PRU14 : Mengundi jangan fanatik …

•2018-04-13 • Leave a Comment

… kpd parti atau pemimpin

.

Acik sangat bersetuju dengan nasihat Datuk Dr MAZA ini supaya kita tidak fanatik. Fanatik atau taksub, akan membuat minda kita tertutup. Kita akan percaya 100% kepada pihak yang kita taksubi itu, tanpa sedikit keraguan pun akan kebenarannya.

Contohnya, jika kita taksub kepada Mr. M, maka apa yang Mr. N dakwa tentang kesalahan atau kesilapan Mr. M kita tak akan terima. Begitulah juga jika sebaliknya. Sedangkan hakikatnya, kedua-dua mereka sama-sama tertakluk kepada kemungkinan melakukan kesalahan dan kesilapan, kerana kedua-dua mereka adalah insan. Tidak ada insan yang bebas 100% dari silap dan salah, hatta Nabi sendiri.

Acik cuba tidak taksub kepada sesiapa. Kerana itu Acik cuba menilai dengan fikiran yang serasional mungkin. Namun fakta-fakta yang Acik jadikan asas penilaian mungkin ada yang tak tulen ataupun falsu. Ini mungkin telah menyebabkan keputusan yang dibuat tidak betul.

Kata peribahasa Inggeris, “garbage in, garbage out”. Maksudnya, sekira data yang dijadikan “input” ialah sampah, maka keputusan yang dihasilkan juga adalah sampah. Ini yang susah nak dielakkan oleh semua kita, kerana bukan senang nak memastikan data yang kita perolehi itu semuanya tulen, tiada yang palsu.

Dari pengumpulan pelbagai data dari pelbagai sumber, maka dapatlah Acik membentuk persepsi. Dari pesepsi itu, maka Acik membuat pendirian untuk pihak mana yang wajar Acik sokong. Pendirian atau pendapat Acik adalah sepertimana yang Acik zahirkan dalam PenCERAHAan berikut :

https://4uni2c.com/2018/01/17/punca-pas-bersendirian/

Seorang kawan kirim WA kpd Acik menuduh PM pencuri. Senada dengan tuduhan Tun DM. Ini jawapan Acik kepada beliau :

.🇲🇾 Kalau Najib pencuri, maka yang menuduh dia pencuri (Tun DM) adalah “bapa pencuri”. Buktinya ialah kekayaan luarbiasa yang ada pada semua anaknya. Kita rakyat biasa, ada tak RM10,000 tiap seorang ?

Saya bukan kata Najib tu baik sangat. Tapi yang saya tak faham, kenapa ramai orang terlalu taksub kepada Tun DM ? Hinggakan segala kesalahan beliau sanggup dihapus dan dilupakan 100%.

Sebaliknya kesalahan Najib (yg bagi saya adalah lebih kecil dari kesalahan Tun DM dahulu), tak boleh pula dimaafkan walaupun demi untuk kejayaan projek-projek pembangunan negara yang sedang dilaksanakan sekarang.

Dulu masa Tun DM nak buat KLCC, KLIA dan Putrajaya mereka tentang. Tapi sekarang kumpulan yang sama juga menentang Projek ECRL dan MRT. Sebabnya ialah semata-mata kerana Tun DM tak suka kpd Najib.

Secara rasional, adilkah kita bersikap double standard begitu. ?

Wallahualam 🌱

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

.

Utk ke PenCERAHan terkini sila tap alamat berikut ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

.

PRU14 : Perlu lagikah bendera ?

•2018-04-09 • Leave a Comment

Tiada bendera tiadalah pergaduhan

.

🇲🇾 Parliamen telah pun dibubarkan Jumaat lepas (2018 April 06). Walaupun dah beberapa hari ia dibubarkan, namun belum nampak lagi bendera-bendera parti dikibarkan di merata-rata lokasi. Bukan kata bendera PH saja, bahkan bendera BN pun belum nampak. Acik rasa ini satu kelainan yang harus dipuji dan diteruskan.
.
Bagi Acik, di negara kita ini tak perlu lagi guna bendera-bendera parti untuk mengiklankan parti-parti yang akan bertanding dalam PRU. Kita bukan lagi masih berada di dalam era telefon bertali. Rata-rata kita rakyat Malaysia dah memiliki telefon pintar. Dengannya ada whatsapp, facebook, twitter, Instagram dan sebagainya.
.

.

Melihat senario politik Malaysia sekarang ini, timbul pula kebimbangan di hati Acik. Takut, akibat perang bendera akan berlaku pula pergaduhan antara penyokong-penyokong parti berlainan. Walaupun ini tak dilaporkan berlaku di musim PRU yang lepas-lepas, namun kata peribahasa, lain ulu lain parang. Janganlah sampai dah terantuk baru nak tengadah. Kata peribahasa Inggeris pula, prevention is better than cure.

Oleh itu, kalau boleh biarlah masing-masing parti tidak ghairah lagi hendak berperang bendera menjelang hari PRU14 ini. Biar kita contohi negara-negara maju seperti Australia dan lain-lain. Di sana pilihanraya berjalan tanpa pembaziran yang banyak.

Bukankah perang bendera itu satu bentuk pembaziran ? Bukan saja pembaziran material dan tenaga. Malah yang lebih serius ialah pembaziran masa rakyat yang amat berharga itu. Pemimpin yang baik takkan menggalakkan pengikutnya membazir. Bahkan melaranginya.

.

.

Kenapa Acik bimbang sangat melihat senario politik sekarang ? Jawapnya ialah kerana Acik menonton video ceramah-ceramah pemimpin parti-parti politik sekarang. Perkataan dan penyampaian ceramah dilakukan dengan begitu provokatif.

Yang Acik amat terkilan sekali ialah bila seorang bekas PM pun bersikap provokatif. Contohnya, melabelkan PM sekarang perompak dan sebagainya. Ini satu contoh yang sangat buruk dari seorang bekas CEO negara. Seolah-olah mahkamah tak lagi perlu mengesahkan terlebih dahulu samada tertuduh itu penjenayah ataupun mangsa fitnah semata-mata.

Kata peribahasa Melayu, jika guru kencing berdiri anak murid akan kencing berlari. Jika pemimpin membuat provokasi dengan lisan, pengikut mungkin membuat provokasi dengan perbuatan. Yaitu dengan tindakan ganas yang boleh mencetuskan huru hara di seluruh negara. Ini amat bahaya kepada semua kita.

Bagi mengelakkan segala kemungkinan buruk dari tercetus akibat perang bendera, maka Acik cadangkan supaya mulai PRU14 ini tidak berlaku lagi perang bendera. Parti yang paling wajar memulakan tradisi baru (yakni PRU tanpa bendera) ialah BN. Mudah-mudahan kelainan ini menampakkan kematangan politik kita rakyat Malaysia.
.

Wallahualam.

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

.

Utk ke PenCERAHan terkini sila tap alamat berikut ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

PRU14 : Jasa PSM kpd rakyat

•2018-04-08 • Leave a Comment

PSM akan bertanding 17 kerusi

https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/02/10/psm-to-contest-16-seats-during-ge14/

C & P

.

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Parti Sosialis Malaysia (PSM)

Kadang-kadang adanya orang mempunyai persepsi bahawa PSM parti baru. Ada yang ingat PSM hanya buat beberapa kerja kawasan, lawan penindasan di sana sini, dan langsung tidak ada sumbangan di peringkat nasional. Ramai pula suka ejek PSM sebagai parti nyamuk dan kerja macam NGO. Ada yang merasakan kewujudan PSM tidak relevan langsung dan mendesak PSM supaya gulung tikar. Di bawah ini, adalah senarai 10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang PSM

**********

1. Berjuang 10 tahun untuk pendaftaran

Tahukah anda bahawa PSM mengambil masa selama 10 tahun sebelum didaftarkan sebagai sebuah parti politik? Kenapa? Ini kerana PSM adalah sebuah parti yang disertai oleh aktivis daripada tiga buah organisasi masyarakat (iaitu SWP, CDC dan Alaigal), mempunyai sejarah dalam memperjuangkan isu-isu rakyat biasa. Menteri Dalam Negeri pada masa PSM menyerahkan permohonan untuk pendaftaran, Abdullah Ahmad Badawi, memberi alasan bahawa PSM adalah satu ancaman kepada keselamatan negara. PSM kemudiannya menjadi parti politik yang pertama dalam sejarah Malaysia untuk mengheret kerajaan ke mahkamah kerana tindakan kerajaan telah mencabul kebebasan berpersatuan.

**********
2. Parti pertama menentang GST

Tahukah anda bahawa PSM adalah parti yang pertama menentang pelaksanaan GST? Protes pertama kali membantah GST telah diadakan seawal tahun 2004, empat tahun sebelum PSM didaftarkan sebagai sebuah parti politik. Sehingga kini, PSM masih kekal sebagai parti politik yang paling tersusun dan paling berani serta mengambil tindakan radikal dalam menentang GST, dengan aksi kemuncak lebih 100 aktivis menduduki Bangunan Kastam seminggu sebelum pelaksanaan GST pada 23 Mac 2015. Seramai 79 orang yang ditahan semasa aksi membantah GST di Kompleks Kastam Kelana Jaya didakwa di mahkamah. Daripada 79 orang ini, seramai 44 orang adalah ahli PSM. PSM parti kecil tetapi ramai ahlinya terlibat dalam aksi langsung ini.

**********
3. Perintis perjuangan perumahan pekerja ladang

Tahukah anda bahawa parti yang mempunyai kejayaan tertinggi dan sukar ditandingi oleh parti politik lain dalam penyelesaian masalah perumahan pekerja perladangan adalah PSM? Perjuangan PSM dalam hak-hak perumahan untuk pekerja perladangan telah membolehkan pekerja-pekerja ini memperolehi rumah kediaman dan tanah secara percuma. Yang paling utama, hari ini telah wujud polisi di peringkat kebangsaan yang menyatakan bahawa pekerja tidak boleh diarahkan keluar sebelum isu kediaman mereka diselesaikan. Ini adalah satu kejayaan besar untuk masyarakat pekerja ladang.

**********
4. Satu-satunya parti yang gigih memperjuangkan pelaksanaan Akta Gaji Minimum dan Skim Insurans Pekerjaan

Tahukah anda bahawa PSM telah memainkan peranan utama untuk memastikan Akta Gaji Minimum dilaksanakan untuk semua pekerja pada hari ni. Sejak tahun 2013, pekerja di Malaysia diwajibkan untuk dibayar gaji minimum RM 900, dan bermula tahun 2016, paras gaji minimum telah dinaikkan ke RM 1000 untuk Semenanjung dan RM 920 untuk Sabah dan Sarawak. Ramai yang tidak tahu bahawa kumpulan yang memainkan peranan paling penting dalam memperjuangkan Akta Gaji Minimum selain MTUC adalah PSM. PSM telah melancarkan kempen sejak tahun 2003 melalui JERIT, di mana JERIT bersama PSM telah menghantar lebih 50,000 poskad menuntut Akta Gaji Minimum ke Parlimen dalam satu aksi massa pada 21 September 2006 dan telah menyerahkannya kepada Perdana Menteri masa itu Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen. PSM melancarkan dan menggerakkan kempen tanpa mengenal penat. Banyak forum, demonstrasi besar-besaran, piket umum di seluruh negara dan ‘roadshow’ telah diadakan sehingga Akta Gaji Minimum menjadi realiti pada hari ini dan dapat dinikmati semua orang. Bukan sekadar itu saja, PSM juga adalah satu-satunya parti politik yang memperjuangkan Tabung Pemberhentian Kerja. Adalah bangga untuk PSM mengatakan pada hari ini, bahawa apa yang dituntut telah menjadi satu akta dipanggil Sistem Insurans Pekerjaan.

**********
5. PSM paling konsisten dalam mempertahankan sistem kesihatan awam

Tahukah anda bahawa PSM memegang rekod sebagai parti yang memainkan peranan secara berterusan dalam memperjuangkan isu penjagaan kesihatan awam? Pada 23 Disember 2004, PSM telah menggerakkan 81 organisasi dan ratusan orang untuk melakukan protes terhadap penswastaan dispensari hospital kerajaan. Pada 4 Disember 2004 sebelum itu, Menteri Kesihatan masa itu Chua Soi Lek telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menswastakan perkhidmatan dispensari di hospital kerajaan bermula tahun 2005, tetapi disebabkan protes besar-besaran oleh PSM, cadangan itu telah dihentikan. Selain itu, PSM juga menubuhkan satu gabungan yang dipanggil Gabungan Menentang Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK). Antara kempen yang dilakukan oleh GMPPK adalah protes terhadap rancangan mewujudkan sayap swasta dan Skim Pesakit Bayar Penuh di hospital kerajaan. PSM juga menjadi parti pertama yang mengheret kerajaan ke mahkamah apabila mereka ingin menaikkan caj perubatan untuk pekerja migran ke 300% kerana langkah tersebut adalah langkah yang akan memudaratkan kesihatan awam bagi seluruh negara. PSM kekal sehingga hari ini sebagai parti yang paling konsisten dalam memperjuangkan isu kesihatan awam dan menentang konsep pelancongan kesihatan yang menjadikan kesihatan sebagai satu bentuk perniagaan.

**********
6. Parti politik pertama yang berusaha menggabungkan tenaga untuk memperjuangkan sistem pengangkutan awam yang lebih baik

Pada 3 November 2012, PSM menjadi parti pembangkang yang pertama untuk menganjurkan Forum Kebangsaan untuk Pengangkutan Awam di Malaysia yang telah diuruskan melalui satu jawatankuasa kerja bersama yang diselaraskan oleh PSM. Gabungan ini dipanggil Kumpulan Kerja untuk Pengangkutan Awam di Malaysia, merangkumi organisasi-organisasi seperti CETDEM, TRANSIT, Damai Association, KL Selangor Assembly Hall, PPBM dan SABM. Pada tahun 2015, satu memorandum telah dihantar ke SPAD untuk memberi cadangan bagi penambahbaikan sistem pengangkutan awam di Malaysia.

**********
7. Parti pertama menerajui usaha melakar dasar komprehensif tentang pekerja migran

Tahukah anda bahawa dalam persoalan pekerja migran, PSM telah menerajui usaha untuk mendalami isu ini ketika parti politik lain hanya merungut tentang situasi ini tanpa berbuat apa-apa? Pada 4 Ogos 2016, Gabungan Menuntut Hak Pembelaan untuk Pekerja Migran (Right to Redress Coalition), satu usahasama yang dimulakan dan dibentuk oleh PSM, telah menganjurkan siri perbincangan meja bulat dengan berbagai pihak yang terlibat dalam isu ini dan dihoskan oleh Jabatan Pengajian Pembangunan, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Inisiatif ini telah menghimpunkan wakil-wakil daripada pihak kerajaan, majikan dan pekerja, termasuk pihak kedutaan negara yang berkaitan, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan organisasi-organisasi masyarakat. Cadangan paling signifikan adalah motif keuntungan seharusnya dielakkan semasa pengambilan dan pengurusan buruh migran. Pengambilan sepatutnya berdasarkan keperluan tenaga kerja negara yang sebenar, seharusnya mengutamakan tenaga kerja tempatan, dan juga lain-lain sumber buruh yang sedia ada, termasuk buruh tanpa dokumen dan juga pelarian. Sehingga hari ini, laporan ini kekal sebagai laporan paling komprehensif dalam mengetengahkan isu migran di Malaysia.

**********
8. Satu-satunya parti yang mempunyai pelan induk tentang perdagangan antarabangsa yang lebih adil

PSM mungkin adalah satu-satunya parti yang mempunyai polisi dan “pelan induk” (blueprint) tentang perdagangan antarabangsa. PSM dengan kerjasama organisasi-organisasi lain, telah menentang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat. Baru-baru ini, PSM telah memulakan usaha melakar Piagam Rakyat Mengenai Perjanjian Perdagangan Antarabangsa (People’s Charter on International Trade Agreements). PSM menegaskan pendirianya bahawa akan berjuang melawan segala perjanjian perdagangan yang tidak adil dan hanya menguntungkan syarikat-syarikat besar, termasuk perjanjian perkongsian ekonomi serantau yang akan menggantikan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tajaan Amerika Syarikat. Kebanyakan parti politik lain hanya mementingkan pelaburan luar (FDI), tetapi PSM melihat perkara ini melalui sudut kemanusiaan.

**********
9. Pengisytiharan harta wakil rakyat secara tahunan

Tahukah anda, satu-satunya ahli parlimen PSM, iaitu Dr Jeyakumar Devaraj, memegang rekod pengisytiharan harta selama 10 tahun berturut-turut? Dr. Jeyakumar mungkin satu-satunya ahli parlimen yang paling banyak mengemukakan usul ahli persendirian di Dewan Rakyat berkenaan banyak isu seperti isu tanah, jaminan makanan, pertukaran, akta perhubungan industri, akta keterangkuman sosial dan sebagainya. Beliau juga telah mengemukakan usul tergempar berkenaan keperluan bantuan kemanusiaan di Rohingya. Pada tahun 2008, ahli majlis tempatan dari PSM juga mengisytihar harta, menjadikan PSM sebagai satu-satunya parti politik yang mensyarakatkan semua ahli majlisnya juga mengisytihar harta.

**********
10. Jaguh perjuangan untuk hak perumahan

PSM sering kelihatan menerajui perjuangan untuk hak perumahan. Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim, adalah orang yang memperkenalkan istilah “Peneroka Bandar”, sebagai alternatif kepada gelaran “setinggan” yang digunakan oleh kerajaan dan pemaju. PSM telah berjuang dengan berjayanya untuk menyelamatkan rumah-rumah kediaman golongan miskin dan membantu mereka mendapatkan tanah dan rumah gantian. PSM juga membentuk gabungan untuk memperjuangkan hak perumahan dan rumah mampu milik. Hari ini, sekiranya berlaku pengusiran, tidak kiralah orang asli, petani, peniaga kecil, PSMlah yang dicari untuk membantu.

**********
Bonus

11. PSM adalah parti politik yang pertama di Malaysia yang menentang penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif. PSM juga mempunyai satu jaringan untuk meningkatkan kebajikan dan trraf hidup penduduk rumah pangsa kos rendah. Selain itu, PSM juga mempunyai analisis mengenai perusahaan kecil dan sederhana (SME) dan menangani isu lelong rumah yang dihadapi golongan berpendapatan rendah.

🌷🌱

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

Utk ke PenCERAHan terkini sila ke alamat berikut. ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

💎💎💎

PRU14 : Naikkan gaji kurangkan rasuah

•2018-04-05 • Leave a Comment

.

🇲🇾 Pengumuman kepada penjawat awam oleh PM di Picc @ 9.00 Pagi hari ini (2018April04)

1) Pemendekan kenaikan pangkat mengikut Time Based dikurangkan dari
13 tahun ke 10 tahun. Bermula pada tahun 2018

2) Mengujudkan Gred Lapisan DG 56 bagi jawatan DG 54 yg telah memegang jawatan selama 5 tahun.

3) Pemanjangan kemudahan kesihatan kepada ibu bapa lantikan pekerja kontrak bermula 1 Julai 2018

4) Sumbangan dana kepada Cuepac sebanyak Rm 3 juta setahun

5) Kemudahan cuti tanpa rekod melibatkan bab keagamaan. 7 hari cuti tanpa rekod kepada org bukan islam.

6) Faedah persaraan, …Kerajaan tambah 1% kenaikan kadar pencen kpd pesara. Asal 2% + 1 % = 3%. Start 1 Julai 2018.

7) Kerajaan memberi kepada persatuan pesara dan lain persatuan pesara dapat geran khas sebyk Rm 1 juta.

8) Kerajaan bagi kepada pesara kerajaan, qoata haji khas kepada mereka.

9) Kerajaan bagi kepada penjawat awam, kenaikan 1KGT khas kpd semua Penjawat Awam start 1 Julai 2018.

Selesai.

.

Ketika Acik sedang mengikuti sebuah kursus di INTAN dalam tahun 1982 dahulu, dua berita gempar telah terbit di dalam media perdana. Berita pertama, sebuah kapal terbang yang membawa seorang bekas menteri kanan (TS Ghazali Shafie) telah terjatuh ke dalam hutan dekat Janda Baik. Namun bekas menteri tersebut terselamat. Sedangkan beberapa yang lain yang bersama beliau telah terbunuh.

Berita kedua, kerajaan Singapura mengumumkan satu kenaikan gaji yang sangat ketara untuk anggota penguatkuasaannya. Contohnya Polis, Kastam dan imigresen. Tujuannya adalah untuk membenteraskan amalan rasuah di kalangan anggota-anggota beruniform berkenaan.

Ada relevan kah antara kenaikan gaji dengan usaha penghapusan rasuah ?

Ya, tentulah ada relevannya. Jika anggota penguatkuasaan berkenaan telah diberi pendapatan yang mencukupi, maka mereka tidak lagi ada alasan untuk menerima rasuah. Sekiranya mereka masih menerima juga rasuah, maka memang mereka sangat wajarlah dihukum.

Ketika gaji mereka kecil, mereka terima rasuah atas alasan terpaksa. Yakni bagi menambahkan pendapatan mereka supaya cukup untuk menanggung kos sebenar atas sara hidup mereka dan keluarga masing-masing.

Selepas gaji seluruh anggota penguatkuasaan Singapura dinaikkan dengan cukup tinggi, maka operasi mencegah amalan rasuah pun barulah mula dilaksanakan dengan serius. Itulah caranya Singapura membenteras rasuah sejak 1982. Kini kita semua akui bahawa Singapura adalah negara yang agak bebas dari amalan rasuah.

Kenapa ketika itu Malaysia tidak mencontohi Singapura ? Jawapannya, sama-samalah kita fikirkan sendiri.

Wallahualam.

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

.

Utk ke PenCERAHan terkini sila ke alamat berikut ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

PRU14 : Kecewa lihat Parliamen kita

•2018-04-02 • Leave a Comment

.

.

🇲🇾 Dalam 2014 (Jan – Mei) Acik berada di USA (Amerika Syarikat) kerana menemani anak bungsu kami. Beliau memulakan kursus ijazah pertamanya di PSU (Pennsylvania State University). Ketika itulah (Mac 08), MAS kehilangan pesawat MH370 nya. Ratusan nyawa dipercayai terkorban.

Lepas balik dari USA, Acik ke Australia pula (Julai). Sekali lagi MAS kehilangan sebuah lagi pesawatnya iaitu MH17. Kedua-dua trajidi tersebut, bagi Acik, adalah peristiwa-peristiwa besar. Hati kecil Acik bertanya, apakah reaksi MP-MP kita di dalam parliamen ketika itu, terhadap kedua-dua trajidi tersebut.

Acik ke Australia kerana menghadiri majlis konvokesyen anak ke-9 Acik. Beliau belajar di ANU (Australia National University) yang terletak di Canberra. Canberra adalah ibu negara Australia.

Di Canberra juga terletak bangunan parliamen bagi negara Australia. Semasa beberapa hari di sana, Acik sempat mencuri masa untuk melawat Parliamen Australia itu. Ketika memasuki bangunan Parliamen tersebut, kebetulan persidangan akan bermula. Maka dapatlah Acik menjadi pemerhati agak sebentar.

Bila Acik melihat (dalam youtube) semalam perjalanan persidangan Parliamen Malaysia yang telah berlangsung, Acik menggeleng kepala. Acik teringat balik suasana dalam parliamen Australia ketika berada di dalamnya dahulu. Keharmonian dalam parliamen Australia itu amat terasa. Ia amat berbeza dengan parliamen Malaysia.

Jarak perbezaan tersebut mungkin ibarat Bumi dengan planet Marikh. Kalau tak sejauh itu pun sekurang-kurangnya ibarat jarak Bumi dengan bulan. Namun itu analogi sahaja.

Nak jadikan cerita Acik terlelap sedetik ketika sedang berada dalam dewan parliamen Australia itu. Maklumanlah, suasana yang harmoni itu tentu agak kondusif untuk tidur. Lagi pun kesan keletihan akibat perjalanan jauh dari Malaysia mungkin menyebab Acik rasa mengantuk.

Tapi, dengan tiba-tiba terasa bahu Acik disentuhi. Rupa-rupa seorang jaga datang mengingati Acik bahawa tidur di dalam dewan parliamen tidak dibenarkan.

Ai lagu tu nu …. ! ” kata Acik dalam hati sambil berkata “sorry !” kepada jaga tersebut. Mula-mula terasa malu juga. Namun bila terlihat wajah si jaga tersebut yang begitu mesra tetamu, maka rasa lega pula rasa malu itu.

Acik dalam parliamen Australia itu hanya sebagai pemerhati sahaja. Bukan sebagai MP yang menyertai mesyuarat. Itu pun tak boleh tidur. Sedangkan MP tidur hanya fenomina biasa di dalam parliamen kita. Hatta ketika mesyuarat sedang berlangsung.

Tidur dalam dewan Parliamen Malaysia mungkin suatu yang tidak haram maupun makruh, walaupun ketika parliamen sedang bersidang. Sekiranya ia makruh sudah tentu tidak ada MP yang sanggup tidur dalam dewan yang mulia itu bila-bila masa pun. Apa lagi sekiranya ia haram disisi undang-undang atau peraturan parliamen.

Acik rasa menghalang MP tidur dalam dewan bukanlah sesuatu serius, asalkan persidangan masih dapat berlangsung dengan licin. Yang lebih serius ialah menghalang mana-mana MP dari mengemukakan apa-apa juga soalan yang relevan dengan isu yang sedang dibincangkan.

Nampaknya inilah yang telah terjadi di Parliamen kita, mengikut rakaman video yang diletakkan di awal penCERAHan ini.

Apa yang Acik faham dari video tersebut ialah seorang MP dilarang mengemukakan soalan tentang pesempadanan semula kawasan pilihanraya. Tetapi soalan tersebut disia-siakan oleh speaker. Bukan saja soalan itu disia-sia, malah MP yang bertanya itu digantung jawatannya sebagai MP selama 6 bulan. Ini bermakna MP berkenaan tidak boleh berada di dalam parliamen bila-bila masa ketika dewan sedang bersidang, bagi tempoh selama 6 bulan.

Akal fikiran Acik tak boleh terima dengan tindakan speaker itu. Setiap MP sewajarnya berhak mengetahui segala-galanya yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan. Kaedah paling praktikal ialah dengan bertanya. Kata peribahasa Melayu, malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan”.

Orang yang ditanya tak semestinya mampu menjawab semua soalan yang ditanya. Dan beliau tak perlu rasa bersalah sekiranya tidak mampu menjawap soalan yang ditanya, dengan serta merta. Apa lagi menghukum si penanya semata-mata kerana mengemukakan soalan yang beliau tak tahu jawapannya.

Yang ditanya juga wajar sedar bahawa tidak ada manusia di dunia ini yang tahu semua benda dan semua perkara. Hatta Nabi s.a.w sendiri pun banyak benda dan perkara yang baginda tak tahu. Tetapi baginda tak pula malu untuk mengaku “tidak tahu” tentang apa yang baginda tidak tahu.

Acik menyeru supaya semua MP ikut sifat Nabi s.a.w. itu. Mudah-mudahan institusi parliamen dianggotai oleh mereka yang benar-benar berakhlak terpuji lagi cerdik. Dengan yang demikian barulah parliamen menjadi penggubal undang-undang yang berwibawa. Maka barulah rakyat yakin dengan semua undang-undang yang digubal dan dilulus oleh parliamen.
.
.

W a l l a h u ‘a l a m 🌷

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan :

.

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

.

.

PenCERAHan terbaru ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

.
.

.

.

PRU14 : My speculation

•2018-03-31 • Leave a Comment

Malaysia would be worse of than now if Tun DM were to replace DS Najib as PM

.
🇲🇾 When Sdr Anwar Ibrahim (Now DSAI), then was ABIM’s president, wanted to join UMNO, some ABIM friends apposed it. However many too did support him.

I told some friends in the ABIM that if Anwar were sincere in his fight for Islamic state, he would never become the PM.

My speculation was proven right when DSAI was sacked with such a great humiliation in 1998. In 1988 (10 years before), the Chief of Justice (Tun Salleh Abas) was sacked from his post, together with a few senior justices.

I don’t deny that DS Najib had done sone bad things for the nation (e.g. 1MDB). But has he not done some good things too ?

I don’t agree that Tun DM were to become our next PM merely to replace DS Najib.

To me, DS Najib is the product of Tun DM. He (Tun DM) is equally to be blamed for what DS Najib had emulated him. guru kencing berdiri, murid kencing berlari*

I have lost my faith in Tun DM. To me he is still not an honest and sincere leader as I saw him before.

My speculation is Malaysia will be worse of than now if Tun DM were to replace DS Najib as PM.

Tun DM himself had ever said it is better the devil that you know than the angel *that you do not know

Yes, I did agree with him but the word angel should be changed to saint

To me, the devil is BN led by DS Najib and the saint is PH led by Tun DM.

Anyway, may be this time, my prediction might not be as good as the previous one.

Wallahualam 🌱

Other Relevant enlightenments :

.

https://4uni2c.com/2018/02/16/pru14-regret-to-forget/

.

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

Untuk ke PenCERAHan terkini sila ke alamat berikut ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

.

PRU14 : GST modal kempen PH

•2018-03-26 • Leave a Comment

Selain 1MDB, GST juga modal besar PH

.

.

GST dikutip dari semua orang. BR1M diberi kpd orang miskin saja. Itulah mekanisma percukaian yg diamalkan di mana-mana negara.

Macam mekanisma zakat fitnah. Semua orang Islam wajib membayar zakat fitrah. Kemudian ianya diagihkan kepada orang Islam yang miskin saja.

GST telah dicadangkan sebelum DS Najib menjadi PM lagi. DS Najib cuma mula melaksanakannya mengikut apa yang telah dirancang sebelumnya.

Wallahualam

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

Utk ke PenCERAHan terkini sila tap alamat berikut ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

.

Bakal PM tertua di dunia. Akan menarik pelancong dari seanterio dunia datang melawat Malaysia.

PRU14 : Senario selepasnya

•2018-03-19 • Leave a Comment

Putrajaya siapa punya ?

.

Dalam minda Acik terbayang dua senario sahaja yang akan berlaku selepas PRU14 nanti. Senario pertama akan berlaku sekiranya BN menang dan terus memerintah. Manakala senario kedua pula akan berlaku sekiranya PH menang dan berjaya menubuhkan kerajaan baru bagi menggantikan kerajaan sekarang.

Kedua-dua senario tersebut tercipta dalam minda Acik berdasarkan persepsi Acik terhadap situasi politik semasa. Persepsi tidak semestinya realiti. Ianya dianggap realiti selepae proses rasionalisasi dan justifikasi.

Acik memahami aspirasi PH sebagai bakal pemerintah, berdasarkan janji-janji pemimpin-pemimpin utamanya kepada rakyat. Dalam masa yang sama Acik perhati juga apa yang BN telah dan sedang buat, sebagai pemerintah. Kemudian Acik buat spekulasi tentang senario yang akan berlaku berdasarkan yang Acik mampu fahami.

Jika BN menang PRU14

Senario sekiranya BN terus memerintah tidak akan banyak perbezaannya dengan senario sekarang. Pentadbiran negara akan berjalan seperti biasa. Projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan akan terus berjalan seperti biasa malah lebih rancak lagi.

Contohnya, pembinaan ECRL akan diteruskan mengikut jadual yang telah dirancang. Dalam tempoh 4 atau 5 tahun selepas PRU14 sebahgian dari projek ECRL akan mula mempamirkan kejayaan. Rakyat negeri-negeri pantai timur akan mula teruja dengan projek tersebut. Ini akan mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap BN.

Projek penebatan banjir di Kelantan yang bernilai RM 1 bilion lebih itu akan diteruskan. Rakyat di negeri Che Siti Kembang tersebut akan menarik nafas lega kerana banjir bukan lagi menjadi fenomina tahunan. Berapa banyak harta rakyat akan terselamat dari bencana banjir setiap tahun.

Hospital-hospital kerajaan akan bertambah bilangannya di seluruh negara. Semuanya dilengkapi dengan peralatan yang canggih dan kakitangan yang mahir lagi berwibawa. Begitu juga dengan sekolah-sekolah kerajaan dan universiti-universiti awam Malaysia.

Pendek kata, negara akan membangun dengan kadar pertumbuhan yang lebih laju dari sekarang. Ini dijangkakan berlaku kerana halangan dan gangguan dari pihak pembangkang akan semakin berkurangan. Rakyat tidak lagi menghiraukan hasutan pembangkang kerana telah insaf bahawa dakwaan-dakwaan mereka menjelang PRU14 lepas adalah tidak tepat dan hanya berasaskan persepsi dan spekulasi sahaja.

Jika PH menang PRU14

Berdasarkan hujah-hujah yang Acik terima dari banyak pihak yang ingin supaya PH menang, senario yang dapat bayangkan adalah agak menceriakan. Pemimpin-pemimpin PH dan penyokong-penyokong tegarnya akan merayakan kemenangan PH semau-maunya. Maklumlah kemenangan itu adalah objektif yang menjadi idaman mereka sejak beberapa dekad yang lalu.

.

.

Bersambung ….

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

Utk PenCERAHan terkini sila tap alamat berikut ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

.

PRU14 : Nasihat utk semua

•2018-03-12 • Leave a Comment

.

Nasihat kepada pengundi :

.

🇲🇾 Seluruh rakyat Malaysia sekarang sedang menanti PRU14. Ada yang dah tak sabar lagi nak turun mengundi parti yang diyakini terbaik. Yang dikatakan terbaik ialah yang mampu melakukan perubahan positif lagi ketara kepada negara, jika diberi mandat untuk memerintah nanti.

PRU14 ini merupakan PRU yang paling luar biasa buat Acik. Mungkin ini kali, Acik tak turun mengundi kot. Bukan sebab anti PRU, tapi sebab tak tau siapa yang wajar diundi.

Sejak layak mengundi dahulu, Acik tidak pernah mengundi selain dari parti pembangkang. Sebab dulu Acik penuh yakin dengan persepsi sendiri, bahawa parti pembangkang lebih layak memerintah dari BN. Tapi persepsi Acik kini nampaknya dah berubah 180°.

Bagi Acik, dalam PRU14 ini, yang nak dipilih bukan lagi antara yang baik dengan yang buruk. Tetapi antara yang buruk dengan yang lebih buruk. Buruk yang Acik maksudkan di sini ialah dalam aspek kualiti memerintah negara. Samada BNkah yang lebih buruk memerintah negara ataupun PH.

Sebelum ini Acik memang bias kepada parti yang Acik sokong iaitu PAS. Namun bila parti itu terbelah dua, Acik tak tau nak masuk sebelah mana. Cuma, mula-mula tu dah agak condong ke arah Amanah.

Walaubagaimana pun, belum sempat menyertai Amanah, berlaku perkara yang menyebabkan Acik tersentak. Bekas Presiden parti yang Acik perangi dulu kini diangkat menjadi tunggak pakatan pembangkang. Faktor ini amat Acik tak setuju dan tak boleh kompromi.

Rasa-rasa jika menyertai Amanah seolah-olah Acik menjilat balik segala ludah Acik di masa-masa dahulu. Ketika dalam barisan pembangkang dahulu, Acik sama-sama “meludahi” pemimpin UMNO yang berkenaan itu. Sebabnya ialah kerana yakin bahawa beliau telah menganiayai pemimpin pembangkang, khususnya DSAI.

Tiba-tiba mereka berdua kini telah berdamai. Kononnya, apa yang dialami dahulu hanya luka kecil. Acik terasa sangat bahawa rakyat telah dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang untuk kepentingan peribadi mereka. Rakyat dipergunakan untuk merebut kuasa sesama mereka. Bila kuasa dapat dikongsi sesama mereka, maka penyokong malu sendirilah.

Yang “meludah” kepada bekas Presiden UMNO dulu pun mulalah menjilat balik ludah-ludah mereka dahulu. Melihat keghairahan mereka berbuat demikian, tekak Acik rasa meloya. Tak sangguplah Acik nak buat sepertimana mereka tu.

Ada orang kata Acik ni pendendam. Tak sama macam pemimpin-pemimpin PH sekarang. Mereka itu isan mulia lagi pemaaf belaka. Musuh mereka hanya yang sekarang dan akan datang, bukan yang dahulu.

.

Nasihat kepada yang merebut kerusi

.

.Memang Acik akui bahawa pemimpin-pemimpin PH adalah pemaaf yang mulia. Kalau tak berciri demikian masakan layak mereka menjadi pemimpin. Walaubagaimana pun, di sepanjang mengikuti kempen PRU-PRU yang lepas, banyak juga dakwaan-dakwaan pemimpin pembangkang yang Acik anggap remeh. Maĺah ada yang nampak benar sekadar ikut pandangan mata kasar sahaja.

Sebagai analogi, seorang guru tadika menuding jarinya ke langit lalu berkata kepada anak-anak tadikanya, “nu yang besar tu ialah bulan. Bintang pula yang kecil-kecil tu ! “ Maka percayalah anak-anak tadikanya itu bahawa bulan itu lebih besar dari bintang.

Dalam kempen PRU banyaklah dakwaan pembangkang yang menggambarkan kelemahan dan kebodohan kerajaan. Pada hal hakikatnya yang didakwa itu bukanlah satu kebenaran.

Suatu masa dahulu, Acik telah mengamalkan pemasangan lampu motorsikal Acik di siang hari. Tujuan Acik ialah semata-mata supaya pengguna-pengguna jalan raya yang lain mudah ternampak Acik. Acik percaya bahawa amalan tersebut boleh mengurangkan kemalangan bermotorsikal.

Tidak lama selepas itu amalan Acik itu dijadikan peraturan jalan raya yang wajib dipatuhi oleh setiap penunggang motorsikal. Maka pemimpin pembangkang pun menjadikan ia satu modal PRU bagi membuktikan kepada rakyat betapa bodohnya kerajaan.

Bagi kempen PRU14 ni, isu yang dieksploitasikan secara gila-gila ialah 1MDB. Acik tak nafi bahawa isu tersebut adalah satu isu yang besar. Namun jika sampai nak dakwa bahawa kegagalan 1MDB itu akan memusnahkan negara sepenuhnya, maka ini akal Acik belum boleh terima.

Bila kes 1MDB meletup, Acik tidak terkejut langsung. Walaupun kononnya negara kerugian puluhan bilion ringgit akibat 1MDB, namun ia tetap juga tidak menghairankan Acik. Sebaliknya 1MDB mengingatkan Acik tentang kerugian puluhan bilion ringgit yang pernah dialami oleh BNM (Bank Negara Malaysia) di awal 90an dahulu

Ketika BNM kerugian sejumlah wang yang begitu besar, kita belum lagi ada telefon pintar. Kita belum ada Facebook. Whatsapp juga belum ada. Begitu juga twitter dan sebagainya. Jadi tak ramai rakyat yang tahu tentang kes itu. Lebih-lebih lagi apabila beritanya digelapkan dalam media massa perdana ketika itu.

Namun bagi rakyat yang biasa dengan majalah Aliran terbitan CAP (Consumer Association of Penang), mereka mungkin pernah terbaca tentang kes kerugian BNM tersebut. Tapi berapa kerat saja rakyat yang biasa dengan majalah berbahasa Inggeris itu.

Bagi Acik 1MDB bukanlah satu satunya usaha kerajaan untuk memajukan negara. Banyak lagi usaha-usaha lain yang telah dan sedang dilaksanakan demi membangunkan negara dan memajukan rakyat.
.
Isu 1MDM ini kini digambarkan sebagai sesuatu yang amat menakutkan. Seolah-olah Malaysia akan lumpuh sepenuhnya akibat kegagalan 1MDB. Seolah-olah langit akan runtuh bila melihat awan bergerak.

Oleh itu, (kononnya) rakyat tiada pilihan lain selain dari memberi mandat kepada PH untuk memerintah negara melalui PRU14 akan datang. Kononnya, itulah satu-satunya pilihan yang masih ada sekarang jika rakyat mahu negara selamat.
.
Wallahualam.

💎💎💎

Lain-lain PenCERAHan yg relevan :

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

.

Untuk PenCERAHan terkini, sila tap alamat berikut ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

.

PRU14 : Tiada langsungkah jasa Najib ?

•2018-03-08 • 1 Comment

2018 Mac 08

🇲🇾 Kelmarin (2018Mac06), Acik ada terbaca sebuah mesej dalam whatsapp kumpulan. Ia merupakan satu komen yang agak panjang terhadap DS Najib. Apa yang menarik bagi Acik ialah penulis komen tersebut melihat PM Najib dari sudut positif, iaitu yang bertentangan dari apa yang dilihat oleh musuh-musuh politik beliau.
.
Bagi membolehkan pengikut blog Acik turut sama membaca komen tersebut, maka biarlah Acik muatkan komen tersebut ke dalam PenCERAHan blog Acik ini. Mudah-mudahan dengan membaca komen tentang PM Najib itu, pembaca-pembaca akan dapat membuat penilaian yang lebih adil terhadap PM Najib. Ini penting sebagai persediaan untuk menghadapi PRU14 yang menjelang tiba.

Selamat mentelaah ⬇️

🇲🇾 Pandangan dari sudut yang bertentangan terhadap PM yang sama :Luahan hati Syed Mokhtar Bukhary berkenaan Najib RazakAssalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO dan rakyat Malaysia n islam (izin edit sikit jer) izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia.

Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. Seolah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.

2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.

3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.

4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar. SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.

5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak, biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?

6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.

7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.

8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.

9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.

10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.

11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.

12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?

13. Sangat mengelirukan,

yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.

14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.

15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?

16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.

17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.

18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.

19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi ?

20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.

21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksub dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing. Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.Wassalam,

Tan sri syed mokhtar al-bukhary
Sayangkan Islam dan Negara
Nauzubillah
C & P🌱🌱

Kononnya … .. .

.Kononnya komen terhadap PM Najib di atas itu tidak ditulis oleh TS Syed Mokhtar Bukhary. Dakwaan ini mungkin benar, mungkin juga tak benar. Tapi yang penting bukanlah pembuat komen. Yang penting ialah adakah komen tersebut berasas atau tidak dan munasabah ataupun mengarut.
.
Bagi Acik, Isue yang ditonjolkan itu memang boleh diterima akal. Sejak sekian lama PM Najib menyandang jawatan PM, takkan tak ada apa-apa langsung kebaikan yang telah beliau lakukan. Tak kan selama ini beliau asyik dengan projek 1MDB saja.
.
1MDB mungkin satu dari berpuluh projek yang dilaksanakan sejak PM Najib mengambil alih jawatan PM dari Pak Lah. Malangnya, kerana projek itu gagal maka ianya menjadi modal politik pihak pembangkang.
.
Nampaknya kegagalan 1MDB telah dieksploitasi oleh pihak pembangkang secara gila-gila. Tujuannya bukan untuk membantu mengurangkan kesan negatif akibat kegagalan tersebut. Sebaliknya sebagai peluang keemasan untuk merampas jawatan PM dari tangan Najib.

Selingan :

.Dari video di atas, Acik amat setuju dengan Datuk Samsuri itu. Sifat manusia memang macam tu. Kita tak akan mampu membuat sesuatu yang 100% manusia setuju dengan perbuatan kita itu.Begitulah juga dengan apa yang sedang dilakukan oleh PM Najib.

Ada saja yang tak kena, terutama dari penilaian musuh politik beliau (PH). Yang anihnya ialah, ada beberapa dasar pentadbiran beliau yang menjadi sasaran kutukan pemimpin utama PH. Sedangkan dasar tersebut adalah warithan dari pentadbiran di bawah PM dahulu.

Contohnya kewujudan undang-undang tertentu, seperti ISA. Kenapa baru sekarang ianya dianggap sebagai undang-undang zalim. Dahulu, di bawah pemerintahan PM-PM sebelum ini, ianya tidak dianggap zalim. Malah dianggap sebagai alat yang penting lagi perlu demi menjamin keamanan negara.Banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh disebut di sini. Namun biarlah pembaca sendiri yang mengenalpasti dasar-dasar berkenaan.

Wallahualam.💎💎💎

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Politik: jangan jadi sadis https://shalleducate.wordpress.com/2022/08/25/politik-jangan-jadi-sadis/

Antara ECRL dan Proton

PRU14 Pasca: Antara ECRL & Proton

PRU14: PenCERAHan² yg relevan https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

.

.