PRU14: bodoh macam lembu ?

•2018-02-26 • 1 Comment

2018 Feb 26

🇲🇾 video klip di atas Acik terima dari seorang rakan WA Acik.

Rakan WA Acik ini sangat kuat mempertahankan PH dari segala kritikan Acik terhadap PH. Nampak sangat beliau amat taksub dengan PH. Malah penuh yakin dengan kepimpinan Tun M.
.
Acik dengan rakan WA ini macam timur dengan barat. Kami ibarat hitam dengan putih mengenai persepsi politik masing-masing. Beliau penuh yakin bahawa PH adalah lebih layak memerintah negara dari BN. Namun Acik pula sebaliknya.

Masing-masing kami mempunyai hujah sendiri bagi mempertahankan persepsi politik kami. Bagi Acik, tidak perlu dirisaukan sangat tentang keadaan negara sekarang. Kalau BN terus perintah pun tak jadi masalah, malah lebih baik.
.
Tetapi sebaliknya, rakan Acik itu nampaknya tersangat bimbang terhadap nasib negara. Seolah-olah negara diambang keruntuhan. Bagi beliau, jika sekiranya rakyat gagal menyerahkan mandat untuk memerintah negara kepada PH dalam PRU14 ini, negara akan runtuh.
.

Video klip yang dikirimkan kepada Acik itu mengingatkan Acik suatu CEREKANA (CErita REKaan ANAlogi). Cerekana ini Acik baca masa di sekolah rendah dahulu. Ceritanya adalah kira-kira begini :

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
.
Pada zaman dahulu ada seekor Sang Kancil yang cerdik. Satu hari Sang Kancil itu telah terjatuh ke dalam sebuah lobang yang agak dalam. Kudrat yang ada dengannya tidak cukup untuk membolehkannya melompat keluar dari lobang tersebut.
.
Sang Kancil itu pun memikir, mencari jalan untuk melepaskan diri dari lobang tersebut. Tiba-tiba ternampak ia kepala seekor lembu menjenguk ke dalam lobang tersebut. Dengan spontan ia pun menjerit kepada lembu tersebut, “hai kawan tunggu apa lagi, kan langit dah nak runtuh. Cuba langut ke atas, langit dah bergerak-gerak sekarang. Cepat turun ke sini jika mau Selamat !”
.
Si lembu pun segera melangut ke langit. Dia pun nampak awan yang sedang bergerak. Awan itu disangkanya langit. Tanpa menunggu lebih lama lagi maka lembu itu pun terjun ke dalam lobang itu.
.

Lega rasa Sang Kancil tersebut kerana berjaya mempengaruhi sang lembu itu. Setelah beberapa ketika berada di dalam lobang tersebut, maka berkatalah pula Sang Kancil itu kepada si lembu, “agaknya langit tak jadi runtuh kut. Biar saya keluar tengok, adakah dia masih bergerak macam tadi”.
.
Sang Kecil pun meminta si lembu duduk supaya ia dapat naik ke atas belakang lembu tersebut. Kemudian disuruhnya si lembu itu berdiri. Sebaik saja si lembu berdiri tegak, maka Sang Kancil pun melompat keluar dari lobang tersebut lalu menghilangkan diri.
.
Kasihan kepada si lembu. Rupa-rupa ia tertipu oleh kebodohannya sendiri. Sekiranya dia tidak bodoh masakan Sang Kancil dapat menipunya dengan begitu mudah. Maka tinggallah si lembu yang bodoh itu di dalam lobang itu sehingga diselamat oleh takdir.

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
.

Kempen PRU14 oleh pendokong-pendokong PH juga memberi gambaran seolah-olah langit dah nak runtuh. Barang siapa yang nak selamat cepat-cepatlah bersama PH. PH tu ibarat Sang Kancil dalam cerekana di atas.
.
Selepas PRU14 selesai nanti, tak siapa pun boleh duga apa yang akan dilakukan YB-YB PH sekiranya PH menang. Jangan pula jadi macam Sang Kancil dalam cerekana di atas. Bila dah menang nanti pengundi-pengundi diabaikan langsung.

Lebih teruk lagi, jika perubahan yang dilakukan nanti lebih menyusahkan pengundi-pengundi PH. Ia seperti melepaskan anjing tersepit. Bila dah dilepaskan, orang yang melepaskannya pula yang menjadi mangsa.

Isu paling popular yang digunakan oleh pendokong-pendokong PH sekarang ialah 1MDB. Isu ini sedang dieksploitasi secara gila gila bagi membuktikan bahawa dakwaan negara akan runtuh itu adalah satu kebenaran.

Namun bagi Acik, kerugian yang dialami oleh 1MDB memanglah besar. Tapi jika dibandingkan dengan kerugian yang pernah dialami oleh BNM (Bank Negara Malaysia) suatu ketika dahulu, akibat spekulasi dalam forex, rasanya isu 1MDB taklah setara mana sangat.
.
Masa Bank Negara kerugian USD10 bilion dulu, reserve Bank Negara hanya ada kira-kira USD20 bilion saja. Tapi ketika isu 1MDB meletup, reserve Bank Negara adalah lebih dari USD100 bilion. Itulah apa yang Acik dimaklumkan. Mana lebih kritikal, ada RM20 hilang RM10 dengan ada RM100 hilang RM20 ?
.
Satu lagi faktor yang dijadikan isu bagi menakutkan rakyat ialah tahap hutang negara. Kononnya hutang tersebut akan menyebabkan negara akan bankrap. Betulkah negara boleh bankrap ?
.
Setahu Acik, negara taklah sama dengan seorang individu, sebuah keluarga atau syarikat. Ketiga-tiga institusi ini memanglah tertakluk kepada undang-undang bankrap yang digubal oleh kerajaan.
.
Yang menentukan kretiria bankrap ialah undang-undang. Yang membuat undang-undang pula ialah ahli-ahli Parliamen. Bodohkah ahli-ahli Parliamen hingga membuat undang-undang dimana kerajaan pun boleh diistiharkan bankrap.
.
Pendokong PH juga menentang projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan. Alasan yang diberi ialah pembaziran, belum ada keperluan dan kemampuan dan juga rasuah. Contohnya projek ECRL (Jaringan Keretapi Pantai Timur).
.
Bagi Acik, projek itu sepatutnya disokong oleh semua pihak terutama pembangkang. Sebaliknya pemimpin PH berjanji akan batalkan projek ECRL tersebut jika PH berjaya menjadi pemerintah selepas PRU14 nanti.
.
Acik pernah berkhidmat di Kelantan seketika, semasa arwah Tuan Guru Nik Aziz sebagai MB. Acik dapati bahawa Kelantan wajar ada satu sistem pengangkutan yang lebih cekap. Malangnya negeri yang majoriti besarnya adalah orang Melayu Islam itu macam dianak-tirikan oleh kerajaan pusat.

Berdasarkan bilangan kenderaan yang masuk keluar negeri itu ketika Itu, sudah wajar dibina lebuh raya antara KL dan KB 15 tahun dahulu lagi. Lebuh raya antara Alor Setar dan Bukit Kayu Hitam boleh pula dibina walaupun amat kurang penggunanya ketika itu.

Bila projek ECRL dilancarkan, Acik bersyukur kepada Allah. Rupa-rupanya harapan Acik agar negeri-negeri di pantai timur mendapat projek pembangunan dari kerajaan pusat bakal menjadi realiti. Dengan adanya ECRL pembangunan di pantai timur akan berlaku dengan lebih pesat. ECRL adalah sebagai pemangkin kepada pembangunan tersebut.

Penumpang-penumpang antara KB (Kota Bharu) dan KL (Kuala Lumpur) pula akan dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa. Masa perjalanan juga dapat dijimatkan. Mereka yang berjemaah Subuh di Kampung Baru (KL) akan sempat berjemaah Zohor di Kota Bharu (Kelantan)

Projek MRT fasa pertama di Lembah Kelang membuat Acik amat teruja. Ia sudah cukup sebagai testimoni kemampuan kerajaan menyediakan pengangkutan awam yang cekap. Itu baru fasa satu. Bila dah siap fasa kedua dan ketiga nanti, pasti bertambah lega lagi penduduk Lembah Kelang.

Sejak sekian lama penduduk Lembah Kelang menderita setiap hari akibat kesesakan jalan raya. Walaupun sistem jalan raya dinaik taraf dari masa kesemasa, namun tol baru pula yang menjadi beban tambahan kepada penduduk-penduduk Lembah Kelang.

Dengar khabar PH akan mengkaji semula projek MRT fasa kedua dan ketiga bila ia memerintah nanti. Malah mungkin dibatalkan fasa ketiga projek tersebut. Ini mencetuskan kebimbangan di hati ramai penduduk-penduduk Lembah Kelang yang sedang menikmati perkhidmatan MRT.
.
Apa kewajaran bagi membatalkan fasa ketiga projek MRT ? Bukankah MRT itu sangat baik untuk majoriti warga Lembah Kelang. Terutama bagi mereka yang belum mampu membeli kereta untuk ke tempat kerja masing-masing setiap hari.

Rakyat Malaysia yang pernah belajar di England tentu dapat menilai keperluan sistem pengangkutan awam seperti MRT. PM kita (DS Najib) adalah antara mereka yang pernah belajar di England dahulu. Jadi tak peliklah jika beliau membina MRT di dalam negara bermula di Lembah Kelang, demi kemudahan rakyat Malaysia.

Tun DM, walaupun telah pernah melawat ke seluruh pelusuk dunia, namun pernahkah beliau tinggal (bagi tempoh yang agak lama) di mana-mana bandar raya besar di negara maju ?

Wallahua’lam

💎💎💎

PenCERAHan yg relevan ⬇️

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

.

PenCERAHan terakhir⬇️ http://www.4uni2c.com

.

.

PRU14 : Politik bukan rukun iman

•2018-02-20 • Leave a Comment
Error
This video doesn’t exist

.

Oleh sebab politik bukan rukun iman, maka kita bebas memilih parti mana yang kita percaya paling berkelayakan memerintah negara dan negeri-negeri. Pada hakikatnya kita tak tahu dengan cara objektif atau tepat, parti politik mana yang benar-benar wajar diberi mandat untuk memerintah selepas PRU14 nanti. Pernilaian kita terhadap setiap parti yang merebut kuasa itu hanyalah berdasarkan maklumat yang kita terima dari pelbagai sember.

Maklumat-maklumat tersebut adalah data-data yang kita jadikan input bagi proses menghasilkan keputusan. Sekiranya data tersebut salah atau sampah, maka keputusan yang dihasilkan juga adalah salah atau sampah. Maka itulah yang dikatakan oleh sebuah peribahasa Inggeris, “garbage in, garbage out”

Oleh sebab itu, menentukan status sesuatu maklumat itu adalah tersangat penting. Samada sesuatu maklumat itu betul maupun salah, ia bergantung kepada sumber maklumat itu. Jika ia datang dari sumber yang boleh dipercayai (“reliable sources”), maka kemungkinan maklumat itu betul adalah besar. Sebaliknya jika datangnya dari sumber yang diragui maka kemungkinan maklumat itu salah atau palsu pula yang lebih besar.

Ada satu kisah dimana seorang Yahudi datang kepada Nabi s.a.w. lalu menuntut baginda membayar balik hutangnya. Nabi pun mengingatkan kepada Yahudi tersebut bahawa baginda telahpun membayar hutang tersebut tidak berapa lama dahulu. Namun si Yahudi itu menafi telah menerimanya.

Peristiwa tersebut sedang diperhati oleh seorang individu dari jauh. Lalu individu itu datang mendekati mereka yang sedang “bertengkar” itu. Maka bertanyalah individu itu kepada si Yahudi itu atas sebab apa mereka bertengkar.

Si Yahudi itu pun mencerita kepada beliau tentang hutang berkenaan yang didakwanya masih belum berbayar. Apabila ditanya pula kepada Nabi, maka baginda pun mencerita tentang hutang tersebut, yangmana ianya telah pun dilangsaikan baginda.

Berdasarkan cerita Nabi individu tersebut terus mengusir si Yahudi tersebut dan memberi amaran keras kepadanya supaya tidak lagi mengganggu baginda mengenai hutang tersebut. Si Yahudi tersebut pun segera meninggalkan Nabi dan individu tersebut dengan sangat ketakutan.

Nabi sangat hairan dengan sikap dan tindakan individu tersebut. Dengan begitu mudah beliau lebih percaya kepada baginda dari percaya kepada si Yahudi tersebut. Lalu baginda pun bertanya kepada individu tersebut kenapa beliau bersikap bias (berat sebelah) terhadapnya.

Individu pun mengakui bahawa beliau sebenarnya telah kenal siapa baginda, walaupun baginda belum kenal siapa beliau. Oleh sebab status baginda sebagai Nabi yang al-amin, maka apa yang diberitahu oleh baginda sudah pasti benar. Sebaliknya apa yang diberitahu oleh si Yahudi tersebut belum tentu benar.

Acik rasa cukuplah sekadar ini sebagai iktibar. Jika kita terima sesuatu maklumat tentang sesuatu isu yang sama dari dua belah pihak, maka utamakan maklumat dari pihak yang lebih baik status kejujurannya. Maklumat yang datang dari individu yang status kejujurannya diragui, maka sesiakanlah.

Lebih-lebih lagi dari individu yang dah ada track records menipu dan menganiayai pelbagai pihak. Walaupun dia mendakwa telah bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi lagi angkara-angkara yang serupa, namun ada satu peribahasa kita mengingatkan kita satu perkara penting.

Kata peribahasa tersebut, “anjing yang biasa makan bangkai, kalau tak lagi memakannya, sekurang-kurangnya dihidunya juga bangkai tersebut.

Selamat menonton dan memahami video di atas. Semoga mendapat munafaat yang banyak dari penceramah tersebut. Maaf Acik belum kenal siapa beliau. Cuma dalam hal begini khususnya, Acik berpegang kepada kata-kata Saidina Ali r.a. yangmana maksudnya adalah lebih kurang begini :

“pentingkan apa yang dicakap, dari siapa yang bercakap”

.

Wallahualam.

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Biduk lalu kiambang bertaut

https://4uni2c.com/2017/10/21/biduk-lalu-kiambang-bertaut/

.

Senarai PenCERAHan2 yang relevan

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

.

Ke PenCERAHan terbaru tap ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

.

.

PRU14 : Regret if forget

•2018-02-17 • Leave a Comment

.

Copy & paste from a friend’s WA

Pakatan’s Regression To Mahathirism

Calvin Sankaran, Malay Mail Online

Ayn Rand, the American philosopher-novelist and a cult figure among the tech industry titans, was violently opposed to compromises.

In her magnum opus, Atlas Shrugged, she wrote, “There are two sides to every issue: one side is right and the other is wrong, but the middle is always evil. In any compromise between food and poison, it is only death that can win. In any compromise between good and evil, it is only evil that can profit.”

In naming Tun Dr Mahathir Mohamad as the party’s prime ministerial candidate for the 14th General Election (GE14), Pakatan Harapan (PH) has chosen to make exactly the kind of toxic compromise Rand so bitterly abhorred.

With this decision, PH has concluded the classic Faustian bargain by sacrificing principles of good governance, human rights and democracy on the altar of political expediency.

As someone who has lived through the administrations of all our six prime ministers, I believe I am well positioned to judge and compare the performance of Mahathir in a balanced perspective.

There is no question that Mahatir brought a new dynamism and vision for the nation. His contributions for the national economic and industrial developments are beyond question. In his 22 years of rule, he steered the country’s GDP from a mere US$4 billion (RM15.8 billion) to US$110 billion. While some of his mega projects were expensive failures, on the balance his successes clearly outweighed the failures.

However, all his contributions to the physical infrastructure of the country were completely undermined and undone by his repressive and dictatorial rule which saw severe erosion in civil liberties and loss of hundreds of billions of ringgits due to corruption and mismanagement.

After starting off brightly by invigorating Malaysians with fresh hopes with the motto of “Bersih, Cekap dan Amanah,” his reign went downhill and grew increasingly draconian.

He tore apart the walls of separation of powers between the three branches of the government — the executive, the legislative and the judiciary, independent institutions meant to keep the government in check and accountable were shackled, muzzled and eventually neutered to serve the all-powerful prime minister.

When the judiciary stood up to his bullying, he engineered the sacking of the Lord President Tun Salleh Abas and two other Supreme Court Judges, a move which our first PM Tunku Abdul Rahman described as “the most shocking story in modern legal and judicial history.”

Abas and the judges were replaced with less independent minded judges who acted as the tool of the Executive rather than delivering justice without fear or favour.

Barry Wain, the author of The Malaysian Maverick, wrote that this episode had consequences far beyond just the loss of independence among the judiciary as it also opened the door for corruption seep into the justice system and giving rise to shocking miscarriages of justice.

The Election Commission too lost its independence and was used as the tool to gerrymander and malapportionment the electoral districts to rig the election in favor of the ruling party. The resulting electoral victory gave Mahatir an unassailable majority in the parliament enabling him to use it as a rubber stamp to pass repressive and discriminatory laws.

His own party was not spared either. He reacted with characteristic ruthlessness when faced with challenges from party members alarmed by his increasingly authoritarian rule and the rise of corruption, nepotism and cronyism. By using all powers and tools of the incumbency he ruthlessly eliminated his rivals and went on to manipulate the party constitution so that there will be no such challenges in the future.

Political opponents and even NGOs were often targeted, harassed and thrown into jail without trial. Operasi Lalang of 1987 saw more than 100 political opponents and civil liberty leaders arrested in massive crackdown and jailed without trial or providing reasons for their arrests.

To attain absolute power and total control, Mahathir borrowed extensively from the dictators’ playbook. One of his key strategies was to establish the culture of political patronage where his supporters and cronies were richly rewarded with government contracts and concessions. His actions ushered in and firmly embedded the culture of money politics into Umno.

All these actions served to legitimise corruption at the top and soon this deadly cancer spread rapidly and permeated every sector of the government, public service and the society. Despite his lamentation of corruption and money politics, the organisation responsible for fighting corruption (Anti-Corruption Agency, ACA) was made toothless and merely stood and watched while the nation was being eaten from within by this deadly parasite.

Another infamous legacy of Mahathirism was the privatization of government where the public assets were transferred into private hands, ostensibly to improve efficiency and reduce public sector burden. Barry Wain estimates that RM100 billion were transferred to favored cronies under this programme.

In each and every case, privatisation proved to be a complete and utter failure due to corruption and mismanagement and Mahatir spent tens of billions more to bail out the private companies and individuals.

The list of scandals during Mahathir’s rule are too numerous to mention. One of the best chroniclers of these scandals was none other than Lim Kit Siang, who has authored numerous books detailing each of these scandals. Some of the biggest scandals and losses during this period were the Bank Negara forex loss, Proton, Perwaja, BMF, PKFZ, Maminco, MAS, etc.

The current PH chairman was also responsible for sweet-heart deals that burdened the Malaysians for decades to come. He awarded highly lopsided highway concessions to PLUS and other companies, burdening people with numerous tolls. He handed out similarly highly one-sided, lucrative contracts to cronies under the Independent Power Producers (IPP) project.

Mahathir also holds the unwanted honour as the man who contributed most damage to Malaysia’s ethnic relationship. Datuk Seri Nazri Abdul Aziz branded Mahathir as father of racism while Lim Kit Siang called him the “greatest enemy of multiracial Malaysia.”

He authored The Malay Dilemma, a racially provocative book that was banned by Tunku’s government. His continual articulation of extremist racial views proved too much for Tunku who kicked him out of Umno. The ban on The Malay Dilemma was only lifted when Mahathir became the PM.

Islamisation of the government started with Mahathir and it was him who kickstarted the efforts to incorporate Islamic values into the government. In 2001, he even went further by declaring Malaysia as a fundamentalist Islamic country.

Even after leaving the government, he continued to take racist stance and often created controversies by making highly divisive, hurtful statements and comments about the minorities. It was hardly a surprise that he was also the patron for Perkasa, the notorious racist far right group.

The root cause of the hardcore Indian poor today can be directly attributed to Mahathir’s policies and lack of empathy. Thousands of poor Indians living in rubber plantations were forcibly displaced and ejected from the estates when the rubber trees were replaced by palm oil plantations or developed to build houses, townships, airports, etc.

Without employable skills and education, these Indians were left to fend for themselves in the alien and unforgiving environment of the cities. Despite appeals for help from the political parties and NGOs, Mahathir refused to extent support for these Indians who ended up as the urban hardcore poor or forced to turn to crime due to desperation.

Despite his ultra-Malay posturing, Mahathir didn’t help the ordinary Bumiputras either. When the NEP was launched in 1970, the Bumiputras held 1 per cent of the national wealth (measured in terms of corporate ownership). The objective of the NEP was to increase it to 30 per cent by 1990.

From 1970 to 1981, this percentage had tripled from 1 per cent to 3 per cent. However, during Mahathir’s 22-year rule this wealth actually declined to 2 per cent. Many economists hold Mahathir directly responsible for the failure of the NEP. While the NEP continued the real benefactors were the well-connected cronies while the ordinary bumiputras were fed with crumps.

Of all his sins, Project IC surely rank as the most evil of it all. This episode formed the darkest and most shameful period in Malaysian history. The details of the project is still shrouded in secrecy and was allegedly carried out by a secretive arm of the government under the orders from the very top.

The objective of the project was to bring the state of Sabah under his control and the aim was realised by issuing tens of thousands of Malaysian Identity cards to illegal Muslim immigrants from the southern Philippines. As a result, the population of Sabah increased by a shocking 390 per cent between 1970 and 2010. The biggest shock was the increase of 1,552 per cent in the number of Malays.

With his aims achieved, Mahathir, with the ample help from Datuk Seri Anwar Ibrahim, engineered the entry of Umno into Sabah and subsequently managed to capture the control of the state from the local parties.

Project IC completely changed the ethnic make-up of the state and led to numerous social, political, economic and security problems that would haunt Sabah and Malaysia in the decades to come.

For years Pakatan leaders have been continuously urging and cautioning Malaysians to reject BN so that the dark days of Mahathirism would not make a return. They even promised to throw Mahathir into jail if Pakatan forms the federal government.

However, now that Mahathir has agreed to join forces to help Pakatan in their march to Putrajaya, PH leadership suddenly had a change of mind and are willing to forget every sins and scandals from his iron-fisted reign.

To the ordinary Malaysians, it is evident Pakatan operates on the principle of the end justifies the means. If a political party prioritises power over principles, it is a clear sign the party will adopt the same operating principles if they were to form the federal government. With Mahathir at helm, Malaysia will be regressing to the dark days of dictatorship and unchecked, rampant corruption.

The make matters worse, Pakatan leaders use the Bush Doctrine of “You are either with us or against us” when challenged about their acceptance of and alliance with Mahatir. Their defence of their pact with this notorious tyrant ranges from the ridiculous (Mariam Mokhtar and the Mr Right analogy) to idiotic (Hannah Yeoh and her suncream).

While one can expect politicians to be flexible with principles, it is most disappointing to see respected civil liberty leaders and NGOs such as Maria Chin Abdullah, Ambiga Sreenivasan, Aliran, IRF and others to jump in defend Pakatan and Mahathir by offering the same “either/or” argument.

To me it is crystal clear that Pakatan and our civil liberty NGOs have lost their moral compass and failed Malaysians by prostituting their principles for political expediency. However, they have no right in demanding that Malaysians vote for PH just because we disagree with BN.

..

💎💎💎

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Sejarah YAB Tun DM dalam politik

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1950899554928505&id=100000254388442

.

SENARAI PenCERAHan yg relevan

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/
.

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

PRU14: Melayu mudah lupa

•2018-01-31 • Leave a Comment

.

.

.🇲🇾 Klip Video di atas Acik terima melalui WA dari salah seorang dari 10 orang anak Acik. Semua anak Acik sangat peduli politik. Malah mereka agak kritis tentang isu-isu politik dalam negara.

Apa kata anak Acik tu tentang video tersebut,

“Cuba Ayah tengok video di atas. Masa PRU 13. Sebelum Mahathir U-TUrN”
.

Sebaik menerima klip video tersebut, Acik pun menontonnya. Maka Acik memberi komen Acik seperti berikut :

🇲🇾 Orang lain jadi PM sekali pun dah kira lebih dari cukup. Tapi Tun DM jadi PM tak cukup sekali, kena dua kali.

Orang lain jadi PM tak sampai 15 tahun paling lama. Tun DM jadi PM sampai 22 tahun.

Bila dah jadi mantan PM, nak dictate pula penggantinya ikut nasihatnya.

Bila PH pi calon dia sebagai bakal PM utk kali ke2, itu yang menghairankan ayah. Ini membuktikan PH ketandusan pemimpin dan tak ada idea politik sendiri.

Penerimaan pencalonan tersebut, adalah bukti bhw Tun DM kemaruk nak jadi PM. Ini bercanggah dengan apa yang dia cakap dalam video itu.

Bagi ayah, Tun DM gagal melaksanakan program pembangunan ekonomi utk rakyat biasa semasa berkuasa dahulu. Apa yang sedang rakyat alami sekarang adalah akibat dari kegagalan tersebut.

Apa yang disemai (oleh beliau) dahulu, inilah hasil yang kita sedang tuai sekarang

Yang beliau amat berjaya ialah projek menjadikan semua anak-anaknya jutawan besar belaka. Begitu juga kroni-kroni beliau seperti YTL, Robert Quak, Ananda Krisnan, Eric Chia, Syed Mokhtar Bokhari dan lain-lain.

Nak tutup kegagalannya itu, maka dieksploitasinya gila-gila kegagalan Najib dlm kes 1MDB.

Padahal kes FOREX yg dilakukannya dulu adalah lebih bahaya dari 1MDB. Dan itu adalah satu penyalahgunaan wang BNM bagi tujuan spekulasi.

Pegawai bank (TS Mohd Nor Yaakub) pula yang dipersalahkan. Dia terpaksa meletak jawatan.

Ironinya beliau (TS Mohd Nor) dilantik sebagai senator kemudian sebagai menteri kewangan kedua.

Baik sungguh hati Tun DM. Org yang dituduhnya bertanggungjawab merugikan BNM lebih USD10 bilion itu, dihukum dgn jawatan menteri.

Agaknya apa yg PH buat terhadapnya adalah ganjaran kpd kebaikan beliau (Tun DM) terhadap TS Mohd Nor Yaakub.

Ya, kita salahkan murid (DS Najib) atas segala kesilapan beliau.

Tetapi hanya adil jika guru (Tun DM) juga dipertanggungjawabkan atas ajaran salahnya kepada murid.

Jika guru diberi 100% pengampunan atas segala ajaran salahnya, kenapa tidak kita maafkan 10% kesilapan murid yangmana ada hubungkaitnya dengan ajaran salah guru ?
.
Ayah rasa sangat sukar untuk menerima diskriminasi dan “double standard” sebegitu.
.

Wallahualam.

💎💎💎

Lain-lain PenCERAHan yg relevan :

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

Utk ke PenCERAHan terkini sila tap alamat berikut ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

.
.

Rafizi atau TS SS yg benar ?

•2018-01-25 • Leave a Comment

Tanah FELDA hilang selama-lamanya ?

.

.🇲🇾 With respect to land acquisition issue, the government has full power to decide what is good for it and the public.

Berhubung dengan isu Pengambilan tanah, kerajaan mempunyai kuasa yang penuh bagi memikir apa yang baik baginya dan pihak awam.

Hence, I do believe that the status of the FELDA’s lands in Jalan Semarak, KL, are as what claimed by TS Shahril Samad.

Oleh itu, Acik percaya bahawa status tanah-tanah FELDA di Jalan Semarak, KL itu adalah sebagaimana yang didakwa oleh Tan Sri Shahril Samad.

There is no such thing as an individu or a party could own any piece of land eternally (forever).

Tidak mungkin ada mana-mana individu atau pihak yang boleh memiliki mana-mana bidang tanah untuk selama-lamanya.

When time comes even our traditional land would be taken back for better purposes, by the government. It would either for its own usage or for better utilization by a more affordable party, than us.

Bila tiba masanya, tanah tradisi kita sekali pun akan diambil balik bagi penggunaan yang lebih baik, oleh kerajaan. Samada kerajaan sendiri yang akan menggunanya, atau untuk penggunaan penuh oleh pihak yang lebih berkemampuan, berbanding dengan kita.

I did admire TS Shahril as a smart cabinet minister before. So was to the late TS Ghazali Shafie. Unfortunately smart people like them would not survive as ministers when Tun DM was at the helm.

Acik kagum terhadap TS Shahril sebagai menteri kabinet yang hebat dahulu. Begitu juga terhadap arwah TS Ghazali Shafie. Malangnya orang hebat seperti mereka tidak mungkin kekal sebagai menteri apabila Tun DM berada di puncak kuasa.

Hence, I have a stronger faith in TS Shahrir than in YB Rafizi. However, I would like to see YB Rafizi and individuals like him as MPs too.

Oleh itu, Acik mempunyai kepercayaan yang lebih kuat terhadap TS Shahril daripada terhadap YB Rafizi. Walaubagaimana pun, Acik suka jika YB Rafizi dan individu-individu seperti beliau menjadi ahli parlimen.

Wallahualam 🌱

.

.

Keluarga Tun DM beli syarikat arak RM2.9 bilion.

In the sodomy case of DSAI, if not Tun DM was a liar (for claiming that DSAI had committed sodomy), then the liar was DSAI (for refuting the claim).

🇲🇾 Dalam kes liwat DSAI, kalau Tun DM bukan pembohong kerana mendakwa DSAI peliwat, maka DSAI lah pembohong kerana mengaku dirinya bukan peliwat.

Both of them are the candidates for PM post should PH wins PRU14.

Kedua-kedua mereka adalah calon bakal PM jika PH menang PRU14.

Do Malayasian citizens approve a liar or a gay to become their PM ?

Adakah rakyat Malaysia redha PM mereka seorang pembohong atau seorang peliwat ?

Wallahualam 🌱

.

.

PRU14: Punca PAS bersendirian

•2018-01-17 • Leave a Comment

🇲🇾 Kenapa PAS tak bersama PH ?

Dalam PRU13 dahulu, PAS turut sama berada dalam satu pakatan pembangkang. Hasil dari kerjasama tersebut, maka kekuatan pembangkang telah meningkat. PAS turut sama menikmati kejayaan yang dicapai oleh pakatan pembangkang tersebut.

Malangnya, bagi menghadapi PRU14 yang menjelang tiba ini, PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang. Sebaliknya PAS akan menghadapi PRU14 nanti secara bersendirian.

Rakyat tentu tertanya-tanya, apa sebabnya maka PAS merajuk, tidak mahu lagi berjemaah dengan pakatan pembangkang bagi merampas kuasa pemerintahn dari BN.

Bagi Acik, PAS adalah sebuah parti politik yang telah lama matang berpolitik. Oleh itu PAS tidak akan melakukan sesuatu secara main-main atau secara gurau senda saja, atau secara tidak sirius. Tentulah ada sebab-sebab yang munasabah lagi konkrit yang membuat PAS bersikap demikian.

Setelah menonton video klip di bawah, maka fahamlah Acik kenapa PAS sanggup bersendirian bagi menghadapi PRU14 nanti.

Dengan tanggapan (presumption) bahawa apa yang disampaikan penceramah berkenaan adalah fakta yang benar-benar belaka, maka Acik turut bersetuju menerima justifikasi PAS untuk tidak menyertai pakatan pembangkang (PH) dalam PRU14 nanti.

.

.

.

Acik bukanlah nak mendakwa bahawa BN itu sebuah parti yang ideal bagi memerintah Malaysia. Sejak dahulu lagi Acik tidak pernah mengundi BN melainkan parti pembangkang. Namun, bagi PRU14 nanti Acik rasa BN adalah lebih layak diundi berbanding dengan parti pembangkang.

Oleh kerana Acik tidak ada apa-apa kepentingan dalam mana-mana parti politik maka Acik tidak perlu bias (berat sebelah) terhadap mana-mana parti politik. Lainlah jika Acik menyandang sesuatu jawatan penting dalam mana-mana parti politik. Contohnya jika Acik seorang AJK BN atau PAN atau PKR, maka wajarlah Acik bias kepada BN atau PAN atau PKR.

Pada persepsi Acik yang tak bias kepada mana-mana parti politik, pembangkang belum cukup kredibiliti untuk memerintah negara. Mengikut pemerhatian peribadi Acik juga, pembangkang lebih mengutamakan kepentingan pemimpin daripada ideologi perjuangan. Kerana itu maka kita boleh melihat fenomina di mana yang mendominasi parti adalah ahli keluarga.

Bagi parti Bersatu kita dapat melihat gandingan Tun DM (bapa) dengan YB DS Mukriz (anak), bagi PKR gandingan YB DS Dr Wan Azizah (emak) dengan YB Nurul Izah (anak) dan bagi DAP gandingan YB Lim Kit Siang (bapa) dengan YAB Lim Guan Eng & isteri (anak & menantu). Kononnya, dalam DAP juga ada beberapa orang anak mediang YB Kapal Singh yang bakal menjadi YB.

Kesemua keluarga tersebut adalah keluarga yang kaya raya belaka. Mereka kaya adalah hasil dari sistem ekonomi yang dipertahankan bersama sejak sekian lama. Sistem ekonomi yang Acik maksudkan ialah sistem kapitalisma dan dasar pengswastaan.

Dengan menggunakan sistem dan dasar tersebut sebagai alat/kemudahan, kesemua pemimpin politik termuka itu telah berjaya membina kekayaan yang ketara. Contohnya, kesemua anak bekas Perdana Menteri (Tun DM) telah berjaya mengumpul kekayaan sehingga puluhan malah ratusan juta RM oleh tiap seorang dari mereka. Bagaimana pula dengan kroni-kroni beliau ?

Acik tidak percaya langsung bahawa jika ketiga-tiga parti keluarga rapat itu berjaya menguasai Puterajaya, dengan serta merta kehidupan rakyat Malaysia akan menjadi lebih baik dari sekarang. Sebaliknya Acik sangat bimbang bahawa keadaan yang akan dialami nanti tidak lebih dari ibarat tikus membaiki labu. Yangmana, akibatnya ialah yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Awal-awal dahulu Acik adalah juga sedikit minat untuk menyertai PAN. Akan tetapi bila PAN menyertai PH maka minat tersebut tiba-tiba terpadam. Sebab dalam PH ada satu sosok yang amat susah hati Acik nak berkompromi dengannya.

Acik bukanlah bencikan pada fisikal sosok tersebut tapi amat marah terhadap kerja buat beliau ketika berkuasa dahulu. Walaupun tindakan beliau dahulu itu tiada yang menjejaskan hidup Acik secara langsung, namun secara tidak langsungnya memang ada. .

Ya, faktor utama yang membuat Acik tak jadi menyertai PAN ialah pencalonan Tun DM sebagai bakal PM. Bagi Acik, ia manifestasi bahawa pembangkang memang ketandusan pemimpin. Apakah pembangkang tidak ada pemimpin muda yang lebih layak untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebagai calon PM ?

Tokoh yang dicalonkan itu telah berusia lebih dari 90 tahun bukannya lebih dari 60 tahun. Apakah seorang yang sudah begitu tua masih wajar menjadi PM ?

Mari kita tonton video klip berikut, apa nasihat Ustaz Datuk Samsuri kepada semua kita rakyat Malaysia :

Tua membawa kpd kebinasaan ⬇️ :

.

Ceramah Datuk Samsuri itu dipercayai disampaikannya sebelum Tun DM dicalonkan sebagai bakal PM lagi.

Apa yang Ustaz Datuk Samsuri kata itu adalah berdasarkan hadith. Siapalah kita ni nak nafikan kebenaran hadith ?

Tun DM tak wajar setuju dicalonkan sebagai bakal PM. Penerimaan pencalonan tersebut mendedahkan Tun DM kepada tuduhan bahawa beliau adalah seorang yang takabbur.

Manakala yang menyokong pencalonan tersebut pula tidak mengambil kira faktor sunnatullah. Mengikut hukum alam (sunnatullah), setiap orang tua berkemungkinan besar akan nyanyuk. Tun DM tidak terkecuali.

Saya melihat Tun DM sebagai seorang yang takabbur berdasarkan kpd kerja buat beliau sejak dahulu.

Seorang yang takabbur tak akan menerima dan mengakui realiti kelemahan diri sendiri. Contohnya, jika tenaga yang ada padanya hanya mampu mengangkat seberat 10kg, namun dia mendakwa mampu mengangkat seberat 20kg. Walaupun dirinya jahil tentang ilmu agama, tapi berani membuat fatwa macam seorang Mufti.

Walaupun dirinya dah masuk zon nyanyuk kerana telah terlalu tua, namun masih juga yakin bahawa diri tak mungkin nyanyuk sepertimana orang-orang tua lain. Yakni merasa diri terkecuali dari maksud hadith yg diingatkan oleh Ustaz Datuk Samsuri itu.

Bukan faktor umur saja yang membuat Acik amat tidak berkenan dengan pencalonan Tun DM sebagai bakal PM. Faktor lain yang tidak kurang penting ialah rekod beliau sepanjang menyandang jawatan menteri dahulu.

Pada persepsi Acik, Tun DM adalah seorang pemimpin yang sangat kontrovesi. Status kontrovesi beliau sangat tinggi hingga Acik rasa beliau tidak layak diberi lagi apa-apa kuasa.

Sebahgian dari rekod kerja buat beliau yang menjadikan beliau pemimpin kontrovesi ialah seperti dalam PenCERAHan berikut :

Tun DM – Jasamu dikenang

https://4uni2c.com/2013/02/02/4uni2c-13202-tun-dr-m-jasamu-dikenang/

.
Sepanjang pemerhatian Acik terhadap Tun DM, beliau adalah seorang individu yang banyak mencetuskan konflik dengan pihak lain. Contohnya, beliau berkonfrantasi dengan semua bekas timbalannya sendiri malah dengan boss-bossnya.

Selepas meninggalkan jawatan PM pun beliau masih terus berkonfrantasi. Kalau dulu dengan rakan-rakan sejawatnya kini dengan pengganti-pengganti beliau pula. Dulu dengan Tun Abdullah kini dengan DS Najib pun.

Apakah Individu macam Tun DM itu yang nak Acik suruh dijadikan icon oleh rakyat Malaysia ? Bodoh sangatkah Acik ni untuk turut sama mendewa-dewakan Tun DM dan menerima beliau sebagai PM untuk kali kedua ?

Wallahualam

.

💎💎💎

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

.

Senarai PenCERAHan2 yg relevan

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

.

Biduk lalu kiambang bertaut

https://4uni2c.com/2017/10/21/biduk-lalu-kiambang-bertaut/ . .

.

X-PM bakal MP Langkawi ?

https://4uni2c.com/2018/04/21/pru14-x-pm-bakal-mp-langkawi/

.

Ke PenCERAHan terbaru sila tap ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

.

.

Cinta Yang Sejati

•2018-01-10 • Leave a Comment

Saukan (saudara kandung) adalah orang yg paling lama kita kenali, maka cintailah mereka.

(Terbitan 2018.01.10)

⬇️ Terjemahan video di atas ⬇️

Selamat membaca

Aku dilahirkan di sebuah kampung terpencil di suatu kawasan pergunungan. Hari demi hari ibu bapaku membajak tanah kering berwarna kuning, dengan menadahkan belakang mereka ke langit.

Satu hari aku ingin membeli sehelai saputangan yang semua wanita lain di sekelingku kelihatan memilikinya. Maka aku mencuri 50 Sen dari laci bapaku.

Bapa segera menyedari tentang kecurian duit tersebut. “Siapa yang mencuri duit Itu ?” beliau bertanya kepada adikku dan aku. Aku tergamam, terlalu takut untuk bercakap. Tak siapa pun diantara kami mengaku bersalah.

Jadi bapa aku berkata, “Jika tiada siapa nak mengaku, kedua-dua kamu akan dihukum”.

Tiba-tiba adikku berkata, “abah, adiklah yang melakukannya.” Adikku menerima pertuduhan dan hukuman kerana aku.

Di tengah malam, dengan tak semena-mena aku menjerit dengan kuat. Adikku menutup mulutku dengan tangannya yang kecil itu lalu berkata, “Kak, jangan menangis lagi, segalanya telahpun berlaku.”

Aku tak akan lupa wajah adikku itu ketika beliau melindungi aku. Pada tahun itu umur adikku itu 8 tahun dan umurku 11 tahun.

Ketika adikku di tahun akhir sekolah menengahnya, beliau telah diterima masuk ke sekolah tinggi di pertengahan bandar raya. Pada masa yang sama aku telah diterima masuk ke sebuah universiti di negeri tersebut.

Bapa, sambil bertinggung di halaman berkata, “Kedua-dua anak kita telah mendapat keputusan yang baik ! Sangat baik keputusan mereka !”

Emak sambil mengesat air mata menyahut, “Apalah gunanya ? Bagaimana mungkin kita mampu membiayai kedua-dua mereka ?”

Adikku muncul lalu bercakap kepada bapa, “Abah, adik tak nak sambung belajar lagi. Adik dah cukup membaca buku” .

Bapa naik marah, “Kenapa kamu memiliki semangat yang begitu lemah ? Sekali pun abah terpaksa meminta sedekah di lorong-lorong, abah akan hantar juga kamu berdua ke sekolah !”.

Selepas itu, beliau (bapaku) pun mula mengetuk setiap pintu rumah bagi meminjam wang.

Aku mengusap tanganku ke muka adikku selembut mungkin dan memberi tahunya, “Seorang budak lelaki kenalah terus belajar. Jika tidak, ia tidak akan boleh mengatasi kemiskinannya”.

Aku sebaliknya, telah memutuskan tidak akan meneruskan pengajianku.

Tiada siapa pun yang tahu bahawa pada hari berikutnya, sebelum terbit matahari, adikku telah meninggalkan rumah. Beliau membawa bersamanya beberapa helai pakaian terpakai dan sedikit kacang kering.

Adik lelakiku itu menyusup di sebelah katilku dan meninggal sedikit catatan di atas bantalku. “Kak, masuk ke universiti bukannya senang. Adik akan mencari kerja dan akan hantar kak duit”. Aku pegang catatan itu dan menangis hingga hilang suaraku.

Dengan duit yang bapa pinjam dari orang-orang kampung itu, dan duit yang adikku dapat sebagai upah mengangkut simin di atas belakangnya di tapak pembinaan, akhirnya aku berjaya masuk ke tahun akhir pengajianku di universiti tersebut. Pada tahun itu umur adikku itu ialah 17 dan umurku 20 tahun.

Satu hari sedang aku belajar, rakan bilikku datang memberitahuku, “Di luar sana ada seorang budak kampung menanti kau”. Aku pun keluar lalu ternampak adikku dari jarak jauh.

Seluruh badannya disaluti kekotoran oleh habuk, simin dan pasir. “Kenapa tak beritahu rakan kakak tu bahawa kau adik kakak ?”.

Adikku menjawab dengan senyuman, “Pandanglah kelihatan adik ni. Apakah yang mereka akan fikir jika mereka tahu bahawa aku ni adik kak ? Tidakkah mereka akan ketawakan kak ?”

Aku nyahkan kekotoran dari baju adikku itu, dan memberitahunya dengan suara yang tersekat-sekat, “Kakak tak peduli apa orang lain akan kata ! Kau adalah adikku, tak kira bagaimana kelihatan dirimu !”.

Dari poketnya, adikku mengeluarkan sebuah pengepit rambut berbentuk rama-rama. Lalu diletaknya ke atas rambutkku sambil berkata, “Adik nampak semua wanita dalam bandar memakai ini. Adik fikir kakak juga patut memiliki satu”. Pada tahun itu umur adikku itu 20 tahun dan umurku 23.

Selepas berkahwin aku tinggal di bandar. Banyak kali suamiku menjemput ibubapaku supaya datang tinggal bersama kami. Tetapi mereka tidak mahu. Kata mereka, sebaik meninggalkan kampung, mereka tidak akan tahu nak berbuat apa-apa.

Adik lelakiku itu pula berkata, “Kak, kak jaga saja mertua kak tu, biar adik jaga emak dan abah kita”.

Suamiku menjadi pengarah di sebuah kilang. Kami menyuruh adikku Itu menerima tawaran untuk menjadi pengurus di Jabatan Penyelenggaraan. Tetapi adikku menolak tawaran tersebut. Sebaliknya beliau bertegas untuk mula bekerja sebagai jurubaiki (repairman).

Satu hari, ketika adikku sedang di atas tangga membaiki wayar, beliau terkena kejutan letrik, lalu dihantar ke hospital. Aku pun merungut,

“Kenapalah adik tolak tawaran sebagai pengurus ? Pengurus tak perlu melakukan kerja yang merbahaya macam tu. Lihat sekarang – adik sedang menderita kecederan yang parah. Kenapa tak dengar saja cakap kami ?”

Dengan wajah yang serius, adikku tu mempertahankan keputusannya, “Abang iparku adalah pengarah. Jika adik yang tak berpelajaran ni menjadi seorang pengurus, apa pula khabar angin yang akan tersebar di sekeliling nanti ?”

Mata suamikan bercucuran dengan air mata. “Tapi adik kurang pelajaran sebab kakak !” kataku. Pada tahun itu umur adikku ialah 26 sedangkan umurku 29 tahun.

Umur adikku 30 tahun bila beliau berkahwin dengan seorang wanita petani dari kampung. Semasa dalam majlis perkahwinan tersebut beliau telah ditanya, “Siapakah individu yang anda paling hormati dan cintai ?”. Dengan spontan adikku menjawab, “Kakakku !”.

Seterusnya beliau menceritakan satu kisah yang aku langsung tak boleh ingat. “Satu hari saya kehilangan sebelah dari sarung tangan saya. Kakak saya memberi sebelah dari sarung tangan beliau kepada saya. Beliau cuma memakai sebelah sarung tangan sahaja dan terpaksa berjalan jauh”. “Bila kami sampai di rumah, tangan kakak saya menggigil akibat terlalu kesejukan. Beliau langsung tak boleh memegang kayu penyepit (chopsticks) nya”.

“Mulai dari hari itu, saya bersumpah bahawa selagi saya masih hidup, saya akan menjaga kakak saya dan akan sentiasa berlaku baik terhadap beliau”.

Dalam suasana yang gembira itu, di hadapan orang ramai, sekali lagi air mata aku mengalir turun dari pipiku.

Cinta sejati adalah pengorbanan dan sentiasa memikir fasal orang lain sebelum memikir tentang diri sendiri.

Cinta bukanlah mementingkan diri sendiri, tetapi adalah sebalik. .

Pengajaran dari cerita di atas:

Kasih sayang sesama saudara kandung bermula sejak masih kecil lagi. Sedangkan kasih sayang antara dua kekasih hanya bermula ketika baru berjumpa. Ketika itu masing-masing telah pun remaja atau dewasa.

Bila kita berkahwin dengan seseorang individu, maka hormati dan hargailah hubungan kasih sayang pasangan kita itu terhadap saudara-saudara kandungnya. Perkahwinan bukanlah suatu alasan untuk kita memutuskan atau merenggangkan hubungan kasih sayang pasangan kita itu dengan mereka.

Wallahua’lam 🌹

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Cinta yang ikhlas https://4uni2c.com/2020/06/10/cinta-yang-ikhkas/

.

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

Guru ke mahkamah

•2017-12-29 • Leave a Comment

Guru ke mahkamah, pelikkah ?

.

Video Pertama

.

Vedio Kedua

🇲🇾 Acik terpanggil untuk menulis sedikit komen dalam blog Acik ini tentang kes guru dibawa ke mahkamah.
.
Sebagai seorang bapa kepada 10 orang anak, tentulah Acik pernah terlibat dengan urusan persekolahan anak-anak. Dalam urusan tersebut faktor paling penting buat Acik ialah guru. Kerana guru merupakan pemain utama dalam bidang pendidikan.
.
Semasa di sekolah dahulu, Acik juga bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Bahkan Acik telah pun mengikuti kursus diploma pendidikan di Universiti Malaya. Namun dukacita sebab cita-cita Acik itu tidak kesampaian. Acik gagal mendapatkan pembiayaan untuk terus mengikuti kursus tersebut sehingga tamat. Akhirnya Acik terpaksa berkerja pejabat.
.
Walaubagaimana pun kepedulian Acik terhadap profesyen guru berterusan apabila berkahwin dengan seorang guru. Isteri Acik pernah mengajar di 9 buah sekolah sebelum memohon pesaraan awal. Sekolah yang pernah diajari beliau termasuklah sekolah di Bandar dan luar bandar. Hatta beliau juga pernah mengajar di sekolah dimana 100% muridnya adalah anak Orang Asli.
.
Sepanjang bersama isteri yang seorang guru Acik melihat guru dalam bermacam-macam wajah. Ada yang tersangat baik. Ada yang biasa-biasa saja. Malah ada juga yang Acik tak boleh approve sebagai individu yang layak menjadi guru. Namun hakikatnya beliau adalah seorang guru.
.
Acik pernah melihat dengan mata kepala Acik sendiri bagaimana seorang guru muda merotan murid-murid dengan begitu kejam sekali. Sedangkan kesalahan mereka bukanlah serius pun. Acik hampir-hampir menerpa kepada guru tersebut untuk menghentikan tindakan gila beliau itu.
.
Sebenarnya memang ada guru yang wajar dihukum, demi menjaga kemurnian profesyen perguruan. Masyarakat guru harus rasional dalam menilai kesalahan yang dilakukan oleh rakan sejawat masing-masing. Mereka harus lebih berlapang dada apabila ada rakan mereka yang dibawa ke mahkamah atas tuduhan melakukan apa-apa juga kesalahan.

Acik sangat teruja dengan sebuah peristiwa yang pernah berlaku agak lama dahulu. Ceritanya dikirim ke WA peribadi Acik oleh seorang pupu Acik. Arwah bapa pupu Acik ini adalah seorang guru pelawat.
.
Acik kira itu adalah respon beliau kepada tulisan Acik dalam blog ini tentang isu guru. Elok juga Acik C & P di sini kiriman pupu Acik itu untuk kita sama-sama berkongsi baca.

Contoh melalui tauladan

Susulan kes Cikgu Azizan

Parent ni..patutnye ikut contoh yg telah dilakukan oleh Tun Hussin Onn pada anak dia Datuk Hishamudin….masa tu D.Hishamudin bersekolah di VI….Tun Hussein Onn pulak menjadi perdana menteri dan Tun Dr.Mahathir pulak menjadi Menteri Pelajaran….Alkisah….suatu hari D.Hishamudin telah membuli beberapa org pelajar….mereka mengadu para guru disiplin…Hishamudin terus dirotan oleh guru disiplin… Esoknya, Tun Hussein Onn dgn diringi Tun Mahathir..telah dtg ke sekolah VI berjumpa dgn pengetua. Tun Hussein meminta pengetua memanggil Hishamudin dan guru disiplin yg telah merotannya ke pejabat pengetua…lepas tu Tun Hussein minta pengetua bagi dia rotan paling besar …Dr Mahathir ingatkan Tun Hussin nak rotan guru disiplin tu..tapi..rupa-rupanya..dia hayunkan rotan tu di punggung anaknya, Hishamudin…terkejut Tun Dr.Mahathir … kasihan Datuk Hishamudin… kononnya bila mengadu kat ayah dia, PM pd masa tu..ayah dia akan marah kat cikgu yg merotan dia tu…tapi..dia pula yg kena balun..😊…itulah kisah dan teladan yg dpt dipetik dr buku ‘A Doctor in the House’..tulisan Tun Dr.Mahathir.

Merujuk kepada kes di atas, bukan semua ibu bapa mampu bertindak seperti Tun Hussin Onn. Lagi pun, bukan semua hukuman guru ke atas murid, wajar sepertimana dalam kes tersebut. Sebaliknya, ada juga tindakan guru yang melampaui had yang sepatutnya. Contohnya dalam video pertama di atas.
.
Acik tidak boleh bertoleransi dengan guru yang suka bertindak melampau terhadap mana-mana muridnya. Bagi Acik, biarlah guru berkenaan dikenakan tindakan disiplin. Tak harus beliau dibiar melakukan apa-apa juga kekerasan secara berterusan tanpa dihentikan.

Akibat kekerasan yang dilakukan oleh seseorang guru Itu, implikasi buruknya mungkin sangat besar. Ia boleh mengakibatkan kerosakan yang serius terhadap anggota penting murid yang berkenaan. Akibatnya, nama baik profesyen perguruan akan turut tercemar.
.

Video kedua di atas adalah menggambarkan senario yang agak ekstrim. Oleh itu ia tidak wajar dijadikan rujukan, samada untuk ditauladani maupun disempadani.
.
Acik percaya, tidak ada ibu bapa yang suka bersemuka dengan guru semata-mata kerana guru berkenaan telah menghukum anaknya. Namun, kebiasaannya ialah kerana hukuman guru tersebut ke atas anaknya adalah keterlaluan. Ibu bapa yang bertindak begitu wajar dipuji bukan dikeji.
.
Sebaliknya, guru berkenaanlah wajar insaf apabila ada bantahan keatas tindakan beliau itu dari pihak ibu bapa. Tidak patut ada pula pihak lain yang menafikan kesalahan guru berkenaan, hingga cuba melepaskannya dari apa-apa tuduhan negatif. Biarlah sesuatu kes kekerasan guru Itu diadili oleh pihak mahkamah jika ada dakwaan dibuat ke atasnya.
.

.

Bersambung ….

.


.

Al Aqsa : haruskah dikunjungi ?

•2017-12-26 • Leave a Comment

.

.

.

🇲🇾 Al Aqsa : Haruskah dikunjungi ?

Acik menerima satu mesej WA tentang kunjungan ke Masjid Al Aqsa pagi ni. Apa yang ditulis dalam mesej itu telah mencetuskan soalan dalam minda Acik. Yakni, kalau ulama dah fatwa “haram” kenapalah umat Islam Malaysia masih juga beriya-iya sangat berkunjung ke sana.
.
Apa pun, bacalah dan hadzamkan dulu tulisan yang Acik C & P dalam blog Acik ini. Kemudian tepuk dada tanyalah iman. Apakah masih nak teruskan juga hajat melawat Al Aqsa atau pun nak batalkan demi Allah.
.
Assalamualaikum
Dato.tuan /puan

LAWATAN KE MASJID AL-AQSA? FIKIR-FIKIRKAN

Hari ini semakin banyak pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa ditawarkan. Agensi seperti Tabung Haji pun sudah mula mempromosi lawatan ke masjid ke-3 termulia dalam Islam itu.

Ia cukup menghairankan.

Kenapa?

Tahukah anda Masjid al-Aqsa terletak Baitul Makdis (Jerusalem)?

Dan tahukah anda Baitul Makdis berada di bawah kawalan tentera Israel sejak Perang Arab-Israel 1967?

Ya, Masjid al-Aqsa telah dijajah sejak lebih 46 tahun yang lalu!

Laluan keluar dan masuk kini berada di bawah kawalan tentera Israel. Pelbagai cara telah digunakan oleh Israel untuk menghalang rakyat Palestin daripada memasuki Masjid al-Aqsa. Malah, Israel telah mengehadkan umur para pengunjung dan waktu yang dibolehkan untuk penduduk Palestin memasuki masjid ini.

Namun, dengan tidak semena-mena, Israel mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia yang pada pasportnya jelas tercetak:

“Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali….. ISRAEL!!!”

Tidakkah anda merasa curiga?

Mengapa anda dibenarkan masuk sedangkan rakyat Palestin tidak?

Jawapannya mudah. Kerana anda datang sebagai PELANCONG!

Tahukah anda jalan masuk ke Baitul Makdis dan Masjid Al-Aqsa adalah melalui Jordan? Dan tahukah anda Jordan dibenarkan untuk memiliki keistimewaan ini hanya selepas ia MENGIKTIRAF kewujudan Israel dan BERDAMAI pada tahun 1994?

Nah, dari sudut syarak, apakah HUKUM berdamai dengan Israel? Apakah pula hukum meraih keuntungan daripada perdamaian ini?

Bukankah kunjungan kita ke Masjid Al-Aqsa secara tidak langsung juga akan mengiktiraf kewujudan negara haram Israel? Mana tidaknya, kita hanya dapat masuk ke sana dengan kebenaran mereka!

Tahukah anda industri pelancongan di Baitul Makdis memberikan keuntungan kepada Israel sekurang-kurangnya 1 bilion US dollar setiap tahun? Dan jumlah ini semakin bertambah dari setahun ke setahun.

Keuntungan ini tidak dikongsi walau sesen sekalipun dengan Pihak Berkuasa Palestin (Palestine Authority) yang lebih berhak tetapi digunakan untuk terus menjajah Palestin dan pastinya untuk membiayai keperluan tentera Israel!

Ya, wang yang kita bayar untuk masuk digunakan untuk membunuh saudara-mara kita di Palestin! Sangat tak berbaloi!

Dan yang lebih penting lagi ialah pemergian kita ke sana adalah sebahagian daripada proses NORMALISASI yang disusun sendiri oleh Israel.

Kalau tak takkanlah Israel yang angkuh tu boleh senang-senang benarkan warganegara asing yang di pasportnya jelas tertulis ‘tidak mengiktiraf Israel’ masuk? Semuanya tertakluk kepada mereka. Nak benarkan masuk boleh, tak benarkan pun boleh.

Israel berusaha untuk menyatakan kepada pelancong yang hadir bahawa tiada kezaliman dan penderitaan di sana. Semuanya BAIK-BAIK sahaja; AMAN. Kalau tak aman bagaimana nak terima kehadiran PELANCONG?

Dengan kata lain, asal sahaja anda berkunjung ke Masjid al-Aqsa sebagai pelancong, Israel tidak punya masalah dengan anda. Malah, mereka meraikan.

Tetapi jika anda datang sebagai ‘pejuang pembebasan’ atau aktivis, usah bermimpi anda akan dapat masuk ke sana.

Israel sangat LICIK. Mereka ingin mengaburi pandangan kita sehingga tindakan kita yang salah dilihat seakan-akan benar dan tiada masalah.

Kita benar-benar telah TERTIPU sekiranya kita merasakan bahawa kunjungan kita ke Masjid al-Aqsa dengan niat untuk MENGIMARAHKANNYA, merebut PAHALA menjejakkan kaki ke sana, membantu peniaga di sana dan sebagainya ketika ia MASIH BERADA DI BAWAH PENJAJAHAN Israel sebagai sesuatu yang baik dan benar-benar membantu Palestin.

BAIK SUNGGUH ISRAEL benarkan kita bantu rakyat Palestin!

Jika seribu kali pun kita berfikir, kita tidak mungkin membebaskan Palestin dan Masjid al-Aqsa melalui rombongan melawat dan mengimarahkan Masjid al-Aqsa. Mustahil!

Dibimbangi kita sekadar memenuhi kehendak dan kepuasan peribadi untuk menatap masjid tersebut, melawat tempat-tempat bersejarah dan menyimpan memorinya dalam kamera dan video; tidak lebih dari itu.

Tidak wajar kita merelakan diri menjadi ‘pelancong’ di bumi Palestin sedang di luar sana jutaan rakyat Palestin terus dizalimi, dinafikan hak untuk pulang ke tanah air mereka (memasuki al-Aqsa adalah mimpi yang sangat jauh), dipenjara, dikepung, dibunuh. Lawatan kita tidak mengubah sedikit pun hakikat ini!

Bukalah mana-mana kitab fiqh dan fahamilah tentang permasalahan bumi Islam yang dijajah/diperangi. Nescaya kita akan sedar bahawa TANGGUNGJAWAB UTAMA kita ke atas Palestin dan al-Aqsa adalah untuk membebaskannya, bukan menziarahinya.

Berusahalah memahami sebaik-baiknya konflik di Palestin; bukan sekadar dari sudut fiqhnya semata-mata, tapi juga dari sudut politik, ekonomi, budaya dan sebagainya. Kenalilah musuh kita di Palestin dan perancangan mereka agar kita tidak mudah terperdaya.

Apalah makna pahala kita solat di Masjid al-Aqsa dalam keadaan ia masih dijajah? Ia umpama orang yang tidak pernah puas merebut pahala dengan melakukan ibadah haji dan umrah berkali-kali sedang masih ramai jiran-jirannya yang hidup melarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Moga kita tidak termasuk dalam golongan seperti ini.

Justeru, berfikirlah dengan lebih mendalam sebelum anda berniat untuk menyertai pakej-pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa. Dalam tidak sedar, anda sebenarnya telah tertipu dan telah membayar harga yang MAHAL demi sebuah kepuasan peribadi.

Apakah harganya? Harganya PEMBEBASAN PALESTIN dan MASJID AL-AQSA!

🔴 FATWA HARAM ZIARAH MASJID AL-AQSA ADALAH FATWA MUKTABAR (SELAGI IA DI BAWAH PENJAJAHAN ZIONIS)

Fatwa HARAM ziarah Masjid al-Aqsa ketika di bawah penjajahan adalah fatwa yang MUKTABAR yang disokong oleh:

🔴 KESATUAN ULAMA SEDUNIA
🔴 KESATUAN ULAMA PALESTIN,
🔴 ULAMA-ULAMA AL-AZHAR,
🔴 dan para pejuang Palestin yang tulus seperti HAMAS
🔴 dan BRIGED AL-QASSAM.

(fatwa dan rujukan ada di akhir artikel)

Fatwa ini popular bukan kerana Zionis tetapi kerana ialah fatwa yang TELAH DIPEGANG SEJAK AWAL JATUHNYA Baitulmaqdis ke bawah penjajahan Zionis pada tahun 1967.

Ulama-ulama al-Azhar adalah pelopor kepada pendirian ini selepas Presiden Anwar Sadat berkunjung ke Baitulmaqdis untuk menandatangani perjanjian damai dengan Zionis Israel pada tahun 1977. Kunjungan beliau dikecam dan dianggap telah mengkhianati perjuangan pembebasan Palestin.

Lihatlah nasib Anwar Sadat yang dibunuh rakyat sendiri dan nasib Mesir hari ini yang terhina; daripada pembela Palestin yang paling kuat kepada rakan subahat Zionis yang paling dekat.

Pendirian ini terus menjadi pegangan umat Islam hatta ketika Jordan dan Palestine Liberation Organization (PLO) berdamai dengan Israel pada tahun 1993 dan 1994.

Pengkhianatan demi PENGKHIANATAN OLEH PIMPINAN ARAB YANG KORUP yang menjalin hubungan dengan Israel (NORMALISASI) atas tekanan Amerika dan habuan duniawi telah menyebabkan para ulama seperti:

🔴 Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia;

🔴 Syeikh Raed Salah, Ketua Gerakan Islam Palestin 1948;

🔴 Hamas dan al-Qassam

🔴 dan Syeikh Ekrema Sobri, Khatib Masjid al-Aqsa

TERUS MEMPERTAHANKAN FATWA INI.

Memang benar ada segelintir ulama yang masih MENGHARUSKAN ziarah al-Aqsa. Sebahagian besar meletakkan SYARAT-SYARAT YANG SANGAT KETAT kepada pengunjung.

Namun, sebahagian yang lain sekadar memuntahkan gesaan pemimpin Arab yang korup yang telah bersedia untuk berdamai dengan Zionis. (Rujuk Arab Peace Initiative, 2002)

ZIONIS sebaliknya SANGAT MENGALU-ALUKAN kedatangan pelancong Islam ke Masjid al-Aqsa kerana ia membantu mereka menjayakan strategi menjadikan Baitulmaqdis sebagai pusat pelancongan agama terbaik di dunia (Yahudi, Kristian dan Islam) yang terbuka untuk semua.

Jika tidak, sudah pasti para pelancong dari negara-negara Islam tidak akan diizinkan masuk!

🔴 ZIARAH AL-AQSA KETIKA DI BAWAH PENJAJAHAN ZIONIS BERTENTANGAN DENGAN PERJUANGAN PEMBEBASAN PALESTIN DAN SEMANGAT UKHUWAH

Ironisnya, ketika umat Islam lain dibenarkan masuk, ramai rakyat Palestin dihalang dan dinafikan hak untuk masuk.

JIKA BENAR MASJID INI TERBUKA UNTUK DIZIARAHI OLEH SEMUA UMAT ISLAM, MENGAPA PENDUDUK ASAL DI SANA DIHALANG MASUK WALHAL MEREKALAH YANG PALING LAYAK DIDAHULUKAN? MENGAPA INI BERLAKU?

Tidak lain dan tidak bukan kerana rakyat Palestin masuk untuk MEMPERTAHANKAN al-Aqsa dan umat Islam yang lain datang sekadar MELANCONG!

Dengan kata lain, jika kita datang sebagai pelancong, yang masuk dengan izin Israel dan perlu mematuhi undang-undang mereka, kita bukanlah ancaman kepada agenda Zionis. ISRAEL BUKAN NAIF untuk membenarkan kemasukan yang membawa mudarat kepada mereka.

Hukum haram ziarah Masjid al-Aqsa perlu dilihat dalam konteks perjuangan yang lebih besar. Pengharaman ini pula BERSIFAT EKSKLUSIF DAN SEMENTARA berdasarkan realiti semasa.

Rasulullah SAW pernah menghalang para sahabat ra. menziarahi Masjid al-Aqsa ketika ia di bawah penguasaan Byzantine. Baginda memujuk para sahabat ra. dengan mengatakan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi lebih besar ganjarannya (100,000 dan 1,000).

Namun, tidaklah bermakna Rasulullah SAW melupakan al-Aqsa!

Lembaran sejarah membuktikan usaha Rasulullah SAW berdakwah kepada pemimpin Rom dan menghantar operasi-operasi ketenteraan dan pengintipan dalam usaha membuka jalan ke Baitulmaqdis. Rasulullah SAW bahkan mempersiap mental dan emosi para sahabat dengan peringatan-peringatan seperti.

“Kira 6 perkara dari sekarang hingga kiamat: ..kewafatanku, umat Islam akan menguasai Baitulmaqdis…”

dan “…al-Quds akan dibuka dan kamu dan keturunanmu akan menjadi imam di sana.”

Inilah obsesi yang benar; obsesi dengan nuansa perjuangan. Ia menjadi tradisi para sahabat ra., generasi Imaduddin Zinki, Nuruddin Zinki dan Salahuddin al-Ayyubi.

(Dakwaan Imam al-Ghazali menziarahi al-Aqsa ketika di bawah penjajahan Tentera Salib tidak benar. Imam al-Ghazali menziarahi al-Aqsa sebelum ia jatuh ke tangan Tentera Salib. Ulama-ulama silam lain pula menziarahi al-Aqsa ketika berlaku gencatan senjata antara tentera Islam dan Tentera Salib).

Seruan Presiden Erdogan juga perlu difahami dengan nuansa perjuangan bukan pelancongan.

Justeru, ayuhlah kita bersama-sama menyahut seruan perjuangan pembebasan al-Aqsa berdasarkan panduan fiqh, prinsip perjuangan dan kecerdasan politik yang jelas.

PUN BEGITU,

Jika anda ingin pergi dengan MISI yang jelas untuk membebaskannya atau anda ingin mengutip mutiara-mutiara hikmah di sana dan PULANG DENGAN SEMANGAT YANG TINGGI UNTUK MERANCANG STRATEGI membebaskannya, maka pergilah dan usah bertangguh walau sesaat sekalipun!

Jangan sekali-kali anda biarkan pemergian itu sia-sia dan tinggal sekadar ‘imarah’ sahaja. Anda perlu sedar bahawa kunjungan anda itu mahal harganya!

Jika tidak, saya sarankan supaya anda menyalurkan wang anda kepada saluran yang benar-benar dapat membantu membebaskan Palestin.

Dan kalau boleh berjihadlah bersama-sama pihak yang berterusan membantu perjuangan pembebasan Palestin. Sesungguhnya perjuangan ini adalah sunnah para anbiya, para sahabat dan tabi’ tabiin.

Semoga Allah SWT mengampuni dosa, kelalaian dan keterlanjuran kita.

Semoga Allah SWT mengganjari amal kita.

🔴 Sekali lagi kami ingatkan FATWA HARAM ini bukanlah direka-reka oleh kami, tetapi ia dinyatakan sendiri oleh tokoh-tokoh yang kita sendiri kenali iaitu Syeikh Yusuf Qardawi, Syeikh Raed Salah, Syeikh Ekrema Sobri, HAMAS, al-Qassam dan banyak lagi.

“Al-Aqsa yantaziruka faatihan la saaihan!”
“Al-Aqsa menunggu kita sebagai al-fatehnya/pembukanya, bukan pelancong!”

Berfikir selangkah kehadapan,
agar tidak terus ditipu amal peribadi,
sedang umat menderita,
musuh tertawa,
dan kemenangan terpaksa ditunda,
untuk kesekian-kali

PMS 3011Assalamualaikum
Dato.tuan /puan

.

..

Cerpen : Nilai sekuntum keikhlasan

•2017-12-21 • Leave a Comment

2017 Dis 27

Nilai sekuntum keikhlasan

Terjemahan video di atas ⬇️

Kononnya ada seorang isteri yang sangat rupawan. Beliau juga memiliki rambut panjang yang sangat cantik. Beliau sangat sayang dan bangga dengan rambutnya itu.Sebaliknya bagi suaminya pula, tidak apa yang ada. Tiada rupa dan tiada status yang layak dibanggakan. Beliau cuma kaya dengan kemiskinan.
.
Suatu pagi si isteri mengadu kepada suaminya, “abang, pengepit rambut Atin patahlah. Boleh tak abang beli yang baru untuk Atin ?”
.
Si suami tersentap. Wajahnya berubah akibat kesedihan dan rasa tidak berdaya untuk memenuhi permintaan si isteri.
.
“Abang belum ada wang Atin. Jam Rado abang yang rosak tu pun dah lama belum dibaiki”. Jawap si suami dengan nada sayu dan keciwa.
.
“Tak pa lah bang, mungkin masih boleh pakai lagi kut pengepit rambut tu”. Respon si isteri, macam rasa agak bersalah dengan permintaan beliau itu.
.
Dalam perjalanannya ke tempat kerja si suami ternampak sebuah kedai jam yang kebetulan baru dibuka di pekan itu. Maka terlintas di hati beliau untuk menjual jamnya yang rosak itu. Walaupun jam itu adalah kesayangannya sejak sekian lama, namun harapan si isteri pagi tadi tidak tergamak dihampakan.
.
Semasa pulang dari kerja beliau pun singgah di kedai jam itu. Rupa-rupanya pemilik kedai jam tersebut sanggup membeli jam Radonya itu dengan harga yang agak mahal, walaupun sudah rosak. Duit hasil dari jualan jam tersebut pun digunakan si suami itu untuk membeli beberapa buah pengepit rambut sepertimana yang diminta oleh isterinya tadi.
.
Sesampainya di rumah, si suami terkejut melihat isterinya. Rambutnya yang pendek membuat wajah si isteri agak berbeza dari biasa.
.
Namun belum sempat beliau bersuara si isteri terlebih dahulu menghulurkan sebuah bungkusan kecil kepada suaminya itu. Wajahnya sangat ceria.
.
“ini Atin beli khusus untuk abang. Tadi Atin lalu di depan salon, ada iklan hendak membeli rambut dari pelanggan. Atin pun menjual rambut Atin. Inilah hasilnya buat abang”.
.
Si suami terus sebak melihat telatah si isteri. Hadiah si isteri diterima dengan penuh keinsafan dan penghargaan. Bungkusan tersebut dibuka dengan tangan yang menggigil.
.
Beliau benar-benar terharu dengan pemberian si isteri itu. Tiada kata yang mampu menggambarkan perasaannya. Air matanya merambu jatuh membasahi pipinya. Aĺlah jua yang Mahatahu apa rasa hatinya.
.
Lalu dipeluknya si isterinya itu dengan seerat-eratnya. Ia seakan-akan baru bertemu semula selepas terlalu lama berpisahan. Rasanya, itulah saat yang paling bahagia buatnya sejak mendirikan rumah tangga.
.
Bagi si suami, bukanlah hadiah itu yang begitu berharga buatnya. Kerana hadiah itu hanyalah satu tanda atau manifestasi saja. Tetapi yang sangat dihargainya adalah keikhlasan yang dizahirkan melalui manifestasi.

Keikhlasan adalah sumber penting kepada usaha ke arah sesuatu kejayaan. Si suami terĺintas di hati untuk menjual jamnya itu kerana keikhlasan hatinya untuk tidak menghampakan permintaan si isteri. Manakala, kerana keikhlasan juga maka si isteri sanggup bercerai dengan rambut yang disayanginya itu demi membolehkannya menghadiahkan jam kepada si suami.

Si suami bertambah sayu bila mengingati jam Rado yang sudah dijualnya itu. Walaupun berpisah dengan jam yang sudah rosak pun begitu sayu rasanya, tentulah lebih sayu lagi rasa hati isterinya akibat berpisah dengan rambut yang masih menjadi kebanggaannya itu.

Itu adalah suatu pengorbanan si isteri yang sangat dikagumi si suami dan yang tak akan lupainya sehingga mati.Wallahualam..

Sumber cerpen di atas ⬇️

The Moral of the story :

Gembiralah lelaki yang mendapat seorang teman sejati, dan jauh lebih gembira dia yang mendapati bahawa teman sejati itu adalah isterinya sendiri.

Sebaliknya hati suami akan remuk redam jika sekiranya mendapati isteri yang dikasihi itu melakukan sesuatu yang dibencinya dengan diam-diam. Contohnya berhubungan dengan lelaki lain, sedangkan ia tahu bahawa suaminya tidak akan merestui perbuatannya itu.

W a l l a h u ‘a l a m.

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Cinta Yang Sejati: https://4uni2c.com/2018/01/10/cinta-yang-sejati/

.

Peluang isteri gandakan pahala https://4uni2c.com/2020/04/18/covid19-peluang-isteri-gandakan-pahala/

.

PenCERAHan terakhir⬇️ http://www.4uni2c.com

.

Lain² PenCERAHan ⬇️ https://beappreciative.wordpress.com