A lesson to be learnt

•2017-11-10 • Leave a Comment

.

It’s a lesson, yet to be learnt

I’m crying in silence,
Of the fame and the shame,
Of all the blames,
Which you consider just a game, And you’re playing it again and again

While you welcome and entertain,
Those who are adding fuel to flame,

Your new life will never be the same again. What you desire is merely a change

It’s a lesson , yet to be learnt.

You claim you wanna progress,
That’s why loudly, you protest, and detest,Openly, you embarass,
Me and the rest,
Who always pray for the best,
For you and all of us.

I’m observing from the distance,
How from being humble you’re becoming arrogant,

Thus several little hearts will be broken,
Warm relationships before, now shaken, torn and frozen and away you’ve thrown,
You wanna move on, alone,
And leaving us all behind waiting for your return.

Though we give in, we’ll never give up,
Unwillingly we let you step up and up,
Should one day, you’re unable to catch up,
We’d always be here to pick you up.

Have trust and faith, always,
In God’s grace.
Aameen.

By Cikgu Endon Bidin.

.

Wild World

.

Other relevant EnLIGHTenments :

.

Love you endlessly ….

https://4uni2c.com/2017/11/11/love-you-endlessly/

.

Anakku, …

Anakku, …

.

Anak manusia dan anak lembu

https://4uni2c.com/?s=anak+manusia&submit=Search

.

Menyantuni provokasi

https://4uni2c.com/?s=menyantuni+provokasi&submit=Search

.

PenCERAHan terakhir

http://www.4uni2c.com

PRU14 : Biduk lalu kiambang bertaut

•2017-10-21 • Leave a Comment

UMNO tanpa Tun M tidak sama dengan UMNO bersama Tun M.

🇲🇾 Semalam (2017 Okt 20) Acik ketemu seorang kawan sepermainan Acik di zaman kanak-kanak dahulu. Sebelah kaki beliau telah dipotong akibat kencing manis. Namun beliau sangat ceria kerana akan menerima kaki palsu (percuma) tidak lama lagi. Walaupun bersara (kerajaan) sebagai tukang masak saja, namun hidup beliau nampak selesa.

Pertemuan yang nostalgic itu mengenangkan Acik akan zaman lampau yang aman damai di kampung Acik membesar dahulu. Perbezaan parti politik bukan alasan untuk kita bermasam muka sesama sendiri.

Keluarga Acik hijau pekat. Sedangkan kawan Acik tu keluarganya biru pekat.Namun kami dapat hidup berkawan dan berjiran tanpa dihantui oleh fahaman parti yang berbeza.

Bila Acik fikir-fikirkan, sejak bilakah biru dengan hijau mula renggang, maka Acik rasa sejak awal 80an. Sebaik saja Tun DM naik menjadi PM beliau menubuhkan satu kementerian baru. Jika tak silap Acik namanya Kementerian Kehakiman

Dengan wujudnya kementerian tersebut maka judiciary terpaksa tunduk kepada kuasa eksekutif. Dengan kata lain kuasa menteri mulai mengatasi kuasa hakim.

Akibatnya parti politik yang menjadi eksekutif tiba-tiba menjadi amat berkuasa dari dahulu. Sejak dari situlah maka mulai berlakunya ketidakadilan yang ketara terhadap parti-parti lawan oleh parti yang memerintah.

Sejak dari itulah juga layanan parti yang memerintah (UMNO/BN) terhadap PAS dan ahli-ahlinya mulai merosot. Kalau dahulu parti lawan dianggap sebagai pesaing sihat dalam pesada politik tanah air, namun kini bertukar menjadi musuh ketat.

Trajedi Memali adalah manifestasi kepada kemuncak perasaan permusuhan tersebut. Sejak peristiwa berdarah itu, hubungan antara hijau dengan biru menjadi semakin buruk.

Mengikut pemerhatian Acik, sejak jawatan PM diambil alih oleh Paklah, perubahan positif mulai berlaku terhadap hubungan antara puak biru dengan puak hijau. Sikap Paklah yang lebih diplomatik terhadap PAS membuat sentimen permusuhan antara puak hijau dan biru mulai cair.

Ini satu perkembangan yang sangat positif terhadap rakyat Malaysia.

Perubuhan ke arah hubungan yang lebih mesra antara hijau dan biru nampaknya lebih ketara sekarang. Bagi Acik faktor utama yang menyumbang kepada perubahan positif tersebut ialah Tun DM.

Acik suka gunakan kisah berikut sebagai analogi. Dahulu Acik ada seorang individu berpangkat emak saudara dengan Acik. Kerana isu pembahagian tanah pusaka yang sekangkang kera, emak saudara Acik itu melayan ayah Acik sebagai musuh.

Akibatnya keluarga Acik dan keluarga emak saudara Acik itu menjadi renggang, tak tegur siapa.

Setelah meninggalnya ayah Acik dan emak saudara Acik itu, dengan sendirinya Acik dan sibling Acik menjadi kawan pula dengan semua anak-anak emak saudara Acik tersebut.

Kami pupu poyang, sebenarnya tidak ada sebab untuk terus berenggang. Dahulu pun begitu, tetapi untuk menjaga hati parents masing-masing kami pun memilih untuk tidak berkawan sesama kami.

Seperti itulah juga Acik rasa apa yang sedang berlaku antara parti biru dengan parti hijau sejak kedua-duanya kehilangan tokoh utama masing-masing.

PAS telah lama kehilangan tokoh utamanya iaitu almarhum Ustaz Fadzil Nor. Manakala UMNO pula kini tanpa tokoh utamanya iaitu Tun DM.

.

.

.

Acik percaya dan berharap menjelang PRU 14 nanti, parti hijau dan parti biru akan bergabung tenaga untuk sama-sama meraih kemenangan besar.

Bagi Acik UMNO tanpa Tun DM sudah tidak sama lagi dengan UMNO semasa beliau masih berada di dalamnya. Kalau dahulu UMNO dibelenggui oleh pelbagai prejudice (prasangka buruk) terhadap PAS, namun Acik rasa kini prejudice tersebut mungkin tinggal saki baki saja lagi.

Jika sekiranya UMNO dan PAS bersatu, bagi Acik itu adalah satu kejayaan besar bagi Malaysia amnya dan bagi orang Melayu Islam khususnya. Maksud Acik ialah pembangunan akan terus berjalan lancar tanpa terganggu akibat pertukaran pemerintah.

Bukankah PAS itu adalah berasal dari sepihan UMNO. Jadi bukanlah satu yang mustahil atau pelik jika berlaku apa yang dikatakan oleh peribahasa kita, “Biduk lalu kiambang bertaut”

Wallahualam.

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

.

Wajarkah usir seorang Perdana Menteri ?https://4uni2c.com/2017/10/15/wajarkah-usir-pm/

.

Himpunan Penyatuan Ummah

Himpunan Penyatuan Ummah

.

SENARAI PenCERAHan2 yg relevan

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

.

PenCERAHan terbaru ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak mengata ⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

.

Pemimpin adalah manifestasi rakyat

.

.

PRU14: Pemimpin adalah khadam

•2017-10-19 • Leave a Comment

.

Pemimpin adalah khadam kepada yang dipimpin

.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Permudahkan Jangan Menyulitkan Urusan Pelanggan

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ شِمَاسَةَ قَالَ أَتَيْتُ عَائِشَةَ أَسْأَلُهَا عَنْ شَيْءٍ فَقَالَتْ مِمَّنْ أَنْتَ فَقُلْتُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ مِصْرَ فَقَالَتْ كَيْفَ كَانَ صَاحِبُكُمْ لَكُمْ فِي غَزَاتِكُمْ هَذِهِ فَقَالَ مَا نَقَمْنَا مِنْهُ شَيْئًا إِنْ كَانَ لَيَمُوتُ لِلرَّجُلِ مِنَّا الْبَعِيرُ فَيُعْطِيهِ الْبَعِيرَ وَالْعَبْدُ فَيُعْطِيهِ الْعَبْدَ وَيَحْتَاجُ إِلَى النَّفَقَةِ فَيُعْطِيهِ النَّفَقَةَ فَقَالَتْ أَمَا إِنَّهُ لَا يَمْنَعُنِي الَّذِي فَعَلَ فِي مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ أَخِي أَنْ أُخْبِرَكَ مَا
سَمِعْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فِي بَيْتِي هَذَا اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ

Dari Abdurrahman bin Syimasah dia berkata, “Saya mendatangi Aisyah untuk menanyakan tentang sesuatu, lalu ia bertanya, “Dari manakah kamu?” Saya menjawab, “Seorang dari penduduk Mesir.” Aisyah berkata, “Bagaimana keadaan sahabat kalian yang berperang bersama kalian dalam peperangan ini?” dia menjawab, “Kami tidak pernah membencinya sedikitpun, jika keledai salah seorang dari kami mati maka dia menggantinya, jika yang mati hamba maka dia akan mengganti seorang hamba, dan jika salah seorang dari kami memerlukan keperluan hidup maka ia akan memberinya.” ‘Aisyah berkata, “Tidak layak bagiku jika saya tidak mengutarakan keutamaan saudaraku, Muhammad bin Abu Bakar, saya akan memberitahumu sesuatu yang pernah saya dengar dari Rasulullah SAW. Baginda berdoa ketika berada di rumahku ini: “Ya Allah, siapa yang menjawat suatu jabatan dalam pemerintahan ummatku lalu dia mempersulitkan urusan mereka, maka persulitkan dia. Dan siapa yang menjawat suatu jawatan dalam pemerintahan ummatku lalu dia berusaha menolong mereka, maka tolong pulalah dia.” (HR Muslim No: 3407) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap Muslim dituntut membantu orang yang memerlukan bantuan dengan sebaik mungkin.

2. Sebagai khadam kepada rakyat, pemimpin, ketua, pegawai atau staf yang menguruskan urusan orang lain sewajarnya berusaha memberikan khidmat sebaik mungkin, mempermudah dan tidak menyukarkan.

3. Rasulullah SAW mendoakan kepada mana-mana pemimpin, ketua, penjawat awam yang menyulitkan sesuatu urusan rakyat dengan doa agar dia dipersulitkan dalam kehidupan.

4. Rasulullah SAW mendoakan kepada mana-mana pemimpin, ketua, penjawat awam yang mempermudahkan sesuatu urusan rakyat dengan doa agar dia sentiasa mendapat kemudahan dan dibantu dalam kehidupan.

اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ

“Ya Allah, siapa yang menjawat suatu jabatan dalam pemerintahan ummatku lalu dia mempersulitkan urusan mereka, maka persulitkan dia. Dan siapa yang menjawat suatu jawatan dalam pemerintahan ummatku lalu dia berusaha menolong mereka, maka tolong pulalah dia.”

Semoga birokrasi tidak menjadi halangan kepada tadbir urus yang baik. Permudahkanlah setiap urusan pelanggan atau anggota masyarakat yang memerlukan khidmat.

16hb Okt 2017
25hb Muharam 1439H

.

Jawatan Adalah Amanah

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا تَسْتَعْمِلُنِي قَالَ فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى مَنْكِبِي ثُمَّ قَالَ يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا

Dari Abu Dzar RA dia berkata, saya berkata, “Wahai Rasulullah SAW, tidakkah anda menjadikanku sebagai pegawai (pejabat)?” Abu Dzar berkata, “kemudian baginda menepuk bahuku dengan tangan baginda seraya bersabda: “Wahai Abu Dzar, kamu ini lemah (untuk memegang jawatan) padahal jawatan merupakan amanah. Pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi sesiapa yang mengambilnya dengan haq dan melaksanakan tugas dengan benar.” (HR Muslim No: 3404) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Jawatan adalah suatu tanggungjawab dan amanah (taklif), bukan satu kemuliaan atau kebanggaan.

2. Segala amanah dan tanggungjawab yang diterima akan disoal di hari kiamat. Pak menteri, wakil rakyat memiliki tanggungjawab yang besar untuk membawa kesejahteraan rakyatnya tanpa mengira kelompok dan golongan. Seorang suami memiliki tanggungjawab besar menafkahkan isteri dan mendidik serta membesarkan anak-anak menjadi keluarga soleh dan diredhai Allah.

3. Apabila kita tidak berlaku adil dan tidak mampu mewujudkan kehidupan yang lebih baik bagi pihak yang kita pimpin, maka janganlah sekali-kali kita biarkan amanah jawatan tersebut. Apabila seorang wakil rakyat tidak mampu melaksanakan amanah untuk membawa kehidupan rakyatnya menuju kesejahteraan dan keadilan, maka gantikanlah dengan yang lebih baik dan beramanah. Amanah adalah sesuatu yang ringan disebut namun berat untuk dilaksanakan.

4. Mereka yang hanya merebut pangkat dan kedudukan untuk kemuliaan dunia demi harta dan kehormatan akan menyesal di hari kiamat kelak.

5. Semoga kita tidak menjadi hina disisi Allah dengan sebab jawatan yang diperolehi hasil kepercayaan orang lain dengan cara yang benar hasil kompetensi dan integriti yang dimiliki.

Berusaha menunaikan tanggung jawab kerana jawatan adalah suatu amanah.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia

17hb Okt 2017
26hb Muharam 1439H

.

Adil Dalam Tanggungjawab

وَفِي حَدِيثِ زُهَيْرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْمُقْسِطِينَ عِنْدَ اللَّهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ عَنْ يَمِينِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ وَكِلْتَا يَدَيْهِ يَمِينٌ الَّذِينَ يَعْدِلُونَ فِي حُكْمِهِمْ وَأَهْلِيهِمْ وَمَا وَلُوا

Dalam hadis Zuhair dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “orang-orang yang berlaku adil berada di sisi Allah di atas mimbar (panggung) yang terbuat dari cahaya, di sebelah kanan tuhan yang bersifat ar rahman ‘azza wajalla, mereka ialah orang-orang yang berlaku adil dalam hukuman mereka, adil dalam keluarga dan adil keatas orang yang dibawah tanggungjawab mereka.” (HR Muslim No: 3406) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Keadilan adalah suatu tuntutan dalam melaksanakan tanggungjawab.

2. Dalam menjatuhkan hukuman, setiap kita perlu berlaku adil tanpa mengira siapa mereka.

3. Ibnu Hajar: Orang yang adil adalah yang mengikut perintah Allah dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa keterlaluan dan cuai.

4. At-Tobari: Keadilan adalah wajib keatas setiap orang dan dalam semua perkara, tiada sebarang kelonggaran dalam melaksanakan keadilan sekalipun ke atas keluarga yang dekat atau jauh, begitu juga dimasa senang atau susah.

5. Berlaku adillah keatas orang yang dibawah tanggungjawab kita. Firman Allah surah al-Maidah ayat 8:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

6. Jangan kerana kebencian kita kepada seseorang, segolongan puak atau sekelompok yang tidak sefikrah atau sependapat dengan kita, lalu kita tidak berlaku adil.

7. Orang yang adil semasa di dunia akan mendapat tempat sebaiknya di sisi Allah.

Milikilah sifat adil dan berintegriti.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia

18hb Okt 2017
27hb Muharam 1439H

💎💎💎

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

.

Utk ke PenCERAHan terkini sila tap alamat berikut ⬇️:

http://www.4uni2c.com

.

PRU14: Wajarkah Usir PM ?

•2017-10-15 • Leave a Comment

.

Walaupun Acik tak turut hadir dalam perhimpunan Sayangi Malaysia di Padang Timur PJ malam tadi, tapi Acik turut mengikuti ucapan beberapa pemimpin utama PH melalui Facebook secara live. Antara mereka yang Acik dengar ucapannya ialah Haji Mat Sabu, DS Wan Azizah, YAB Lim Guan Eng, YB Mahyuddin dan YBhg Tun DM.

Sedih Acik dibuatnya. Sedih Acik bukan kerena takut Malaysia akan bankrupt seperti yang diyakini oleh pemimpin-pemimpin PH tu. Akan tetapi Acik sedih mendengar tutur kata yang keluar dari pemimpin-pemimpin utama PH itu.

Cara mereka berbahasa tidak melambangkan akhlak mulia seseorang yang wajar ditauladani. Sedangkan mereka adalah calon-calon bakal pemimpin negara jika PH memerintah nanti.

Tuduhan-tuduhan yang dilaungkan oleh seorang bekas PM terhadap seorang PM amat tidak wajar. Ia membawa sekurang-kurangnya dua implikasi negatif.

Pertama terhadap akhlak bakal-bakal pemimpin negara yang akan datang. Apakah kaedah yang sama yang bakal diwarithi mereka nanti. Yakni kaedah kutuk mengutuk di hadapan khalayak terhadap saingan politik mereka yang di dalam parti yang berlainan.

Kedua implikasi negatif terhadap sistem perundangan negara. Kalau yang melemparkan tuduhan itu hanya pemimpin peringkat kampung, itu Acik masih boleh toleransi. Tapi jika tuduhan itu datang dari seorang bekas PM, maka amat susah bagi akal fikiran Acik nak merasionalisasikannya.

Sepatutnya apa yang disebut oleh pembuat undang-undang mestilah serasi dengan undang-undang yang dibuatnya. Ketua pembuat undang-undang di Malaysia siapa lagi kalau bukan PM ?

Jika undang-undang yang digubal itu lemah maka cadangkanlah agar ianya dipinda supaya bertambah baik. Bukan menyalahkan orang yang melaksanakan undang-undang yang sedia ada itu. Maruah undang-undang itu harus dihormati bukan dicemari.

Prinsip undang-undang kita mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh dilabelkan sebagai pesalah sehingga dibuktikan dan disabitkan dengan kesalahan sepertimana ia didakwa. Tidak patut seorang bekas ketua penggubal undang-undang tak tahu prinsip ini. Kalau tahu kenapa tuduh PM sekarang sebagai penyangak, perompak dan sebagainya. Sudahkah beliau disabitkan dengan kesalahan sepertimana dakwaan terhadapnya ?

Paling tidak wajar ialah bilaTun DM mengusir DS Najib supaya “balik” ke Bugis. Walaupun memang DS Najib datuknya (Datuk Husin) berasal dari Bugis namun ia bukan satu justifikasi untuk mengusir beliau supaya meninggalkan negara kelahiran beliau ini.

.

Jika tak silap Acik Tun DM sendiri datuknya berasal dari India. Begitu juga DSAI. Namun demikian apa hak kita nak megusir mereka “balik” ke India bila kita dah meluat sangat kepada mereka berdua ?

Seluruh bangsa Johor tahu bahawa Sultan mereka sekarang, bonda baginda berasal dari luar negara. Andai kata baginda melakukan kesalahan semasa mentadbir negeri Johor, adakah rakyat Johor berhak mengusir baginda balik ke negara kelahiran ibunda baginda ?

Ramai kawan-kawan Acik yang sangat kagum dengan kehebatan Tun DM. Ada yang kata Acik ni bodoh sebab tidak sokong Tun DM untuk jatuhkkan DS Najib demi menyelamatkan Malaysia dari bankrupt.

Acik terima saja label bodoh itu dengan penuh keinsafan dan tawadhu’. Ya, jika dibandingkan Acik dengan Tun DM, maka memanglah Acik bodoh dari segi relatifnya (perbandingan). Namun tidak mustahil bahawa mungkin persepsi Acik terhadap Tun DM yang berikut ini betul.

Kawan-kawan yang anggap Acik ni bodoh mungkin kerana mereka begitu taksub dengan kehebatan bekas PM Msia yang keempat itu kut. Akibatnya, jika sekiranya Tun DM kata baju yang Acik sedang pakai ni kuning warnanya, nescaya mereka akan terus membuat tanggapan (presumption) bahawa kuning adalah warna sebenarnya baju Acik ini.

Sedangkan secara praktiknya Acik tidak biasa memakai baju selain dari yang berwarna putih. Begitulah agaknya degree ketaksuban mereka terhadap Tun DM, dulu, kini dan selama-lamanya.

Mereka dengan penuh yakin percaya bahawa Tun DM sekarang sedang berjuang dengan penuh keikhlasan demi untuk negara Malaysia yang tercinta. Beliau sanggup mengorbankan masa, tenaga dan pemikiran beliau (yang tak ternilai itu) demi untuk kepenting negara semata-mata.

Bagi kawan-kawan Acik tersebut, Tun DM dikagumi kerana kesanggupan beliau untuk terus berjuang bagi menyelamatkan negara Malaysia yang sedang dirosakkan oleh PM sekarang. Padahal beliau boleh saja berehat dan bersenang lenang (sama seperti Pak Lah dan isterinya) tanpa pening kepala.

Mereka dengan penuh yakin percaya bahawa Tun DM sekarang sedang berjuang dengan penuh keikhlasan demi untuk negara Malaysia yang tercinta. Beliau sanggup mengorbankan masa, tenaga dan pemikiran beliau (yang tak ternilai itu) demi untuk kepenting negara semata-mata.

Namun begitu, Acik mempunyai persepsi yang berbeza dari itu terhadap Tun DM. Bagi Acik, Tun DM sebenarnya tidak ada pilihan lain kecuali terpaksa terus berjuang demi menjamin kejayaan yang beliau tempah masa beliau berkuasa dahulu akan terus berkekalan.

Antara kejayaan besar Tun DM ialah berjaya menjadikan setiap anak beliau jutawan besar. Anak beliau ada yang memiliki harta bernilai ratusan juta, malah ribuan juta RM.

Acik percaya DS Najib tidak akan boleh berjaya semacam Tun DM.

Ketika meninggal dunia dahulu, bapa DS Najib (arwah Tun Abdul Razak) hanya meninggalkan beberapa ribu ringgit saja dalam akaun bank beliau utk diwarithi oleh DS Najib dan siblingnya yang lain.

Tidak seperti Tun DM, Tun Abdul Razak tidak berjaya mengkayakan anak-anak beliau sebelum beliau meninggal dunia.

Wallahualam

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

https://4uni2c.com/2017/09/06/kutuk-mengutuk-bukan-budaya-melayu/

.

Hargailah keikhlasan

•2017-10-12 • Leave a Comment

2017 Oktober 12

🇲🇾 Pengalaman berkawan dengan ramai orang memberi peluang bagi Acik untuk memahami sifat individu lain. Acik lebih suka memulakan hubungan dengan individu lain berdasarkan berpersepsi positif. Persepsi positif terhadap individu berkenaan hanya akan berubah apabila mendapati bahawa beliau tidaklah sebagaimana yang Acik sangkakan.

Sebagai contoh, seorang individu telah datang ke pejabat Acik tidak berapa lama selepas Acik mulai berkhidmat di sebuah badan berkanun kerajaan. Wajah individu tersebut sangat biasa Acik temui di kampus universiti di mana Acik mengambil ijazah pertama Acik dahulu. Maka tanpa sebarang sangkaan yang negatif, Acik menerima beliau sebagai seorang tetamu.

Dalam masa yang sengkat kami menjadi kawan yang rapat. Kehadiran beliau itu bermula apabila Acik dalam kekosongan akibat baru kecewa menagih cinta. Rupa-rupanya individu tersebut membawa ubat mujarab bagi mengisi kekosongan Acik tersebut. Kami berkawan selama beberapa bulan.

Tiba-tiba suatu hari Acik secara kebetulan mendapati bahawa individu tersebut adalah seorang penipu (conman). Tanpa terus mempercayai fakta negatif yang Acik ketemui tentang status individu tersebut, Acik mulalah membuat siasatan keatas beliau. Akhirnya memang sahih bahawa beliau memang seorang conman. Ramai orang yang telah menjadi mangsa beliau terutama mahasiswa Universiti Malaya.

Mahu tidak mahu Acik terpaksa membuat laporan polis. Conman tersebut dapat ditangkap lalu dikurung di sebuah Balai Polis di Kuala Lumpur. Namun, beliau dibebaskan beberapa hari kemudian tanpa dikenakan apa-apa dakwaan. Sejak daripada conman itu dibebaskan sehingga sekarang pun Acik belum pernah terjumpa beliau lagi.

Apa yang penting yang ingin sampaikan kepada pengikut blog Acik ialah tentang perasaan Acik ketika mendapati bahawa seseorang yang amat Acik percayai telah menipu Acik. Sepanjang berkawan dengan conman itu banyak masa dan wang Acik telah dibelanjakan untuk bersama-sama beliau.

Acik difahamkan bahawa conman itu banyak mengirim wang gajinya ke kampungnya bagi mambantu orang-orang maskin di sana. Betapa mulianya hati beliau pada persepsi Acik. Oleh itu Acik tidak teragak-agak langsung untuk menampung apa juga kekurangan yang beliau alami bila diadukannya kepada Acik.

Kalau hanya beberapa bulan saja berkawan dengan seseorang penipu Acik merasa betapa keciwa dan marah apabila menyedari Acik tertipu, bayangkan betapa pula rasa seorang kawan kita, yangmana selepas puluhan tahun berkahwin dengan pasangan hidupnya, baru sedar bahawa hati pasangannya itu masih lagi bersama dengan bekas kekasih lamanya.

Wallahua’lam 🌹

PenCERAHan yg popular ⬇️

Laguku buat ayah https://shalleducate.wordpress.com/2022/05/27/laguku-buat-ayah/
.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Cinta yang sejati https://4uni2c.com/2018/01/10/cinta-yang-sejati/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

http://www.4uni2c.com

https://beappreciative.wordpress.com

https://4uni2c.wordpress.com

https://shalleducate.wordpress.com
.

..

Pesta arak – Tun DM

•2017-10-10 • Leave a Comment

.

Acik muatkan pernyataan YBhg Tun DM adalah agar mudah dirujuk oleh semua pembaca blog Acik. Pandai-pandailah masing-masing membuat penilaian sendiri dari pelbagai aspek terhadap issue yang disentuh. Begitulah juga terhadap pemimpin utama PH ini.

Selamat membaca, mengkaji dan menilai dengan jujur lagi ikhlas demi kebaikan bersama.

Wallahualam.

.

BEER – Tun Mahathir Mohammad

10 Oct 2017

1. Saya diberitahu ramai yang marah saya kerana tidak menyatakan sokongan saya terhadap bantahan perayaan beer (beer festival – Oktober Fest) oleh orang bukan Islam.

2. Bagi saya kalau orang bukan Islam yang tidak haramkan minum alkohol atau beer hendak minum beer sampai pengsan, itu masalah mereka. Yang penting mereka jangan timbul masalah kepada orang lain, atau memandu kereta di waktu mabuk.

3. Yang saya amat dukacita ialah penyalahgunaan dadah oleh anak orang Islam sehingga menyebabkan kematian 23 murid sekolah tahfiz apabila mereka membakar asrama sekolah.

4. Ternampak seolah-olah orang Islam menerima pembunuhan murid ini sebagai perkara biasa. Ya. Memang ada mereka yang berpendapat ini semua takdir. Oleh itu terima sahajalah. Seperti yang telah dinyatakan oleh guru tahfiz, anak yang mati setelah ke sekolah tahfiz akan menunggu ayah dan emak di pintu syurga kelak.

5. Tetapi bagi saya soal yang timbul ialah kenapa ada anak orang Melayu / Islam yang terlibat dengan dadah. Kenapa tidak didengar anak Cina dan India terlibat dengan dadah. Apakah ini juga takdir. Tidak adakah apa-apa yang boleh dibuat untuk menentu anak Melayu / Islam menolak dadah?

6. Allah SWT berfirman dalam Al Quran bahawa Allah tidak akan memperbaiki keburukan yang menimpa manusia melainkan manusia itu sendiri cuba memperbaikinya terlebih dahulu.

7. Penagihan dadah disebabkan kurang kawalan anak oleh ibu bapa di zaman ini. Tanggungjawab menyemai sikap menolak dadah sepatutnya diletak di bahu guru agama dalam sekolah.

8. Tetapi di sekolah, selain dari mengajar ibadat tertentu untuk pahala tidak ada tekanan yang cukup terhadap pengajaran budi pekerti Islam; terhadap dosa pahala, baik buruk, amalan hidup dalam Islam. Dengan itu anak mudah terjebak dengan yang tidak baik, termasuk penggunaan dadah.

9. Jika kerana disemai dengan kawalan diri mencegah yang buruk dan mengamal yang baik (amal ma’aruf nahi mungkar) sebagai sebahagian dari tuntutan agama Islam, kemungkinan perlakuan perkara-perkara yang dilarang akan berkurangan. Tetapi setakat yang saya tahu tidak ada latihan dan pengajaran secara sistematik dalam bidang ini di sekolah-sekolah.

10. Ilmu sahaja tidak berguna jika tidak dikawal oleh budaya yang baik. Saya amat malu membaca laporan berkali-kali akan perlakuan yang tidak baik oleh orang Islam, terutama anak muda. Saya berpendapat perkara ini perlu diberi perhatian lebih oleh orang Islam dan bukan melarang orang bukan Islam minum beer.

11. Ini adalah pendapat saya. Jika nak kecam dan nak marah saya kerana tidak memecah botol beer di hadapan pejabat MB, marahlah.

12. Oktober Fest, perayaan minum beer pada bulan Oktober adalah tradisi budaya orang Jerman.

13. Jerman menerima satu juta pelarian Islam dari Syria. Apakah balasan pelarian ini kepada orang Jerman sebagai tuan rumah ialah dengan melarang mereka dari minum beer dalam Oktober Fest mereka.

14. Orang Melayu berkata jaga tepi kain sendiri. Tentukan kita jangan minum beer dan kita tak makan dadah. Itu lebih baik dari pecah botol beer.

.

Singapura Sekat Pesta Arak – Adakah Hak Non Muslim Di Sana Tidak Dibela?

http://www.1media.my/2017/09/singapura-sekat-pesta-arak-adakah-hak.html

.

Ke PenCERAHan terakhir :

http://www.4uni2c.com

.

PSM : Calon N24 PRU14

•2017-10-07 • Leave a Comment

Acik amat kagum membaca respon Sdr Nik Aziz (bukan bekas MB Kelantan) kepada pengkritik yang mempertikaikan kemampuan beliau untuk menjadi wakil rakyat. Walaupun umurnya masih di awal 20an, namun pendirian beliau sebagai seorang pejuang rakyat amat jelas dan ketara.

Semoga pengundi-pengundi muda akan membuat anjakan paradigma dalam PRU14 iaitu dengan memilih wakil-wakil rakyat yang masih muda seperti Saudara Nik Aziz. Bagilah peluang kepada politikus-politikus WE (warga emas) berehat, kerana mereka malu untuk rehat jika tidak direhatkan.

Sama-samalah kita baca pernyataan bakal calon muda tersebut :

Surat terbuka dari Nik Aziz ‘Tukang Urut’
(Calon PSM Dun Semenyih)

Sebaik sahaja keluar berita mengenai saya dicalonkan bertanding di Semenyih, banyaklah reaksi yang diterima. Terutama yang melibatkan umur dan pekerjaan saya.

Mampukah seorang tukang urut menjadi Wakil Rakyat?

Jawapannya adalah tidak! Tukang urut tidak boleh menjadi Wakil Rakyat jika dia bersikap perkauman. Tukang urut yang bersikap perkauman akan cenderung untuk membela dan memperjuangkan kaumnya sahaja dan akan menimbulkan api permusuhan dengan kaum lain. Tukang urut seperti ini tidak layak sama sekali menjadi Wakil Rakyat!

Tukang urut yang kaki songlap duit rakyat juga tidak layak untuk menjadi Wakil Rakyat. Bagaimana kebajikan rakyat akan terbela bila mempunyai YB yang perasuah atau berkomplot untuk merompak hak rakyat? Jadi tukang urut seperti ini harus ditolak jauh-jauh dari menjadi Wakil Rakyat.

Tukang urut yang tidak bersuara untuk kepentingan rakyat dan ponteng sidang dewan tanpa alasan munasabah pula amatlah tidak layak menjadi Wakil Rakyat. Tak guna kita memilih Wakil Rakyat yang hanya berfungsi untuk memanaskan kerusi Dewan Negeri/Dewan Rakyat. Duduk diam tanpa menyertai perbahasan ataupun hanya datang untuk memenuhi kuota semata. Tukang urut jenis ini amatlah perlu disingkar dan jangan dipedulikan sama sekali.

Saya tukang urut yang menentang fahaman rasisme – perkauman. Bahkan kelas bimbingan percuma yang saya dan rakan-rakan jalankan matlamatnya untuk meruntuhkan rasisme dikalangan anak-anak flat kos rendah.

Saya tukang urut yang terikat dengan ikrar seorang calon PSM iaitu akan mengisytiharkan setiap sen harta saya kepada awam setiap tahun jika terpilih menjadi Wakil Rakyat. Tujuannya supaya anda boleh semak, bahas dan pertikaikan segala penambahan harta saya dari tahun ke tahun. Ini akan membuktikan bahawa saya tidak bersekongkol dengan rasuah dan saya berani untuk diaudit.

Saya tukang urut yang akan mencari punca penyakit tiap kali mengurut orang. Dari punca itulah urutan akan dilebihkan atau difokuskan lalu ia melancarkan kembali pengaliran darah dalam tubuh pesakit saya. Begitulah jika saya terpilih di dalam Dewan Negeri Selangor nanti. Akan saya cari ‘urat’ mana yang ‘masuk angin’, atau urat mana yang ‘bersimpul’ dalam dasar dan enakmen negeri lalu akan saya ‘tekan’ melalui perbahasan-perbahasan lantang yang matang untuk memastikan pengaliran ‘darah’ kebajikan rakyat berada dalam keadaan baik.

Saya tidak mampu menjanjikan bulan dan bintang kepada masyarakat Semenyih. Jika saya menang nanti saya tidak mendapat sokongan baik kerajaan Pusat dibawah BN mahupun kerajaan negeri dibawah PH. Saya akan bersendirian dan mungkin dinafikan pelbagai peruntukan yang dinikmati Wakil Rakyat lain. Maka mana mungkin dengan hanya bergantung pada elaun Wakil Rakyat yang mana sebahagian besarnya akan digunakan bagi mengurus pusat khidmat mengendalikan aduan rakyat untuk saya menjanjikan bulan bintang buat anda semua.

Saya cuma dengan keupayaan saya berjanji untuk menjadi Wakil Rakyat untuk semua kaum, melawan rasuah setiap sen dan menjadi Wakil Rakyat yang lantang di dalam dan luar Dewan Negeri.

Beginilah seorang tukang urut dapat janjikan jika terpilih menjadi Wakil Rakyat.

Suatu masa dulu ada seorang guru agama, dia dicemuh ketika menjadi MB, orang kata kerajaannya hanya mampu bertahan beberapa bulan kerana mentaliti orang ketika itu adalah guru agama tempatnya di masjid bukan menjadi MB, tetapi ternyata, beliau menjadi MB paling ingin dicontohi semua orang kemudiannya, saya dinamakan sempena nama beliau.

Mungkin ketika ini orang tidak percaya seorang tukang urut boleh menjadi YB yang baik, itulah cabaran buat saya untuk ubah persepsi ini.

Tidak kira apa kerjaya anda, selagimana ia halal dan anda jujur serta bertanggungjawab bermakna anda telah memainkan peranan yang terbaik.

Salam hormat dari saya,

Nik Aziz Afiq Bin Abdul
Calon ‘Tukang Urut’ N.24 Semenyih
0177144750.

PRU14: Buat apa undi PSM ?

•2017-09-28 • Leave a Comment

.

Oleh Nik Aziz Afiq

.

Undi PSM buat apa, bukan boleh tubuh kerajaan pun!

Ketika artikel ini ditulis, PSM baru sahaja selesai mengadakan jelajah memperkenalkan calon untuk negeri Perak dan Pahang. Kini jelajah bersambung ke negeri Selangor dan bakal merebak pula ke negeri-negeri seterusnya.

Banyak maklumbalas positif dan negatif hasil jelajah ini. Banyak pujian, sokongan moral serta banyak juga cacian dan serangan label. Pujian atau cacian tidak pernah menjadi faktor kepada gerak kerja PSM untuk berkhidmat kepada rakyat.

Biarlah dipuji setinggi langit mahupun dicaci seteruk mana pun kerja tetap jalan seperti biasa. Membawa nama sosialis sebagai entiti pergerakan bukan perkara mudah.

Ada pemerintah yang sentiasa memprovokasi, ada agamawan yang sedia set-set fatwa hafalannya untuk dihambur, bahkan dikalangan sama-sama “kidal” pun cemuhan diberikan kerana merasakan PSM bukanlah kidal yang tulen.

Kalaulah para penggerak parti ini jenis terasa hati, termakan dengan kata-kata dan kejian luar, nescaya tidaklah parti ini melangkah ke tahun 19nya. Khidmat demi khidmat menjaga kebajikan dan melawan penindasan membuatkan masyarakat makin boleh menerima dan memberikan keyakinan terhadap perjuangan sosialis.

Penerimaan itu membawa kepada fasa baru, iaitu kesanggupan parti membawa suara rakyat di badan perundangan negara dan negeri. Maka melangkahlah PSM ke medan pilihanraya. Setelah berkali-kali dunia sosialis tanah air dihempas ombak dan tenggelam timbul samada dari serangan luar mahupun kehilangan keyakinan penggerak sendiri dengan nama sosialis yang berhantu itu akhirnya sosialis muncul semula di persada politik negara.

Beberapa siri pilihanraya umum disertai PSM dengan mengadakan pakatan pilihanraya bersama parti-parti pembangkang. Setelah pengkhianatan dan pembulian serta pembawakan politik parti pembangkang yang saling tak tumpah seperti seteru mereka maka perwakilan dan delegasi PSM membawa haluan parti untuk menyertai pilihanraya umum kali ini dengan berdiri atas kaki sendiri dan bertanding lebih banyak kerusi.

Katakanlah PSM menang semua kerusi yang ditandingi, apakah boleh tubuhkan kerajaan?

Jawapannya ya. Kerajaan baru dengan pembawaan politik sihat dan berlumba-lumba memberi khidmat dapat ditubuhkan.

Tetapi bukan pilihanraya ini.

Perubahan itu satu proses kawan, ia bukan seperti mimpi yang hanya perlu bermodal tidur dan dengkur lalu segalanya menjadi indah dan mudah.

Sengaja saya selitkan sejarah parti untuk menunjukkan bagaimana parti ini maju dari masa ke semasa. Melangkah dari fasa ke fasa. Dari era “taboo” dan tak boleh disebut ibarat Voldermort sehinggalah bertanding atas kekuatan sendiri. Ini semua proses untuk membawa kepada perubahan. Teras kepada proses ini adalah berkhidmat kepada rakyat.

Maka jawab kembali soalan itu, apakah dengan mengundi PSM pilihanraya kali ini, lalu para Wakil Rakyat itu nanti konsisten untuk berkhidmat dengan jujur dan telus, mengisytihar harta tahunan sebagai insiatif menolak rasuah, menghadapi isu-isu dengan prinsip dan bermaruah tidakkah pada pilihanraya-pilihanraya akan datang dengan pertambahan jumlah kerusi bertanding memungkinkan terbinanya sebuah kerajaan?

Oh lambat lagi, baik “menangkan” pembangkang yang dah “ready” ambil alih kerajaan sekarang.

Ya benar lambat lagi, memang perjuangan seperti ini tidak mengghairahkan mereka yang mengidap ejakulasi pramatang yang sentiasa mahukan segalanya segera. Ya boleh menangkan pembangkang sekarang ini. Dalam keadaan pembangkang agak kuat ketika 2008 dan 2013 pun masih belum bersemayam di Putrajaya, inikan pula saat selemah ini, menangkah nanti?

Ya pembangkang dah ready untuk ganti kerajaan sekarang. Lihatlah persiapan mereka, kerusi-kerusi adalah milik parti dimana ia diisi oleh anak bini menantu dan kroni. Bukanlah perkara aib untuk lompat dan lobi wakil rakyat lain melompat parti. Kerusi juga sewenangnya boleh dikosongkan demi komplot merebut kekuasaan dengan langkah ini dan itu. Mereka dah ready dengan mengumpul kekayaan luar biasa dan bermewah. Cara mereka ready punyalah sama sehingga tak ada beza dengan kerajaan sedia ada. Apa yang berubah jika menang nanti hanyalah jenama. Jika itu perubahan yang dimahukan, silakan.

Ya aku tahu kau penat dan tak henti-henti scroll berharap tulisan ini berakhir. Dah habis dah. Terima kasih luang masa.

Nik Aziz Afiq.

.

💎💎💎

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

.

PRU 14 : Ciri-ciri pejuang PAS

https://4uni2c.com/2017/09/23/pas-ciri-ciri-pejuangnya/

.

Utk ke PenCERAHan terkini sila tap alamat ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

.

.

PRU14: Ciri-ciri pejuang PAS

•2017-09-23 • Leave a Comment

.

Di “Cut & Paste” dari status Facebook Sdr Mohd Hatta Saadon seorang aktivis muda PAS, Kuantan:

Syukur ada kepimpinan Ulama’ yg memimpin PAS..Mengajak kpd bermunajat memohon pertolongan dari Allah utk kemenangan Islam. Semoga Allah memilihku dan zuriat keturunanku utk kekal istiqamah dlm perjuangan bsama PAS..

Sedikit catatan dr Kuliah Maghrib Ust Mokhtar Senik..

1) Kena ada haraki dan tasawuf. Gabung jalinkan antara penyucian hati dan jiwa dengan gerakan Islam. Agar menjadi pejuang yg ikhlas kerana Allah.

2) Kena cari cinta Allah. Kena pergi majlis ilmu walau dimana peringkat sekalipun. Jangan sombopng dengan ilmu walaupun siapa yg menyampaikan.

Sufian As Sauri berkata, “siapa yg dlm hidupnya mencintai apa yg Allah cinta, nescaya dia akan dicintai Allah, dan siapa yg benci apa yg Allah benci, nescaya dia dicintai Allah.” Kena bentuk diri kita utk ditarbiyyah.

3) Azillatin alal mukminin – bina akhlak yg betul shgga cinta kasih dengan orang2 yg beriman kpd Allah. Kena kursus utk pandai menyesuaikan diri dengan masy. Jangan berkasar dengan org2 yg beriman.

– Zaman sibuk dengan FB dan Wasup, shgga kawan sebelah tak tegur. Jangan hanyut. Kena dampingi masy. Kalau mereka sakit kita hadir, kenduri mereka kita hadir, jumpa mereka kita tegur.

4) Aiizatin alal Kafirin – bertegas dengan orang kafir. Dakwah perlu di sampaikan kpd org bukan Islam. Imam Ghazali, “siapa yg ada sifat takabbur, Allah akan benci kpdnya krn Takabbur sifat Allah. Yang ketiga, hina diri. Tak boleh juga. Maka ambil sifat tengah2 iaitu merendah diri”

5) Kerangka fikir kita janganlah tercelup dlm fikiran kuffar dan musuh Allah. Biar kita bersama dengan acuan Allah. Sibghatullah. Allah ajar Nabi seru manusia kpd Islam. Islam For All. “Andai mereka berpaling dr kamu (ya Muhammad), katakanlah aku tetap seorang muslim krn Allah.”

6) Jika mereka nak berdamai dgn kamu ya Muhammad, maka berdamailah dengan mereka. Tetapi andainya mereka menentang Islam, janganlah bersama2 dengan mereka.

7) Yujahidu Fisabilillah. – Berjihad di jalan Allah. Nescaya Allah akan beri kemenangan. Susah payah, ada jawatan, tiada jawatan tetap bersama.

8) Jangan ada keinginan yg sulit dan tersembunyi kerana walaupun org lain x tahu, Allah tetap tahu. Sifat ihsan. Sucikan perjuangan dengan jihad yg berterusan.

9) Walayakhafunalaumatalaim – janganlah kamu takut dan ambil kasih dengan mereka yg mencela. Andai Nabi berhenti dakwah kalau musuh Islam mencela, tak sampai Islam pd kita. TGNA disuperimposekan dengan gambar yg hina. Jangan takut dengan hinaan. Teruskan perjuangan. Kita ada kerangka fikrah kita sendiri, jangan berhenti dr perjuangan walaupun mcm2 tohmahan. PAS akan kalah kalau putus dengan DAP dan mcm2 lagi. Intansurullah yansurkum. Jangan lemah semangat. “Berjuang sorang2. Kalahlah kamu”.. jangan kita lemah dan mengiyakan. Bahkan kita semakin kuat. Allah tambah kpd mereka keimanan. Dan keimanan itulah mereka kuat. Hasbunallah wanikmal wakil wanikmal maula wanikman nasir.

10) Sifat2 di atas, takkan dapat percuma dan dengan usaha kita, kerana sifat2 ini adalah kurniaan Allah. Bukan kerana kita istiqamah kerana kita anak ulamak dan TG. Bahkan Allah lah yg mengurniakan sifat2 itu.

11) Pemimpin Parti Islam, ialah yg taat pd Allah dan Rasul dan menjadikan org2 yg beriman sebg pemimpin, maka itulah ciri2 parti Allah. Kena berwalikan Allah, Rasul dan org2 yg beriman. Ketahuilah parti Allah pasti akan mencapai kemenangan.

12) Kena bermunajat dan bekerja. Dan hubungkan diri kita dengan Allah. Tanpa iman dan ilmu, tanpa kita mendidik utk mendapat cinta Allah, tidak mustahil kita akan terpelanting dr mendapat cinta Allah.

Jazakallah..

.

💎💎💎

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan:

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

.

Kutuk mengutuk bukan budaya Melayu Islam.

https://4uni2c.com/?s=kutuk&submit=Search

.

https://4uni2c.com/2016/10/07/4uni2c-16×08-pas-dulu-bukan-yang-sekarang/

.

Utk ke PenCERAHan terkini sila tap alamat ⬇️ :

http://www.4uni2c.com

.

.

Gila tapi mulia

•2017-09-23 • Leave a Comment

(Terbitan 2017 Sept 22)

C & P

Assalamualaikum….
Subhanallah…
Menitis air mata membacanya…
Kita yg mempunyai kelebihan yg ALLAH beri pun tidak mampu melakukan seperti Husien lakukan…
ALLAHU AKBAR

👆🏻Kisah benar dari sebuah SURAU di Klang Selangor.
(Posting Panjang tetapi sangat bermotivasi)

JANGAN NILAI ORANG PADA KULITNYA

Quote :

_”Saat jenazah Husien sampai.. ketika di mandikan..3 orang tukang mandi jenazah bertukar2 kerana tak sanggup….. mengigil.. menangis.. sebak melihat jenazah Husein…”_

Patut lah dah lama tak nampak Husain, rupanya dia dah pergi meninggalkan dunia yg fana….

Dia di gelar Husein gila..… sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa/normal.. dia selalu ada di surau2.. kerja dia mengutip benda2 kotor di karpet surau di kawasan surau… masuk dalam poket nya.. pernah jemaah surau bagi dia penyapu, dia tak nak.. katanya…..rugilah kalau aku pakai penyapu…. kalau satu aku kutip guna tangan..10 ganda ALLAH SWT bagi aku.. jadi jemaah tak boleh nak kata apa…. kadang2 dia cuci bilik air surau.. dia brus lantai dinding2….kalau satu bilik air dia brus.. sampai 1 hari pun tak siap..sebab apa? Orang bagi brus..dia tak nak..dia nak gunakan brus gigi nya..bila di tanya.. katanya rugilah kalau pakai brus lantai.. sekjap dah siap..tak sampai sejam dah siap..kalau pakai brus gigi malam baru siap.. setiap kali aku brus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti.. jadi dapat banyak… Astaghfirullah Al Azim….!!!

Orang bagi duit tak nak.. dia kata aku ada tangan, ada kaki boleh jalan2 cari makanan yg orang buang.. membazir berdosa.. aku tak perlukan duit… nak makan je.. aku makan untuk hidup nak bersihkan surau… kalau mintak rokok sebatang.. orang bagi sekotak dia marah.. kau tak paham ke aku nak sebatang je.. berdosa mintak2 orang banyak2.. sikit2 takpe lah..

Pelik perangai Husein ni…. kadang2 kutip2 nasi satukan semua.. letak kat lantai.. bila tanya.. semut pun makhluk ALLAH SWT.. kalau kucing boleh bagi .. kenapa semut tak boleh?

Akhirnya jemaah imam biarkan sahaja, apa dia buat.. orang solat dia tak solat…pernah jemaah tanya.. Husein marilah solat sama.. dia tempik nya jemaah tu.. kan ALLAH SWT kata orang gila tak payah solat.. tak boleh, haram..

SubhanALLAH… ..!!!
Siapa Husein ni sebenarnya? Kisah asal.. dia ni pelajar pondok… dulunya mak tirinya suka dera nya.. pukul.. bapak nya pun sama.. sampailah dia tekanan, merayau2 tak tentu arah… paling tekejut sekali… Husein bebel2.. mana muazin ni tak azan ke dah nak Maghrib ni…aku jelah Azan kan..jemaah tahan dia..tapi imam surau suruh biarkan sahaja…

SubhanALLAH… !!!
Saat dia Azan…menitik air mata imam jemaah mendengarnya.. lebih sempurna dari kita yang ada…kata imam surau tu…bila di tanya Husein.. pandai kau Azan ye? Memanglah pandai dah hari2 aku kat sini.. aku solat je tak boleh.. ALLAH SWT tak bagi.. korang pun tak suka aku.. semua duduk jauh.. ..lepas tu dia gelak….

Ketika jenazah Husien sampai.. ketika di mandikan..3 orang tukang mandi jenazah bertukar2 kerana tak sanggup….. mengigil.. menangis.. sebak melihat jenazah Husein… muka berseri2, dulu hitam berdaki.. gigi yg berkarat jadi putih bersinar.. bau busuk hilang begitu saja…. wangi nya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yg pakai…

ALLAHU AKHBAR…!!!
Kalian nak tahu..? Dari zahirnya kita nampak dia gila.. tapi hakikatnya dia bijak.. kita lihat dia berdaki kotor busuk.. zahirnya bila di mandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah..

Seminggu Surau sunyi sepi.. Sebulan silih berganti imam bertukar2 sebab nak menDoakan Husein. jenazah imam pun tak smpai macamtu orang doakan… bayangkn 30 hari stiap kali lepas Solat, mesti mendoakan kesejahteraan Husein ..sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein gila..

Kita ni terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya..

Semoga menjadi iktibar buat kita semua yg masih hidup dan mencari2 kesempurnaan di dunia persinggahan ini.

ALLAH SWT pandang Nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keImanan, keTaqwaan, keIslaman, keTaatan dan keSetiaan kita.. bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.

Muhasabah diri sendiri dan utk saudara seIslamku utk sedar dari khayalan yg samar dan kembali

kepada Janji kita yg nyata kpd ALLAH SWT YANG HAQ.

( Tulisan sahabat FB )

والله اعلم..

Wallahu’alam 🌷

PenCERAHan yg relevan

.

Covid19: Masjid mula dibuka https://4uni2c.com/2020/05/16/covid19-masjid-mula-dibuka/

.

PenCERAHan terbaru ⬇️www.4uni2c.com

.