PRU14: Aspirasi PH

•2017-07-14 • Leave a Comment

.

Demi masa hadapan anak cucu !

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Tempoh persaraan bukan tempoh untuk relaks 100 % dan meninggalkan langsung usaha ke arah menentukan kesejahteraan generasi anak cucu kita yang akan datang, terpelihara.

Sebaliknya, dengan sumber (pencen, masa, tenaga, pengetahuan dan kemahiran) yg masih berbaki, setiap kita harus meneruskan usaha murni tersebut. Khususnya usaha membasmikan segala bentuk amalan rasuah di semua tempat dan peringkat.

Usaha ini tak akan mampu kita lakukan bersendirian. Oleh yang demikian marilah kita samasama memberi segala bentuk sokongan yang termampu kepada mereka yg sedang gigih berjuang ke arah mencapai aspirasi murni tersebut.

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
13 JULAI 2017

Menyedari bahawa rakyat mengharapkan perubahan politik negara ke arah pemerintahan yang lebih demokratik, adil dan sejahtera serta sebuah kerajaan yang komited untuk melaksanakan reformasi institusi, menjalankan tadbirurus yang baik dan mengutamakan kebajikan rakyat; dan

Menginsafi bahawa Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional sedang berada di dalam keadaan krisis yang tenat, terpalit dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa yang amat luar biasa, dan rakyat menanggung beban;

Maka, Pakatan Harapan mengambil tanggungjawab untuk membela rakyat dan membina semula negara yang dirosakkan oleh pentadbiran Dato Sri Najib Tun Razak. Melalui kesatuan politik di antara KEADILAN, DAP, AMANAH dan PPBM, kami akan menggembleng seluruh kekuatan rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke-14 dan membentuk kerajaan.

Oleh yang demikian, Pakatan Harapan mendokong matlamat-matlamat berikut:

1) Menurunkan kerajaan pimpinan kleptokrat yang diketuai oleh Dato Seri Najib Tun Razak;

2) Memulihkan kedaulatan dan keluhuran undang-undang seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia;

3) Membatalkan dan memperbetulkan semua tindakan yang melanggar undang-undang dan menggadaikan kepentingan rakyat di bawah pentadbiran Datoโ€™ Seri Najib termasuk mendapatkan kembali wang rakyat yang hilang melalui skandal besar seperti 1MDB;

4) Membebaskan semua tahanan politik dan menggugurkan semua dakwaan politik;

5) Reformasi undang-undang dan institusi yang telah disalahgunakan terutamanya berhubung kuasa Perdana Menteri; dan

6) Menghadkan penggal perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.

Sebagai tanda kesatuan politik yang lebih jitu, segar dan dinamik, Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju menerima struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang baharu iaitu:

Ketua Umum:

Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim

Pengerusi:

Tun Dr Mahathir Mohamad

Presiden:

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

TimbalanTimbalan Presiden:

YB Tan Sri Muhyiddin Yassin

YAB Lim Guan Eng

Tuan Haji Mohamad Sabu

.

NaibNaib Presiden:

YAB Datoโ€™ Seri Mohamed Azmin Ali

YB Datoโ€™ Seri Mukhriz Mahathir

YB Chong Chieng Jen

Tuan Haji Salahuddin Ayub

.

Ketua Setiausaha:

Datuk Saifuddin Abdullah

.

Bendahari:

YB M. Kula Segaran

.

Sejurus mendapat mandat rakyat dalam PRU-14, dalam tempoh 100 hari pertama setelah membentuk kerajaan, Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:

.

โ€ข Menghapuskan GST;

โ€ข Menstabilkan harga petrol;

โ€ข Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat;

โ€ข Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;

โ€ข Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;

โ€ข Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB; dan

โ€ข Memulihkan FELDA.

.

Pakatan Harapan memberi komitmen bahawa proses memohon pengampunan dan pembebasan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan dalam tempoh seminggu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan. Permohonan yang dikemukakan mengikut proses undang-undang ini, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, akan membolehkan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim kembali mengambil bahagian semula dalam politik negara sepenuhnya.

.

Ditandatangani oleh:

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad

Pengerusi PPBM

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Presiden KEADILAN

YB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Presiden PPBM

YB Tan Kok Wai

Pemangku Pengerusi DAP

YBhg Tn Hj Mohamad Sabu

Presiden AMANAH

๐Ÿ’Š๐Ÿ’Š

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Utk ke PenCERAHan terkini sila tap alamat berikut โฌ‡๏ธ :

http://www.4uni2c.com

.

Tetamu : pembawa rahmat

•2017-07-01 • Leave a Comment

Setiap kali akan datang hari lembaran, maka ketua bagi setiap keluarga akan terpaksa membuat persedian untuk menerima tetamu. Hari lembaran paling besar bagi masyarakat Melayu di Malaysia ialah Aidil Fitri atau hari raya puasa. Oleh itu persedian bagi menyambut Aidil Fitri adalah yang paling mencabar dilakukan setiap tahun oleh masyarakat Melayu di Malaysia yang rata-ratanya beragama Islam.

Menyambut tetamu di hari raya telah menjadi tradisi bagi masyarakat Melayu sejak dahulu kala lagi. Boleh dikatakan setiap rumah orang Melayu pada hari tersebut adalah rumah terbuka. Dengan kata lain, siapa-siapa pun boleh mendatangi mana-mana rumah orang Melayu pada hari raya puasa walaupun tidak diundang.

Namun demikian, dari segi praktiknya, tetamu kepada sesebuah rumah itu adalah mereka yang dikenali oleh tuan rumah atau mana-mana ahli dalam rumah berkenaan. Contohnya, kawan-kawan sekolah Abang Long (anak sulung), Kak Lang (anak ketiga), Pak Su (anak bongsu) dan sebagainya. 

Setiap kita mempunyai perasaan yang berbeza terhadap semua benda. Begitulah juga, dari segi menyambut tetamu. Ada orang rasa sangat besarhati terhadap tetamu. Sebaliknya ada juga yang kurang besarhati. Malah mungkin juga ada yang menyampah terhadap tetamu.

Bagi mereka yang rasa sangat besarhati terhadap tetamu, persedian untuk menyambut tetamu tentulah yang terbaik dan termampu baginya. Bagi yang kurang besarhati persediaannya pun tentulah sikit kurang. Bagi yang menyampah terhadap tetamu, faham-faham sajalah.

Acik ingin mengucapkan syabas kepada golongan pertama. Bagi golongan kedua pula Acik harap akan meningkat ke golongan pertama. Manakala bagi golong ketiga, Acik doakan agar terbuka hatinya untuk mengambil iktibar dari hadith berikut.

โ€‹Hikmah Rumah Didatangi Tetamu


๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’
Seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah s.a.w.  tentang perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah. Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu.

Perempuan tadi pun pulang ke rumah tanpa sebarang jawapan daripada Rasulullah s.a.w.. 

   
Tidak berapa lama kemudian Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada suami perempuan tadi bahawa dia akan ziarah ke rumahnya. Lalu suami tadi pun memberitahu kepada isterinya bahawa pada hari ini kita ada tetamu istimewa yang akan datang. 

Isterinya bertanya:
Siapakah tetamu itu?”

Maka dijawab olehnya bahawa tetamu itu adalah Rasulullah s.a.w.. Isteri tadi sangat gembira mendengar berita tersebut. Lalu dia pun menyediakan makanan yang lazat dan sedap-sedap untuk Rasulullah s.a.w.. 

Ketika Rasulullah s.a.w. hendak pulang. Baginda memberitahu kepada suami tadi supaya memberitahu isterinya supaya melihat dipintu ketika baginda keluar.

Kemudian isterinya pun melihat ke pintu semasa Rasulullah s.a.w. keluar.  Dilihatnya binatang-binatang seperti lipan, kala jengking dan segala yang memudaratkan ikut keluar bersama Rasulullah s.a.w.. 
Beliau sangat terkejut lalu Rasulullah Sallallah ‘Alaihi Wasallam berkata kepadanya: Demikianlah yang berlaku setiap kali tetamu menziarahi rumah seseorang.”

Apabila tetamu kita pulang, akan keluar dari rumah kita segala bentuk bala, kemudaratan, binatang-binatang yang menyakitkan dan penyakit dari rumah kita. 

Rumah yang sentiasa diziarahi tetamu ialah rumah yang disukai oleh Allah s.w.t.. Turunnya rahmat dan barakah dari langit.

ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…: ” ุฅุฐุง ุฃุฑุงุฏ ุงู„ู„ู‡ ุจู‚ูˆู… ุฎูŠุฑุงู‹ ุฃู‡ุฏู‰ ู„ู‡ู… ู‡ุฏูŠุฉ. ู‚ุงู„ูˆุง: ูˆู…ุง ุชู„ูƒ ุงู„ู‡ุฏูŠุฉุŸ ู‚ุงู„: ุงู„ุถูŠู ูŠู†ุฒู„ ุจุฑุฒู‚ู‡ุŒ ูˆูŠุฑุชุญู„ ุจุฐู†ูˆุจ ุฃู‡ู„ ุงู„ุจูŠุช “. ููŠุงุงุญุจุชูŠ ” ุงู„ุถูŠู ุฏู„ูŠู„ ุงู„ุฌู†ุฉ “. ูˆู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู…ู† ูƒุงู† ูŠุคู…ู† ุจุงู„ู„ู‡ ูˆุงู„ูŠูˆู… ุงู„ุขุฎุฑ ูู„ูŠูƒุฑู… ุถูŠูู‡ …

ุตู„ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ุฃุฌู…ุนูŠู†..
ALHAMDULILLAH, TETAMU ADALAH PEMBAWA RAHMAT.


Memuliakan Tetamu
ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุดูุฑูŽูŠู’ุญู ุงู„ู’ูƒูŽุนู’ุจููŠู‘ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู…ูŽู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูุคู’ู…ูู†ู ุจูุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุงู„ู’ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู’ุขุฎูุฑู ููŽู„ู’ูŠููƒู’ุฑูู…ู’ ุถูŽูŠู’ููŽู‡ู ุฌูŽุงุฆูุฒูŽุชูู‡ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŒ ูˆูŽู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉูŒ ูˆูŽุงู„ุถู‘ููŠูŽุงููŽุฉู ุซูŽู„ูŽุงุซูŽุฉู ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ููŽู…ูŽุง ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุฐูŽู„ููƒูŽ ููŽู‡ููˆูŽ ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉูŒ ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽุญูู„ู‘ู ู„ูŽู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุซู’ูˆููŠูŽ ุนูู†ู’ุฏูŽู‡ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูุญู’ุฑูุฌูŽู‡ู
Dari Abi Syuraih al-K’bi, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia memuliakan tamunya dan menjamunya siang dan malam, dan bertamu itu tiga hari, lebih dari itu adalah sedekah baginya, tidak halal bagi tamu tinggal (bermalam) hingga mengeluarkannya.” (HR Bukhari No:  5670) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.  Orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat sentiasa beradab terhadap tetamu yang datang ke rumahnya
2.  Memuliakan tetamu yang datang adalah dituntut antaranya dengan menyediakan jamuan atau makanan untuknya walaupun seteguk air. 
3.  Tetamu yang berkunjung tidak boleh terlalu lama menjadi tetamu. Jika bermalam tidak boleh melebihi tiga malam.
4. Bulan Syawal menjadi kebiasaan dalam masyarakat untuk kunjung mengunjungi dan ziarah menziarahi. Ambillah peluang untuk mengukuhkan hubungan ukhuwah. 
Terimalah tetamu dan muliakan mereka dengan menyediakan makanan dan minuman sebaiknya untuk tetamu.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia 
01hb Julai  2017

07hb Syawal 1438H
Dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia

Umrah : wajarkah mengerjakannya sekarang ?

•2017-06-24 • Leave a Comment

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ  Hukum dalam Islam boleh berubah mengikut keperluan dan keadaan. Haji yg statusnya wajib boleh turun menjadi harus malah mungkin haram. Apa lagi umrah yang statusnya hanyalah sunat.

Mengikuti tindakan kejam kerajaan yang menjaga bumi haram Makkah dan Madinah terhadap negara-negara jirannya yg majoritinya Muslim, Acik rasa kita tak perlu menunggu fatwa ulama tentang status hukum umrah.

Melakukan umrah seolah-olah menyokong dan membantu negara tersebut bagi meneruskan kekejamannya terhadap negara Muslim lain.

Sepatutnya penjaga kedua-dua tanah suci itu menjadi pendamai kepada mana-mana negara Muslim lain yg beperang sesama sendiri. 

Sebaliknya, dia pula yg mengumpul sumber umat Islam dari seluruh dunia utk melakukan kekejaman terhadap negara-negara jirannya yg Muslim.

Lebih-lebih lagi, ia sanggup menerima bantuan dan kerjasama Israel dan Amerika (laknatullah) utk membunuh rakyat negara jirannya yg Muslim.

Wallahualam.
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sempena Aidil Fitri al Mubarak ini, Acik serta keluarga ingin mengucapkan kpd semua pembaca dan keluarga masing-masing :

Selamat  Hari  Raya  Aidil  Fitri

Dgn ingatan yg tulus & ikhlas,

Maaf zahir dan batin.

Wasallam.
๐ŸŽผ๐ŸŽผ๐ŸŽผ๐ŸŽผ๐ŸŽผ๐ŸŽผ๐ŸŽผ๐ŸŽผ๐ŸŽผ๐ŸŽผ๐ŸŽผ๐ŸŽผ
๐Ÿ”บ https://youtu.be/D6v09jN_Vsg
๐Ÿ”น https://youtu.be/DXgGID7KMT0

Attitudes : as determining factors

•2017-06-21 • Leave a Comment

The article below was sent to me via WhatsApp by a cousin brother of mine. He is a retired (but not expired) government official who had served in overseas for many years upon joining the public service as a “Pegawai Tadbir Diplomatik” or PTD in the early 70s.

Hope that the article is beneficial to the readers of my blog in particular, and as well as the general public as the whole.

The difference between the poor and rich nations  is not the age of the Nation.

This can be demonstrated by countries like India and Egypt, which are more than 2000 years old and are still poor countries.

On the other hand, Canada, Australia and New Zealand, which 150 years back were insignificant, today are developed and rich countries.

The difference between the poor and rich nation does not also depend on the available natural resources.


Japan
has limited territory, 80%  mountainous, unsuitable for agriculture or farming, but is the third in worlds economy. The country is like an immense floating factory, importing raw material from the whole world and exporting manufactured products.

Second example is Switzerland, it does not grow cocoa but produces the best chocolates in the world. In her small territory she rears animals and cultivates the land only for four month in a year, nevertheless manufactures the best milk products. A small country which is an image of security which has made it the strongest world bank.

Executives from rich countries who interact with their counterparts from poor countries show no significant intellectual differences.

The racial or colour factors also do not evince importance: migrants heavy in laziness in their country of origin are  forcefully productive in rich European countries.


What
then is the difference?

The difference is the attitude of the people, moulded for many years by education and culture.

When we analyse the conduct of the people from the rich and developed countries, it is observed that a majority abide by the following principles of life:

1. Ethics, as basic principles.

2. Integrity.

3. Responsibility.

4. The respect for Laws and Regulations.

5. The respect from majority of citizens by right.

6. The love for work.

7. The effort to save and invest.

8. The will to be productive.

9. Punctuality.

In the poor countries a small minority follow these basic principles in their daily life.
We are not poor because we lack natural resources or because nature was cruel towards us.

We are poor because we lack attitude. We lack the will to follow and teach these principles  of working of rich and developed societies.

WE ARE IN THIS  STATE  BECAUSE

WE WANT TO TAKE ADVANTAGE  OVER

EVRYTHING AND EVERYONE.

 

WE ARE IN THIS  STATE  BECAUSE

WE  SEE  SOMETHING  DONE  WRONG

AND SAY  – โ€œLET IT BEโ€

WE  SHOULD  HAVE  A  SPIRITED MEMORY

AND  ATTITUDEโ€ฆ
 

ONLY THEN WILL WE BE ABLE TO CHANGE  OUR  PRESENT  STATE.

If you do not forward this message nothing is going to happen to you. Your prized animal is not going to die, you wont be sacked from your job, you wont be having bad luck for seven years, nor are you going to get sick.

But, if you love your COUNTRY

Try and circulate this message so that as many people can reflect on this. 

Worth sharing โœ…

Sempena Aidil Fitri al Mubarak ini Acik ingin mengucapkan :

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Dgn ingatan yg tulus & ikhlas,

Maaf zahir dan batin.

Wasallam.

๐ŸŽผ๐ŸŽผ๐ŸŽผ๐ŸŽผ๐ŸŽผ๐ŸŽผ๐ŸŽผ๐ŸŽผ๐ŸŽผ๐ŸŽผ๐ŸŽผ
๐Ÿ”บ https://youtu.be/D6v09jN_Vsg

๐Ÿ”น https://youtu.be/DXgGID7KMT0

4uni2c : Yang ditakuti bukanlah realiti

•2017-06-17 • Leave a Comment



Pintu Pagar adalah ibarat jambatan

 
Jumaat lepas (2017 Jun 16) Acik menunaikan solat Jumaat di masjid Muhtadin, Bandar PJU 10, Petaling Jaya. Selepas solat Acik ke Apartment Saujana yang berjiran dengan masjid tersebut. Maka terpandanglah Acik akan  notis merah yang dipasang di tapi pintu pagar yang memisahkan kawasan masjid tersebut dengan Apartmen Saujana itu (sepertimana dalam gambar di atas).

 
Notis tersebut memang sangat menarik perhatian Acik. Mesejnya itu sangat penting bagi Acik. Ia telah  mencetuskan rasa sedih bercampur sayu di hati kecil Acik. Rasa kecil hati pun ada juga.
 

Betapa tidak tercetus perasaan tersebut jika tidak ada sebabnya. Ya, tentulah ada sebab-sebabnya. Dan inilah yang ingin Acik kongsikan bersama dengan pengunjung-pengunjung blog Acik ini, yang Acik sendiri pun tak tahu nak agak berapa ramaikah mereka sebenarnya.
 
Maaflah jika ada sesiapa  yang tidak setuju Acik membuat penCERAHan tentang notis tersebut di dalam blog peribadi Acik ini. Namun Acik tidak rasa bersalah jika hanya sekadar melontar komen atau memberi pandangan terhadap sesuatu notis umum. Yang penting ialah demi untuk kebaikan bersama.
 
Setiap notis memang sengaja dipamirkan untuk menarik perhatian umum. Atas sifatnya yang sedemikian rupa, maka sudah tentulah ia akan mengundang teguran, kritikan, komen dan sebagainya. Dari semuanya itu, akan adalah yang berunsur positif (pro), dan tak kurang pula yang berunsur negatif (con).

Walaupun tidak boleh dinafikan bahawa dasar pintu tertutup pihak masjid tersebut memang ada juga kebaikannya, namun bagi Acik keburukannya adalah jauh lebih besar. Bagi Acik, sebuah pintu yang menyediakan laluan pintas adalah ibarat sebuah jambatan

Apakah tujuan membina sebuah jambatan yang melintasi sebatang sungai kalau bukan untuk memendekkan jarak perjalanan antara kedua-dua belah tebing sungai tersebut ?  Dengan adanya jambatan tersebut, masa perjalanan untuk ke tebing seberang sana dapat dipendekkan. Kos perjalanan juga dapat dijimatkan. Tidak kurang penting ialah rikso keselamatan semasa dalam perjalanan juga dapat diminimakan 

Oleh sebab itu antara pahala besar yang diajar oleh Islam ialah membina jambatan. Kalau membina jambatan menjanjikan pahala yang besar, apakah pula implikasinya jika jambatan yang sedia ada diruntuhkan ?  Menutup pintu (yang memberi laluan pintas) adalah umpama meruntuhkan sebuah jambatan.

Bayangkanlah akan kesusahan yang terpaksa dihadapi oleh warga Apartmen Saujana yang sebelum ini sering pergi ke masjid untuk menunaikan solat fardu berjemaah, akibat penutupan pintu berkenaan. Tiadakah kemungkinan bahawa warga Apartmen Saujana yang sebelum ini menjadi pelanggan tetap kepada Masjid Muhtadin tidak lagi berjemaah di masjid tersebut akibat tak sanggup menempuh perjalanan yang berkali-kali ganda lebih jauh ? 

Oleh sebab Acik pernah menjadi warga Apartmen Saujana itu, maka dapatlah Acik bayangkan sendiri akan kesusahan untuk ke masjid jika pintu pagar berkenaan tidak dibuka (kecuali pada hari Jumaat jam 12th hingga 3ptg saja).  Mujur juga Acik kini telah berpindah meninggalkan apartmen tersebut. 



Kalaulah masih lagi tinggal di Apartmen Saujana itu, nescaya Acik sendiri pun tak akan terus bersolat fardu di masjid tersebut seperti dahulu. Bukan sebab nak boikot rumah Allah itu, tetapi kerana memang tak sanggup dan tak daya untuk berulang-alik ke masjid itu melalui pintu pagar utama. Maklumlah, umur pun dah tua, tenaga pun dah tiada.


 
Punca sebab pintu ditutup.


Setiap keputusan dibuat adalah berdasarkan sebab-sebab atau sesuatu sebab. Sama ada ianya munasabah ataupun tidak adalah bergantung kepada pemikiran pihak yang membuat keputusan tersebut. Namun, fakta yang menjadi ramuan bagi penghasilan sesuatu keputusan adalah sangat penting.

Sekiranya fakta yang digunakan untuk menghasilkan keputusan itu bernas, maka adalah harapan bahawa keputusan yang akan dihasilkan nanti akan turut baik. Sebalik jika fakta tersebut adalah sampah maka keputusan yang akan terhasil adalah juga sampah. Sepertimana yang dikatakan oleh pakar pemain komputer, “garbage in, garbage out“.

Namun fakta yang bernas saja tidak cukup bagi menjamin penghasilan keputusan yang baik. Sekiranya pihak yang membuat keputusan itu adalah individu atau kumpulan yang jahil atau tidak ada kepakaran dalam membuat keputusan, maka keputusan yang dihasilkan tetap sampah. 

Contohnya, seorang tukang masak yang belum mahir gagal menghasilkan masakan yang popular walaupun segala ramuan yang disediakan adalah yang segar-segar belaka.



Maka itulah sebabnya kita wajar pandai memilih pemimpin kerana merekalah yang akan membuat keputusan untuk kita. Jika keputusan yang mereka buat itu baik, maka bertuahlah kita. Tapi jika sebaliknya, maka meranalah kita.

Berbalik kita kepada isu pintu pagar dikunci itu, Acik percaya bahawa keputusan tersebut adalah hasil dari fakta yang kurang baik. Di samping itu juga, yang memproses fakta itu pula mungkin kurang cekap atau kurang mahir dalam membuat keputusan.

Acik difahamkan bahawa sebab penting kenapa pintu pagar yang memisahkan kawasan masjid dari kawasan Apartmen Saujana itu dikunci ialah parking. Namun, adakah benar masalah parking itu merupakan satu fakta yang layak dijadikan isu bagi menjustikasikan penutupan pintu pagar berkenaan ?


Bersambung
……

Lain-lain PenCERAHan yg relevan :



Strategi barua Jepang 

https://4uni2c.com/?s=strategi+barua+jepang&submit=Search

Krisis keselamatan di Daman Ramai

Daman Damai – krisis keselamatan

Daman Damai – krisis keselamatan

•2017-05-10 • Leave a Comment

Krisis keselamatan di Daman Damai

*** Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada kotak Menu di atas SKRIN anda, kemudian SKROL

Yang Acik maksudkan Daman Damai ialah sebuah bandar satelit di mana Acik tinggal sekarang. Ianya terletak di dalam Petaling Jaya, Selangor. Mungkin lebih mudah jika Daman Damai ini dinamakan sebagai Bandar PJU 10 kerana hampir semua jalan dan lorong di Daman Damai ini mengunakan kod PJU 10. Manakala kod posnya ialah 47830.

Damansara Damai pula hanya merupakan salah satu dari beberapa taman kediaman yang terletak dalam bandar satelit Daman Damai ini. Taman-taman kediaman lain termasuklah Apartmen Lestari, Apartmen Saujana, Apartmen Indah, Kondo One Damansara, Kondo Park Avenue, Kondo Armani, Taman Desa Riang, Taman Sutera Damansara, Apartmen Idaman, Apartmen Impian, Apartmen Permai, Apartmen Bayu, Apartmen Suria, Apartmen Harmoni, Kondo Bayu Damansara dan Taman Saujana Damansara. (Maaf jika ada apartmen yang belum disebut di sini).

Faktor penting bagi penduduk mana-mana kawasan kediaman ialah faktor keselamatan. Oleh itu, boleh dikatakan semua taman kediaman di dalam Daman Damai ini mempunyai sistem kawalan keselamatan masing-masing. Sistem keselamatan tersebut adalah melibatkan kompeni sekuriti. Pemilik-pemilik rumah kediaman terpaksa membayar upah kepada kompeni sekuriti kerana menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan.

Kewujudan pondok-pondok kawalan di muka pintu masuk ke taman-taman kediaman di dalam Daman Damai ini bukanlah sesuatu fenomina yang positif. Ia memberi gambaran seolah-olah Daman Damai ini bukanlah sebuah bandar yang selamat untuk didiami.

Mungkin juga ia sebagai manifestasi bahawa majoriti penduduk Daman Damai ini belum yakin dengan keberkesanan sistem keselamatan yang disediakan oleh pihak PDRM. Adakah hakikatnya begiitu ?

Acik pernah tinggal di luar negara (USA) hampir dua tahun iaitu dari tahun 1983 hingga 1985. Kawasan Acik tinggal itu (Happy Valley, Pennsylvania) adalah jauh lebih besar dari Daman Damai ini. Namun tidak wujud langsung pengawalan keselamatan di kawasan itu seperti di Daman Damai ini. Taman-taman kediamannya tidak ada yang berpagar.

30 tahun kemudian (2014) Acik dan isteri berkunjung semula ke kawasan yang menjadi nostalgia bagi kami itu. Kami tinggal di sana lebih dari empat bulan kerana menemani anak bongsu kami yang belajar di universiti di dalam kawasan itu (Penn State University, State College).

Kawasan itu kini tentulah jauh lebih maju dan lebih ramai penduduknya berbanding dengan 30 tahun dahulu. Namun Acik masih juga tak nampak seorang pun pengawal keselamatan di mana-mana taman kediaman di kawasan itu. Polis pun sangat jarang kami temui, seolah-olah kawasan itu tidak ada polis langsung.

Namun tidak ada yang berasa takut untuk berjalan kaki di mana-mana di dalam kawasan itu. Jadi adalah kurang benar jika sekiranya ada orang mendakwa bahawa perasaan selamat hanya boleh diwujudkan dengan mengadakan pengawal keselamatan yang ramai.

Di Malaysia pun mungkin ada kawasan yang selamat seperti Happy Valley tu. Tapi tak dapat pula Acik nak bagi contoh melainkan Cameron Highlands. Acik berani dakwa begitu sebab Acik dan keluarga pernah tinggal di Cameron Highlands beberapa tahun dahulu.

Entahlah kalau-kalau fenomina tentang keselamatan di Cameron Highlands kini sudah berubah. Maklumlah, setiap sesuatu itu boleh saja berubah mengikut masa.

Di Cameron Highlands belum nampak lagi pengawal keselamatan yang berunifom menjaga taman-taman kediaman. Rasanya belum ada keperluan mendesak utk memasang sistem pengawalan keselamatan di sana. Namun jangan hairan jika akan ada pihak yang menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan demi mengutip untung semata-mata.

Kalau di KL, apartment tingkat ke-10 pun mungkin ada gril besi. Kalau gril besi dipasang di pintu masuk ke rumah, Acik masih boleh faham rasionalnya. Tapi kalau pada tingkap pun nak dipasang gril besi susah juga nak fikir rasionalnya. Masih besarkah kemungkinan pencuri akan masuk rumah di tingkat ke-10 melalui tingkap ? Atau takut anak terjun tingkap

Bagi Acik, tidak ada keperluan yang munasabah untuk memasang jeriji (gril) besi pada tingkap apartmen yang letaknya di tingkat yang tinggi di sesebuah bangunan. Namun jika ada pemilik-pemilik apartmen sedemikian yang masih ingin memasangnya, itu adalah haknya. Selagi tidak menyalahi undang-undang, tiada pihak yang berhak melarang.

Tapi adalah tidak wajar jika ada mana-mana pemilik apartmen yang berkenaan itu cuba memaksa supaya jiran-jirannya yang lain supaya turut sama berbuat demikian. Alasannya ialah agar kos pemasangan gril besi itu menjadi lebih murah jika ramai yang memasangnya.

Sedangkan jiran-jiran mereka tidak berminat langsung untuk memasang gril besi itu. Bagi mereka, ia bukan saja satu pembaziran (kerana tidak ada keperluan yang munasabah), malah akan menjejaskan keselamatan mereka sekiranya berlaku kebakaran pada bangunan apartmen mereka itu. Kata orang “nak lari dari mulut harimau, pergi masuk ke mulut buaya”.

Dalam penCERAHan ini Acik ingin tumpukan kepada isu keselamatan khususnya di taman kediaman Saujana Damansara (TSD). TSD adalah kawasan rumah teres yang letaknya di bahagian utara dalam Bandar Daman Damai (PJU 10). Khabarnya dalam TSD ada hampir 900 buah rumah teres. Majoritinya dua tingkat. Yang tiga tingkat pun ada tapi hanya beberapa buah sahaja.

Mengikut maklumat dari seorang kawan Acik yang memiliki sebuah rumah di TSD itu, taman kediaman ini bukan asalnya sebuah kawasan yang berpagar dan berpengawal (guarded community). TSD bebas dimasuki oleh sesiapa juga tanpa apa-apa halangan. Bagi Acik, ia memberi suatu gambaran yang sangat positif kepada Bandar Daman Damai (PJU 10) iaitu sebagai bandar yang selamat didiami. Sistem kawalan keselamatan hanya bermula sejak dua atau tiga tahun yang lepas, khabarnya.

Sebagai penduduk di TSD Acik tidak nampak bahawa taman ini wajar dijadikan kawasan berpagar sehingga orang lain tidak lagi bebas untuk masuk ke TSD macam dahulu. Status TSD kita seolah-olah telah ditukarkan kepada “guarded community”. Siapakah yang menukar status taman ini dan apakah implikasi dari penukaran tersebut ?

Acik boleh dikatakan seorang ahli baru bagi TSD ini kerana baru berpindah ke sini pada Januari 2016. Sebelum tu Acik tinggal di Apartmen Saujana (AS) selama lebih kurang 5 tahun. AS memang termaktub dalam perjanjian jual beli (S&P agreement) sebagai taman kediaman yang berpagar. Status TSD tak sama dengan AS kerana dalam perjanjian jual belinya tidak dinyatakan sebagai taman kediaman berpagar.

Ketika Acik mula menyewa rumah di TSD, pengguna-pengguna jalan awam di TSD itu masih boleh masuk dan keluar TSD melalui pintu A dan B. Namun, dari pukul 11 malam hingga 5 pagi pintu A saja dibuka. Ini bermakna apa-apa kenderaan pun tak boleh masuk atau keluar TSD melalui pintu B ketika itu. Acik sangat tak setuju dengan penutupan pintu B tersebut, walaupun untuk beberapa jam saja (11malam ke 5 pagi)

Bagi Acik, itu sudah pun merampas “legitimate right” semua orang yang sering menggunakan jalan tersebut (bagi tujuan aman) sepanjang masa. Kalau ada mana-mana individu yang telah menyalahguna jalan tersebut, ia tidak boleh dijadikan justifikasi untuk menafikan hak mereka yang lain yang menggunakan dengan baik jalan itu, dari terus menggunakannya seperti biasa.

Merampas “legitimate right” orang lain untuk melindungi “legitimate right” kita (ke atas harta kita) bukanlah cara yang adil dan berkesan bagi menyelesaikan apa-apa juga masalah.

Selepas menjadi penduduk TSD itu lebih dari setahun Acik baru berpeluang menghadiri suatu mesyuarat PPSD (Persatuan Penduduk Saujana Damansara). Ia diadakan berhampiran dengan surau di taman itu. ADUN kawasan PJU 10 telah diundang bagi merasmikan mesyuarat itu.

Dalam ucapannya YB berkenaan telah mengingatkan semua bahawa meletakkan apa-apa halangan di atas jalan awam adalah salah di sisi undang-undang.

Ironinya, tidak berapa lama selepas mesyuarat tersebut PPSD telah menyiapkan pondok kawalan di tengah-tengah jalan di pintu A. Manakala di pintu B pula dijadikan satu laluan saja. Malah kenderaan tak dibenarkan langsung keluar melalui pintu B itu.

Tindakan menghalang kenderaan dari keluar TSD melalui pintu B telah menjejaskan kehidupan harian setengah penduduk, samada penduduk TSD maupun penduduk di taman kediaman bersebelahan dengan TSD. Mungkin atas desakan pihak-pihak tertentu, akhirnya PPSD membenar kenderaan keluar TSD melalui pintu B tu tapi terhad dari pukul 6pagi hingga 8pagi saja.

Kelonggaran yang diberi itu sebenarnya tidak banyak mengurangkan masalah yang dihadapi oleh mereka yang terjejas itu. Sungutan-sungutan terus terdengar berbunyi di kalangan mereka yang terjejas dan pihak-pihak yang bersimpati dengan mereka.

Pada pagi 2017 Mei 21, telah diadakan satu sessi dialog antara penduduk-penduduk yang terjejas tersebut dengan wakil AJK PPSD (Persatuan Penduduk Saujana Damansara). Wakil AJK PPSD itu ialah pengerusi, timbalannya (menangkap pengerusi surau TSD) dan seorang AJK lain.

Dalam sessi dialog itu pengerusi PPSD itu sendiri telah mengakui bahawa halangan yg dipasang di kedua-dua pintu A dan B itu tanpa mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) terlebih dahulu. Ia ibarat solat dahulu kemudian baru berwudhuk. Namun (kononnya) demi keselamatan penduduk TSD maka halangan itu terpaksa dipasang terlebih dahulu. Sebab kalau nak tunggu kelulusan MBPJ ia akan mengambil masa entah beberapa tahun lagi, kata pengerusi tersebut.

Mereka yg hadir dlm sessi dialog itu membantah keras terhadap penuntupan pintu B kepada kenderaan yang nak keluar dari TSD. Semua mereka menuntut agar pintu itu dibuka segera untuk keluar dan masuk TSD. Selewat-lewatnya sebelum tiba bulan puasa Ramadan nanti.
Penutupan pintu B itu sejak sebulan yang lalu, telah pun amat menyusahkan banyak pihak. Kini mereka tidak boleh bertolaransi dengan lebih lama lagi terhadap penutupan pintu itu.

Jika tujuan tindakan persatuan itu adalah utk keselamatan, maka bantahan keras tersebut adalah merupakan simptom kepada hasil yang lebih tidak selamat, iaitu dari aspek keharmonian sesama penduduk yang berbilang bangsa di Bandar PJU 10 itu.

Seorang penduduk yang hadir dalam sessi dialog itu mendakwa bahawa beliau telah menanggung kerugian serious sejak PPSD menutup laluan keluar TSD di pintu B tersebut. Tadika yang diusahakan beliau terpaksa ditutup setelah ibu bapa mengluarkan anak-anak mereka akibat penutupan pintu B itu. Kerana mereka kini tidak bebas (seperti dulu) lagi untuk menggunakan laluan pintas (pintu B) tersebut untuk menghantar dan mengambil anak mereka di taska beliau.

Seorang lagi penduduk mempertikaikan tindakan persatuan merampas “legitimate right” beliau untuk menggunakan laluan tersebut bila-bila masa yang beliau suka. Pihak persatuan tidak berhak untuk menghalang beliau jika beliau ingin ke restoran 24 jam di apartmen Harmoni walaupun selepas jam 12 malam. Beliau menuntut supaya laluan itu dibuka kedua-dua hala sepanjang masa (24 jam).

Legitimate right bagi seseorang individu adalah hak beliau yang dilindungi oleh undang-undang. Setiap orang berhak mengumpul dan memiliki harta sebanyak yang ia suka asalkan bukan dengan cara yang haram di sisi undang-undang. Namun bagi melindungi legitimate right beliau untuk memiliki kekayaan (dari dirampas oleh penjahat), beliau tidaklah pula berhak merampas atau menafikan legitimate right orang lain (iaitu menggunakan sesuatu kemudahan awam yang disediakan).

Dengan menghalang mana-mana individu dari masuk dan keluar TSD melalui pintu B (bagi tujuan aman), adalah sama dengan merampas legitimate right individu berkenaan. Akibatnya individu tersebut terpaksa mengambil laluan lain yang dua atau tiga kali ganda lebih jauh. Ini bermakna mengambil risko yang lebih tinggi dari aspek keselamatan di atas jalan raya. Selain itu beliau juga terpaksa menanggung kos petrol yang lebih tinggi dan membuang masa yang sangat bernilai baginya.

Acik dimaklumkan bahawa sudah ada pun penduduk yang telah membuat aduan kepada MBPJ, membantah penutupan pintu B TSD itu. Dan khabarnya pengerusi PPSD telah pun diarahkan oleh MBPJ supaya menanggalkan segala halangan yang telah dipasang (secara haram) di kedua-dua pintu A dan B bagi membolehkan jalan awam berkenaan berfungsi sepenuhnya seperti sepatutnya. Bagi Acik itu adalah suatu tindakan yang terbaik lagi wajar terhadap sesiapa juga yang mencabar mana-mana undang-undang.

Setelah menganalisis situasi sebenar di dalam TSD, Acik nampak bahawa keselamatan bukanlah isu sebenar yang hendak diatasi. Ia hanyalah dijadikan isu oleh beberapa individu tertentu supaya dapat dieksploitasi untuk meraih keuntungan.

Kononnya lebih dari Rm100 ribu telah pun dibelanjakan untuk memasang sistem keselamatan. Ini termasuklah membina pondok kawalan di tengah-tengah jalan di muka pintu A. Juga memasang palang otomatik yang boleh dibuka dengan imbasan kad akses, seperti smart tag untuk memasuki tol lebuh raya PLUS.

Kad akses itu dijual oleh PPSD dengan harga RM60 untuk sebuah kereta. Siapa yang enggan membeli kad akses terpaksalah dilihat hina iaitu terpaksa membuka tingkap kenderaan untuk menekan butang pembuka palang yang menghalang laluan, setiap kali melalui pintu A dan B.

Jika sebuah rumah memiliki dua buah kereta saja pun sudah berapa puluh ribu yang dapat dikutip dari penduduk TSD dari jualan kad akses saja. Realitinya kebanyakan rumah memiliki lebih dari dua buah kenderaan.

Yuran keselamatan (sekuriti) yang dikutip dari setiap rumah ialah RM70 setiap bulan. Oleh sebab belum ada paksaan supaya membayar yuran tersebut maka tak semualah rumah yang membayarnya secara konsisten (istiqamah).
Namun sekiranya 500 rumah saja yang membayarnya setiap bulan PPSD sudah mendapat RM35,000 sebulan. Tak banyakkah tu ?

Acik percaya bahawa aspek keselamatan yang sedang difokus oleh PPSD ialah tentang kehilangan harta benda. Kehilangan tersebut adalah akibat dicuri atau dirompak penjahat.
Segelintir penduduk mungkin telah pernah menjadi mangsa pecah rumah. Ataupun kaca tingkap kereta mereka yang di letak di depan rumah dipecah dan barang berharga yang tertinggal di dalamnya lesap.

Kita tak pasti berapa buah rumah dan dah berapa kali insiden seumpama itu berlaku di TSD. Kita juga tidak tahu siapakah pula mangsa-mangsa kecurian atau rompak tersebut dan bagaimana sikapnya dari segi penjagaan harta benda.

Apa pun, kita tetap tak nafi bahawa usaha agar insiden kecurian atau kehilangan itu tidak berulang adalah sangat wajar dilakukan. Namun biarlah tindakan pencegahan itu tidak pula mencetuskan kesusahan kepada mana-mana penduduk PSD yang lain.

Sepatutnya tindakan pencegahan yang nak dilaksanakan itu, perlulah mengambil kira kesan negatif terhadap kebajikan warga TSD itu. Tak kiralah samada yang akan terjejas itu adalah golongan majoriti maupun golongan minoriti.

Tak ada maknanya jika bagi melindungi kepentingan golongan minoriti yang menjadi mangsa kehilangan itu. maka kepentingan golongan minoriti yang lain pula dirampas atau dikorbankan. Bak kata peribahasa Inggeris “helping (poor) Paul by robbing (rich) John”. Malah dalam kes yang sedang kita bincang ini adalah lebih buruk lagi, iaitu umpama “helping (rich) John by robbing (poor) Paul.

Jika kita melawat kawasan berhampiran dengan pintu B TSD, kita akan dapat lihat jalan yang statusnya masih lagi sebagai “jalan awam duahala” kini telah tinggal sebagai sebuah lorong sempit saja. Sebelah dari laluan dua-hala itu kini dah menjadi lot-lot parkir ala “private parking”. Atau istilah BMnya lot-lot parkir persendirian.

Melihat fenomina tersebut tak hairanlah Acik kenapa ada penduduk TSD yang sangat seronok bila pintu B itu dijadikan satu laluan saja.
Dengan berlaku demikian maka tentulah ada pihak yang mendapat lot parkir tambahan.
Kalau dengan membayar RM70 yuran sekuriti kepada PPSD setiap bulan, seseorang itu dah boleh menikmati lot parkir persedirian di depan rumah, siapa yang tak nak ?

Acik tidak langsung rasa irihati atau dengki kepada sesiapa juga yang berjaya mengecapi nikmat Allah dalam apa bentuk sekali pun. Termasuklah kepada warga TSD yang bernasib baik kerana mendapat lot lot parkir tersebut.

Tapi apa yang Acik peka dan prihatin ialah terhadap ketidak-adilan yang berlaku akibat sesuatu tindakan. Jika satu pihak mengecapi sesuatu nikmat di atas kesengsaraan satu pihak yang lain, maka itu zalim namanya.

Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, penutupan pintu B itu telah menjejaskan kepentingan banyak pihak. Jadi tentulah zalim jika kesengsaraan mereka ini adalah akibat dari satu tindakan yang menguntungkan pihak tertentu. Dengan kata mudah, satu pihak dihalang melalui sebuah lorong supaya pihak tertentu yang lain dapat menggunakan lorong tersebut sebagai lot parkir persendiriannya.

Acik telah pun mengirim mesej melalui whatsapp kepada ADUN Bandar PJU 10 (Daman Damai) ini, meluahkan bantahan Acik terhadap penutupan pintu B TSD itu. Acik bimbang bahawa ia akan menjejaskan keharmonian penduduk-penduduk Islam di bandar PJU 1O ini dalam menghadapi bulan puasa.

Dalam TSD itu terdapat sebuah surau yang agak besar. Pada setiap bulan puasa Ramadhan surau tersebut mengadakan majlis berbuka puasa dan solat terawih. Ia dihadiri bukan saja oleh penduduk TSD yang beragama Islam, malah oleh penduduk-penduduk Apartmen Harmoni dan lain-lain.

Pada tahun-tahun yang lepas jemaah yang tinggal di Apartmen Harmoni tidak ada masalah untuk datang ke surau itu. Kerana sebelum ini isu penutupan pinta B belum timbul. Jadi mereka boleh saja datang ke surau itu membawa keluarga tanpa apa-apa halangan.

Namun akibat dari tindakan PPSD tidak membenarkan mereka pulang ke rumah mereka di Apartmen Harmoni melalui pintu B, maka mereka terpaksalah pulang melalui pintu A. Ini bermakna mereka akan terpaksa menempuh perjalanan pulang yang berganda-ganda lebih jauh. Secara tidak langsung halangan itu akan menberatkan hati mereka untuk menyertai aktiviti agama mereka di surau tersebut.

Ibadat puasa Ramadan memang melatih umat Islam bersabar. Namun memaksa mereka membuat kerja bodoh bukanlah cara meningkatkan tahap kesabaran umat Islam. Sebaliknya mungkin akan mencetuskan provokasi terhadap mereka. Kata peribahasa Inggeris, “hungry man is an angry man”.

Bagi membuat persediaan membuka puasa suri rumah tangga Muslim akan memerlukan banyak benda. Berulang kali ke kedai bukanlah satu perkara pelik di bulan puasa berbanding di bulan-bulan biasa.

Bagi mereka yang memilih untuk membawa keluarga berbuka di restoran pula, mungkin memilih restoran yang letaknya di Apartmen Harmoni dan Suria. Bukankan menyusahkan mereka jika tak boleh keluar dari TSD melalui pintu B bagi tujuan aman seperti ini.

Bagi Acik, mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan oleh PPSD adalah suatu kebodohan. Pertama kerana menyokong tindakan PPSD yang melanggar undangundang. Kedua kerana peraturan tersebut telah mendatangkan kesusahan terhadap kehidupan harian mereka tanpa sebab yang munasabah.

Sebagai analogi, katakanlah ada sebuah taman kediaman terletak di tebing sebatang sungai (eg. tebing S). Di seberang sungai tersebut (iaitu di tebing H) pula terdapat sebuah pekan di mana terdapat sekolah, pejabat pos, kedai-kedai runcit, restoran 24jam dan sebagainya. Di sana juga tinggalnya kawan-kawan rapat dan kaum keluarga bagi beberapa penduduk taman kediaman berkenaan.

Di antara taman kediaman dan pekan itu telah dibina dua buah jambatan. Jambatan H untuk melintas dari pekan ke taman kediaman, jambatan S pula dari taman kediaman ke pekan seberang. Sejak sekian lama penduduk di kedua-dua belah tebing sungai tersebut bebas menggunakan kedua-dua jambatan tersebut (sepanjang masa – 24jam) berulang-alik bagi menguruskan aktiviti harian mereka.

Tiba-tiba berlaku kecurian keatas beberapa buah rumah milik orang kaya di taman kediaman itu. Demi melindungi rumah-rumah tersebut dari kecurian yang berulang, maka jambatan S diruntuhkan. Jadi tidak adalah lagi kenderaan yang boleh lantas sungai tersebut dari tebing S ke tebing H. Rasional dan adilkah tindakan tersebut ?

Tindakan meletupkan jambatan tersebut sebenarnya adalah satu tindakan yang zalim dan tidak rasional sama sekali. Ia memberi implikasi seolah-olah yang mencuri rumah si kaya itu adalah dari kalangan mereka yang sering mengguna jambatan tersebut. Lalu mereka pun dianggap layak dan wajar didera.

Hukuman yang dianggap paling sesuai lagi berkesan ialah, memusnahkan jambatan S supaya si pencuri tidak berpeluang melepaskan diri selepas mencuri dari rumah-rumah si kaya di taman kediaman tersebut.

Pertama, adakah benar bahawa si pencuri itu datang dari kalangan pengguna-pengguna jambatan tersebut ? Kalau yang mencuri itu hanya seorang dua saja, wajarkah bukan pencuri (yang jauh lebih ramai) pun turut dihukum ?

Kedua, adakah meruntuh jambatan S itu satu-satunya cara yang ada bagi mengatasi kecurian rumah-rumah si kaya itu dari berulang ? Sudahkah dicuba kaedah lain yang lebih mesra penduduk, samada terhadap penduduk pekan maupun penduduk taman kediaman berkenaan.

Adakah benar bahawa keselamatan di TSD ini sedang berada pada tahap yang begitu kritikal sekali hingga perlu dikenakan perintah berkurung (curfew) sebagaimana negara sedang diancam musuh dari luar ?

Bagi Acik, keselamatan bukanlah isu sebenar yang mewajarkan penduduk-penduduk TSD dipaksa hidup dalam suasana perintah berkurung (walaupun tidak sepenuhnya). Sedangkan mengikut kenyataan wakil pihak polis yang turut hadir dalam mesyuarat PPSD dahulu, kadar jenayah di Daman Damai adalah kian menurun.

Oleh itu pengorbanan yang terpaksa ditanggung oleh penduduk-penduduk TSD dan jiran-jiran mereka di taman-taman kediaman bersebelahan amat tidak berbaloi. Ia ibarat menggunakan senapang gajah untuk menembak seekor tupai. Kejayaan membunuh tupai itu tak padan dengan kos penggunaan sejata tersebut dan kerosakan yang diakibatkan keatas pokok di mana tupai itu berpaut.

Acik bimbang dengan tindakan PPSD yang tidak menghormati undangundang itu. Pihak yang terjejas dengan tindakan PPSD itu mungkin akan melakukan sesuatu (yang juga melanggar undang-undang) demi membalas dendam. Akhirnya usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan di TSD bukan saja menjadi sia-sia malah mencetuskan isu keselamatan lain yang lebih sukar ditangani.

Acik harap pihak berkuasa MBPJ dapat masuk campur dalam isu laluan ini ASAP demi mengembalikan keharmonian penduduk TSD yang telah terjejas itu khususnya, dan keseluruhan penduduk Bandar PJU 10 amnya.
Perlanggaran terhadap mana-mana undang-undang yang sedang dikuatkuasakan oleh MBPJ adalah suatu perkara yang tidak harus dipandang remeh. Jika tindakan yang tegas lagi berkesan tidak dilaksanakan, ianya akan menjadi ikutan kepada individu atau kumpulan lain pula di kemudian hari. Akhirnya, keselamatan yang diidamkan, kekacauan pula yang menjadi hasilnya

Bersambung ……………………….

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

4uni2c # 15227 – Dilema Menghadapi Polis

Community Policing # 01 – Sessi Dialog Bersama Penduduk DD

.

.

Jalan awam dalam video di atas itu asalnya adalah dua laluan yang dibuka sepanjang masa. Kemudian disempitkan menjadi satu laluan dan dihadkan laluan sehingga jam 11 malam saja. Kini dikhaskan untuk laluan masuk saja. Laluan keluar langsung tak dibenarkan.
(TWO-way entrants / exits had been reduced to ONE. Then further restricted to “entry ONLY”)
Berikut ialah mesej whatsapp yang telah Acik hantar kepada ADUN bagi Daman Damai ini.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Dear YB !
I am a resident of TSD (Taman Saujana Damansara). May be you could still remember the occasion in which you were invited to “officiate” PPSD‘s (Persatuan Penduduk Saujana Damansara) meeting not a too long time ago.

I was the old man who asked about the incentives for being a committee member of the PPSD, in that meeting.

Though I am a member of PPSD, I am strongly against its decision of committing an offence i.e. by denying the legitimate right of the public to enjoy easy entry and exit using the public road that links TSD and its neighbor TAH (Taman Apartmen Harmoni), as you can see in the video above.

The public road has been providing an invaluable convenience ever since, to the residents of TSD to attend to their daily needs and activities such as sending children to school, acquiring daily groceries from the sundry shops at TAH, going to the post office, attending social functions held by relatives or friends at TAH and etc.etc.

But regret to inform you that PPSD has imposed the rule prohibiting exiting of TSD using the road (except at 6am – 8am).

As a consequence, my wife who frequently goes to the sundry shops at TAH would now have to drive more than 3 km despite the actual distance is only less than 1 Km from our home.

Driving a longer distance would of course incur more time (wastage), higher (petrol) cost and greater risk.

I think such a decision snd action is not a wise or justified strategy to improve the security of TSD Instead, it has already sparked disharmony among the residents.

Hence I would like to call for the complete dismantling of all the physical obstacles that have been erected on the road which are currently causing inconvenience and unnecessary extra expenses to the members of the public generally, and to the residents of TSD in particular.

Please do advise !

Tqvm in anticipation.
Faithfully from

Abd Jalil bin Abd Rahman

๐Ÿ’Š
**P*E*N*G*E*T*A*H*U*A*N**DI**L*U*A*R**K*O*T*A*K***

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Crimea, Rusia : Tak kenal maka tak cinta๐Ÿ’•
https://m.youtube.com/watch?v=HLH6TQCmBwE

Untung nasib penjawat awam

•2017-05-05 • Leave a Comment

C & P dari kumpulan WA Alumni MTIB (Sdr Nor Azman)

‘Sediakan pinjaman khas bantu k’tangan awam berdepan muflis

Hassan Karim

4 Mei 2017
ULASAN l Saya mengambil maklummereka menguruskan hutang pinjaman.

Memetik kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda, penjawat awam terbabit didapati melakukan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan yang melebihi kemampuan gaji mereka.

Bagi saya, keadaan ini berlaku kerana mereka kekurangan kewangan untuk menampung keperluan asas serta kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat dan terbeban, ditambah pula dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Oleh itu, saya minta kerajaan mencari alternatif baru bagi membantu penjawat awam ini dengan mengatur beberapa pinjaman khas yang kemudiannya bayaran pinjaman balik itu dilakukan dengan pemotongan melalui pencen atau bonus mereka.

Keadaan ini akan lebih memudahkan mereka membuat sebarang pinjaman tanpa perlu memotong gaji bulanan mereka.

Dalam trend ekonomi yang makin meruncing kini, rakyat sedang bergelut dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan memaksa mereka melakukan kerja-kerja tambahan untuk memenuhi keperluan hidup masing-masing.

Dalam kalangan penjawat awam pun ramai yang membuat dua kerja dalam satu masa. Ada yang berniaga makanan, kerja di restoran makanan segera, malah ada yang menjadi pemandu Uber dan Grab Car sebagai sumber pendapatan sampingan mereka.

Dengan mengambil kira jumlah penjawat awam yang melebihi 49,000 orang berdepan muflis, saya mendesak agar kerajaan mengkaji semula gaji kakitangan awam ini supaya setanding dengan pekerja di sektor swasta.

Kerajaan juga perlu melaksanakan sistem sepertimana yang dilaksanakan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia iaitu Sistem Pelaporan Kredit (Spekar) yang mempunyai rekod penjawat awam seperti yang dicadangkan Cuepacs sebelum ini.

Selain itu, kerajaan juga perlu mengadakan program berbentuk perancangan kewangan untuk mereka serta memantau perbelanjaan mewah mereka yang melebihi daripada pendapatan bulanan.

Di amping itu, kerajaan perlu menyediakan pinjaman mudah kepada mereka untuk mengatasi krisis dalam jangka pendek dan panjang dengan adanya dasar yang ketat untuk kakitangan kerajaan membuat pinjaman pembelian seperti rumah dan kereta.

Ini kerana laporan Khazanah Research Institute (KRI) memberi amaran bahawa hutang isi rumah sebanyak hampir 90 peratus dari KNK negara adalah pada tahap membimbangkan.
Komponen terbesar daripada hutang isi rumah pula ialah hutang perumahan iaitu lebih daripada 40 peratus. Oleh sebab itulah Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengenakan beberapa peraturan untuk mengawal pertumbuhan hutang dalam komponen ini.

Malaysiakini

***P*E*N*G*E*T*A*H*U*A*N**DI**L*U*A*R**K*O*T*A*K**

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ *Crimea, Rusia : Tak kenal maka tak cinta* ๐Ÿ’•

https://m.youtube.com/watch?v=HLH6TQCmBwE

Trajidi minda Melayuย 

•2017-04-28 • Leave a Comment

C & P dari kumpulan WA UM7376 Haji A. Bakar:

Tragedi pemikiran Melayu. Oleh: PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ

KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam.

Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.

Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.

Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class.

Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah. Itu pengaruh penjajah.

Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu.

Selingan :

.

.
Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya.

Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?

Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu.

Kita tidak ada sikap saintifik. Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh.

Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh. Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.

Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran.

Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi. Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London.

Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan. Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit.

Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul. Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers.

Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun. Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu. Itu semasa penjajahan.

Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.

Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini.

Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British. Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi – daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini.

Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya. Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah.

Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip. Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk wanita.

Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja kilang.

Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan, tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka? Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah.

Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu. Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang.

Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila hendak kahwin? Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga.

Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.

Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak susahlah.

Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja. Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif.

Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan tinggi.

Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an. Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi. Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja.

Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu. Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak.

Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam.

Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.

Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang Melayu.

Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama. Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik.

Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun Pas, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.

Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan. Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah.

Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap. Tetapi itulah minda Melayu sekarang.

Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.

PROFESOR Diraja Ungku Aziz adalah bekas Naib Canselor Universiti Malaya. Beliau terlibat aktif dalam isu-isu pembangunan masyarakat Melayu sejak zaman sebelum merdeka.

.

. **P*E*N*G*E*T*A*H*U*A*N**D*I**L*U*A*R**K*O*T*A*K**

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Crimea, Rusia : Tak kenal maka tak cint ๐Ÿ’•

https://m.youtube.com/watch?v=HLH6TQCmBwE

Maahad Tahfiz utk penuhi citarasa siapa ?

•2017-04-26 • Leave a Comment

Tulisan tangan di atas adalah rintihan adik Thaqif sebelum meninggalkan kita untuk selama-lamanya. Al-fatihah untuk beliau.

Maahad Tahfiz Al Quran untuk memenuhi citarasa siapa ?


Tidak berapa lama dahulu kita digemparkan oleh suatu berita sedih yang amat memalukan institusi pendidikan Islam.

Seorang ibu kepada murid telah melaporkan bahawa anak beliau telah dicabul penghormatannya oleh anak mudir Maahad Tahfiz tempat ia belajar.

Khabarnya kes tersebut masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa. Sekiranya didapati ada prima facie maka barulah akan dijalankan pembicaraan di Mahkamah keatas kes tersebut. Semuanya bergantung kepada pihak berkuasa berkenaan samada hendak kes tersebut diadili ataupun sebaliknya.

Sama-samalah kita tunggu jika kita masih peka dan prihatin terhadap nasib anak-anak kita di pusat-pusat pengajian tempat mereka kita tempatkan. 

Dalam masa kita sedang menunggu apa perkembangan seterusnya terhadap kes pencabulan di atas, tiba-tiba tercetus pula satu insiden baru yang lebih trajis, juga di sebuah maahad tahfiz. Kalau dulu di Perak, kali ni di Johor pula. Kalau dulu sekadar memalukan, namun kini membawa kepada kematian. Sedih, sedih dan memang tersangat sedih.

Bersambung ….. 

**P*E*N*G*E*T*A*H*U*A*N**D*I**L*U*A*R**K*O*T*A*K**


๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Crimea, Rusia : Tak kenal maka tak cinta ๐Ÿ’•

Analisis politik mantan PM (Chedet)

•2017-04-21 • Leave a Comment

C & P  dari status FB Sdr Kamal Koh (2017 April 22)




โ€‹17 Apr 2017 
๐ŸŒบchedet 




1. PAS ditubuh oleh ulama UMNO yang kecewa kerana sebab-sebab tertentu. Nama asalnya ialah Pan-Malayan Islamic Party (PMIP).

2. Sejak PMIP sebagai PAS bertanding dalam pilihanraya, parti itu tidak pernah menang besar di peringkat nasional.

3. Apabila bertanding bersendirian pencapaiannya amat rendah. Hanya pada 1959, PRU Pertama, PAS menang 13 kerusi. Pada PRU Kedua 8 kerusi dan Ketiga 11 kerusi.

4. Apabila menjadi komponen dalam BN pada 1974, PAS menang 14 kerusi.

5. Kemudian pada 1978, 1982, 1986, setelah berpisah dari BN dan bertanding bersendirian PAS menang 5, 5, 1 sahaja.

6. Sebaliknya apabila bersama dengan Semangat 46 dan secara tidak langsung dengan DAP, PAS menang 7 kerusi pada 1990, 1995.

7. Hanya apabila bersama PKR dan DAP dalam Barisan Alternatif pada 1999 barulah PAS dapat kemenangan tertinggi iaitu 27 kerusi.

8. Pencapaian PAS menurun dengan teruk apabila DAP tidak menyertai Barisan Alternatif pada 2004, dengan memenangi hanya 7 kerusi.

9. Kemudian PAS menyertai Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR. Prestasi PAS meningkat semula dengan memenangi 23 kerusi pada 2008 dan 21 kerusi pada 2013.

10. Dari pencapaian PAS selama ia ditubuh, harapan untuk memerintah diperingkat pusat tidak ada sama sekali. Hanya diwaktu menyertai Barisan Nasional sahaja yang PAS menjadi parti kecil dalam kerajaan pusat.

11. Perjuangannya sebagai parti Islam, jika ada, tidak sedikitpun berhasil. Kejayaannya terhad kepada memecahbelah orang Melayu sehingga pengaruh dan kuasa mereka berkurangan dalam politik negara.

12. Sekarang PAS akan sekali lagi bertanding bersendirian. Mengikut rekod PAS yang tertera di atas, jika PAS bertanding sebanyak 80 kawasan Parlimen, pencapaian mungkin tidak lebih dari 15 kerusi.

13. Kebanyakan dari 80 kawasan ini, PAS tahu PAS akan kalah. Tetapi mengikut adat PAS, di kawasan yang PAS tidak ada harapan langsung pun, PAS akan bertanding.

14. Secara teknikal PAS melawan UMNO BN, selain dari melawan parti-parti lain yang meletak calon.

15. Dengan PAS bertanding dan menjadikan pertandingan tiga atau lebih penjuru, kesannya ialah memecahbelah musuh-musuh BN (UMNO). PAS akan kalah dan mengheret turun parti pembangkang lain. UMNO akan menang, kerana penyokong parti lawan berpecah.

16. Secara langsung PAS berusaha, membelanja wang yang tidak sedikit untuk memberi kemenangan kepada BN dan Dato Sri Najib. Jika dikatakan PAS dibawah pimpinan Hj Hadi menyokong kepimpinan Najib, ia bukanlah keterlaluan. Ia memang benar.

17. Bagi orang Melayu penubuhan PAS adalah satu malapetaka. Ia memecahbelah perpaduan Melayu dalam UMNO yang berjaya tumpas Malayan Union. Walaupun orang Melayu menjadi majoriti di Malaysia, tetapi dengan adanya PAS orang Melayu tidak menjadi majoriti lagi.

18. Lebih dari IMP (Independent of Malaya Party) pimpinan Dato Onn, penubuhan PAS sebagai serpihan dari UMNO melemahkan kuasa politik Melayu dan menghalang kemajuan mereka.

19. Oleh kerana semua orang Melayu beragama Islam, penubuhan PAS bukan sahaja memecahbelah orang Melayu tetapi juga memecahbelah orang Islam. 
Demikianlah dalam usaha PAS untuk mendapat sokongan mereka sanggup mengkafir orang Melayu yang tidak menyertai parti PAS. Dengan ini gejala sosial menimpa keluarga Melayu kerana ada ahli PAS yang mengkafir ibubapa mereka dan menganggap perkahwinan mereka tidak sah. Sehingga ke hari ini pun ada tempat di mana orang Melayu tidak sembahyang bersama.

20. Keputusan PAS menolak kerjasama dengan parti-parti pembangkang dan meletak calon di dalam kawasan yang PAS tidak mungkin menang bermakna PAS menyokong UMNO dan Najib dengan memecah undi pembangkang. Sejak PAS ditubuhkan, perpecahan dikalangan orang Melayu dan orang Islam di Malaysia tidak dapat dipulih lagi.

NOTA: Saya sekadar menyampaikan pandangan chedet. Bagaimanapun saya tidak menyetujui penilaian dan pendangannya mengenai peranan PAS dalam sejarah. (Sdr Kamal Koh).

**P*E*N*G*E*T*A*H*U*A*N**D*I**L*U*A*R**K*O*T*A*K**

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Crimea, Rusia : Tak kenal maka tak cinta ๐Ÿ’•