 FB so that diorang post di page diorang mengenai Hayib.com
  3. Forward ke dalam semua whatsapp group dan telegram group yg anda ada. Kami memerlukan sokongan semua pihak utk merealisasikan Hayib.com sebagai Muslim Friendly Marketplace yg bakal menjadi marketplace utama di Malaysia seterusnya menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi Islam in sha Allah together we can do this.
    Terima kasih.

Wallahualam 💚

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Politik: mantapkan hak Melayu https://4uni2c.com/2020/06/03/politik-mantapkan-hak-melayu-%e2%9d%97/

Politik: Hak istimewa Melayu https://4uni2c.com/2019/12/12/politik-hak-istimewa-melayu/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

Orang Islam wajib mengutamakan orang Islam drpd orang bukan Islam. 🍒

Tol : PH janji MN tunai❓

•2020-01-19 • Leave a Comment
⬆️ Itu adalah janji Menteri Kewangan Malaysia sekarang sebelum PRU14 dahulu

2020 Jan 19 Ahad

Isu tol sangat hangat diperkatakan dulu, kini dan mungkin selama-lamanya. Ini mengambarkan bahawa isu tol sentiasa berada di dalam minda hampir setiap rakyat Malaysia. Oleh sebab itu isu tol sangat mudah dimanipulasikan oleh pihak yang berkuasa atau pun yang akan berkuasa.

Dengan perkataan lain, isu tol agak sensitif kepada semua rakyat Malaysia. Pihak mana yang berjaya menggunakan isu itu dengan baik maka ia akan berjaya. Iaitu samada berjaya mengekalkan kuasa pemerintahan negara ataupun merampas kuasa dari parti kerajaan melalui PRU.
.
.

⬆️ Satu lagi kenyataan wakil PH menjelang PRU14 dahulu.

Dalam kempen PRU14 dahulu, pembangkang ketika itu iaitu PH, telah mengeksploitasikan gila-gila isu tol. Kejayaan PH mengalahkan BN dalam PRU14 itu adalah manifestasi bahawa rakyat termakan dengan janji-janji PH itu. Selain janji penghapusan kira PTPTN dan GST, penghapusan tol tidak kurang penting sebagai pukulan maut kepada BN.
.
Tiba-tiba menjelang PRK Kimanis baru-baru ni, PM PH sebok pula nak menjual PLUS. Rakyat jadi keliru. Kalau nak hapuskan tol kenapa pula nak jualkan PLUS. Ibarat nak pi Mekah tapi kapal terbang yang dinaiki menghala ke arah ke timur. Bolehlah juga sampai, tapi berapa kali ganda lebih jauh jaraknya jika melalui jalan ke timur.
.

Mujur penjualan PLUS itu tak jadi. Kononnya kabinet tak restui. Sebaliknya tempoh konsessi dilanjutkan. Namun bagi Acik, tak jadi sekarang bukan bermakna tak jadi untuk selama-lamanya. Selepas dipanjangkan tempoh konsessi, nilai keuntungan bagi pembeli PLUS itu nanti akan meningkat.

Bagi penganut tegar dasar neoliberal, yang diutamakan bukanlah rakyat jelata tapi kepentingan knoni yang bakal mengambil alih PLUS itu satu hari nanti.
.

B e r s a m b u n g

Lain2 PenCERAHan yg relevan

Tol: punca kemalangan maut https://4uni2c.com/2017/07/03/2842/

PRK Kimanis: Undilah BN ❗

•2020-01-15 • Leave a Comment

2020 Januari 15 Rabu

🇲🇾 PRK Kimanis pada Januari 18 ini turut mencuit hati Acik. Sabah adalah negeri yang paling Acik minati di Malaysia selepas Pulau Pinang, negeri kelahiran Acik. Dahulu Acik pernah berhajat nak berkhidmat di Sabah supaya dapat tinggal lama di sana. Tapi hajat Acik itu tak kesampaian. Namun, sebagai gantinya, Allah mentakdirkan Acik mendapat tiga orang menantu dari Sabah.

Setakat ini sudah banyak kalilah Acik berpeluang mengujungi Sabah bersama isteri. Kata Mad Saleh, “killing two birds with one stone“. Di samping menziarahi bisan-bisan kami, dapat pula kami melancong ke tempat-tempat lain di Sabah. Tempat yang paling kami gemari ialah Ranau dan Kundasang. Kedua-duanya dekat dengan gunung Kinabalu.

Undilah BN demi kesejahteraan rakyat Malaysia

Kali terakhir Acik bersama isteri berkunjung ke Sabah ialah pada awal tahun 2019. Dari KLIA kami terbang ke Labuan. Dari Labuan pula kami ambil feri ke Menumbuk. Dan kemudian kami terus ke KK (Kota Kinabalu) menaiki kereta sewa.

Semasa di atas feri tersebut, teringat Acik akan janji BN kepada penduduk Labuan dan rakyat Sabah menjelang PRU14 dahulu. Kononnya jika BN (tanpa Tun M) terus kekal menguasai Putrajaya, sebatang jambatan akan dibina dari tanah besar Sabah ke Pulau Labuan. Bagi Acik, janji itu amat munasabah. Bukanlah seperti “janji Tabung Haji” yang tak mungkin menjadi realiti. Kalau dari tanah besar Semenanjung ke Pulau Pinang sudah berjaya dibina dua batang jambatan, tak kan satu jambatan dari tanah besar Sabah tak bisa dibina ke pulau Labuan.

Dalam perjalanan kami dari Menumbuk ke KK (Kota Kinabalu), terpandang pula Acik kepada jalan lama yang sedang ditingkatkan tarafnya. Khabarnya ia adalah sebahgian daripada lebuhraya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan. Mengikut spekulasi Acik ketika itu, apabila PH dapat memerintah Malaysia, maka lebuhraya tersebut akan disiapkannya lebih awal daripada jadualnya. Malangnya, kini terbukti bahawa spekulasi Acik itu tidak menjadi realiti. Bahkan mungkin ibarat “jauh panggang dari api“.

Lebuhraya Pan Borneo merupakan projek pembangunan mega untuk Sabah dan Sarawak. Panjang lebuhraya tersebut melebihi 5ribu kilometer. Mengikut janji kerajaan BN dahulu kepada rakyat Sabah dan Sarawak, lebuhraya Pan Borneo itu adalah bebas tol.
.
Ia sangat berbeza dengan lebuhraya PLUS. Walaupun PLUS panjangnya kurang dari seribu kilometer, tol telah dikenakan ke atas rakyat sejak ia mula beroperasi lagi. Walaubagaimana pun, telah ada usaha oleh kerajaan BN (tanpa Tun M) dahulu untuk menjadikan lebuhraya PLUS bebas tol.

Malangnya apa yang dilakukan oleh kerajaan PH sekarang adalah sebaliknya. Khabarnya proses “penjualan konsessi PLUS” oleh kerajaan PH kepada pihak swasta kini sedang berjalan. Selepas ini rakyat jangan mimpilah akan dapat menikmati lebuhraya PLUS yang bebas dari tol.

Bukanlah hasrat Acik untuk menceritakan seterusnya mengenai lawatan Acik dengan isteri ke Sabah di dalam PenCERAHan ini. Sebaliknya, Acik sekadar ingin menyeru kepada semua pengundi PRK Kimanis supaya semuanya berpakat mengundi calon BN (tanpa Tun M).

Acik percaya bahawa hanya dengan memberi mandat kepada BN sahaja, maka projek lebuhraya Pan Borneo itu akan dapat disiapkan. Begitulah juga dengan projek-projek pembangunan rakyat yang lain.

Selagi PH terus memerintah Acik tak berapa percaya projek lebuhraya Pan Borneo itu akan dapat disiapkan oleh kerajaan. Sekiranya ia dapat disiapkan pun, maka jangan mimpi ianya akan bebas tol sepertimana yang dijanjikan oleh kerajaan BN (tanpa Tun M) dahulu. Ini adalah kerana projek itu akan diserahkan kepada pihak swasta untuk menyiapkannya.

Tidak mustahil juga sekiranya BN berjaya menawan semula Putrajaya nanti, rakyat Sabah dan warga Labuan akan dianugerahi sebatang jambatan bagi menghubungkan kedua-dua wilayah tersebut. Jambatan tersebut akan menjadi pemangkin kepada pembangunan yang lebih pesat di kedua-dua wilayah tersebut.
.

Wallahua’lam 🌹

Lain-lain info yg berkaitan ⬇️

Pengambil-alihan konsessi lebuhraya PLUS oleh pihak swasta adalah di dalam proses https://www.thestar.com.my/business/business-news/2020/01/09/plus-highway-takeover-decision-next-week

Tanda2 BN akan menang PRK Kimanis esok https://www.facebook.com/1126807812/posts/10219546878239026/

PenCERAHan yg popular ⬇️

Jawatan PM hak siapa ❓ https://4uni2c.com/2019/09/30/jawatan-pm-hak-siapa/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

Politik: Persepsi atau realiti ❓

•2020-01-15 • Leave a Comment

2020 Jan 15 Rabu

Tun M sedia lepaskan jawatan PM jika sekiranya…………https://www.facebook.com/groups/182668068770987/permalink/1082967222074396/

Mari sama-sama kita “verify”

Fakta ataupun auta komen berikut :

🇲🇾 C&P sebuah komen (dalam FB) oleh seorang netizen :

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

KERAJAAN PALING BANGSAT SEPANJANG SEJARAH POLITIK NEGARA.!??*

KEJAYAAN PARTI PH SEPANJANG 600 HARI LEBIH ….JOOM TEPOK TANGAN

1. Dulu berlagak hero.. Bermacam janji ditabur. Bila dah dapat kuasa, mengaku Baby baru lahir pulak..

2. Di atas pentas, dilihat cerdik pandai.. Petah berkata-kata ramai terpegun.. Rupanya cerdik cakap, seperti tong kosong dan pulak tu.., tipu Sijil..

3. Sebelum PRU janji hapuskan TOL.. Yang dihapuskan pula ialah JuruTol, laluan tambah Nilai dan diskaun AES..

4. Berdegar-degar mereka tegas nak Mansuhkan AES.. Namun, kamera AES ditambah lagi…

5. Dulu nak mansuhkan PTPTN.. Tapi yang dimansuhkan ialah Diskaun PTPTN..

6. Dulu janji nak bela Rakyat. Sekarang seru Rakyat ikat perut pula.. Biar merana.. Hutang makin bertimbun, Rakyat ikat perut..

7. Sebelum PRU, tuduh BN jual Negara. Selepas PRU, jual Aset Negara secara lambak..

8. PH janji dalam manifesto untuk turunkan kos Sara Hidup Rakyat.. Tapi apa yang PH hadiahkan Rakyat ialah cukai Jualan 10% , cukai Servis 6% , cukai Gula, cukai RPGT naik, levi pelepasan Udara, harga Elektrik naik (3 kali), harga Gas naik, harga Air naik, harga Pos naik, cukai Digital, harga Petrol naik, cukai Taksiran naik..

9. Pada masa yang sama, Bantuan Rakyat dimansuh dan dikurangkan..

10 Pun begitu, segala Dividen dan Hibah Tabung Rakyat jatuh ke paras paling Rendah dalam Sejarah..

11. Dulu dakwa BN tak tahu urus Ekonomi.. Bila PH berkuasa, pasaran Saham Malaysia menjadi paling corot dalam dunia sehingga dikalahkan oleh Zimbabwe dan Venezuela..

12. Masa meminta Undi, mereka janji akan bela nasib Penjawat Awam.. Selepas berkuasa, dikatakan Penjawat Awam tak Efisien..

13.Kenaikan Gaji ditangguh. Jumlah Penjawat Awam dikurangkan dan Pencen mereka diancam.. Tak habis-habis canang Rule of Law dan Anti-Rasuah…

14. Tapi yang mereka gelar “Bapa Perompak Negara” dilantik PM.., kes Rasuah Guan Eng digugur dan dilantik untuk jaga Wang Negara, laporan RCI skandal BNM ditarik dan kes dijadikan “Tiada Tindakan Lanjut”..

15. Berpuluh kes pemimpin -pemimpin PH juga digugur satu persatu..

16. Rasuah Pengundi menjadi Halal dan “Kebetulan”.. Menteri tak dapat dicam muka. Anak Menteri terlepas. Kes Adib menjadi sunyi..

17. AG, PDRM, SPRM. SPR. Satu persatu dilantik orang mereka..

18. Rule of Law menjadi Rule of Jungle..

19. Dulu dakwa Hutang Negara terlalu tinggi. Negara sudah Bankrap, kata mereka.. Selepas menang, hutang berlumba-lumba naik RM120 bilion dalam masa 16 bulan. Dan dijangka naik RM53 bilion lagi tahun depan..

20. Bila Rakyat tanya PH, kenapa PH cakap tak serupa bikin..? PH jawab : ..semua salah Najib dan BN.. Sanggup minta Rakyat undi PH lagi..

21. Terkini menteri belia sarankan salah guna dadah bukan lagi satu jenayah.

22. Sampai bila nak telan temberang mereka? INILAH KERAJAAN PALING BANGSAT SEPANJANG SEJARAH POLITIK NEGARA.!

😢😢… Ini kenyataannya 🤦🏻‍♂

Lain-lain info berkaitan⬇️

Asset asset negara yg telah dijual https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156646903990952&id=157851205951Wallahua’lam 🌹

PenCERAHan yg popular

Jawatan PM hak siapa ❓ https://4uni2c.com/2019/09/30/jawatan-pm-hak-siapa/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

Law: Sejarah hitam negara

•2020-01-11 • Leave a Comment

2020 Januari 11 (Sabtu)

Sebentar tadi secara tak sengaja (accidentally), Acik terjumpa video di atas dalam YouTube. Setelah menontonnya Acik yakin bahawa ianya sangat baik untuk dikongsi bersama dengan semua pengikut blog Acik. Maka itu sebabnya video itu Acik semadikan sebagai sebuah PenCERAHan di dalam blog Acik ini.
.
Apa yang sangat menarik perhatian Acik ialah dalam aspek kedaulatan undang-undang (rule of law). Ia bermaksud, adakah sesuatu undang-undang itu dihormati dan dipatuhi sewajarnya. Sebaliknya, sekiranya undang-undang tersebut dikhianati atau dicabuli, apakah implikasinya.

Pada persepsi Acik, rule of law tidak diamalkan dengan sewajarnya oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Contohnya undang-undang had laju dilebuh raya. Di dinding bas-bas ekspress jelas tentera had lajunya. Tapi adakah had laju itu dipatuhi oleh pemandu bas berkenaan.

Pemandu bas-bas ekspress biasa saja melanggar had laju tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa bimbang kepada sebarang hukuman. Di kalangan penumpang pula tiada seorangpun yang peduli tentang pelakuan salah Pemandu bas yang ditumpanginya itu.

Jadi tidak hairanlah jika dalam sesuatu kemalangan yang melibatkan bas ekspress akan ada mangsa yang cedera parah, malah kehilangan nyawa. Kenderaan lain seperti lori panjang dan lori kontena juga tidak ketinggalan dalam melanggar had laju dilebuh raya dan jalan-jalan awam biasa.

Akibat tidak mematuhi undang-undang had laju, maka banyak kemalangan serius telah berlaku. Pemandu yang melanggar had laju bukan saja menanggung risko kemalangan serius yang mengancam dirinya sendiri, malah dalam masa yang sama turut mengancam keselamatan orang lain.
.
Adalah tidak adil untuk mendakwa bahawa tidak ada langsung penguatkuasaan dilaksanakan ke atas undang-undang had laju oleh kerajaan. Namun, tidak salah jika kita mendakwa bahawa penguatkuasaan yang dilaksanakan itu adalah terlalu lemah. Kelemahan tersebut sangat ketara bagi kita yang selalu menggunakan lebuh raya. Maka ianya sangat wajar dipertingkatkan segera.
.

Acik percaya bahawa, termasuk dalam rule of law ialah, tentang penganiayaan. Jika sekiranya seorang individu melakukan sesuatu tindakan terhadap pihak lain, yangmana tindakan tersebut boleh ditakrifkan sebagai suatu penganiayaan, maka individu tersebut boleh didakwa sebagai melakukan suatu kesalahan undang-undang.

Walaubagaimana pun, hukuman belum boleh dijatuhkan ke atasnya sehinggalah beliau dibicarakan dan disabitkan dengan kesalahan berkenaan oleh mahkamah tersebut. Kemudian barulah beliau layak menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya itu.


.

B e r s a m b u n g…….

Info lain yg berkaitan:

Majoriti mahu CEO SPRM letak jawatan https://suaramerdeka.com.my/lebih-95-peratus-undi-latheefa-letak-jawatan-dalam-sprm

Pendedahan Latheefa tak salah – Tun M http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-masalah-pendedahan-audio-yang-dibuat-sprm-tun-m-227802

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

Mad politics https://4uni2c.com/2018/05/05/pru14-mad-politics/

PenCERAHan yg popular

Jawatan PM hak siapa ❓ https://4uni2c.com/2019/09/30/jawatan-pm-hak-siapa/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

Kerusi-kerita kanak2, praktikalkah ❓

•2020-01-05 • Leave a Comment
Mampukah Rakyat mentaati undang2 ❓

2020 Jan 05 (Ahad)

🇲🇾 Mungkin semua atau majoriti kita dah pernah dengar ungkapan “law made to be broken”. Tetapi adakah setiap dari kita benar-benar faham maksudnya ❓

Maksudnya ialah apabila sesuatu undang-undang yang digubal itu tidak praktikal, maka kemungkinan besar ialah ia akan dilanggari atau tidak akan dipatuhi dengan sewajarnya. Mungkin juga undang-undang yang mewajibkan penggunaan kerusi kanak-kanak di dalam kerita, boleh dijadikan satu contoh “law made to be broken”.

LM2BB (Law made to be broken) berlaku apabila undang-undang berkenaan dibuat tanpa mengambil kira dua faktor penting. Pertama ialah kemampuan rakyat untuk mamatuhinya. Kedua ialah kemampuan kerajaan bagi menguatkuasakan undang-undang tersebut.
.

Kemampuan merupakan faktor yang amat penting bagi menjayakan sesuatu usaha atau peraturan. Berhubung dengan KKKK (kerusi-kerita kanak-kanak), rakyat rata-rata tidak berapa mampu untuk memilikinya kerana harganya agak mahal.

Beberapa tahun yang lalu, anak perempuan Acik ada membeli sebuah KKKK untuk anak pertama beliau. Harganya RM seribu lebih. Sekarang mungkin dah jauh lebih murah. Namun bagi ibu bapa yang beranak ramai, undang2 KKKK tetap membebankan.

Akibat KKKK kereta yang biasa dinaiki 7 ahli keluarga termasuk ibu bapa, kini lima saja yang boleh naik. Yang 2 orang lagi tu kenalah menaiki kereta lain. Ataupun ibu bapa berkenaan terpaksa memakai kereta yang lebih besar. Ini melibatkan kos tambahan ke atas keluarga tersebut.
.
.

B e r s a m b u n g……

PenCERAHan yg popular

Jawatan PM hak siapa ❓ https://4uni2c.com/2019/09/30/jawatan-pm-hak-siapa/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com